Anda di halaman 1dari 4

Persamaan latar masyarakat antara novel Melunas Rindu dan

novel Kabus di Perbukitan (Fokus SPM 2014)


Novel yang saya kaji dalam Tingkatan 4 ialan novel Melunas Rindu karya
Hartini Hamzah. Novel yang saya kaji dalam Tingkatan 5 ialah novel Kabus di
Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah. Dalam kedua-dua buah novel ini,
terdapat persamaan dari segi latar masyarakat.
Persamaan latar masyarakat yang pertama dalam kedua-dua buah novel
ialah masyarakat yang menyayangi ahli keluarganya. Dalam novel Melunas
Rindu, Fuad merupakan seorang yang penyayang. Dia sangat sayang akan
ibunya sehingga dia berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari pusara
ibunya yang dikatakan telah meninggal dunia.Usahanya membuahkan hasil
apabila dia dapat bertemu dengan ibunya semasa ibunya dirawat di hospital
kerana sakit lelah. Bukti yang seterusnya, Fuad juga sayang akan sepupunya
iaitu Ah Soh dan Mei Lin. Dia membiayai pengajian Ah Soh yang masih belajar di
Tingkatan 6. Fuad juga telah membuka akaun Giro untuk kedua-dua sepupunya
itu. Dalam novel Kabus di Perbukitan, Faridah terlalu sayang dan rindu akan
adiknya, Rahayu. Setelah bertahun-tahun lamanya mereka tidak berjumpa,
mereka diketemukan dalam alam yang lain. Walaupun mereka hanya dapat
berbicara di alam mimpi, namun Faridah enggan melepaskan Ayu daripada
pelukannya. Selain itu, Faridah juga sangat menyayangi ibunya. Faridah terbayang
akan ibunya ketika dia terjatuh ke dalam gaung dan dia tidak mahu meninggalkan
ibunya yang sudah tua berseorangan jika dia meninggal dunia.
Persamaan latar masyarakat yang kedua dalam kedua-dua buah novel
ialah masyarakat yang bertanggungjawab terhadap tugasan diri sendiri. Dalam
novel Melunas Rindu, Fuad telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai
seorang pendidik demi memastikan anak muridnya lulus dalam bahasa Inggeris
dan mengadakan kelas lanjutan setiap hari. Fuad telah mengadakan kelas
tuisyen selepas waktu persekolahan untuk pelajar Tingkatan 5 walaupun
terpaksa pulang lewat. Dalam novel Kabus di Perbukitan, Faridah
bertanggungjawab menguruskan keluarga sendiri walaupun suaminya, Soleh
mampu mengambil pembantu rumah. Faridah juga menunjukkan sikap
bertanggungjawab sebagai seorang ibu apabila dia mengajar Melina membuat
kerja-kerja rumah. Faridah juga memaparkan tanggungjawabnya sebagai
seorang anak apabila dia tidak sanggup meninggalkan ibunya walaupun sudah
berkahwin dengan Ghazali kerana risau akan kesihatan ibunya. Tanggungjawab
dirinya sebagai anak tidak pernah dilupakannya sehinggalah ibunya meninggal
dunia.
Persamaan latar masyarakat yang ketiga dalam kedua-dua buah novel
ialah masyarakat yang tabah menghadapi cabaran hidup. Dalam novel Melunas
Rindu, Fuad sungguh tabah menghadapi sikap dingin Mak Salmah terhadapnya
selama beberapa bulan dia tinggal besama Pak Ismail dan Mak Salmah. Mak
Salmah beranggapan bahawa Fuad ialah penyebab kematian Sofia, iaitu anak
angkatnya akibat daripada tindakan Fuad melarikan Sofia. Fuad terpaksa
bersabar dan sentiasa berusaha mengambil hati Mak Salmah. Dalam novel
Kabus di Perbukitan, Faridah tabah menerima hakikat bahawa dia kehilangan
insan-insan yang disayanginya. Pada awal cerita, Faridah kehilangan saudara
kembarnya, iaitu Rahayu yang meninggal dunia kerana penyakit barah.
Kemudian, ibu Faridah juga meninggal dunia kerana menderita akibat kematian
Rahayu. Ketabahan Faridah menghadapi cabaran hidup juga dipaparkan melalui

peristiwa suaminya, Ghazali yang meninggal dunia akibat daripada kemalangan


jalan raya.

