Anda di halaman 1dari 5

Masjid merupakan salah satu bangunan yang dibina atas

tujuan bagi memenuhi suatu tuntutan ritual atau peibadat.

Sebelum abad ke-20, bentuk masjid sangat kuat dipengaruhi oleh

tradisi dan budaya masyarakat setempat, dan bentuk masjid ini

diistilahkan sebagai ‘masjid lama’. Namun, pada abad ke-20

rekaan sesebuah masjid mengambil sentuhan dari para arkitek

sehingga ciri-ciri bentuk masjid berbeza dengan bentuk masjid

lama. Hal ini menyebabkan munculnya istilah ‘masjid moden’

atau ‘masjid kontemporari’. Walaupun bentuk masjid kelihatan

berbeza namun komponen atau bahagian masjid seperti ruang

solat, mihrab, mimbar, dan tempat wudhuk masih lagi dikekalkan

dalam sesebuah masjid.

Mihrab merupakan sebahagian daripada ciri-ciri estetika

Islam dalam seni bina masjid. Ciri-ciri keindahannya disampaikan

secara halus dan tidak pula membawa kepada satu pemusatan

pengamatan khusus dalam masjid. Pembinaan masjid tidak

bermaksud memberi penekanan yang berlebihan ke bahagian

mihrabnya sepertimana yang terdapat dalam seni bina gereja

yang menekankan bahagian ‘altar-nya’. Pembinaan mihrab tidak

tersiratnya maksud suatu kawasan yang paling suci dan secara


estetika menjadi suatu tumpuan khas dalam menunaikan solat di

dalam masjid. Pengunjung masjid boleh berada di mana-mana

sahaja dalam ruang solat untuk menunaikan solatnya mengikut

arah kiblat. Setiap ruang dalam masjid adalah suci di sisi Allah.

Ada yang menganggap tanda arah kiblat dalam masjid-masjid

adalah ditentukan dengan adanya mihrab. Mihrab yang dibina

akan berbentuk lengkungan dan di sinilah seorang imam akan

berdiri untuk mengetuai solat berjemaah. Di sebelah kanan

mihrab terletak sebuah mimbar, iaitu sebuah tempat di mana

imam berdiri memberi khutbah. Kebiasaanya mihrab diindahkan

dengan hiasan ayat al-Quran yang berkaitan dengan kiblat, solat,

kalimah syahadah, nama “Allah” dan “Muhammad” atau nama

keempat-empat para sahabat nabi dan juga corak-corak Islami

seperti khat.

Sejarawah seni Islam tidak dapat memastikan sejarah

sebenar mihrab. Mengikut Suyuti dalam kitabnya, I’ilamul adib bi

hudusi bid’atil maharib bahawa semasa Nabi dan juga keempat-

empat khalifahnya (abad pertama Hijrah), tidak terdapat pun

sebuah mihrab. Mihrab hanya mula diperkenalkan dalam abad

kedua Hijrah. Dalam catatan lain pula, Masalm bin Mukhallad


(667-682M) dan Abdul al-Aziz bin Marwan (685-704M) merupakan

orang memperkenalkan mihrab. Dalam tahun 710-712 M apabila

masjid Amir di Kaherah hendak diubahsuai dan diperbesarkan

ketika itu mihrab telah pun menjadi elemen yang penting dalam

seni bina masjid. Sementara itu, para sarjana arkeologi Barat pula

berpendapat bahawa mihrab berasal daripada tamadun sebelum

Islam.

Berdasarkan kajian lapangan yang telah dijalankan di

sebuah masjid di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM),

kami dapati mihrab yang dibina berfungsi sebagai penunjuk arah

kiblat bagi masjid tersebut. Mihrab yang terbina dihiasi dengan

gubahan motif Arabeque yang berasal dari Negara Timur Tengah.