Anda di halaman 1dari 32

Options

Disable

Get Free Shots

Sharing is Caring
Blog ini bertujuan untuk memberi informasi tentang Penyakit Kelamin atau Penyakit
Menular Seksual (STD)

• Home
• Visual (Sensitif)
• Tentang Blog Ini..
• Topik/Rujukan
• Email
Herpes Kelamin / Herpes Simpleks (HSV-Type I dan
HSV-Type II)

• Apakah dia Herpes Simpleks / Herpes Kelamin?

Herpes Simpleks adalah sejenis virus – terbahagi kepada dua jenis iaitu Herpes Simpleks
Virus jenis 1 (HSV-1) dan Herpes Simpleks Virus jenis 2 (HSV-2).

Herpes Kelamin adalah penyakit yang berpunca dari serangan virus Herpes Simpleks.
Kebanyakan Herpes kelamin disebabkan oleh HSV-2.

HSV-1 biasanya menyerang bahagian bibir, sekitar mulut dan mata tetapi ada juga yang
menyerang kelamin. HSV-2 umumnya menyerang kawasan kelamin, dan disebarkan
melalui hubungan seksual, ini yang disebut herpes kelamin.
Gejala penyakit ini akan menyebabkan timbulnya satu atau beberapa lepuh atau
gelembung-gelembung kecil berisi air di kawasan yang dijangkiti. Apabila gelembung-
gelembung kecil ini pecah, ia akan meninggalkan kesan melecet/melepuh. Lecetan
tersebut akan mengering dan sembuh seperti biasa. Walaupun begitu, kebanyakan pesakit
tidak mengalami sebarang sintom atau tanda-tanda yang jelas dijangkiti virus HSV-1 atau
HSV-2.

Bagi serangan kali pertama (first outbreak), proses pemulihan akan mengambil masa 2
hingga 4 minggu untuk pulih. Kebiasaannya, lepuhan dan gelembung kecil berisi air ini
akan menyerang semula selepas beberapa minggu atau beberapa bulan dari serangan
pertama, namun, serangan selanjutnya selalunya kurang teruk dan mengambil masa yang
lebih pendek untuk sembuh berbanding serangan sebelumnya.

Walaupun jangkitan virus HSV adalah kekal selamanya di dalam badan, semakin lama
jumlah serangan akan semakin berkurangan selepas beberapa tahun.

• Adakah Herpes Kelamin sejenis penyakit yang biasa dijangkiti/terjadi?

Kajian mendapati Herpes Kelamin adalah merupakan antara jangkitan penyakit kelamin
yang paling banyak dilaporkan.

Jangkitan Herpes Kelamin HSV-2 adalah lebih biasa menjangkiti wanita (kira-kira 1
daripada 4 wanita) berbanding lelaki (1 daripada 5 lelaki). Ini mungkin diakibatkan oleh
pemindahan virus ini adalah selalunya dari lelaki ke wanita.

• Bagaimana seseorang itu boleh dijangkiti?

Virus HSV-1 dan HSV-2 boleh dikesan dan dilepaskan daripada lepuh atau gelembung
kecil berisi air yang diakibatkan oleh virus tersebut. Ia tersebar melalui sentuhan. Walau
bagaimana pun, virus ini tetap boleh disebarkan oleh pembawa HSV-1/HSV-2 walaupun
pada ketika serangan lepuhan tidak berlaku/timbul pada mereka. Kebiasaannya,
seseorang akan dijangkiti virus HSV-2 melalui aktiviti seksual iaitu melalui hubungan
kelamin dengan penghidap Herpes Kelamin HSV-2.

Dengan kata lain, pemindahan virus boleh berlaku dari mereka yang dijangkiti HSV-2
yang mungkin tidak tahu menahu mereka telah dijangkiti kerana tidak ada apa-apa tanda
mereka dijangkiti atau diserang Herpes Kelamin HSV-2.

HSV-1 juga boleh mengakibatkan Herpes Kelamin, tetapi ia selalunya mengakibatkan


jangkitan pada mulut dan bibir, dan dikenali sebagai “demam lepuh”. Jangkitan Kelamin
oleh virus HSV-1 boleh berlaku melalui hubungan “oral-kelamin” dan juga melalui
hubungan “kelamin-kelamin” dengan mereka yang telah dijangkiti HSV-1.

Serangan Penyakit Kelamin HSV-1 kurang berlaku berbanding serangan Penyakit


Kelamin HSV-2.
• Apakah tanda-tanda dan simtom Herpes Kelamin?

Kebanyakan dari mereka yang dijangkiti virus HSV-2 tidak tahu bahawa mereka telah
dijangkiti. Serangan pertama selalunya berlaku 2 minggu selepas virus dipindahkan, dan
lepuh-lepuh atau gelembung-gelembung kecil berisi air itu akan sembuh di antara 2
hingga 4 minggu.

Tanda-tanda dan simtom-simtom lain pada peringkat pertama jangkitan antaranya seperti;
diserang demam, dan kelenjar membengkak. Walau bagaimana pun, kebanyakkan
individu yang dijangkiti virus HSV-2 mungkin tidak pernah diserang lepuh atau
gelembung kecil berisi air, atau serangan yang terlalu sedikit dan tidak jelas dan mereka
mungkin menganggap ianya hanyalah gigitan nyamuk atau serangga atau sakit kulit biasa
yang mengakibatkan tanda bintik merah kecil.

Kebanyakkan dari mereka yang dikesan menghadapi serangan Herpes Kelamin untuk
pertama kali, akan diserang semula sebanyak 4 ke 5 kali dalam setahun. Serangan ini
akan menjadi semakin berkurangan selepas beberapa ketika.

• Apakah komplikasi yang diakibatkan oleh Herpes Kelamin?

Herpes Kelamin mengakibatkan rasa tidak selesa dan sakit/pedih di kawasan kelamin
disebabkan luka-luka kecil dan lecet (akibat lepuh dan gelembung kecil berisi air itu
pecah), dan boleh menyerang berulang kali di bahagian alat sulit. Jangkitan herpes boleh
menjadi lebih teruk bagi mereka yang mempunyai sistem imunisasi badan atau daya
tahan sakit yang lemah.

Tidak kira apa pun tahap keseriusan simtom, Herpes Kelamin sering mengundang
tekanan psikologi kepada mereka yang tahu mereka telah dijangkiti.

Tambahan lagi, bagi wanita hamil yang mengidap Herpes Kelamin, kemungkinan untuk
menjangkiti janin sangat tinggi dan mendedahkan bayi dengan meningitis malah
kerosakan otak. Sekiranya wanita hamil ini dijangkiti Herpes Kelamin pada masa awal
kehamilan (sebelum 4 bulan), ianya berpotensi untuk mengakibatkan jangkitan teruk
yang boleh mengakibatkan kecacatan kekal pada bayi atau membawa kepada kematian
bayi / keguguran.

Sungguh pun begitu, jangkitan kepada bayi adalah jarang terjadi tetapi risiko untuk
terjadi tetap ada dan adalah sangat mustahak bagi wanita hamil yang dijangkiti Herpes
Kelamin dan juga pasangannya berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat dan rawatan
dengan segera bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

• Bagaimana Herpes Kelamin dikesan?

Tanda-tanda dan simtom-simtom berkaitan HSV-2 boleh dikesan dengan beberapa cara.
Doktor anda selalunya dapat mengesan Herpes Kelamin dengan hanya melihat kawasan
yang dijangkiti apabila berlaku serangan atau jangkitan, atau dengan mengambil contoh
sel dari lepuh atau juga mengambil contoh darah anda untuk diuji di makmal. Jangkitan
HSV agak sukar dikesan bila tidak berlaku serangan (outbreak). Pengambilan contoh
darah boleh membantu, walaupun keputusannya kadangkala tidak begitu jelas.

• Adakah terdapat rawatan untuk herpes?

Tiada rawatan khas untuk menyembuhkan herpes, tetapi ubat antiviral boleh
memendekkan tempoh dan menghalang serangan herpes berlaku. Jagalah kesihatan
kelamin dan sistem reproduksi anda, hindari stress, lakukan olah raga teratur, dapatkan
rehat fizikal dan mental yang cukup dan amalkan pemakanan yang seimbang dan
berkualiti kerana ianya dapat meningkatkan daya tahan tubuh.

Lecithin, AMNE dan royal jelly merupakan makanan tambahan yang mengandungi
nutrisi seimbang dan berkualiti yang diperlukan oleh tubuh. Pemakanan secara teratur
akan menjaga daya tahan dan stamina tubuh sehingga mampu mencegah virus agar tidak
aktif.

• Bagaimana Herpes boleh dielak?

Cara yang paling pasti untuk mengelakkan pemindahan dan jangkitan Penyakit Kelamin,
termasuk Herpes Kelamin adalah dengan tidak melakukan hubungan seksual, atau berada
di dalam hubungan monogamous (hanya satu pasangan) dengan pasangan yang telah
disahkan secara klinikal tidak dijangkiti virus HSV.

Penyakit Herpes Kelamin boleh berlaku kepada kedua-dua lelaki dan wanita di kawasan
kelamin yang dilindungi oleh kondom, juga di kawasan yang tidak dilindungi kondom.
Menggunakan kondom getah dengan cara yang betul dan pada setiap sesi hubungan
kelamin hanya boleh mengurangkan risiko jangkitan. Oleh kerana kondom getah
mungkin tidak dapat melindungi sepenuhnya kawasan yang dijangkiti walaupun
digunakan dengan cara yang betul, ianya tidak menjamin bahawa jangkitan tidak akan
berlaku.

