Anda di halaman 1dari 17

Topik 1: Pengenalan Kepada Perkembangan Sosial

Konsep Sosial

Kamus Pelajar Edisi Pertama, sosial = segala hal yang berkaitan dengan
masyarakat atau kemasyarakatan.

Kamus Dewan Edisi Ketiga, sosial = segala yang berkaitan dengan


masyarakat, perihal masyarakat dan kemasyarakatan.

Konsep Perkembangan Sosial

Perkembangan

Sosial

Satu

proses

apabila

kanak-kanak

belajar

berhubung dengan orang lain mengikut cara yang dapat diterima oleh
masyarakat dan budayanya.

Perkembangan Sosial = Keupayaan seseorang menjalinkan hubungan dengan


orang lain.

Teori2 Perkembangan Sosial


Teori Perkembangan Sosial Erikson

Teori beliau digelar sbg teori psikososial menggabungkan 3 faktor yang


mempengaruhi perkembangan individu: faktor kendiri, faktor emosi dan
faktor sosial.

Berdsrkan teori ini, manusia berpotensi mengalami perkembangan psikologi


yang sihat dan mampu mengatasi kesulitan mengikut masa dan peringkat
perkembangan tertentu.

Terdapat lapan peringkat perkembangan emosi manusia yang dikaji oleh


Erik Erikson.

Setiap peringkat akan timbul tingkah laku positif dan negatif yang
membawa masalah penyelesaian psikologikal kerana konflik emosinya.

Prinsip2 Teori Perkembangan Sosial Erikson:

o Manusia mempunyai keperluan asas yang sama.


o Perkembangan individu bergantung kepada tindak balas terhadap
keperluan-keperluan asas.
o Perkembangan manusia mengikut tahap-tahap yang tertentu.
o Setiap tahap mempunyai konflik dan konflik ini mesti diatasi
sebelum individu dapat berfungsi dengan jayanya pada tahap yang
berikutnya.
o Kegagalan mengatasi konflik pada suatu tahap akan menjejaskan
perkembangan tahap yang berikutnya.

Peringkat Perkembangan Sosial Knk2 berdsrkan Teori Erikson


o Tahap 1 : Kepercayaan lawan ketidakpercayaan (0 -18 bulan)

Mempengaruhi perkembangan bayi melalui pengalaman.

Belajar untuk mempercayai atau tidak mempercayai orang lain.

Mempengaruhi sikapnya terhadap hidup dan interaksinya


dengan orang lain.

Kepercayaan akan memudahkan individu menghadapi serta


mengatasi masalah dalam hidup.

Bayi mula membentuk perasaan percaya lawan tidak percaya.


Perasaan percaya pada persekitaran dan orang lain akan
wujud sekiranya bayi tersebut mendapat penjagaan yang baik
dari penjaganya; terutama daripada ibu. Sebaliknya, jika bayi
tersebut tidak mendapat penjagaan yang sempurna maka akan
timbul perasaaan tidak percaya pada tahap ini. Cara
penjagaan bayi akan mempengaruhi emosi dan perasaan
percaya dalam diri bayi tersebut.

o Tahap 2 : Autonomi lawan malu/kekeliruan (18 bulan-3 tahun)

Konsep diri mula bertambah nyata.

Mula

tahu

apa

yang

dicakap

dan

dibuat

merupakan

tindakannya bukan orang lain.

Keinginan untuk bertindak bebas (autonomi) meningkat.

Lebih gemar membuat sesuatu tanpa bergantung pada orang


lain.

Mungkin berpendapat cekap dan berkebolehan.

Rasa diri kurang cekap malu dan mula meragui kebolehan


diri.

Tingkah laku yang sentiasa diterima dan dipuji lebih yakin.

Sentiasa didenda/dimarah malu dan ragu-ragu.

Cara terbaik, tingkah laku yang tidak diingini dikawal dan


yang diingini dipuji dapat mengenal jenis-jenis tingkah laku
yang digalakkan dan yang hendak dielakkan.

Kecenderungan untuk berfungsi secara bebas hendaklah


diterima atau didorong.

