Anda di halaman 1dari 6

CS HRM Services 122578-M

16, Jalan KOSAS 1/5, Taman Kosas, 68000 Ampang, Selangor.


Tel : 019-3970002 Email: cshrm@pd.jaring.my

KURSUS INTENSIF 2 HARI

PENGENDALIAN PEMBENTANGAN KES DI


MAHKAMAH PERUSAHAAN
RASIONAL

Setelah menerima surat panggilan sebutan atau saman dari


Mahkamah Buruh atau Mahkamah Perusahaan, majikan perlu bersedia
untuk mempertahankan kes mereka di mahkamah tersebut. Di
samping mempertahankan kes mereka, mereka juga perlu tahu hak-
hak yang ada pada mereka seperti hak untuk diwakili seorang
pengamal undang-undang dan hak untuk mengetahui alasan
penghakiman yang diberikan. Apakah lagi perkara-perkara yang perlu
disediakan oleh majikan? Siapakah yang harus dipanggil memberi
keterangan? Apakah dokumen-dokumen yang perlu disediakan?
Siapakah yang boleh dilantik untuk menjalankan representasi di
mahkamah buruh atau mahkamah perusahan? Bagaimanakah untuk
melantik wakil-wakil di mahkamah ini? Bagaimanakan pihak syarikat
boleh membantu peguam atau wakil kesatuan untuk memastikan kes
mereka berjaya di mahkamah?

Kursus intensif 2 hari ini akan mengupas secara terperinci tentang


prosedur dan cara-cara yang betul yang mengikut undang-undang di
dalam mengambil tindakan yang sewajarnya apabila berhadapan
dengan tuntutan kes-kes perhubungan perusahaan. Ianya akan di
kendalikan oleh seorang tenaga pengajar yang pakar dan
berpengalaman di dalam bidang ini.

OBJEKTIF

1. Memperjelaskan secara praktikal mengenai prosedur dan


peraturan pengendalian kes di mahkamah buruh dan mahkamah
perusahaan.

1
2. Memberi penerangan yang jelas berkaitan jenis-jenis keterangan
dan undang-undang lain yang digunakan di dalam penyelesaian
pertikaian di mahkamah buruh dan mahkamah perusahaan.

3. Memastikan peserta dapat menguruskan seterusnya membantu


mengendalikan kes-kes tuntutan mahkamah perusahaan sebaik
sahaja selesai berkursus.

ISI KANDUNGAN DAN JADUAL KURSUS

HARI PERTAMA

0845 Pengenalan

0900 Modul 1
Pengenalan kepada Mahkamah Buruh
• Definisi
• Peruntukan Akta Kerja 1955
• Prosedur
• Bagaimana kes dikendalikan

1030 Rehat / minum pagi

1045 Modul 2
Pengenalan kepada Mahkamah Perusahaan
 Definisi dan Struktur Organisasi Mahkamah Perusahaan
 Sejarah serta bidang Kuasa
 Siapakah Pengerusi dan Pegawai Mahkamah
• Keadilan Asasi
o Prinsip-prinsip
o Perlaksanaan
• Peruntukan Akta Perhubungan Perusahaan 1967
• Representasi
• Tatacara Keharmonian Perusahaan

1145 Modul 3
Persediaan Pra-Perbicaraan dan Tarikh Sebutan
Pertama
• Apa itu sebutan kes dan pendengaran
• Borang-Borang yang perlu difailkan
• Statement of Case, Statement of Reply dan Rejoinder

2
• Ikatan dokumen, Ikatan Otoriti dan Pliding
• Soalan dan jawapan saksi-saksi
• saksi hostile

Modul 4
Perbicaraan
 Etika pakaian dan dekoram
 Penandaan Dokumen
 Bantahan Awalan
 Pemeriksaan Utama, Pemeriksaan Balas dan
Pemeriksaan Semula

1300 Makan Tengahari / Solat Zohor / Rehat

1400 Modul 5
Hujahan
• Apakah itu hujahan
• Jenis-jenis hujahan
• Bagaimana menyediakan hujahan yang baik
• Contoh-contoh hujahan
• Merangka Hujahan sendiri dan Hujahan disediakan
peguam

1530 Rehat / Minum petang

1545 Modul 6
Perintah dan Award Mahkamah Perusahaan
o Apa itu perintah dan award
o Ciri-ciri sesuatu perintah
o Perintah yang terkhilaf serta alasan penghakiman
o Rayuan atau Semakan Kehakiman

1700 KURSUS HARI PERTAMA BERAKHIR

HARI KEDUA

0900 Imbas kembali kursus hari pertama


Sambungan Modul 6 – Perintah dan Award
Mahkamah Perusahaan

1030 Rehat / minum pagi

3
1045 Role Play Perbicaraan di Mahkamah Perusahaan

1300 Makan tengahari / solat zohor / rehat

1400 Modul 7
Kos dan Representasi
− Peguam atau wakil kesatuan ?
− Berapa perlu bayar kepada peguam atau wakil
kesatuan?
− Retainer dan liabiliti serta tanggungjawab perwakilan
− Apa jadi kalau kalah?