Oleh yang demikian, seseorang yang dijangkiti herpes kelamin harus mengelakkan dari
melakukan hubungan kelamin sekiranya simtom-simtom serangan lepuh dan gelembung
kecil berisi air ini sedang berlaku. Walaupun begitu, adalah diingatkan bahawa pengidap
herpes kelamin masih boleh memindahkan virus tersebut kepada pasangannya walaupun
pada ketika pesakit tidak menunjukkan apa-apa simtom.

Pengidap Herpes Kelamin harus bertanggungjawab untuk memberitahu semua pasangan


seksnya bahawa mereka mungkin telah dijangkiti virus HSV dan harus mendapatkan
nasihat serta rawatan doktor.

This entry was posted on Friday, October 5th, 2007 at 3:32 pm and is filed under Herpes. You can follow
any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your
own site.
One Response to “Herpes Kelamin / Herpes Simpleks (HSV-Type I dan
HSV-Type II)”

1. Herpes Information and News » Herpes Kelamin (HSV - Type I dan Type II) Says:

October 31, 2007 at 1:57 am | Reply

[...] ::dragonfly:: wrote a fantastic post today on “Herpes Kelamin (HSV – Type I
dan Type II)”Here’s ONLY a quick extractJangkitan Herpes Kelamin HSV-2
adalah lebih biasa menjangkiti wanita (kira-kira 1 daripada 4 wanita) berbanding
lelaki (1 daripada 5 lelaki). Ini mungkin diakibatkan oleh pemindahan virus ini
adalah selalunya dari lelaki ke wanita. … [...]

Leave a Reply

Name (required)

E-mail (will not be published) (required)

Website

Submit Comment

Notify me of follow-up comments via email.

WHAT IT’S ALL ABOUT..


Blog ini bertujuan untuk memberi informasi tentang Penyakit Kelamin atau
Penyakit Menular Seksual (STD). Laman ini mengandungi gambar-gambar yang
mengejutkan, boleh menyentuh sensitiviti sesetengah pihak dan tidak sesuai untuk
mereka yang berumur 16 tahun ke bawah. Sila keluar dari laman ini sekiranya
anda berumur di bawah 16 tahun atau tidak selesa dengan visual - visual sensitif
atau tidak selesa dengan perbincangan secara terbuka.

TOPIK
o Chlamydia
o Gonorrhea
o Hepatitis B
o Herpes
o HPV
o Kehamilan & Penyakit Kelamin
o Ketuat Kelamin
o Radang Pelvis (PID)
PERHATIAN
TIADA MANA-MANA LAMAN WEB ATAU KHIDMAT INTERNET YANG
BOLEH MERAWAT PENYAKIT KELAMIN/STD, TETAPI MAKLUMAT
YANG DIBERI MUNGKIN BOLEH MENJAWAB SOALAN-SOALAN ANDA

Tags

Chlamydia Genital Wart genital warts Gonorrhea Hamil Health Hepatitis Herpes HPV Ketuat

Kelamin Penyakit Kelamin PID PMS Radang Pelvis STD


Blogroll
o WordPress.com
o WordPress.org
Blog Stats
o 46,167 hits
Meta
o Log in
o Entries RSS
o Comments RSS
o WordPress.com

Theme Contempt by Vault9.


Blog at WordPress.com.

Radang Pelvis (PID / Pelvic Inflammatory Disease)


October 22, 2007

• Apakah dia Radang Pelvis / Pelvic Inflammatory Disease


(PID)?

Radang Pelvis atau Pelvic inflammatory disease (PID) adalah penyakit


yang merujuk kepada jangkitan kuman pada rahim (uterus), tiub
fallopian (saluran yang membawa telur dari kilang telur ke uterus untuk
disenyawakan) dan lain-lain organ peranakan wanita.

Radang pelvis mengakibatkan komplikasi serius terhadap organ peranakan yang


kebiasaannya diakibatkan oleh jangkitan penyakit kelamin, terutamanya Chlamydia and
Gonorrhea. Radang pelvis boleh mengakibatkan kerosakan kekal pada tiub fallopian,
rahim (uterus) dan tisu-tisu di dalam dan di luar rahim dan kilang telur (ovaries).

Radang pelvis yang tidak dirawat akan menyebabkan komplikasi buruk terhadap organ
peranakan seperti mandul, kehamilan ektopik iaitu kehamilan di luar rahim, dan rasa sakit
yang teruk pada pelvis (tulang pinggul) akibat jangkitan teruk pada organ peranakan.

• Adakah Radang Pelvis (PID) sesuatu yang biasa terjadi/dijangkiti?

Seks rambang dan bertukar pasangan seksual adalah faktor utama yang menyumbang
kepada tejadinya radang pelvis. Dengan meningkatnya kadar penyakit kelamin yang
disebabkan oleh seks rambang dan bertukar pasangan, kadar jangkitan pelvis juga turut
meningkat. Semakin ramai wanita mandul akibat serangan radang pelvis dan kadar
kandungan luar rahim juga turut meningkat. Ini mengakibatkan meningkatnya jumlah
kematian akibat penyakit atau kesan penyakit radang pelvis pada wanita.

• Bagaimana wanita boleh dijangkiti Radang Pelvis (PID)?

Radang pelvis terjadi apabila terdapat jangkitan bakteria pada faraj memasuki pangkal
rahim, seterusnya merebak ke organ peranakan wanita. Terdapat berbagai organisma dan
bakteria yang boleh mengakibatkan radang pelvis tetapi penyubang utama radang pelvis
adalah penyakit kelamin Gonorrhea dan Chlamydia, iaitu 2 jenis penyakit kelamin yang
lazim menjangkiti rakyat Malaysia.

Wanita yang aktif secara seksual dan selalu bertukar pasangan seks atau wanita yang
mempunyai pasangan yang kerap bertukar pasangan seks adalah sangat berisiko untuk
dijangkiti radang pelvis.

Wanita yang melakukan “douche” (memancit ubat/air ke dalam faraj untuk tujuan
kebersihan) turut mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat radang pelvis
berbanding dengan wanita yang tidak melakukan “douche”. Ini kerana “douche” akan
turut membunuh “bakteria baik” yang hidup di dalam faraj wanita dan ianya juga boleh
menolak bakteria jahat atau kuman masuk lebih jauh ke dalam organ peranakan wanita.
Wanita yang memakai alat di dalam rahim (IUD) sebagai cara merancang keluarga juga
mempunyai risiko yang lebih tinggi dijangkiti radang pelvis apabila dia ataupun
suaminya mempunyai pasangan seks yang ramai jika dibandingkan dengan hubungan
monogami (satu pasangan).

akan bersambung…

Leave a Comment » | Radang Pelvis (PID) | Tagged: Health, PID, Radang Pelvis,
STD | Permalink
Posted by ::sharingiscaring::

Penyakit Gonorrhea
October 21, 2007

• Apakah dia Gonorrhea?

Gonorrhea adalah sejenis Penyakit Kelamin yang berjangkit melalui hubungan kelamin.
Ia disebabkan oleh jangkitan bakteria Neisseria Gonorrhoeae, iaitu sejenis bakteria yang
hidup dan mudah membiak dengan cepat di dalam saluran pembiakan/peranakan seperti
pangkal rahim (cervix), rahim (uterus), and tiub fallopian (saluran telur) bagi wanita dan
juga saluran kencing (urine canal) bagi wanita dan lelaki. Bakteria ini juga boleh
membiak di dalam mulut, kerongkong, mata dan dubur.

• Adakah Gonorrhea adalah penyakit yang biasa dijangkiti/terjadi?

Gonorrhea adalah penyakit kelamin yang mudah dijangkiti. Mengikut perangkaan


Kementerian Kesihatan Malaysia, Gonorrhea merupakan antara penyakit kelamin yang
paling kerap menjangkiti penduduk Malaysia.

• Bagaimana seseorang itu dijangkiti?

Gonorrhea disebarkan cukup hanya melalui sentuhan pada zakar, faraj, mulut atau dubur
mereka yang mengidapnya. Ejakulasi tidak perlu berlaku untuk bakteria ini dipindahkan
atau dijangkitkan. Gonorrhea juga boleh dipindahkan dari ibu kepada bayi semasa proses
melahirkan.
Mereka yang pernah dijangkiti gonorrhea dan telah berjaya dirawat, boleh dijangkiti
semula jika mereka melakukan hubungan seks dengan mereka yang dijangkiti penyakit
ini.

• Siapakah yang berisiko dijangkiti?

Sesiapa sahaja yang aktif secara seksual dan kerap bertukar pasangan seks adalah
berisiko untuk dijangkiti penyakit ini. Kes jangkitan Gonorrhea paling banyak dilaporkan
berlaku pada remaja dan golongan muda yang aktif secara seksual.

• Apakah tanda-tanda atau simtom-simtom Gonorrhea?

Kebanyakan lelaki tidak menunjukkan apa-apa simtom diangkiti Gonorrhea.


Sesetengahnya pula akan dapat melihat simtom selepas 2 ke 5 hari dijangkiti penyakit
kelamin ini dan ada juga yang hanya mendapat simtom selepas 30 hari dijangkiti
Gonorrhea. Simtom dan tanda-tanda dijangkiti dijangkiti Gonorrhea termasuklah rasa
sakit ketika kencing (rasa sakit seperti sakit kencing tidak lawas), keluar lendiran
berwarna putih, kuning atau kehijauan dari lubang zakar. Kadang-kala simtom dijangkiti
Gonorrhea termasuklah rasa sakit dan bengkak pada buah zakar.