Pada

tahap

ini

kanak-kanak

sudah

mula

berkeinginan

melakukan sesuatu perbuatan sendiri. Mereka mula berdikari


dan tidak suka dibantu atau dikongkong orang dewasa. Situasi
ini merupakan permulaan kepada pembentukan perasaan
keyakinan diri pada kanak-kanak tersebut. Dorongan dan
galakkan ibu bapa akan membantu kanak-kanak membina
perkembangan dan menyelesaikan sesuatu tugasan.
o Tahap 3 : Inisiatif lawan bersalah (3-6 tahun)

Ingin meneroka dan mencuba sesuatu yang baru dan


mencabar inisiatif.

Dapat belajar dan bergerak dengan cepat.

Lebih peka kepada perkara betul dan salah.

Berasa malu apabila diketawakan dan seterusnya membina


sikap positif.

Galakan akan menyedarkan kanak-kanak tentang potensi diri.

Sering dikawal dari mencuba akan berasa kurang inisiatif.

Pada

tahap

ini

kanak-kanak

mula

berinteraksi

dengan

persekitaran. Banyak inisiatif dilaksanakan bagi memenuhi


naluri ingin tahu yang tinggi. Mereka akan cuba melakukan
kerja-kerja yang dibuat oleh orang dewasa. Perkembangan
ketika ini tidak boleh disalah asuh kerana akan menyebabkan
kanak-kanak hilang inisiatif, suka menyendiri dan akan
menimbulkan masalah apabila memasuki alam persekolahan.
Pandangan Behavioris: Peniruan & Modelling (Teori Permodelan Bandura, 1925)
Ciri-ciri Teori Pemodelan Bandura:
1. Unsur pembelajaran utama ialah pemerhatian dan peniruan.
2. Tingkah laku model boleh dipelajari melalui bahasa, nilai dan teladan.
3. Pelajar meniru sesuatu kemahiran daripada kecekapan demontrasi guru
sebagai model.
4. Pelajar memperoleh kemahiran jika memperoleh kepuasan dan peneguhan yang
berpatutan.
5. Proses pembelajaran meliputi pemerhatian, peringatan, peniruan dgn tingkah
laku atau gerak balas yg sesuai, diakhiri dengan peneguhan positif.
Peniruan:

Knk2 blj melalui pemerhatian mrk terhdp persekitaran.

Persekitaran mewujudkan rangsangan yg akan ditiru oleh kanak2.

Melalui proses peniruan ini, kanak2 akan membtk suatu idea bgmn tindakan
dilaksanakan & apakah kesannya.

Menurut Teori Pembljrn Peniruan Bandura, terdpt bbrp cara peniruan:


o Proses Tiruan Mudah: Meniru secara langsung

Iaitu kanak-kanak melihat model sendiri atau secara tidak


langsung iaitu dengan menonton filem, video, mendengar
huraian atau melihat gambar foto.

Contohnya, kanak-kanak meniru ibu bapa atau guru dari segi


pakaian, pertuturan, gaya berjalan dan sebagainya.

o Proses Tiruan melalui sekatlakuan dan tak sekatlakuan

Sekatlakuan = sekatan tingkah laku yang sesuai di dalam


situasi A tetapi tidak sesuai dalam situasi B.

Contohnya, murid yang boleh bersorak-sorak di kantin ketika


memanggil rakan tidak melakukannya di dalam bilik darjah.

Ini dipelajari oleh murid-murid disebabkan adanya peraturanperaturan bilik darjah yang boleh menyebabkan hukuman jika
amalan itu berlaku.

Murid-murid juga meniru melalui tak sekatlakuan.

Ini bermakna murid-murid akan terus meniru amalan di dalam


sesuatu situasi.

Contohnya, kalau dia telah mempelajari bahawa tindakan


sorak-menyorak tidak sesuai di dalam kelas tetapi kali ini
dengan guru yang baru, amalan itu tidak dihukum, muridmurid berkenaan akan bermula menjeritkan jawapan.

o Peniruan melalui elisitasi

Dalam

proses

elisitasi,

seseorang

individu

akan

turut

melakukan apa sahaja yang dilakukan oleh orang lain sekiranya

dia telah pun mengetahui bagaimana melakukan sesuatu


tindakan yang dilakukan oleh orang itu.

Contohnya, apabila melihat seseorang murid membaca buku


cerita di dalam kelas, Hassan pun mengeluarkan buku cerita
lalu membacanya.

Keinginan untuk membaca itu timbul selepas melihat murid


lain membaca.

Sekiranya tidak ada murid yang membaca, kemungkinan


keinginan Hassan untuk membaca tidak timbul.

