Anda di halaman 1dari 1

Rekod Anekdot

Rekod Anekdot adalah satu catatan ringkas mengenai sesuatu peristiwa atau tingkah laku
murid yang dianggap penting, unik dan signifikan secara positif atau negatif untuk direkod.
Pemerhatian tingkah laku biasanya tidak dirancang, tetapi secara kebetulan tingkahlaku
tersebut berlaku. Pemerhatian ini dilakukan terhadap murid secara individu, walaupun
peristiwa berlaku dalam kumpulan. Tiada had masa ditentukan untuk pemerhatian tingkah
laku ini. Catatan hendaklah ditulis secara objektif apa sebenarnya yang berlaku. Contoh
maklumat yang boleh direkod adalah peristiwa yang menggambarkan tentang
perkembangan bahasa dan literasi, pola interaksi sosial dan kemahiran menyelesaikan
masalah.
Panduan Menulis Rekod :

(c)

Membuat pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku.


Membuat catatan dalam buku nota sebaik sahaja selepas peristiwa berlaku bagi
memastikan peristiwa yang akan direkodkan tidak tercicir.
Menulis apa yang dilihat secara objektif
Mengenal pasti peristiwa itu penting dan signifikan kepada aspek perkembangan
murid.
Pastikan peristiwa dicatat mengikut urutan.
Merekod hasil pemerhatian sebaik sahaja selesai pemerhatian dibuat.
Mencatat tingkah laku dan apa yang dikatakan oleh murid.
Masukkan respon orang lain sekiranya ada kaitan dengan tingkah laku murid yang
diperhatikan.

Rekod Berterusan

Rekod Berterusan merupakan catatan dalam bentuk cerita narrative yang dibuat ke atas
individu atau kumpulan murid semasa berlakunya sesuatu peristiwa. Setiap perlakuan dan
apa yang ditutur oleh murid akan dicatatkan sepanjang tempoh pemerhatian. Pemerhatian
yang terperinci ini biasanya dijalankan dalam tempoh 5 hingga 10 minit. Berbeza dengan
Rekod Anekdot, pemerhatian ini dirancang oleh guru.
Panduan menulis rekod :

Fokus kepada murid yang ingin diperhatikan.


Rekod hendaklah tepat dan padat.
Catatkan dengan jelas setiap perlakuan mengikut urutan.
Rekodkan perkara-perkara yang sebenarnya berlaku.
Gunakan bahasa yang boleh difahami.
Boleh gunakan singkatan semasa mencatat.
Tulis secara terperinci tentang apa dilakukan murid semasa peristiwa berlaku dan
tingkah laku yang ingin diperhatikan.
Tulis secara objektif, tidak terlalu deskriptif dan judgmental.
Pastikan buku nota atau kertas catatan tidak didedahkan dan diletak di tempat yang
selamat

Anda mungkin juga menyukai