Bagi wanita pula, simtom dijangkiti Gonorrhea selalunya sedikit dan tidak ketara, dan
kebanyakan jangkitan Gonorrhea pada wanita tidak menunjukkan apa-apa simtom atau
tanda. Simtom pada wanita selalunya sering disalah sangka sebagai jangkitan kencing
yang mengakibatkan kencing tidak lawas, atau jangkitan kuman pada faraj. Ini kerana
simtom-simtom awal dijangkiti penyakit kelamin Gonorrhea ini adalah seperti rasa sakit
ketika kencing (rasa sakit seperti sakit kencing tidak lawas), keputihan yang banyak, juga
pendarahan di antara kitaran haid. Wanita yang dijangkiti Gonorrhea berisiko tinggi
untuk mendapat komplikasi serius akibat jangkitan tersebut, tidak kira sama ada simtom
jangkitan Gonorhea itu pada awalnya jelas atau tidak.
Simtom dijangkiti Gonorrhea di lubang dubur pula termasuklah keluar lendiran dari
lubang dubur, gatal, perit, berdarah atau sakit ketika membuang air besar. Jangkitan di
lubang dubur kadangkala tidak kelihatan atau tidak menunjukkan apa-apa simtom.
Manakala jangkitan di dalam kerongkong pula kebiasaanya seperti sakit tekak, walaupun
lazimnya ia tidak menunjukkan apa-apa simtom akibat jangkitan Gonorrhea di
kerongkong.

• Apakah komplikasi yang diakibatkan oleh Gonorrhea?

Penyakit Gonorrhea yang dibiarkan tanpa rawatan boleh mengakibatkan masalah yang
serius serta kerosakan kekal pada kesihatan wanita dan juga lelaki yang dijangkiti.

Bagi wanita, gonorrhea adalah penyebab utama Radang Pelvis


(pelvic inflammatory disease atau PID). PID kadang kala tidak
menunjukkan apa-apa simtom, namun PID boleh
mengakibatkan kerosakan kekal pada tiub fallopian, rahim
(uterus) dan tisu-tisu di sekelilingnya. Kerosakan ini boleh
membawa kepada rasa sakit yang teruk pada pelvis, mandul,
dan kehamilan ektopik (hamil di luar rahim) yang boleh
mengakibatkan kematian.

Bagi lelaki, jangkitan gonorrhea boleh merebak ke epididymis


(salur yang membawa keluar sperma dari buah zakar/testis),
mengakibatkan rasa sakit pada zakar dan buah zakar serta boleh
mengakibatkan mandul sekiranya dibiarkan tanpa rawatan.

Kuman yang mengakibatkan Gonorrhea juga boleh memasuki darah dan sendi-sendi
tulang. Keadaan ini boleh membahayakan nyawa pesakit tersebut. Mereka yang dijangkiti
Gonorrhea mudah dijangkiti virus HIV sekira terdedah kepada virus tersebut. Pembawa
HIV yang mengidap Gonorrhea juga dapat memindahkan virus HIV dengan mudah
kepada orang lain.

• Apakah kesan Gonorrhea terhadap wanita hamil dan bayi dalam


kandungannya?

Bagi wanita hamil, Gonorrhea boleh dipindahkan dari ibu kepada bayi semasa proses
melahirkan bayi. Jangkitan Gonorrhea kepada bayi boleh mengakibatkan bayi buta,
jangkitan pada sendi tulang bayi, atau jangkitan pada darah yang boleh mengakibatkan
kematian pada bayi yang dijangkiti.

Gonorrhea boleh dirawat dan diubati dengan pengambilan antibiotik ketika hamil.
Rawatan kepada Gonorrhea hendaklah diberi kepada ibu hamil yang dijangkiti sebaik
sahaja penyakit ini dapat dikesan, untuk mengurangkan risiko komplikasi jangkitan
kepada bayi. Wanita hamil digalakkan menjalani ujian untuk mengesan penyakit kelamin
semasa di awal fasa kehamilan. Wanita hamil yang dijangkiti penyakit kelamin harus
mendapatkan nasihat dan rawatan dari doktor.
• Bagaimana Gonorrhea dapat dikesan?

Terdapat beberapa cara ujian makmal dan di klinik untuk mengesan jangkitan Gonorrhea
bagi lelaki dan wanita. Ujian air kencing atau ujian darah atau pengambilan contoh
daripada kawasan jangkitan seperti pangkal rahim, salur kencing, kerongkong, dubur atau
zakar adalah cara untuk mengesan kehadiran bakteria penyakit ini. Sila berjumpa doktor
anda untuk mendapatkan rawatan atau mengesan kehadiran Gonorrhea.

• Apakah rawatan untuk Gonorrhea?

Beberapa antibiotik dapat menyembuhkan Gonorrhea untuk remaja dan orang dewasa.
Bagaimanapun, bakteria yang mengakibatkan Gonorrhea semakin tahan kepada ubat-
ubatan biasa dan ini menyukarkan proses rawatan. Oleh kerana kebanyakan mereka yang
dijangkiti Gonorrhea turut dijangkiti Chlamydia, antibiotik untuk kedua-dua penyakit
kelamin ini akan diberikan sekali. Mereka yang dijangkiti Gonorrhea harus melakukan
ujian untuk mengesan kehadiran penyakit kelamin (STD) yang lain.

Adalah amat penting untuk menghabiskan kesemua antibiotik yang diberi dan
mengikut arahan cara pengambilan antibiotik yang betul seperti yang diarahkan oleh
doktor anda untuk menyembuhkan jangkitan Gonorrhea. Walaupun terdapat ubat-ubatan
dapat menyembuhkan Gonorrhea, tetapi ianya tidak akan dapat menyembuhkan kembali
kerosakan kekal yang diakibatkan oleh penyakit ini, sekiranya berlaku. Mereka yang
pernah dijangkiti dan telah sembuh dari jangkitan Gonorrhea, boleh mendapat semula
penyakit ini sekiranya mereka melakukan hubungan seksual dengan mereka yang
dijangkiti Gonorrhea.

Sekiranya rawatan telah diberikan dan antibiotik telah habis diambil, dan masih terdapat
simtom jangkitan, pesakit hendaklah memberitahu dan berjumpa semula doktor mereka
untuk diuji sekali lagi.

• Bagaimana Gonorrhea boleh dielak?

Seperti jangkitan Penyakit Kelamin yang lain, jangkitan Gonorrhea boleh dielak dengan
tidak melakukan hubungan seksual, atau berada di dalam hubungan monogamous (hanya
satu pasangan) dengan pasangan yang telah disahkan secara klinikal tidak dijangkiti
penyakit ini.

Penggunakan kondom getah dengan cara yang betul dan pada setiap sesi hubungan
kelamin boleh mengurangkan risiko jangkitan penyakit kelamin. Apa-apa perubahan
terhadap organ kelamin anda seperti keputihan yang luar biasa, sakit ketika kencing,
ruam atau lepuh, anda harus menghentikan kegiatan seks serta merta dan berjumpa
doktor untuk mendapatkan kepastian tentang jangkitan atau perubahan yang berlaku.

Mereka yang dijangkiti Gonorrhea serta


pasangan seksnya hendaklah berhenti dari
melakukan hubungan seksual sehingga
tamat tempoh berubat. Kesemua pasangan seks hendaklah diuji dan dirawat sekiranya
disahkan mengidap Gonorrhea. Jika tidak, penyakit ini akan terus berjangkit dan tidak
akan sembuh.

2 Comments | Gonorrhea | Tagged: Gonorrhea, Health, Penyakit Kelamin, STD |


Permalink
Posted by ::sharingiscaring::

Kehamilan & Penyakit Kelamin (Pregnancy & STDs)


October 18, 2007

Wanita boleh dijangkiti Penyakit Kelamin (STD)


sama ada dia hamil atau tidak. Kehamilan tidak
menghalang wanita atau bayi yang dikandungnya
daripada dijangkiti penyakit kelamin. Malahan,
kesan penyakit kelamin boleh menjadi lebih serius
pada wanita hamil, dan kadang kala boleh
membahayakan nyawa si ibu dan anak. Adalah
penting bagi wanita hamil untuk mengetahui kesan
buruk penyakit kelamin terhadap kehamilan, cara-
cara menangani dan melindungi dirinya dan bayi
daripada dijangkiti penyakit kelamin.

• Adakah jangkitan penyakit kelamin


semasa kehamilan sesuatu yang biasa
terjadi?

Sesetengah penyakit kelamin seperti Herpes Kelamin dan Bacterial Vaginosis, boleh
dikatakan lazim menjangkiti wanita hamil.

• Apakah kesan Penyakit Kelamin terhadap wanita hamil dan bayi?

Kebanyakan kesan Penyakit Kelamin terhadap wanita hamil adalah sama dengan wanita
yang tidak hamil. Penyakit Kelamin boleh mengakibatkan kanser pangkal rahim dan
beberapa kanser yang lain, hepatitis kronik, radang pelvis, kemandulan dan penyakit-
pemyakit yang lainnya. Kebanyakan penyakit kelamin pada perempuan berlaku secara
“senyap”, iaitu tanpa simtom atau tanda.