Pendek kata, satu-satu gerak balas seseorang individu hanya


timbul setelah memerhati gerak balas orang lain.

o Peniruan berlaku scr langsung & scr x langsung. Bandura (1986)


mengemukakan 4 unsur penting:

Attention (Tumpuan/Pemerhatian)

Subjek harus memberi tumpuan kepada tingkah laku


model untuk membolehkannya mempelajarinya.

Sama ada subjek memberi perhatian atau tumpuan


tertakluk kepada nilai, harga diri , sikap, dll yang
dimiliki.

Cthnya, seorang pemain musik yang tidak yakin diri


mungkin meniru tingkah laku pemain musik terkenal
sehingga tidak mewujudkan stailnya yang tersendiri.

Bandura & Walters (1963) dalam buku mereka "Social


Learning & Personality Development" menekankan
bahawa

hanya

dengan

memerhati

pembelajaran boleh berlaku.

Retention (Penyimpanan)

seorang

lain

Subjek yang memperhatikan harus merekod peristiwa


itu dalam sistem ingatannya.

Ini membolehkan subjek melakukan peristiwa itu kelak


bila diperlukan atau diingini.

Kemampuan

untuk

menyimpan

informasi

juga

merupakan bahagian penting dari proses belajar.

Reproduction (Mengingat / Mengeluarkan)

Setelah mengetahui atau mempelajari sesuatu tingkah


laku, subjek juga dapat menunjukkan kemampuannya
atau menghasilkan apa yang disimpan dalam bentuk
tingkah laku.

Contohnya, bermain tenis.

Jadi

setelah

subjek

memperhatikan

model

dan

menyimpan informasi, sekarang saatnya untuk benarbenar melakukan perilaku yang diamatinya.

Bagi

sesetengah

diperlukan

untuk

tingkah

laku

mewujudkan

kemahiran

motor

komponen-komponen

tingkah laku yang telah diperhatikan.

Motivation and Reinforcement (Motivasi & Peneguhan)

Motivasi juga penting dlm pemodelan Albert Bandura


krn ia adalah penggerak individu utk terus melakukan
sesuatu.

Modelling:

Prinsip2:
o Model yg ditiru mempunyai keistimewaan tertentu spr terkenal @
berjaya.
o Individu akan memperoleh kepuasan @ peneguhan yg tinggi.

Jenis2 Model dlm peniruan/permodelan:


o Model yg lbh tua

Peniruan ini berlaku kerana kuasa kebebasan, kekayaan,


kehormatan.

o Model yg berstatus tinggi

Faktor kuasa dan kekayaan daripada model yang berstatus


tinggi mendorongkan individu dalam kelas sosial rendah
meniru.

o Model yg mempunyai kecerdasan tinggi

Orang yang kurang pintar dan kurang pandai biasanya


menyanjung dan memuja orang yang pintar dan pandai.

Oleh itu, secara tidak langsung mereka meniru tingkah laku


model tersebut.

o Model yg terkenal dlm bidang sesuatu kepakaran

Kepakaran model dalam bidang tertentu seperti pakar


pendidikan, artis, sasterawan, ahli psikologi, doktor, profesor
dan sebagainya.

Mereka

kurang

mahir

di

dalam

bidang

tersebut

berkecenderungan meniru tingkah laku model.

Peranan guru dlm pdp:


o Sebagai seorang guru, amat penting bagi kita memberi setiap orang
murid peluang untuk memerhati dan mencontohi pelbagai jenis
model yang menunjukkan tingkahlaku yang diingini.

Oleh yang demikian, kita hendaklah memastikan bahawa kita


sendiri boleh menunjukkan tingkah laku yang boleh diteladani
serta memaklumkan kepada anak murid berkenaan kesan
sesuatu tingkah laku yang tidak bermoral, melanggar norma-

norma masyarakat dan undang-undang, bersifat eksploitasi


dan manipulasi dan sebagainya.
o Kedua,

kita

sebagai

guru

perlu

memastikan

dan

berusaha

menyediakan persekitaran sosial yang kondusif agar modeling boleh


berlaku.

