Anda di halaman 1dari 10

Bahan morfologi

http://pgsrkent08.edublogs.org/2012/01/29/proses-pembentukan-kata/
http://kopidangula.blogspot.com/2011/08/proses-pembentukan-kata.html

PROSES PEMBENTUKAN ISTILAH DALAM BAHASA MELAYU


PROSES 1 :
Mencari kata dalam Bahasa Melayu yang lazim digunakan.

PROSES 2 :
Mencari kata dalam Bahasa Melayu yang jarang-jarang digunakan.

PROSES 3 :
Mencari kata dalam bahasa serumpun yang lazim digunakan.

PROSES 4 :
Mencari kata dalam bahasa serumpun yang jarang-jarang digunakan.

PROSES 5 :
Mencari kata dalam bahasa-bahasa yang bukan bahasa serumpun

Proses Pembentukan Kata


Proses pembentukan kata menerangkan bagaimana sesuatu kata itu dibina dan dibentuk sehingga
dapat menghasilkan ayat dan ujaran dalam sesuatu bahasa.

Ada perkataan yang berbentuk

tunggal, misalnya perkataan satu, baik, sekolah dan panjat. Terdapat perkataan yang terbentuk
hasil daripada proses pengimbuhan, misalnya perkataan berkawan, terjunam dan disarankan. Ada
juga perkataan yang terbentuk hasil daripada pemajmukan dan penggandaan, misalnya buku tulis,
gambar rajah, kertas kerja, bahan-bahan, bukit-bukau dan bantu membantu.
Bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa di dunia yang bersifat aglutinatif, iaitu jenis bahasa
dan kebanyakan perkataannya terbentuk melalui proses pengimbuhan, iaitu penggabungan
morfem kata dasar dengan morfem imbuhan.

Proses pembentukan yang bersifat derivatif ini

dapat menerbitkan banyak perkataan, iaitu melalui pencantuman kata dasar dengan pelbagai
imbuhan yang terdapat dalam bahasa Melayu.

Sebagai contoh, perkataan serap apabila

mengalami proses pembentukan kata dapat menerbitkan pelbagai perkataan baharu, iaitu
menyerap,

menyerapkan,

penyerapan,

terserap,

menyerapi,

serapan,

terserapkan, daya serap, dan sebagainya.


Kaedah pembentukan kata seperti yang terdapat dalam bahasa Melayu ini tidak sama dengan
pembentukan perkataan dalam bahasa yang bersifat fleksi seperti bahasa Arab. Cara membentuk
dan mewujudkan perkataan dalam bahasa tersebut adalah melalui kejadian perubahan fonem atau
bunyi kata dasar bahasa itu sendiri, iaitu berdasarkan golongan kata atau kasusnya.
Secara umumnya , perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu itu wujud melalui dua sumber, iaitu
melalui asal-usul bahasa Melayu itu sendiri. Bahasa Melayu berasal daripada rumpun bahasa
Austronesia dan melalui sumber yang diwarisi itu, sejumlah perkataan yang terdapat dalam
bahasa Melayu telah diwujudkan sehingga hari ini. Kedua, perkataan yang dibentuk kemudian
daripada itu melalui proses-proses tertentu, antaranya seperti yang berikut:a. Akronim
Pembentukan kata melalui akronim adalah dengan cara memendekkan atau meringkaskan
perkataan yang kebanyakkannya terdiri daripada kata nama supaya mudah ditulis tau dilafazkan
sebagai satu kata yang wajar. Proses ini banyak berlaku dalam bahasa Melayu pada hari ini.
Contohnya:JAIS Jabatan Agama Islam Selangor
IPBA Institut Perguruan Bahasa bahasa Antarabangsa
IPG Institu Pendidikan Guru