Penyakit Kelamin pada wanita hamil boleh juga mengakibatkan kelahiran pra-matang,
pecah air ketuban sebelum waktu, dan juga jangkitan pada air kencing selapas
melahirkan.
Wanita hamil juga boleh memindahkan Penyakit Kelamin
mereka kepada bayi sebelum, semasa atau sesudah proses
melahirkan. Sesetengah Penyakit Kelamin (seperti siflis) boleh
menyeberangi uri dan menjangkiti bayi di dalam rahim ibu.
Sesetengah Penyakit Kelamin pula (seperti gonorrhea,
chlamydia, hepatits B, dan herpes kelamin) boleh dipindahkan
dari ibu kepada bayi semasa proses melahirkan bayi. HIV pula
boleh menyeberangi uri ketika dalam kandungan, menjangkiti
bayi semasa proses kelahiran dan tidak seperti Penyakit Kelamin
yang lain, ianya juga boleh menjangkiti bayi ketika ibu yang
dijangkiti HIV ini meyusukan bayinya dengan susu badan.

Kesan bahaya Penyakit Kelamin terhadap bayi pula termasuklah


bayi mati dalam kandungan, bayi dilahirkan kurang berat badan (kurang dari 5 pounds),
conjunctivitis (jangkitan penyakit mata), pneumonia (radang paru-paru), neonatal sepsis
(jangkitan dalam saliran darah bayi), kerosakan saraf (seperti kerosakan otak atau kurang
koordinasi dalam pergerakan badan), buta, pekak, hepatitis akut, meningitis dan
kerosakan hati.

Sesetengah masalah ini boleh diatasi sekiranya ibu hamil ini menerima penjagaan rutin
ketika hamil, seperti melakukan pengesanan Penyakit Kelamin ketika di awal kehamilan
dan jika perlu melakukan ujian berulangkali semasa kehamilan dan semasa hampir
dengan masa kelahiran. Sesetengah masalah pula boleh diubati jika ianya dikesan ketika
kelahiran.

• Adakah wanita hamil perlu menjalani ujian untuk mengesan Penyakit


Kelamin?

Penyakit Kelamin boleh menjangkiti semua wanita tidak kira walau apapun taraf
sosioekonimi dan taraf pendidikan umur, bangsa, etnik atau agama. Dengan itu wanita
hamil digalakkan menjalani ujian untuk mengesan penyakit kelamin berikut pada masa
melakukan ujian kesihatan ketika hamil:

• Chlamydia
• Gonorrhea
• Hepatitis B
• Hepatitis C
• HIV
• Siflis

Sesetengah pakar turut menyarankan agar wanita yang pernah melahirkan kelahiran pra-
matang untuk menjalani ujian mengesan jangkitan bacterial vaginosis pada lawatan
pertama mereka ke klinik.

Wanita hamil harus menyatakan hasratnya kepada doktor mereka untuk menjalani ujian
mengesan penyakit kelamin kerana kebanyakan doktor kebiasaannya tidak melakukan
ujian tersebut secara rutin. Walaupun anda telah pernah menjalani ujian mengesan
jangkitan penyakit kelamin sebelum kehamilan, anda juga digalakkan untuk melakukan
sekali lagi ketika hamil.

• Bolehkah Penyakit Kelamin dirawat ketika hamil?

Chlamydia, Gonorrhea, Sifilis, Trichomonas, and Bacterial Vaginosis (BV) boleh dirawat
dan diubati dengan pengambilan antibiotik ketika hamil. Tiada rawatan atau penawar
bagi penyakit kelamin yang diakibatkan oleh virus seperti herpes kelamin dan HIV, tetapi
ubat antiviral untuk herpes kelamin dan HIV boleh mengurangkan simtom atau kesan
penyakit tersebut pada wanita hamil. Untuk wanita hamil yang menghidap atau dijangkiti
herpes kelamin ketika hampir waktu melahirkan, doctor anda akan menggalakkan anda
untuk melakukan kelahiran secara cesarean (C-section) bagi melindungi bayi anda dari
dijangkiti virus HSV/herpes kelamin. Kelahiran secara cesarean (C-section) juga
merupakan salah satu pilihan untuk wanita hamil yang menghidap HIV.

Wanita hamil yang disahkan bukan penghidap atau pembawa hepatitis B juga boleh
mendapatkan vaksin hepatitis B semasa hamil.

• Bagaimanakah wanita hamil dapat melindungi diri dan kandungan mereka


daripada dijangkiti?

Cara yang paling pasti untuk mengelakkan pemindahan dan jangkitan Penyakit Kelamin,
adalah dengan tidak melakukan hubungan seksual, atau berada di dalam hubungan
monogamous (hanya satu pasangan) dengan pasangan yang telah disahkan secara klinikal
tidak dijangkiti penyakit kelamin.

Penyakit Herpes Kelamin boleh berlaku kepada kedua-dua lelaki dan wanita di kawasan
kelamin yang dilindungi oleh kondom, juga di kawasan yang tidak dilindungi kondom.
Menggunakan kondom getah dengan cara yang betul, dan pada setiap sesi hubungan
kelamin boleh mengurangkan risiko jangkitan HIV, iaitu virus yang menakibatkan
penyakit AIDS. Penggunaan kondom getah dengan cara yang betul, dan pada setiap sesi
hubungan kelamin juga boleh mengurangkan risiko dijangkiti penyakit kelamin yang lain
seperti gonorrhea, chlamydia, dan trichomoniasis.

Penyakit Kelamin seperti Herpes, Ketuat kelamin dan jangkitan virus human
papillomavirus (HPV) boleh berlaku kepada kedua-dua lelaki dan wanita di kawasan
kelamin yang dilindungi oleh kondom, juga di kawasan yang tidak dilindungi kondom.
Menggunakan kondom getah dengan cara yang betul dan pada setiap sesi hubungan
kelamin hanya boleh mengurangkan risiko jangkitan. Oleh kerana kondom getah
mungkin tidak dapat melindungi sepenuhnya kawasan yang dijangkiti walaupun
digunakan dengan cara yang betul, ianya tidak menjamin bahawa jangkitan tidak akan
berlaku.

Sekiranya wanita hamil mengesyaki dirinya telah dijangkiti penyakit kelamin, sila
berjumpa doktor anda dengan segera sebelum komplikasi buruk berlaku.

2 Comments | Kehamilan & Penyakit Kelamin | Tagged: Health, Penyakit Kelamin,


Hamil | Permalink
Posted by ::sharingiscaring::

Penyakit Chlamydia
October 11, 2007

• Apakah dia Penyakit Chlamydia?

Chlamydia merupakan sejenis penyakit kelamin yang paling


biasa berlaku. Ia disebabkan oleh jangkitan bakteria Chlamydia
Trachomatis, iaitu sejenis bakteria yang mampu merosakkan
organ peranakan wanita. Walaupun simtom penyakit
Chlamydia ini lazimnya sederhana dan tidak ketara bagi
kebanyakan yang dijangkiti, penyakit ini berpotensi untuk
memberi komplikasi serius terhadap kerosakan kekal pada
organ peranakan wanita dan seterusnya boleh mengakibatkan
kemandulan.

• Adakah Chlamydia adalah penyakit yang biasa dijangkiti/terjadi?

Chlamydia adalah penyakit kelamin yang paling kerap sekali dilaporkan. Kebanyakan
pesakit tidak mengetahui mereka telah dijangkiti dan tidak pernah melakukan apa-apa
ujian untuk mengesan kehadiran Chlamydia ini. Ini kerana Chlamydia dikenali sebagai
penyakit yang menyerang secara “senyap” (silent desease). Wanita yang telah mendapat
rawatan Chlamydia selalunya akan dijangkiti semula penyakit ini sekiranya pasangan
seks mereka tidak mendapatkan rawatan.

• Bagaimana seseorang itu boleh dijangkiti?

Chlamydia boleh dipindahkan melalui hubungan hubungan seks menerusi faraj, dubur
ataupun mulut. Ia juga boleh dipindahkan dari ibu kepada bayi semasa proses kelahiran.
Chlamydia boleh menjangkiti sesiapa sahaja sama ada wanita atau lelaki yang aktif
secara seksual. Semakin ramai pasangan seks seseorang itu, semakin tinggi risikonya
untuk dijangkiti penyakit kelamin.

• Apakah tanda-tanda dan simtom Chlamydia?

Chlamydia dikenali sebagai penyakit yang menyerang secara “senyap”. Ini kerana kira-
kira 75% daripada wanita yang dijangkiti dan 50% daripada lelaki yang dijangkiti tidak
menunjukkan apa-apa tanda atau simtom. Bagi mereka yang mengalami simtom pula,
simtom Chlamydia akan mula kelihatan selepas kira-kira 1 hingga 3 minggu terdedah
kepada bakteria tersebut.

Bagi wanita, bakteria akan menyerang pangkal rahim (cervix) dan saluran kencing
(urethra). Wanita yang mempunyai simtom akan mengalami keputihan atau lendiran yang
luar biasa atau merasa perit/sakit ketika kencing (seperti sakit akibat kencing tidak
lawas).

Sesetengah wanita tidak menunjukkan apa-apa simtom


walaupun bakteria telah merebak dari pangkal rahim ke tiub
Fallopian (saluran yang membawa telur dari ovari (kilang
telur) ke uterus (rahim) untuk disenyawakan). Sesetengah
wanita pula mengalami sakit perut dibahagian bawah, sakit
belakang dibahagian bawah, mual, demam, sakit semasa
melakukan hubungan kelamin, atau pendarahan di antara
kitaran haid.

Bagi lelaki yang mempunyai tanda dijangkiti, simtom


jangkitan penyakit ini termasuk keluar cecair/lendiran dari
zakar, atau merasa sakit ketika kencing. Sesetengah lelaki
akan merasa perit dan gatal di kawasan lubang kencing. Ada
juga lelaki yang mengalami bengkak dan sakit di kawasan
buah zakar.