Perkara seperti memberi insentif, pengukuhan dan sokongan


moral

seharusnya

diberi

kepada

murid-murid

secara

berterusan bagi menggalakkan berlakunya tingkah laku yang


baik dalam kalangan murid-murid pada masa kini.
o Selain itu, persembahan pengajaran seseorang guru seharusnya
tersusun dan dapat menarik minat dan perhatian murid-murid serta
seharusnya dapat dijadikan model untuk diikuti oleh mereka.
o Tambahan lagi, guru mestilah sentiasa bersedia dengan kemahiran
komunikasi agar setiap kali sesi demonstrasi pembelajaran di dalam
kelas jelas,dapat difahami dan dapat diikuti oleh murid dengan
mudah dan tepat.

Contohnya, jika guru mengajar cara-cara untuk menghasilkan


lukisan,

guru

mestilah

menerangkan

dahulu

langkah-

langkahnya agar ia dapat diikuti oleh murid secara mudah.


o Di samping itu, guru juga boleh membawa bahan bantu mengajar
atau contoh-contoh yang berkenaan dengan apa yang dipelajari di
dalam kelas agar murid dapat melihat secara terus dan seterusnya
lebih memahami dengan apa yang diajar oleh gurunya.
o Guru juga boleh menjemput seorang murid agar menjadi contoh
kepada murid lain berdasarkan kerjanya yang bagus atau pun untuk
membuat demonstrasi mengenai hasil kerja yang dihasilkannya yang
terbaik itu.

o Guru

juga

perlu

menyemai

nilai-nilai

murni

dan

sentiasa

menggunakan psikologi serta simulasi semasa sesi pengajaran dan


pembelajaran.

Ianya dilihat dapat membentuk murid ke arah yang lebih


proaktif dan produktif.

Contohnya, guru boleh membuat aktiviti seperti kuiz, tekateki,

bercerita dan bertanyakan pelbagai soalan yang

mencabar minda kepada murid agar kemahiran kognitif


mereka dapat berkembang secara berterusan.

Melalui aktiviti ini juga, murid dapat berimaginasi dan


seterusnya dapat memikirkan idea-idea baharu dan bernas
sesuai dengan tahap mereka.

Pandangan Konstruktivis: Kognisi Sosial (Piaget & Vygotsky)


Teori Belajar Konstruktivisme Jean Piaget:

Piaget yang dikenal sebagai konstruktivis pertama (Dahar, 1989: 159)


menegaskan bahwa penekanan teori kontruktivisme pada proses untuk
menemukan teori atau pengetahuan yang dibangun dari realitas lapangan.

Peranan guru dalam pembelajaran menurut teori kontruktivisme adalah


sebagai fasilitator atau moderator.

Ilmu pengetahuan dibangun dalam fikiran seorang anak dengan kegiatan


asimilasi dan akomodasi sesuai dengan skema yang dimilikinya.

Proses mengkonstruksi, sebagaimana dijelaskan Jean Piaget adalah sebagai


berikut:
a)

Skema
o Proses keseimbangan atau penyelesaian masalah adalah bermula dengan
skema.

o Skema (schema) merupakan model tingkah laku asas individu yang


ditonjolkan semasa proses pengubahsuaian diri dalam alam sekitar
(Mok Soon Sang, 2008).
o Ia merupakan mental yang membolehkan individu mengurus dan
menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran.
o Skema dalam individu bermula apabila individu memperoleh pengalaman
baru.
o Seterusnya, ia akan menyusun pengalaman-pengalaman tersebut di
dalam minda dan kemudiannya membentuk satu sistem.
o Proses

penyusunan

pengalaman-pengalaman

baru

ini

merupakan

organisasi.
o Selepas itu, skema-skema yang terbentuk ini akan digunakan untuk
menyelesaikan masalah.
o Seseorang bayi yang baru dilahirkan akan mempunyai skema yang umum
dan semua skema bayi adalah berbeza. Semakin besarlah bayi,
skemanya semakin meningkat dan juga diperhalusi.
o Sebagai contohnya, seseorang bayi yang dilahirkan mempunyai skema
yang sedia ada seperti menghisap susu. Oleh hal demikian, apa sahaja
benda-benda akan dia masukan ke dalam mulutnya dan menghisap. Hal
ini demikian kerana mereka tidak dapat membezakan apa yang boleh
dihisap dan apa yang tidak boleh dihisap. Oleh itu, mereka akan
menghisap apa-apa sahaja.
o Pembentukan skema juga bermula dengan skema yang ringkas kemudian
ke skema yang kompleks.
o Skema yang sedia ada biasanya akan sentiasa berdepan dengan situasi
yang baru.
o Oleh itu, penukaran skema adalah perlu.
b) Adaptasi (Adaptasion) & Keseimbangan:

o Adaptasi (adaptation) merupakan satu proses perubahan terhadap


skema apabila skema yang sedia ada tidak dapat memuaskan keperluan
situasi.
o Ia merupakan keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran.
o Proses adaptasi akan menjadi apabila ketidakseimbangan di antara
individu dengan alam sekitar berlaku.
o Selepas individu telah mengubahsuai diri dengan alam sekitar, maka
keseimbangan (equilibration) akan dikekalkan.
o Sebagai contohnya, seseorang kanak-kanak yang sudah mengetahui
konsep 4+4=8.
o Apabila dia diberikan soalan 4x4, dia haruslah melalui proses adaptasi
supaya dia boleh mendapat jawapan yang betul, iaitu 16.
c) Asimilasi (Asimilation) & Akomodasi (Accommodation):
o Mengikut teori Piaget, adaptasi telah merangkumi dua bentuk, iaitu
asimilasi (assimilation) dan akomodasi (accommodation).
o Proses

asimilasi

merupakan

proses

adaptasi

yang

melibatkan

penyesuaian pengalaman baru terhadap skema yang sedia ada.


o Manakala, proses adaptasi yang melibatkan pengubahsuaian skema yang
sedia ada bagi menyesuaikan pengalaman baru pula merupakan proses
akomodasi.
o Seseorang individu itu menunjukkan asimilasi ketika dia menggunakan
gerak balas yang telah dipelajari kepada rangsangan yang baru.
o Contohnya, seseorang yang tahu menunggang basikal tidak perlu belajar
semula tentang cara mengekalkan keseimbangan di atas kenderaan
beroda dua.
o Pembelajaran tentang cara mengekalkan keseimbangan di atas basikal
akan membantunya menunggang motosikal. Ini merupakan asimilasi.

o Walau

bagaimanapun,

untuk

menunggang

motosikal,

dia

perlu

mempelajari menggunakan klac motosikal.


o Perkara baru yang dipelajari disebut akomodasi.
o Dengan ini jelaslah asimilasi dan akomodasi berinteraksi untuk
mendapatkan tingkah laku baru yang membantu seseorang individu
membuat penyesuaian dengan alam sekitarnya.

Teori Belajar Konstruktivisme Vygotsky:


o Teori Vygotsky menekankan perkembangan manusia tidak dapat dipisahkan
daripada sosial dan juga budaya.
o Menurut Vygotsky, pengalaman sosial dan budaya akan mempengaruhi cara
berfikir dan juga perkara yang difikirkan.
o Beliau percaya bahawa perkembangan kognitif berlaku dengan melalui
interaksi antara kanak-kanak dengan orang dewasa ataupun rakan yang
lebih berpengalaman serta berilmu pengetahuan.
o Orang-orang ini yang membimbing dan memberi pertolongan kepada
mereka.
o Teori Vygotsky ini mencadangkan kanak-kanak untuk menggunakan bantuan
atau sokongan itu untuk membina kefahaman yang membolehkan mereka
menyelesaikan masalah dengan persendirian.
o Zon Perkembangan Proksimal (ZPD):
o Vygotsky

juga

memperkenalkan

konsep

zone

of

development (ZPD), iaitu zon perkembangan proksimal.

proximal

o Zon perkembangan prosikmal adalah jarak ataupun perbezaan


antara tahap kognitif semasa kanak-kanak dengan tahap kognitif
yang kanak-kanak itu dapat capai (Azizi Yahaya, 2005).
o Menurut Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2009;59) pula, zon
perkembangan proksimal ialah istilah yang digunakan oleh Vygotsky
untuk menjelaskan bagaimana kemahiran-kemahiran yang sukar
dilaksanakan dapat dijayakan dengan bantuan orang dewasa atau
rakan yang berkemahiran.
o Dalam zon perkembangan proksimal, ia mempunyai dua had iaitu had
atas dan had bawah.

Luar Zon
Zon Atas

Zon Perkembangan
Proksimal (ZPD)

Zon Bawah

Luar Zon
Rajah 1: Zon Perkembangan Proksimal (ZPD)

Had Atas: Peringkat kemahiran kanak-kanak yang boleh dicapai melalui


bantuan orang lain yang lebih mahir.
Contoh: Kanak-kanak dapat mengelaskan bentuk mengikut ciri-cirinya
dengan bantuan guru.