UPSI Universiti Sultan Idris


b.Analogi
Pembentukan kata melalui proses ini adalah dengan mengiaskan kata baharu dengan bentuk kata
yang telah seia ada yang telah digunakan sejak dahulu. Misalnya, perkataan tatabahasa memang
telah sedia ada dan melalui proses analogi, diciptakan pula bentuk-bentuk seperti tatatertib,
tatacara, dan tatahias. Contoh perkataan lain yang dibentuk melalui proses ini adalah seperti
berikut:_
Prasangka prasarana, prasekolah, prauniversiti
Jurunikah juruwang, juruaudit, juruacara, juruhebah
Lelabah gegel;ang, jejari, rerambut
c.Peleburan Fonem
Pembentukan kata melalui proses ini adalah dengan cara menggabungkan perkataan agar menjadi
suku kata dengan meleburkan atau menggugurkan fonem-fonem tertentu. Misalnya perkataan
benda + alir menjadi bendalir terbentuk setelah satu fonem vokal / a / digugurkan.
d. Peluasan Makna
Pembentukan perkataan dengan cara ini adalah dengan mengambil kata-kata yang telah sedia
ada dan kemudiannya diperluaskan maknanya dalam hal-hal lain. Misalnya, perkataan , family
dalam bahasa Inggeris bermakna keluarga tetapi perkataan i i telah diperluaskan maknanya
menjadi famili yang bukan sahaja merujuk kepada manusia, malahan kepada haiwan juga.
e.Pemberian Makna khusus
Dalam proses ini sesuatu perkataan atau istilah itu dibentuk dengan cara mengambil kata-kata
yang telah sedia ada lalu diberi makna khusus atau dijadikan istilah. Misalnya, perkataan surih
pada asalnya bermaksud bekas atau nkesan yang dilalui oleh sesuatu seperti jalan yang dilalui
oleh siput di atas daun pisang.

Melalui pemberian itu makna khusus, surih juga membawa

maksud meniru atau melukis peta.


f.Peminjaman Kata
Peminjaman kata melalui proses ini sangat lusa digunakan dalam bahasa Melayu dan bahasabahasa yang lain. Bahasa Melayu banyak meminjam perkataan daripada bahasa Ingggeris dan
bahasa Arab sehingga perkataan tersebut menjadi sebati dengan penutur bahasa Melayu itu

sendiri.

Proses ini berlaku salam sesuatu bahasa disebabkan dalam bahasa tersebut tidak

terdapat perkataan atau istilah sedemikian. Contoh peminjaman kata daripada bahasa lain:
element elemen
mengisteate majistret
diplomat diplomat
g. Penambahan
Pembentukan kata melalui proses ini adalah dengan memberikan penambahan kepada kata akar
suku kata dengan perkataan lain yang terdiri daripada satu suku kata juga. Bentuk kata jenis ini
telah sebati dalam masyarakat penutur bahasa Melayu. Contohnya, kata akar satu suku kata bu
merujuk kepada benda yang berbentuk bulat kemudian ditambah pula satu suku kata yang lain
untuk menunjukkan benda0benda tertentu yang berbentuk bulat seperti contoh yang berikut:
bu + kit bukit
bu + lan bulan
bu + luh buluh
h. Penciptaan
Pembentukan kata melalui proses penciptaan bermaksud kata-kata baharu dicipta atau dihasilkan
tanpa disandarkan kepada perbendaharaan kata yang sedia ada. Dalam proses ini, perkataan
dicipta berdasarkan makna yang ditimbulkan oleh masyarakat atau dikiaskan kepada sesuatu
benda.

Misalnya

perkataan

kiwi

merujuk

kepada

nama

sejenis

burung

di

New

Zealand. Daripada makna tersebut, dicipta pula perkataan mengiwi yang bermaksud perbuatan
menggilap dan mengilatkan kasut menggunakan bahan khas
i. Penggemblengan
Bernama Baerita Nasional Malaysia
Proton j. Penyempitan Makna
Pembentukan kata jenis ini dilakukan dengan cara mengambil kata yang telah sedia ada dan
kemudiannya disempitkan maknanya untuk merujuk kepada sesuatu yang lebih umum. Misalnya,
perkataan tuan puteri mempunyai makna yang khusus, iaitu panggilan bagi wanita bangsawan
atau wanita keturunan raja. Sebaliknya , pada hari ini terdapat perkataan tuan sahaja yang

merujuk kepada lelaki yang patut dihormati. Malahan, jika panggilan ini digunakan dalam urusan
surat menyurat rasmi, ia boleh merujuk kepada panggilan hormat bagi lelaki dan perempuan.
k.Penyingkatan
Melalui proses penyingkatan ini, perkataan- perkataan tertentu dipendekkan apabila ditulis dan
sering pula dianggap sebagai satu perkataan sahaja seperti contoh yang berikut:
tv televisyen
Dr. Doktor
Prof. Profesor
Perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu ada yang berbentuk tunggal, terbitan, majmuk dan
gandaan. Setiap bentuk tersebut mempunyai cara pengejaannya yang tersendiri serta membawa
makna yang khusus sebagai rujukan.