Bagi lelaki atau wanita yang melakukan hubungan seks menerusi lubang dubur, jangkitan
Chlamydia boleh berlaku di saluran najis (rektum), yang mengakibatkan kesakitan di
saluran tersebut, pendarahan atau lendiran. Chlamydia turut menyerang kerongkong /
saluran tekak wanita atau lelaki yang melakukan hubungan seks menerusi mulut (oral
sex) kepada pasangan yang dijangkiti.
• Apakah komplikasi yang diakibatkan oleh Chlamydia?

Tanpa rawatan jangkitan Chlamydia boleh mengakibatkan komplikasi serius kepada


organ peranakan. Ianya juga turut menimbulkan masalah kesihatan yang lain sama ada
dalam jangkamasa panjang atau pendek. Oleh kerana penyakit Chlamydia dikenali
sebagai penyakit yang menyerang secara “senyap”, kerosakan dan komplikasi juga akan
berlaku secara “senyap” dan kebiasaannya komplikasi hanya akan disedari apabila
kerosakan teruk telah berlaku.

Bagi wanita, tanpa rawatan jangkitan akan tersebar ke dalam rahim (uterus) atau tiub
fallopian dan mengakibatkan Radang Pelvis (pelvic inflammatory disease atau PID). PID
boleh mengakibatkan kerosakan kekal pada tiub fallopian, rahim (uterus) dan tisu-tisu di
sekelilingnya. Kerosakan ini boleh membawa kepada rasa sakit yang teruk pada pelvis,
mandul, dan kehamilan ektopik (hamil di luar rahim) yang boleh mengakibatkan
kematian.

Komplikasi penyakit Chlamydia jarang berlaku pada lelaki. Walau bagaimanapun


jangkitan Chlamydia pada lelaki boleh merebak ke epididymis (salur yang membawa
keluar sperma dari testis), mengakibatkan rasa sakit, demam dan boleh
mengakibatkan mandul.

• Apakah kesan Chlamydia terhadap wanita hamil dan bayi dalam


kandungannya?

Bagi wanita hamil, jangkitan Chlamydia boleh mengakibatkan kelahiran bayi pra-
matang. Bayi yang lahir kepada ibu yang dijangkiti Chlamydia turut boleh dijangkiti
penyakit ini pada mata dan sistem penafasan bayi tersebut. Chlamydia adalah antara
faktor utama yang mengakibatkan radang paru-paru pada bayi dan conjunctivitis (sejenis
penyakit mata) kepada bayi yang baru lahir.

• Bagaimana Chlamydia dikesan?

Terdapat beberapa cara ujian makmal untuk mengesan jangkitan Chlamydia. Ujian air
kencing atau ujian darah atau pengambilan contoh daripada kawasan jangkitan seperti
pangkal rahim atau zakar adalah cara untuk mengesan kehadiran bakteria penyakit ini.
Sila berjumpa doktor anda untuk mendapatkan rawatan atau mengesan kehadiran
Chlamydia. Peringatan: Ujian Papsmear sahaja atau ujian darah biasa tidak
dapat mengesan kehadiran Chlamydia. Sila jelaskan kepada doktor anda bahawa anda
ingin melakukan Ujian Chlamydia.

• Adakah terdapat rawatan untuk Chlamydia?

Ya. Penyakit Chlamydia boleh diubati dan sembuh dengan cepat dan mudah, hanya
dengan mengambil antibiotik dan menghentikan kegiatan seks sepanjang tempoh berubat.
Kebiasaannya, ia dapat dirawat dalam masa kurang dari 2 minggu. Sila berjumpa doktor
anda untuk mendapatkan rawatan ini.
Kesemua pasangan seks hendaklah diuji secara klinikal dan dirawat. Anda dan pasangan
anda hendaklah menghentikan kegiatan seks sepanjang tempoh berubat sehingga
kesemua pasangan telah dirawat dan selesai berubat, jika tidak risikonya adalah kesemua
pasangan akan dijangkiti semula.

Wanita yang pasangannya tidak berubat atau tidak mendapat rawatan sempurna adalah
sangat berisiko tinggi untuk dijangkiti semula. Jangkitan berulang kali terhadap wanita
boleh menimbulkan komplikasi kesihatan pada organ peranakan yang serius termasuk
mandul. Ujian semula untuk mengesan Chlamydia harus dilakukan oleh wanita selepas 3-
4 bulan dari tarikh rawatan sebelumnya, terutama sekali jika wanita terbabit tidak pasti
sama ada pasangan seksualnya telah mendapatkan rawatan sempurna atau tidak.

• Bagaimana Chlamydia boleh dielak?

Seperti jangkitan Penyakit Kelamin yang lain, jangkitan Chlamydia tidak akan berlaku
dengan tidak melakukan hubungan seksual, atau berada di dalam hubungan monogamous
(hanya satu pasangan) dengan pasangan yang telah disahkan secara klinikal tidak
dijangkiti penyakit ini.

Penggunakan kondom getah dengan cara yang betul dan pada setiap sesi hubungan
kelamin boleh mengurangkan risiko jangkitan Chlamydia. Sekiranya anda pernah aktif
atau sedang aktif secara seksual, anda digalakkan membuat ujian pengesanan Chlamydia
ini sekurang-kurangnya setahun sekali. Semua wanita hamil sepatutnya melakukan ujian
Chlamydia. Apa-apa perubahan terhadap organ kelamin anda seperti keputihan yang luar
biasa, sakit ketika kencing, ruam atau lepuh, anda harus menghentikan kegiatan seks serta
merta dan berjumpa doktor untuk mendapatkan kepastian tentang jangkitan atau
perubahan yang berlaku.

Mereka yang dijangkiti Chlamydia serta pasangan seksnya hendaklah berhenti dari
melakukan hubungan seksual sehingga tamat tempoh berubat. Jika tidak, penyakit ini
akan terus berjangkit dan tidak dapat sembuh.

1 Comment | Chlamydia | Tagged: Chlamydia, Health, Penyakit Kelamin, STD |


Permalink
Posted by ::sharingiscaring::

Ketuat Kelamin (Genital Wart)


October 7, 2007
• Apakah dia Ketuat Kelamin?

Ketuat Kelamin (genital warts, venereal warts atau condyloma acuminata) adalah
ketumbuhan kulit yang lembut, lembap, dan tidak sakit. Ia merupakan ketumbuhan kulit
yang berwarna merah jambu, keperangan atau seperti warna kulit. Kebanyaakan ketuat
kelamin kelihatan seperti kubis bunga (berbiji-biji/berlapis).

Ketuat kelamin tumbuh di atas zakar atau kawasan yang berhampiran zakar, kawasan
dubur, di bibir faraj, dan kadangkala ia muncul di pangkal rahim (saluran berbentuk leher
antara uterus dan faraj). Apabila ini berlaku, gejala yang mungkin timbul termasuklah
pendarahan semasa pergerakan usus atau sakit ketika membuang air kecil.

Ketuat boleh tumbuh secara sebji-sebiji atau berkelompok. Kadangkala kelompok ketuat
terjadi di sekeliling sebiji ketuat besar.

• Adakah Ketuat Kelamin adalah penyakit yang biasa berlaku/terjadi?

Penyakit ketuat kelamin boleh merebak melalui hubungan seksual. Penyakit ketuat
kelamin biasa menjangkiti lelaki dan wanita yang aktif dalam hubungan seksual pada
semua peringkat usia, bangsa atau kelas sosial di seluruh dunia.

Pesakit ketuat kelamin mudah menjadi murung dan rendah diri serta kurang berminat
terhadap hubungan seks. Sekiranya tidak dirawat, bagi pesakit wanita risiko mendapat
barah pangkal rahim meningkat, sementara pesakit lelaki pula menghadapi risiko
meningkatnya barah prostat.

• Bagaimana Ketuat Kelamin boleh dijangkiti?

Penyakit ketuat kelamin disebabkan oleh virus human papillomavirus (HPV). Terdapat
banyak jenis HPV dan tidak kesemuanya menyebabkan Ketuat Kelamin.
Cara penyebaran virus HPV ini adalah melalui sentuhan langsung dari kulit ke kulit
ketika melakukan hubungan seks melalui faraj, dubur atau secara oral dengan seseorang
yang telah pun dijangkiti penyakit tersebut. Ketuat kelamin adalah sangat berjangkit.
Anda mempunyai risiko dijangkiti ketuat kelamin setinggi 60% dengan hanya sekali
melakukan hubungan seksual dengan pasangan yang menghidap ketuat kelamin ini.

• Bagaimana saya mendapat virus HPV?

HPV adalah virus yang tersebar melalui hubungan seksual. Satu-satunya cara untuk tidak
dijangkiti HPV ialah dengan tidak melakukan hubungan seksual.

Jika anda seorang yang seksual aktif, lakukan hubungan kelamin dengan pasangan kekal
yang tidak dijangkiti HPV sahaja, boleh merendahkan risiko anda dijangkiti Ketuat
Kelamin.

Jangkitan Ketuat kelamin boleh mengambil masa yang lama untuk timbul atau disedari.
Ini kerana masa pengeramannya yang lama. Ini bermakna jarak masa seseorang dijangkiti
virus HPV dengan timbulnya Ketuat Kelamin ini boleh mengambil masa berbulan-bulan
lamanya dan adakalanya bertahun. Bagi wanita pula, Ketuat Kelamin mungkin
menyerang di kawasan yang tidak kelihatan seperti di dalam salur faraj dan di pangkal
rahim. Tidak semestinya tanpa tanda atau tanpa kehadiran Ketuat Kelamin menandakan
anda tidak dijangkiti HPV.