1530 Rehat / minum petang

1545 Modul 8
PENYELESAIAN ALTERNATIF
o Definisi
o Jenis-jenis penyelesaian alternatif
o Mediasi atau pilih bicara
o Kelebihan memilih mediasi
o Keburukan memilih mediasi
o Apa yang boleh dilakukan ketika mediasi

1645 Soal Jawab


Penilaian Kursus
Penyampaian Sijil
KURSUS BERAKHIR

SIAPA PATUT MENGHADIRI KURSUS INI

o Pengarah Urusan, Pengarah Eksekutif dan Pengarah


o Pengurus Besar, Pengurus dan Eksekutif
o Semua mereka yang terlibat di dalam pengurusan kes pertikaian
perhubungan perusahaan.

METHODOLOGI KURSUS

o Syarahan
o Kajian keputusan-keputusan Mahkamah

4
o Kajian kes
o Role Play
o Brainstorming & perbincangan

BIODATA TENAGA PENGAJAR

MOHD SYAHRUN NIZAM MOHD MISAN


Mohd Syahrun Nizam Mohd Misan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda
Undang-Undang Kepujian (LL.B - Hons) dari Universiti Islam
Antarabangsa pada tahun 2000 dan Ijazah Sarjana Undang-Undang
(LL.M) dari Universiti Malaya pada 2006. Diterima masuk sebagai
Peguambela & Peguamcara, Mahkamah Tinggi Malaya pada 12 Jun
2001 dan seterusnya beramal sebagai Peguambela & Peguamcara di
beberapa firma guaman di Kuala Lumpur selama beberapa tahun dan
aktif dalam bidang Prosedur Litigasi Sivil dan Jenayah dan pernah
mengendalikan kes di Mahkamah Perusahaan. Selain itu beliau juga
memiliki tauliah Peguam Syarie dari Kerajaan Negeri Sembilan dan
Melaka. Menyertai Perkhidmatan Awam pada 2004 dan ditempatkan
sebagai Penolong Pendaftar, Mahkamah Perusahaan Kuala Lumpur dari
2004 -2007. Ketika bertugas di Mahkamah Perusahaan Kuala Lumpur,
beliau banyak membantu Pengerusi-Pengerusi Mahkamah dalam
menyelesaikan kes-kes tertunggak di Mahkamah Perusahaan dan turut
aktif menjalankan proses mediasi sebelum perbicaraan. Sebagai
memantapkan pengetahuan dan kemahiran sebagai mediator beliau
pernah dihantar menghadiri Kursus Mediation Theory and Practice
yang dianjurkan selama dua minggu oleh Kuala Lumpur Regional
Center for Arbitration dan Universiti of South Australia pada November
2005 dan Kursus Asas Psikologi dan Kaunseling anjuran Institut
Tadbiran Awam Negara (INTAN). Semenjak November 2007 beliau
bertukar pula ke Jabatan Tenaga Kerja Kuala Lumpur dan kini
bertugas sebagai Penolong Pengarah (Pendakwaan & Kompaun),
Jabatan Tenaga Kerja Wilayah Persekutuan. Antara tugas utama
adalah membicarakan kes-kes buruh di bawah bidangkuasa Akta Kerja
1955 dan menjalankan pendakwaan di mahkamah terhadap majikan
yang melakukan kesalahan di bawah Akta Kerja 1955, Akta Agensi
Pekerjaan Swasta 1981 dan Akta Pampasan Pekerjaan 1952.

Dalam bidang konsultansi dan latihan beliau aktif menjalankan kerja-


kerja konsultansi sambilan untuk majikan di dalam bidang Undang-
Undang Perburuhan dan Perhubungan Perusahaan di sekitar Kuala
Lumpur dan Selangor semenjak beberapa tahun lepas.

5
PELABURAN KURSUS

Pelaburan untuk kursus intensif dua (2) hari ini ialah RM1000.00
sahaja . (Ringgit Malaysia: Satu ribu sahaja) terhad kepada 30 orang
peserta. Ianya meliputi bayaran untuk Tenaga Pengajar, nota-nota
kursus dan sijil penyertaan.