Sebagai contoh, bentuk perkataan gelung, golong,

dan gulung tidak boleh disalahgunakan dalam struktur ayat kerana perkataan itu sudah jelas
memberikan

makna

yang

berbeza.

Perkataan gelung merujuk

berlingkar, lengkung atau ikal seperti tali, rotan dan rambut.


mengasingkan

ke

dalam

kumpulan

tertentu. Gulung pula

kepada

benda-benda

yang

Perkataan golong bermaksud

membawa

maksud

benda

yang

berlembar-lembar atau berutas-utas yang dilipat begitu rupa hingga berbentuk bulat atau bulat
panjang. Dalam struktur ayat, kesemua perkataan ini tidak boleh ditukar ganti kehadirannya
dalam ayat kerana setiap perkataan berbeza dari segi makna.
2929/0101/2012 in TERKINI

PROSES PEMBENTUKAN KATA


1)

Definisi Pembentukan Kata:


Penghasilan kata dalam bahasa Melayu melalui proses pengimbuhan, pemajmukan, dan
penggandaan.

2)

Pembahagian:

a)

Pengimbuhan

b)

Pemajmukan

c)

Penggandaan

3)

Proses Pengimbuhan
- Definisi: Proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar untuk membentuk
kata terbitan.

- Terdapat empat jenis imbuhan iaitu awalan, akhiran, apitan, dansisipan.


Imbuhan-imbuhan ini apabila digandingkan dengan kata dasar, membentuk kata
terbitan daripada pelbagai golongan kata, iaitu kata nama, kata kerja, dan kata adjektif.
- Pengimbuhan boleh berlaku pada sejumlah kecil kata akar, misalnya ber-+ tapa
(bertapa) dan ke-+tawa (ketawa).
- Kebanyakan proses pengimbuhan berlaku pada kata dasar, yang menghasilkan kata
terbitan.
- Kata terbitan yang dihasilkan oleh proses pengimbuhan boleh menjadi kata dasar bagi
proses pengimbuhan kali kedua. Misalnya, ter-+libat (terlibat). Terlibat + kean
(keterlibatan).
- Imbuhan Awalan.
Contoh:
Pe.pelari

pem. pembawa

Peng.penggubal

penge.pengebom

pen.pendakwah
pel.pelajar

- Imbuhan Akhiran.
Contoh:
-wan.angkasawan

-man.budiman

-wati.wirawati

-in.hadirin

-at.muslimat - ah.ustazah

- Imbuhan Apitan
Contoh:
Mekan = melaporkan

menkan = mendapatkan

Berkan = bertemankan

dikan = dipamerkan

Kean = kemalasan

memperkan = memperbetulkan

- Imbuhan Sisipan
Contoh:
Tunjuk.telunjuk
Gilang.gemilang
Tulang.temulang
4)

Proses Pemajmukan
- Definisi: proses yang menggabungkan dua kata dasar atau lebih untuk menghasilkan
satu bentuk kata yang membawa makna atau maksud tertentu.
- Makna gabungan kata ini berbeza daripada maksud asal kata tersebut.
- Kata majmuk tidak boleh menerima unsur penyisipan dalam binaannya dan mestilah
dieja terpisah sebagai dua atau tiga kata.

- Terbahagi kepada tiga iaitu pemajmukan rangkai kata bebas, pemajmukan


istilah khusus, dan pemajmukan bentuk kiasan.
i.
-

Pemajmukan Rangkai Kata Bebas


Definisi: percantuman kata-kata dasar daripada mana-mana golongan kata dan
percantuman ini membawa maksud baru kepada kata dasar tersebut.

Contoh:

Gambar + rajah = gambar rajah


Jalan + raya = jalan raya
Rumah + tangga = rumah tangga
Perdana + menteri = perdana menteri
ii.

Pemajmukan Istilah Khusus

Definisi: penggabungan kata-kata istilah yang berkaitan dengan bidang ilmiah.