Penggunaan kondom yang betul boleh mengelakkan jangkitan HPV. Tetapi kondom tidak
dapat menutupi keseluruhan kulit yang dijangkiti Ketuat Kelamin.

• Rawatan Ketuat Kelamin

Sekiranya anda menyedari kehadiran ketuat di kawasan kelamin anda, sila berjumpa
doktor anda dengan segera. Doktor anda akan dapat mengesahkan Ketuat kelamin ini
dengan pemeriksaan fizikal sahaja. Bagi wanita, pemeriksaan pap smear boleh dilakukan
bertujuan mengesan sebarang kelainan kepada alat kelamin.

Ketuat Kelamin harus dirawat oleg doktor. Jangan sekali-kali merawat sendiri ketuat
kelamin. Ketuat Kelamin boleh dihilangkan tetapi virus HPV akan kekal di dalam badan
dan tidak boleh dirawati. Ini menerangkan mengapa Ketuat Kelamin ini boleh menyerang
kembali setelah dibuang.

Pilihan rawatan masalah ketuat kelamin yang ada sekarang kebanyakannya ditumpukan
kepada tujuan untuk menghilangkan ketuat yang ketara dan bukan terus kepada
penyebabnya. Rawatan yang diberikan kepada pesakit adalah berbeza mengikut saiz,
lokasi dan bilangan ketuat serta jantina pesakit.

Antara jenis rawatan yang dicadangkan ialah membekukan ketuat tersebut atau dikenali
sebagai Cryotherapy, yang dianggap antara rawatan yang berkesan.
Selain itu kaedah podophyllin iaitu menggunakan sejenis tumbuhan yang boleh
memusnahkan tisu di tempat yang dijangkiti di permukaan kulit.

Rawatan lain ialah sapuan sejenis kimia di permukaan ketuat yang dikenali sebagai Asid
Trichloracetic (TCA) bagi menyembuhkan penyakit ketuat kelamin ini.

Terdapat juga doktor yang mungkin mencadangkan rawatan Electrocautery bertujuan


menghapuskan tisu yang dijangkiti, dengan menggunakan terapi laser atau pembedahan.

Suntikan ubat Interferon secara langsung kepada kawasan yang dijangkiti juga turut
boleh digunakan untuk merawat penyakit ketuat kelamin ini.

Selain itu penggunaan sejenis krim yang dinamakan krim Imiquimod yang boleh dibeli di
kebanyakan farmasi yang dikenali sebagai pengubah tindak balas daya tahan atau
“immune response modifiers” juga boleh digunakan. Pengunaan krim ini dikatakan
kaedah rawatan alternatif terbaik berbanding terapi pemusnahan tisu kerana ia lebih
selamat, berkesan dan mudah digunakan.

• Apakah yang akan terjadi sekiranya Ketuat Kelamin tidak dirawat?

Ketuat Kelamin boleh tumbuh dan bertambah jika tidak dirawat. Ia juga boleh merebak
ke kawasan lain. Jika anda seksual aktif, anda berisiko tinggi memindahkan virus HPV
dan jangkitan Ketuat Kelamin ini kepada pasangan anda.

Beberapa jenis HPV boleh menyebabkan berlakunya ketumbuhan sel yang tidak normal
di kawasan serviks. Sel-sel yang tidak normal ini boleh bertukar menjadi kanser apabila
dibiarkan tanpa rawatan. Beberapa jenis virus HPV juga dikenalpasti boleh
mengakibatkan kanser rahim, kanser usus, kanser prostat dan sebagainya.

• Mengelak jangkitan Ketuat Kelamin

Oleh kerana tiada rawatan yang 100% efektif bagi penyakit ketuat kelamin, ianya adalah
penting untuk mengelak penyebaran virus HPV ketuat kelamin yang juga berpotensi
menjadi penyebab barah pangkal rahim bagi wanita dan barah prostat bagi lelaki, dengan
beberapa cara termasuk :-

» Mengelak dari melakukan hubungan kelamin sehingga selesai tempoh berubat


» Mengamalkan cara yang selamat dengan menggunakan kondom dengan cara yang betul
dan menutupi bahagian yang terkena jangkitan penyakit Ketuat Kelamin

Selain itu adalah penting bagi wanita untuk menjalani pemeriksaan pap smear bertujuan
mengesan sebarang kelainan kepada alat kelamin dan organ reproduksi anda. Pengesanan
awal perubahan yang diperoleh daripada ujian ini adalah langkah pencegahan terbaik
bagi mengelakkan barah pangkal rahim.
Maklumat Tambahan:
Virus Human Papillomavirus (HPV)

Rujukan:
http://www.geocities.com/alam_penyakit/PenyakitKelaminCondylomaAcuminata.htm
http://familydoctor.org/online/famdocen/home/common/sexinfections/sti/215.html
http://www.cdc.gov/std/hpv/

1 Comment | Ketuat Kelamin | Tagged: genital warts, Health, HPV, Ketuat Kelamin,
STD | Permalink
Posted by ::sharingiscaring::

Genital human papillomavirus – HPV


October 7, 2007

Fakta:

Sekitar 50% daripada mereka yang aktif seks boleh


mendapat virus HPV. Kebanyakan dari mereka tidak tahu
mereka telah dijangkiti.

• Apakah jangkitan HPV merupakan sesuatu


yang biasa?

Jangkitan virus human papillomavirus (HPV) merupakan


penyakit jangkitan kelamin yang paling kerap berlaku. Ia
boleh menjangkiti lelaki dan wanita melalui hubungan
hubungan seks. Kebanyakan mereka yang dihinggapi virus
HPV in tidak mempunyai apa-apa tanda.

Kajian mendapati jangkitan Tidak ada kajian yang


virus HPV disebarkan mengesahkan jangkitan virus
melalui: HPV disebarkan melalui:
Hubungan seks dengan orang • Tempat duduk tandas
yang dijangkiti virus HPV, • Bercium di mulut,
iaitu: berpeluk atau
berpegangan tangan
• Melalui faraj dengan • Kurang menjaga
orang yang dijangkiti kebersihan diri
virus HPV • Berkongsi makanan atau
alat/bekas makanan
• Melalui anal/lubang
dubur orang yang • Berenang di kolam
dijangkiti virus HPV mandi awam
• Siapa yang akan dijangkiti?

Sesiapa sahaja yang melakukan hubungan seks dengan orang yang telah dijangkiti HPV.
Ia boleh menjangkiti lelaki dan wanita dan seterusnya mereka yang dijangkiti ini boleh
memindahkan virus HPV ini kepada pasangan yang lain melalui hubungan seks, tanpa
mereka sedari. Oleh kerana virus HPV sukar dikesan dan boleh “menyorok” untuk jangka
masa yang panjang, seseorang yang dijangkiti itu, boleh “menyimpan” virus HPV ini
walaupun telah bertahun tidak melakukan hubungan seks.

• Apa yang membuatkan seseorang itu lebih cenderung untuk dijangkiti


HPV?

Mengadakan hubungan seks pada usia yang terlalu awal, mempunyai ramai pasangan dan
mempunyai pasangan yang sering bertukar ganti pasangan seksual. Tidak semua yang
dijangkiti virus HPV akan mengalami apa-apa masalah kesihatan. Terdapat banyak jenis
virus HPV, dan ianya terbahagi kepada 2 kumpulan utama.

Kumpulan pertama boleh menyebabkan Ketuat Kelamin (HPV “risiko rendah”/”low-


risk” HPV), dan kumpulan kedua boleh mengakibatkan kanser pangkal rahim bagi wanita
(HPV “risiko-tinggi/“high-risk” HPV).

Virus HPV bukan virus yang sama dengan virus HIV atau virus Herpes Simpleks (HSV-
1/HSV-2). Walaupun kesemua virus-virus ini tersebar melalui hubungan seks, virus-virus
ini memberi simtom dan penyakit yang berbeza.

• Apakah yang dimaksudkan dengan HPV “risiko rendah”?

Dikenali sebagai HPV “risiko rendah” kerana ia tidak menyebabkan kanser. HPV “risiko
rendah” menyebabkan kesan perubahan yang tidak ketara kepada pangkal rahim wanita.
Perubahan tidak ketara ini tidak akan menyebabkan kanser. Ianya tidak berbahaya dan
bersifat sementara. Kadangkala HPV “risiko rendah” boleh juga menyebabkan Ketuat
Kelamin. Ketuat Kelamin tidak akan bertukar menjadi kanser. Tiada penjelasan yang
jelas mengapa HPV “risiko rendah” yang menyebabkan timbulnya ketuat kelamin ini.

• Apakah yang dimaksudkan dengan HPV “risiko-tinggi?

Dikenali sebagai HPV “risiko-tinggi” kerana ianya berkait rapat dengan kanser pangkal
rahim. HPV “risiko-tinggi” juga dikaitkan dengan kanser di bahagian kelamin yang lain
seperti zakar dan dubur. Lazimnya, HPV “risiko-tinggi” tidak mengakibatkan masalah
kesihatan. Untuk sesetengah orang, HPV “risiko-tinggi” akan tinggal di dalam badan dan
menyebabkan perubahan sel. Perubahan sel inilah yang boleh membawa kepada kanser,
jika dibiarkan tanpa apa-apa rawatan.

• Adakah HPV “risiko-tinggi bermaksud kanser?


