Anda di halaman 1dari 2

Punca-punca berlakunya masalah disiplin dan cara-cara mengatasinya

Masalah disiplin boleh dikaitkan dengan kegagalan pelajar di sekolah untuk mematuhi
peraturan yang telah ditetapkan. Isu ini menjadi perbualan hangat masyarakat lantaran kegagalan
golongan pendidik untuk membentuk sahsiah pelajar. Jadi, apakah faktor yang mendorong
masalah ini berlaku dan apakah peranan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dan kerajaan?
Masalah ini semakin meruncing ekoran kurangnya kasih sayang dan perhatian ibubapa
era globalisasi ini. Ibubapa lebih mengutamakan kerjaya mereka sehingga alpa tanggungjawab
mereka mendidik anak yang dahagakan kasih sayang mereka. Akibatnya, pelajar terbabit
mencari jalan keluar dengan melakukan tindakan-tindakan disiplin yang bertujuan untuk menarik
perhatian ibubapa mereka. Sesungguhnya, kelalaian ibubapalah yang menyebabkan masalah
disiplin menjadi-jadi.
Sementara itu kemunculan media massa turut mendorong masalah ini memuncak dengan
drastik. Kelakuan yang tida senonah yang mereka saksikan telah menimbulkan rasa untuk
mencuba pula dalam hati pelajar. Kebanyakan masalah disiplin dikatakan satu cubaan meniru
kelakuan yang telah mereka tonton sebelum ini. Jadi, disiplin mempunyai kaitan rapat dengan
kejadian disiplin pelajar yang terus merosot itu.
Rakan sebaya turut menjadi punca masalah disiplin pelajar menjadi-jadi. Pelajar sering
menganggap rakan sebaya mereka sebagai rakan yang sebenar. Rakan yang mendengar dan
sanggup berkorban untuk mereka berbanding ibubapa yang gagal menjalankan tanggungjawab
mereka. Ringkasnya, rakan sebaya yang negatif akan memastikan disiplin pelajar itu akan turut
merosot dengan drastiknya.
Tambahan pula, kegagalan pihak sekolah bertindak pantas dan telus dalam isu ini turut
menjadi faktor yang mendorong meluasnya masalah ini. Ada pihak sekolah yang merahsiakan
masalah disiplin sekollah mereka kerana tidak mahu nama sekolah terjejas. Tindakan ini
menyebabkan ada pelajar yang beranggapan tindakan mereka melanggar disiplin tidak akan
dilaporkan oleh pihak sekolah. Sikap acuh tak acuh sekolah yang turut kekurangan guru disiplin
ini menyebakan pelajar semakin berani melakukan kesalahan disiplin. Oleh itu, cara pihak
sekolah menangani masalah disiplin turut menentukan peningkatan masalah disiplin pelajar.
Malah, ketiadaan program selepas sekolah yang sesuai dengan pelajar turut menjadi
punca masalah ini terus berleluasa. Program yang menarik dapat menghalang pelajar
menghabiskan masa mereka di pusat-pusat beli-belah dan terjemurus ke dalam aktiviti menyalahi
disiplin. Masa yang mereka habiskan untuk menjalankan aktiviti ini menyebabkan mereka lebih
berdisiplin.
Kemelut ini mudah dibendung jika ibubapa terlebih dahulu sanggup menngorbankan
masa mereka. Ibubapa hendaklah mengutamakan masa depan anak mereka daripada kejayaan

peribadi mereka dalam kerjaya. Ibubapa harus memberi ruang kepada anak untuk menjadi
manusia yang berhemah tinggi. Ringkasnya, ibubapa penting dalam membanteras isu disiplin ini.
Kesimpulannya, kemelut disiplin ini sudah lama diperkatakan oleh masyarakat. Saban
hari kita disogokkan dengan pelbagai cadangan yang tinggal cadangan sahaja. Mungkin kali ini
kita perlu bertegas dan berpijak di bumi nyata.

Anda mungkin juga menyukai