Had Bawah: Peringkat kemahiran kanak-kanak yang boleh dicapai dengan


diri sendiri.
Contoh: Kanak-kanak sedia mengetahui ciri-ciri bentuk dan mereka
bolehlah menyelesaikan masalah dengan diri sendiri.

Perancah (Scaffolding):
o Konsep perancah (scaffolding) juga merupakan teori yang diasaskan oleh
Vygotsky.
o Ia berkait rapat dengan zon perkembangan proksimal.
o Scaffolding bermaksud mengubahsuai tahap sokongan yang diberikan.
o Istilah ini diguna pakai oleh Vygotsky untuk menjelaskan bantuan atau
sokongan yang diberikan oleh individu yang mahir kepada individu yang
kurang mahir.
o Scaffolding telah dibahagikan kepada lima jenis, ia telah ditunjukkan
seperti berikut:
Jenis Scaffolding
Modelling

Contoh
Seorang

guru

mendemonstrasikan

Pendidikan
cara

melukis

Seni

telah

bunga

sebelum

mengarahkan murid melukis secara bersendirian.


Memberi penerangan

Seorang guru Sains memberi penjelasan terhadap


eksperimen yang dijalankan kepada murid-murid.

Menanya soalan

Selepas modelling dan memberi penerangan, seorang


guru akan menanyakan soalan kepada murid-murid.

Adaptasi
instruksional

bahan Seorang guru Pendidikan Jasmani akan merendahkan


jaring apabila sedang mengajar cara-cara menjaring
bola dan menaikkan jaring ke aras yang lebih tinggi
apabila murid-murid bertambah mahir.

Sedia membantu dan Kanak-kanak di prasekolah diajar cara mengikat tali


memberi panduan

kasut mengikut langkah-langkah oleh guru.

o Scaffolding membantu pelajar bergerak melalui zon perkembangan


proksimal dengan membolehkan pelajar menyelesaikan sesuatu tugasan
tanpa bantuan orang lain.
o Scaffolding yang berkesan dapat bertindak balas dan memenuhi keperluan
pelajar dengan mengubahsuai segala keperluan dan tugasan kepada tahap
pencapaian yang boleh dicapai oleh murid sendiri.
o Contohnya, seseorang murid akan dibantu oleh guru, ibu bapa dan
pembantu guru pada mula-mulanya.
o Dengan menggunakan konsep perancah ini, orang yang memberi bimbingan
kepada murid itu akan mengurangkan mengikut peringkat.
o Pada akhirnya, murid itu akan dapat belajar dengan diri sendiri.
o Fungsi scaffolding adalah sebagai alat membantu murid-murid mempelajari
kemahiran baharu.
o Perkembangan murid akan terbantut atau lambat sekiranya kekurangan
scaffolding.
o Namun sekiranya guru memberikan terlalu banyak sokongan instruksional,
pelajar akan gagal berkembang dan tidak berupaya melaksanakan
tugasannya bersendirian.
o Maka, scaffolding yang berkesan perlulah fleksibel dan dapat memenuhi
keperluan pelajar semasa mereka bergerak melalui zon perkembangan
proksimal.
o Perbualan dan interaksi juga adalah alat yang penting semasa proses
perencah untuk mendapat konsep-konsep baru dan lebih sistematik.
o Perbualan akan membantu pelajar menyusun konsep-konsep baru secara
lebih sistematik dan bermakna dengan bantuan individu yang lebih mahir
contohnya guru.

Peranan guru dlm pdp:


1. Perancangan pengajaran berpusatkan plj dgn mengambil kira keupayaan plj.
2. Guru hendaklah mengenal pasti ZPD plj melalui penyediaan bbrp akt yg
berkaitan.
3. Gunakan ZPD plj utk memastikan pembljrn berkesan dpt berlaku.
4. Pilih plj yg lbh berkemahiran utk mengajar plj yg belum menguasai.
5. Guru hendaklah menyediakan byk cth & bhn sumber yg blh membantu plj
membuat perkaitan & membina pemahaman baharu.
6. Guru hendaklah mengaitkan isi pljrn dgn situasi sebenar. Tugasan autentik
yg berasaskan mslh alam nyata, pengalaman berasaskan konteks sebenar,
simulasi & sbgnya blh dimanfaatkan.

Anda mungkin juga menyukai