Tidak. HPV “risiko-tinggi” bukan kanser. HPV “risiko-tinggi” boleh menyebabkan
kanser jika ia terus tinggal didalam badan dan mengubah sel-sel tubuh selama beberapa
tahun. Barah pangkal rahim adalah masalah kesihatan yang serius yang diakibatkan oleh
HPV “risiko-tinggi”. Walau bagaimanapun, barah pangkal rahim boleh dielak dengan
melakukan ujian Pap Smear bagi mengesan sebarang kelainan kepada alat kelamin dan
organ reproduksi anda. Pengesanan awal perubahan yang diperoleh daripada ujian ini
adalah langkah pencegahan terbaik bagi mengelakkan barah pangkal rahim. Terdapat
juga vaksin yang boleh melindungi wanita dari kebanyakan kes kanser pangkal rahim.
Sila hubungi doktor anda untuk keterangan lanjut mengenai vaksin ini.

akan bersambung…

Leave a Comment » | HPV, Ketuat Kelamin | Tagged: Genital Wart, Health, HPV,
Ketuat Kelamin, STD | Permalink
Posted by ::sharingiscaring::

Hepatitis B
October 6, 2007

PENERANGAN Hepatitis B adalah penyakit hati yang serius, disebabkan


sejenis virus yang menyerang hati. Virus ini dikenali sebagai
hepatitis B virus, boleh mengakibatkan jangkitan sepanjang
hayat, kecacatan hati (cirrhosis – parut pada hati), barah hati,
hati tidak dapat berfungsi, dan kematian. Setakat ini, tiada
ubat yang boleh menyembuhkan penyakit ini. Imunisasi /
Vaksin Hepatitis B boleh didapati untuk semua peringkat umur
bagi melindungi dan mencegah jangkitan virus Hepatitis B,
bukan menyembuhkannya. Sesetengah pesakit terus
membawa virus Hepatitis B di dalam badan mereka walaupun
mereka telah pulih daripada jangkitan. Orang-orang seperti ini
dipanggil Pembawa. Pembawa Hepatitis B mempunyai risiko
tinggi menghidap penyakit-penyakit yang teruk seperti
penyakit hati, kerosakan dan barah hati. Barah hati adalah di
antara 10 jenis barah yang kerap berlaku di dunia, termasuk
di negara kita.

TANDA-TANDA & Kira-kira 30% dari pesakit tidak mempunyai apa-apa tanda
SIMTOM-SIMTOM atau simtom. Kanak-kanak lebih sedikit menunjukkan tanda-
tanda atau simtom penyakit ini berbanding orang dewasa.

• sakit kuning (jaundice)


• keletihan, kelesuan
• sakit di bahagian perut
• hilang selera makan
• loya, pening, mual, muntah

• sakit sendi

PENYEBAB Virus Hepatitis B

PEMINDAHAN VIRUS Terjadi apabila darah pesakit Hepatitis B memasuki badan


bukan pesakit.

• Virus Hepatitis B disebarkan melalui hubungan kelamin


dengan pesakit tanpa penggunaan kondom (walaupun
begitu, tiada jaminan terhadap keberkesanan
penggunaan kondom getah untuk mengelak dijangkiti
Virus Hepatitis B, tetapi penggunaan yang betul, boleh
mengurangkan risiko dijangkiti),
• berkongsi jarum suntikan,
• bayi yang dilahirkan kepada ibu yang merupakan
pesakit atau pembawa Hepatitis B

Mereka yang berisiko dijangkiti virus Hepatitis B, juga


mempunyai risiko tinggi untuk dijangkiti virus hepatitis C dan
HIV.

KUMPULAN • Orang yang • Bayi yang lahir kepada ibu


BERISIKO mempunyai ramai yabg dijangkiti atau
pasangan seks, atau pembawa virus Hepatitis
pernah dijangkiti B, akan menjadikan bayi
Penyakit Kelamin / itu pembawa seumur
STDs hidup dan menghadapi
• Lelaki yang risiko tinggi menghidap
melakukan hubungan barah hati
kelamin dengan lelaki • Bayi/kanak-kanak
(homoseksual & pendatang dari negara
biseksual) yang mempunyai kadar
• Melakukan hubungan tinggi jangkitan Hepatitis
kelamin dengan B
pengidap atau • Pekerja bidang perubatan
pembawa virus dan sukarelawan yang
Hepatitis B
terdedah kepada darah
• Berkongsi jarum
atau penggunaan darah
suntikan

• Pesakit yang
• Berkongsi alat
menggunakan mesin
penjagaan diri seperti
Hemodialysis (cth:pesakit
pisau cukur dan berus
buah pinggang)
gigi

PENCEGAHAN • Imunisasi / Vaksin Hepatitis B adalah cara perlindungan


dan pencegahan terbaik
• Sekiranya anda melakukan hubungan seks dengan
lebih dari satu pasangan, gunakan kondom getah
dengan betul dan pada setiap sesi. Harus diingat, tiada
jaminan terhadap keberkesanan penggunaan kondom
getah untuk mengelak dijangkiti Virus Hepatitis B,
tetapi penggunaan yang betul, boleh mengurangkan
risiko dijangkiti.
• Sekiranya anda hamil, anda patut menjalankan
pemeriksaan darah untukl mengesan jangkitan
Hepatitis B. Bayi yang lahir kepada ibu yang dijangkiti
atau pembawa harus diberi suntikan HBIG (hepatitis B
immune globulin) dan vaksin dalam masa 12 jam
selepas kelahiran.
• Jangan melakukan suntikan jika anda mengambil
dadah; berhenti dan dapatkan rawatan atau menyertai
program pemulihan
• Sekiranya anda perlu melakukan suntikan jarum sendiri
(cth:pesakit kencing manis), jangan berkongsi jarum
suntikan, sebaiknya dapatkan imunisasi Hepatitis A dan
B
• Jangan berkongsi barang penjagaan diri yang
mempunyai risiko terkena darah (cth: pisau cukur,
pemotong kuku, berus gigi)
• Tattoo dan bertindik. Anda berisiko dijangkiti sekiranya
tukang tattoo atau tindik tidak menjaga peralatan
mereka dengan sempurna mengikut prosedur
perubatan.
• Sekiranya anda pesakit atau pernah dijangkiti virus
Hepatitis B, jangan menderma darah, organ atau tisu
badan anda.

• Sekiranya anda pekerja bidang perubatan dan pekerja


sukarela yang terdedah kepada darah / penggunaan
darah, sila dapatkan imunisasi/vaksin Hepatitis B, serta
patuhi prosedur dan rutin keselamatan serta prosedur
pengendalian jarum atau objek tajam yang betul

IMUNISASI / Semenjak tahun 1989 Kementerian Kesihatan Malaysia telah


VAKSIN menyediakan perkhidmatan Imunisasi/Vaksin Hepatitis
B untuk bayi yang baru lahir.Lindungilah bayi anda daripada
Hepatitis B melalui Imunisasi. Oleh kerana bayi yang baru lahir
mempunyai risiko untuk menjadi pembawa Hepatits B, mereka
perlu diberikan imunisasi/vaksin Hepatitis B. Imunisasi ini
adalah selamat dan tidak memberikan kesan-kesan
sampingan.

• Imunisasi Hepatitis B perlu diberikan melalui 3 dos


seperti berikut:
• Dos Umur :
o Dos Pertama Pada Hari Kelahiran
o Dos Kedua Apabila Berumur Satu Bulan
o Dos Ketiga Apabila Berumur Lima Bulan
o Tiga dos diperlukan untuk memastikan bahawa
bayi anda menerima perlindungan lengkap
terhadap Hepatitis B.

Bagaimana Imunisasi ini boleh didapati?

• Perkhidmatan ini boleh didapati di semua hospital dan


klinik kerajaan serta hampir semua hospital swasta
• Jika anda bersalin di hospital bayi anda akan diberi
suntikan dos pertama oleh jururawat di hospital
• Jika jururawat desa atau bidan kerajaan menyambut
kelahiran dirumah, beliau akan memberikan suntikan
dos pertama sejurus selepas kelahiran
• Sekiranya bidan kerajaan yang menyambut kelahiran di
rumah tidak dapat memberikan suntikan dos pertama
sejurus selepas dilahirkan atau jika kelahiran disambut
oleh bidan kampung, anda dinasihat supaya meminta
suami atau ahli keluarga yang lain membawa bayi
tersebut ke pusat kesihatan yang berhampiran dengan
secepat mungkin untuk suntikan dos pertama
• Bagi suntikan dos kedua dan dos ketiga, anda
dikehendaki membawa bayi anda ke hospital atau
pusat kesihatan yang berhampiran pada masa yang
ditetapkan

3 Dos Imunisasi Hepatitis B Akan Melindungi Bayi Anda


Sepenuhnya

KESAN JANGKA Jangkitan kronik boleh berlaku kepada:


PANJANG TANPA
IMUNISASI/VAKSIN • 90% bayi ketika kelahiran
• 30% kanak-kanak berumur 1–5 tahun
• 6% selepas umur 5 tahun

Kematian akibat penyakit hati yang kronik berlaku kepada:

• 15%–25% daripada pesakit yang jangkiti virus


Hepatitis B kronik
3 Comments | Hepatitis B | Tagged: Health, Hepatitis, Penyakit Kelamin, STD |
Permalink
Posted by ::sharingiscaring::

Herpes Kelamin / Herpes Simpleks (HSV-Type I dan


HSV-Type II)
October 5, 2007

• Apakah dia Herpes Simpleks / Herpes Kelamin?

Herpes Simpleks adalah sejenis virus – terbahagi kepada dua jenis iaitu Herpes Simpleks
Virus jenis 1 (HSV-1) dan Herpes Simpleks Virus jenis 2 (HSV-2).

