Anda di halaman 1dari 4

SISTEM AGAMA DAN KEPERCAYAAN MASYARAKAT ASIA TENGGARA SEBELUM

KEDATANGAN ISLAM.
Sebelum kedatangan agama Islam ke rantau Asia Tenggara, masyarakat di Asia
Tenggara mengamalkan pelbagai jenis kepercayaan dan agama.
Kewujudan agama dalam masyarakat di Asia Tenggara menunjukkan mereka telah
mempunyai tamadun yang tinggi.
Antaranya ialah animisme dan dinamisme. Setelah kemasukan pengaruh agama
Hindu-Budha dari negara India, masyarakat di Asia Tenggara telah meninggalkan
segala bentuk kepercayaan awal dan menganuti agama Hindu-Budha
Animisme
berasal daripada perkataan Latin anima iaitu roh.
Salah satu kepercayaan yang paling awal dalam masyarakat di rantau Asia Tenggara.
Kepercayaan ini dipercayai bermula sejak zaman paleolitik awal lagi iaitu kira-kira
40.000 - 100.000 tahun sebelum masihi
Ismail Hamid dalam bukunya yang berjudul Peradaban Melayu dan Islam,
animisme adalah satu istilah yang dicipta oleh E.B. Taylor, iaitu seorang ahli
antropologi yang mula-mula membuat kajian tentang animism.
merupakan kepercayaan kepada makhluk-makhluk halus dan roh yang merupakan
asas kepada kepercayaan agama yang mula-mula wujud dalam kalangan manusia
primitif.
animisme mempercayai bahawa setiap benda di bumi ini seperti kawasan tertentu,
gua, pokok atau batu besar mempunyai jiwa yang mesti dihormati agar semangat
tersebut tidak mengganggu manusia
contohnya, di Indonesia, terdapat sebilangan rakyatnya yang masih mengamalkan
animisme dan berfahaman kosmos terutamanya di Jawa
Dinamisme
Perkataan dinamisme berasal dari bahasa Yunani, iaitu dunamos.
dalam bahasa Inggeris bererti dynamic yang umumnya diterjemahkan kepada
kekuatan, daya, atau kekuasaan.
Definisi dari dinamisme memiliki erti tentang kepercayaan terhadap benda-benda di
sekitar manusia yang diyakini memiliki kekuatan.

Hindu
merupakan salah satu agama awal yang datang ke Asia Tenggara melalui proses
Indianisasi.
merupakan satu agama atau falsafah yang berasal dari India dan merupakan agama
ketiga tertua di dunia, namun pengasas agama ini tidak diketahui
Perkataan Hindu berasal daripada perkataan Sindhu iaitu nama tempat tamadun
Kaum Sindhu bermula . Penduduknya digelar sindhu dan lama kelamaan ia berubah
menjadi Hindu.
Kitab utama agama ini ialah Veda yang dibahagikan kepada empat kitab utama iaitu
Rig Veda, Yajur Veda, Sama Veda dan Atharva Veda.
Menjadi pegangan beberapa buah kerajaan di Asia Tenggara seperti Majapahit di
Jawa Timur.
Buddha
Agama Buddha ini juga berasal dari India dan telah diasaskan oleh Siddharta
Gautama bermula dari abad ke-6 sebelum masihi.
Menekankan jalan lapis mulia yang dibahagikan kepada 3 aspek

iaitu Panna

(kebijaksanaan ) , Sila (moral) , dan Samdhi (disiplin mental )


mempunyai tiga mazhab iaitu Theravada , Mahayana, dan Vajrayana yang mejadi
anutan di beberapa buah negeri di Asia Tenggara.
Contoh kerajaan awal ialah Srivijaya di Sumatera. Negara moden hari ini pula ialah
Thailand, Myanmar dan Kemboja.

KESAN PENGARUH HINDU-BUDDHA DALAM KEHIDUPAN MASYARAKAT AWAL ASIA


TENGGARA
Politik
wujudnya konsep Dewaraja di mana raja dianggap sebagai keturunan atau
penitisan Dewa Siva atau Vishnu.
raja merupakan wakil atau simbol Tuhan di muka bumi dengan rakyat berada di
bawah pengawasannya.
contohnya, dapat dilihat pada Jayavarman I yang dianggap sebagai (amsa) Siva,
manakala Airlangga sendiri dipuja sebagai penjelmaan Dewa Vishnu, seperti yang
tergambar pada patungnya sebagai Vishnu yang sedang menunggang garuda.

konsep mandala (circle of kings) di mana seorang raja sebagai Tuhan berkuasa
penuh terhadap penguasa-penguasa bawahan di mandalanya.
Contoh, Singhasari di Jawa dianggap mandala Srivijaya, tetapi kemudiannya terdapat
pula mandala Majapahit di mana kawasan naungannya mengaku taat setia
kepadanya.
Ekonomi
Sistem ekonomi selepas kedatangan pengaruh India tidak banyak perbezaannya
dengan sistem sebelumnya.
Bidang perdagangan berkembang maju namun, rakyat terpaksa menanggung
bebanan cukai dan pajak yang dikenakan oleh raja.
cukai-cukai ini tidak membebankan rakyat, tetapi ia menimbulkan kesusahan akibat
penyelewengan yang dilakukan oleh pemungut cukai.
Sosial
melahirkan dua kelas manusia iaitu golongan raja dan bangsawan dan kedua ialah
golongan rakyat jelata yang menjadi hamba abdi kepada kedua-dua golongan
tersebut.
Contoh, Srivijaya terdapat dua kelas utama, kelas pemerintah dan kelas yang
diperintah.
Di Kemboja sistem sosial dan kekeluargaan adalah berasaskan prinsip grhayasutra,
di mana seperti dasar apartheid golongan bawahan tidak boleh berhubungan dengan
golongan atasan.
Kesenian
pengaruh India begitu besar kesannya meliputi soal-soal binaan, bangunan dan
ukiran.
Meliputi juga aspek hiburan seperti nyanyian, drama dan muzik.
Contohnya di Jawa, candi-candi banyak di bina seperti Candi Gunung Wukir, Candi
Kalasan dan Candi Borobodur serta Angkor Wat di Kemboja.
permainan wayang merupakan kegiatan ritual semat-mata, tetapi dari segi lain ia
juga sejenis hiburan kerana mengandungi unsur-unsur drama, nyanyian dan
sebagainya.

Rujukan
Abdul Rahman Haji Abdullah.1985.Asia Tenggara Tradisional-Politik dan Kebudayaan.
Singapura: Teks Publishing Sdn. Bhd.
Abdul Rahman Abdullah.2000. Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara. Kuala Lumpur
:Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Abdul Rahman Hj Abdullah.2006.Sejarah dan Kebudayaan Asia Tenggara


Tradisional.Shah Alam: Karisma Publications.

D.G.E Hall,1984,Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa &


Pustaka,Kementerian Pelajaran Malaysia

Oleh,
MOHAMAD NUR IRFAN BIN RAZALI
BA13110201

Anda mungkin juga menyukai