Sama dengan pemajmukan rangkai kata bebas, cuma berbeza dari segi gabungan kata
yang digunakan.

iii.
-

Contoh: peti suara, garis pusat, kanta sentuh, batu kapur, dan lesung sendi.
Pemajmukan Bentuk Kiasan
Penggabungan dua atau lebih kata untuk melahirkan maksud bahasa kiasan yang
mempunyai makna menyindir atau mengata seseorang, misalnya peribahasa atau
simpulan bahasa.

Merupakan gabungan kata-kata dasar tetapi mengandungi maksud yang berbeza


daripada kata-kata dasar yang membentuknya.

Contoh: kaki ayam, kaki botol, buah tangan, muka tembok, berat tulang, dan telinga
lintah.
- Pemajmukan boleh digandakan dan diberi imbuhan.

Penggandaan kata majmuk.


-

Unsur pertama kata majmuk sahaja yang digandakan sementara unsur kedua
dikekalkan.

Contoh:
Alat tulisalat-alat tulis
Jalan raya..jalan-jalan raya
Garis pusat..garis-garis pusat

Pengimbuhan kata majmuk

Awalan
-

Sekiranya imbuhan awalan bergabung dengan kata majmuk, kata pertama sahaja yang
menerima awalan ini manakala kata kedua masih bebas.

Contoh: campur aduk....bercampur aduk, ambil alih....mengambil alih.


Akhiran

Sekiranya imbuhan akhiran yang bercantum dengan kata majmuk, kata kedua sahaja
yang menerima akhiran ini manakala kata pertama masig lagi bebas.

Contoh: daya serap.daya serapan, garis rintang....garis rintangan.


Apitan

Kata-kata majmuk yang menerima apitan dieja sebagai satu kata sahaja.

Contoh: satu padu....menyatupadukan, anak tiri....menganaktirikan.


5. Proses Penggandaan
- Ada tiga bentuk kata iaitu kata gandaan seluruh, kata gandaan separa, dan
kata gandaan berentak.

Kata Gandaan Seluruh


- Gandaan seluruh ialah proses menggandakan seluruh kata dasar sama ada kata dasar
tersebut berimbuhan ataupun tidak berimbuhan.
- Berlaku pada semua golongan kata, sama ada kata kerja, kata nama, kata adjektif atau
kata tugas.
- Contoh:
labah....labah-labah

Orang....orang-orang

Jari....jari-jari

ata Gandaan Separa


- Sebahagian daripada kata dasar digandakan sama ada di depan atau di belakang kata
dasar.
- Boleh berupa kata tunggal atau kata terbitan.
- Penggandaan kata dasar tunggal.
contoh:
kura....kekura

labi....lelabi

rambut....rerambut

- Penggandaan kata dasar terbitan tidak melibatkan pengulangan imbuhan


sebaliknya hanya kata dasar tanpa imbuhan sahaja yang akan diulang. Ia melibatkan
golongan kata adjektif dan kata kerja sahaja. Kata dasar boleh terletak di bahagian
depan atau belakang.

Contoh: berlari.berlari-lari, mencari.mencari-cari, kasih.kasih-mengasihi.

ta Gandaan Berentak
- Dasar kata digandakan mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar.
- Seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau mengalami
perubahan.
- Ada tiga jenis pengulangan bunyi iaitu pengulangan vokal, pengulangan konsonan, dan
pengulangan bebas.
Pengulangan vokal
-

Ciri-ciri vokal yang sama pada kata dasar akan diulang dalam kata yang kedua.
Misalnya vokal ui, au, ua, ia.

Contoh:
Kuih.kuih-muih
Sukasuka-duka

lauk.lauk-pauk
hina.hina-dina

Pengulangan Konsonan
-

Hanya konsonan sahaja yang mengalami pengulangan.

Contoh:
Gunung.gunung-ganang
Lintang.lintang-pukang

bukit.bukit-bukau
mandimandi-manda

Pengulangan Bebas
-

Tidak mengandungi ciri-ciri persamaan pada bunyi vokal atau bunyi konsonan.

Contoh:
Lemah.lemah longlai

tinggi.tinggi lampai

Gemukgemuk gedempol cerdikcerdik pandai

Anda mungkin juga menyukai