Herpes Kelamin adalah penyakit yang berpunca dari serangan virus Herpes Simpleks.
Kebanyakan Herpes kelamin disebabkan oleh HSV-2.

HSV-1 biasanya menyerang bahagian bibir, sekitar mulut dan mata tetapi ada juga yang
menyerang kelamin. HSV-2 umumnya menyerang kawasan kelamin, dan disebarkan
melalui hubungan seksual, ini yang disebut herpes kelamin.

Gejala penyakit ini akan menyebabkan timbulnya satu atau beberapa lepuh atau
gelembung-gelembung kecil berisi air di kawasan yang dijangkiti. Apabila gelembung-
gelembung kecil ini pecah, ia akan meninggalkan kesan melecet/melepuh. Lecetan
tersebut akan mengering dan sembuh seperti biasa. Walaupun begitu, kebanyakan pesakit
tidak mengalami sebarang sintom atau tanda-tanda yang jelas dijangkiti virus HSV-1 atau
HSV-2.

Bagi serangan kali pertama (first outbreak), proses pemulihan akan mengambil masa 2
hingga 4 minggu untuk pulih. Kebiasaannya, lepuhan dan gelembung kecil berisi air ini
akan menyerang semula selepas beberapa minggu atau beberapa bulan dari serangan
pertama, namun, serangan selanjutnya selalunya kurang teruk dan mengambil masa yang
lebih pendek untuk sembuh berbanding serangan sebelumnya.

Walaupun jangkitan virus HSV adalah kekal selamanya di dalam badan, semakin lama
jumlah serangan akan semakin berkurangan selepas beberapa tahun.

• Adakah Herpes Kelamin sejenis penyakit yang biasa dijangkiti/terjadi?

Kajian mendapati Herpes Kelamin adalah merupakan antara jangkitan penyakit kelamin
yang paling banyak dilaporkan.

Jangkitan Herpes Kelamin HSV-2 adalah lebih biasa menjangkiti wanita (kira-kira 1
daripada 4 wanita) berbanding lelaki (1 daripada 5 lelaki). Ini mungkin diakibatkan oleh
pemindahan virus ini adalah selalunya dari lelaki ke wanita.

• Bagaimana seseorang itu boleh dijangkiti?

Virus HSV-1 dan HSV-2 boleh dikesan dan dilepaskan daripada lepuh atau gelembung
kecil berisi air yang diakibatkan oleh virus tersebut. Ia tersebar melalui sentuhan. Walau
bagaimana pun, virus ini tetap boleh disebarkan oleh pembawa HSV-1/HSV-2 walaupun
pada ketika serangan lepuhan tidak berlaku/timbul pada mereka. Kebiasaannya,
seseorang akan dijangkiti virus HSV-2 melalui aktiviti seksual iaitu melalui hubungan
kelamin dengan penghidap Herpes Kelamin HSV-2.

Dengan kata lain, pemindahan virus boleh berlaku dari mereka yang dijangkiti HSV-2
yang mungkin tidak tahu menahu mereka telah dijangkiti kerana tidak ada apa-apa tanda
mereka dijangkiti atau diserang Herpes Kelamin HSV-2.

HSV-1 juga boleh mengakibatkan Herpes Kelamin, tetapi ia selalunya mengakibatkan


jangkitan pada mulut dan bibir, dan dikenali sebagai “demam lepuh”. Jangkitan Kelamin
oleh virus HSV-1 boleh berlaku melalui hubungan “oral-kelamin” dan juga melalui
hubungan “kelamin-kelamin” dengan mereka yang telah dijangkiti HSV-1.

Serangan Penyakit Kelamin HSV-1 kurang berlaku berbanding serangan Penyakit


Kelamin HSV-2.

• Apakah tanda-tanda dan simtom Herpes Kelamin?


Kebanyakan dari mereka yang dijangkiti virus HSV-2 tidak tahu bahawa mereka telah
dijangkiti. Serangan pertama selalunya berlaku 2 minggu selepas virus dipindahkan, dan
lepuh-lepuh atau gelembung-gelembung kecil berisi air itu akan sembuh di antara 2
hingga 4 minggu.

Tanda-tanda dan simtom-simtom lain pada peringkat pertama jangkitan antaranya seperti;
diserang demam, dan kelenjar membengkak. Walau bagaimana pun, kebanyakkan
individu yang dijangkiti virus HSV-2 mungkin tidak pernah diserang lepuh atau
gelembung kecil berisi air, atau serangan yang terlalu sedikit dan tidak jelas dan mereka
mungkin menganggap ianya hanyalah gigitan nyamuk atau serangga atau sakit kulit biasa
yang mengakibatkan tanda bintik merah kecil.

Kebanyakkan dari mereka yang dikesan menghadapi serangan Herpes Kelamin untuk
pertama kali, akan diserang semula sebanyak 4 ke 5 kali dalam setahun. Serangan ini
akan menjadi semakin berkurangan selepas beberapa ketika.

• Apakah komplikasi yang diakibatkan oleh Herpes Kelamin?

Herpes Kelamin mengakibatkan rasa tidak selesa dan sakit/pedih di kawasan kelamin
disebabkan luka-luka kecil dan lecet (akibat lepuh dan gelembung kecil berisi air itu
pecah), dan boleh menyerang berulang kali di bahagian alat sulit. Jangkitan herpes boleh
menjadi lebih teruk bagi mereka yang mempunyai sistem imunisasi badan atau daya
tahan sakit yang lemah.

Tidak kira apa pun tahap keseriusan simtom, Herpes Kelamin sering mengundang
tekanan psikologi kepada mereka yang tahu mereka telah dijangkiti.

Tambahan lagi, bagi wanita hamil yang mengidap Herpes Kelamin, kemungkinan untuk
menjangkiti janin sangat tinggi dan mendedahkan bayi dengan meningitis malah
kerosakan otak. Sekiranya wanita hamil ini dijangkiti Herpes Kelamin pada masa awal
kehamilan (sebelum 4 bulan), ianya berpotensi untuk mengakibatkan jangkitan teruk
yang boleh mengakibatkan kecacatan kekal pada bayi atau membawa kepada kematian
bayi / keguguran.

Sungguh pun begitu, jangkitan kepada bayi adalah jarang terjadi tetapi risiko untuk
terjadi tetap ada dan adalah sangat mustahak bagi wanita hamil yang dijangkiti Herpes
Kelamin dan juga pasangannya berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat dan rawatan
dengan segera bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

• Bagaimana Herpes Kelamin dikesan?

Tanda-tanda dan simtom-simtom berkaitan HSV-2 boleh dikesan dengan beberapa cara.
Doktor anda selalunya dapat mengesan Herpes Kelamin dengan hanya melihat kawasan
yang dijangkiti apabila berlaku serangan atau jangkitan, atau dengan mengambil contoh
sel dari lepuh atau juga mengambil contoh darah anda untuk diuji di makmal. Jangkitan
HSV agak sukar dikesan bila tidak berlaku serangan (outbreak). Pengambilan contoh
darah boleh membantu, walaupun keputusannya kadangkala tidak begitu jelas.

• Adakah terdapat rawatan untuk herpes?

Tiada rawatan khas untuk menyembuhkan herpes, tetapi ubat antiviral boleh
memendekkan tempoh dan menghalang serangan herpes berlaku. Jagalah kesihatan
kelamin dan sistem reproduksi anda, hindari stress, lakukan olah raga teratur, dapatkan
rehat fizikal dan mental yang cukup dan amalkan pemakanan yang seimbang dan
berkualiti kerana ianya dapat meningkatkan daya tahan tubuh.

Lecithin, AMNE dan royal jelly merupakan makanan tambahan yang mengandungi
nutrisi seimbang dan berkualiti yang diperlukan oleh tubuh. Pemakanan secara teratur
akan menjaga daya tahan dan stamina tubuh sehingga mampu mencegah virus agar tidak
aktif.

• Bagaimana Herpes boleh dielak?

Cara yang paling pasti untuk mengelakkan pemindahan dan jangkitan Penyakit Kelamin,
termasuk Herpes Kelamin adalah dengan tidak melakukan hubungan seksual, atau berada
di dalam hubungan monogamous (hanya satu pasangan) dengan pasangan yang telah
disahkan secara klinikal tidak dijangkiti virus HSV.

Penyakit Herpes Kelamin boleh berlaku kepada kedua-dua lelaki dan wanita di kawasan
kelamin yang dilindungi oleh kondom, juga di kawasan yang tidak dilindungi kondom.
Menggunakan kondom getah dengan cara yang betul dan pada setiap sesi hubungan
kelamin hanya boleh mengurangkan risiko jangkitan. Oleh kerana kondom getah
mungkin tidak dapat melindungi sepenuhnya kawasan yang dijangkiti walaupun
digunakan dengan cara yang betul, ianya tidak menjamin bahawa jangkitan tidak akan
berlaku.

Oleh yang demikian, seseorang yang dijangkiti herpes kelamin harus mengelakkan dari
melakukan hubungan kelamin sekiranya simtom-simtom serangan lepuh dan gelembung
kecil berisi air ini sedang berlaku. Walaupun begitu, adalah diingatkan bahawa pengidap
herpes kelamin masih boleh memindahkan virus tersebut kepada pasangannya walaupun
pada ketika pesakit tidak menunjukkan apa-apa simtom.

Pengidap Herpes Kelamin harus bertanggungjawab untuk memberitahu semua pasangan


seksnya bahawa mereka mungkin telah dijangkiti virus HSV dan harus mendapatkan
nasihat serta rawatan doktor.