Anda di halaman 1dari 2

Pengenalan

Dewasa kini, semakin ramai rakyat Malaysia yang mampu membeli dan memiliki telefon pintar
atau tablet yang menggunakan sistem operasi Android. Mungkin sesetengah masyarakat di luar
sana yang masih tidak tahu dan tertanya-tanya apakah itu Android? Untuk makluman semua,
Android adalah sistem operasi untuk peranti bergerak seperti telefon selular, komputer tablet dan
notebook.
Android dibangunkan oleh Google berdasarkan sistem perisian Linux dan perisian GNU.
Android asalnya dibangunkan oleh Android Inc. (firma yang kemudiannya telah dibeli oleh
Google). Kemudian untuk mengembangkan Android, dibentuklah Open Handset Alliance,
konsortium daripada 34 syarikat telekomunikasi, termasuk Google, HTC, Intel, Motorola,
Qualcomm, T-Mobile, dan Nvidia.Android mempunyai komuniti yang besar dalam
membangunkan serta menulis aplikasi untuk pengembangan fungsi peralatan. Dianggarkan
hampir 70,000 aplikasi untuk Android boleh didapati, menjadikanya sasaran pengembangan
peralatan kedua paling popular untuk peralatan mobile.
Android mempunyai komuniti yang besar dalam membangunkan serta menulis aplikasi untuk
pengembangan fungsi peralatan. Dianggarkan hampir 70,000 aplikasi untuk Android boleh
didapati, pada awal dahulu, menjadikanya sasaran pengembangan peralatan kedua paling popular
untuk peralatan mobile. Sistem operasi Android adalah platform smartphone terlaris di dunia,
mengalahkan Nokia Symbian dari kedudukan teratas 10 tahun. Android mempunyai komuniti
besar pemaju menulis program aplikasi (apps). Dianggarkan sekarang ini ada lebih dari 150.000
aplikasi yang sedia untuk Android.