Anda di halaman 1dari 2

Chocolate Orange Cream Cheese Ogura Cake

Bahan2nya:
A
25g minyak jagung
125g cream cheese
80ml susu segar
B
100g kuning telur
1 biji telur
40g gula kaster
C
65g tepung kek
D
200g putih telur
65g gula kaster
1/2 sk cream of tartar
E
1 biji parutan kulit oren
F
1 sk chocolate emulco
Cara2 membuatnya:
1. Panaskan oven pada suhu 180 C. Sediakan loyang segiempat bersaiz 8 inci. Griskan dengan butter &
alaskan dasarnya dengan kertas minyak, ketepikan.
2. Satukan bahan2 A. Masak atas double boiler hingga lembut & berkrim. Sejukkan sebentar.
3. Masukkan bahan2 B. Gaul sebati. Masukkan pula bahan C, gaul & ketepikan.
4. Pukul bahan D hingga kembang & bertanduk. Kaup balikkan hingga sebati dengan adunan dari
langkah 3 tadi.
5. Kemudian, bahagikan adunan kepada dua bahagian. Masukkan bahan E kepada salah satu bahagian
adunan & bahan F kepada adunan yang satu lagi, gaul rata.
6. Tuang adunan dalam loyang yang telah disediakan secara berselang seli. Bakar guna teknik water
bath selama 1 jam atau hingga kek masak.
7. Bila kek sudah masak, segera keluarkan dari acuan & terbalikkan atas wire rack, sejukkan
sepenuhnya. Kek ini sedap dimakan sejuk.

Anda mungkin juga menyukai