Perasaan anda setelah membaca novel Melunas Rindu


Huraikan dua perasaan anda setelah membaca novel Melunas Rindu. (7m)
Novel yang saya kaji dalam Tingkatan 4 ialan novel Melunas Rindu karya
Hartini Hamzah. Semasa menikmati novel ini, saya telah merasai pelbagai
emosi.
Saya berasa gembira apabila mendapati perpisahan seorang anak dengan
ibunya kahirnya disatukan. Buktinya, Fuad akhirnya menemui ibu kandungnya,
Mariana di hospital setelah mengalami pelbagai dugaan dalam usaha mencari
ibu kandungnya. Sehubungan dengan itu, Fuad baru mengenali ibunya, Mariana
apabila dia berusia 27 tahun.. Kesusahan mencari Mariana dan rindu terhadap
ibu kandungnya akhirnya telah diubati. Kegembiraan Fuad menemui Mariana
telah dikongsi para pembaca.
Selain itu, saya juga berasa sedih semasa menikmati peristiwa percintaan
yang tidak menjadi yang dialami oleh Fuad. Fuad pada mulanya jatuh cinta
terhadap Sofia tanpa mengetahui Sofia ialah adiknya. Sofia telah mengalami
kemalangan dan meninggal dunia setelah dilarikan oleh Fuad. Fuad seterusnya
telah jatuh cinta terhadap Farhana tanpa mengetahui Farhana ialah adiknya juga.
Mereka telah bekerja di tempat yang sama, menyelesaikan masalah yang
dihadapi bersama malah sering keluar makan bersama. Fuad akhirnya berasa
kecewa dan sedih apabila mendapati Farhana merupakan adiknya. Kesedihan
Fuad terpaksa memutuskan cinta terhadap Farhana telah dirasai oleh pembaca.

Persamaan perwatakan watak utama antara novel Melunas


Rindu dan novel Kabus di Perbukitan (Fokus SPM 2014)
Novel yang saya kaji dalam Tingkatan 4 ialan novel Melunas Rindu karya
Hartini Hamzah. Novel yang saya kaji dalam Tingkatan 5 ialah novel Kabus di
Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah. Watak utama dalam novel Melunas
Rindu ialah Fuad manakala watak utama dalam novel Kabus di Perbukitan ialah
Faridah. Dalam kedua-dua buah novel ini, terdapat persamaan dari segi
perwatakan watak utama.
Persamaan perwatakan watak utama yang pertama dalam kedua-dua
buah novel ialah watak utama yang bersifat penyayang dengan menyayangi ahli
keluarganya. Dalam novel Melunas Rindu, Fuad merupakan seorang yang
penyayang. Dia sangat sayang akan ibunya sehingga dia berusaha bersungguhsungguh untuk mencari pusara ibunya yang dikatakan telah meninggal
dunia.Usahanya membuahkan hasil apabila dia dapat bertemu dengan ibunya
semasa ibunya dirawat di hospital kerana sakit lelah. Bukti yang seterusnya,
Fuad juga sayang akan sepupunya iaitu Ah Soh dan Mei Lin. Dia membiayai
pengajian Ah Soh yang masih belajar di Tingkatan 6. Fuad juga telah membuka
akaun Giro untuk kedua-dua sepupunya itu. Dalam novel Kabus di Perbukitan,
Faridah terlalu sayang dan rindu akan adiknya, Rahayu. Setelah bertahun-tahun
lamanya mereka tidak berjumpa, mereka diketemukan dalam alam yang lain.
Walaupun mereka hanya dapat berbicara di alam mimpi, namun Faridah enggan
melepaskan Ayu daripada pelukannya. Selain itu, Faridah juga sangat

menyayangi ibunya. Faridah terbayang akan ibunya ketika dia terjatuh ke dalam
gaung dan dia tidak mahu meninggalkan ibunya yang sudah tua berseorangan
jika dia meninggal dunia.
Persamaan perwatakan watak utama yang kedua dalam kedua-dua buah
novel ialah watak utama yang bertanggungjawab terhadap tugasan diri sendiri.
Dalam novel Melunas Rindu, Fuad telah menjalankan tanggungjawabnya
sebagai seorang pendidik demi memastikan anak muridnya lulus dalam bahasa
Inggeris dan mengadakan kelas lanjutan setiap hari. Fuad telah mengadakan
kelas tuisyen selepas waktu persekolahan untuk pelajar Tingkatan 5 walaupun
terpaksa pulang lewat. Dalam novel Kabus di Perbukitan, Faridah
bertanggungjawab menguruskan keluarga sendiri walaupun suaminya, Soleh
mampu mengambil pembantu rumah. Faridah juga menunjukkan sikap
bertanggungjawab sebagai seorang ibu apabila dia mengajar Melina membuat
kerja-kerja rumah. Faridah juga memaparkan tanggungjawabnya sebagai
seorang anak apabila dia tidak sanggup meninggalkan ibunya walaupun sudah
berkahwin dengan Ghazali kerana risau akan kesihatan ibunya. Tanggungjawab
dirinya sebagai anak tidak pernah dilupakannya sehinggalah ibunya meninggal
dunia.
Persamaan perwatakan watak utama yang ketiga dalam kedua-dua buah
novel ialah watak utama yang tabah menghadapi cabaran hidup. Dalam novel
Melunas Rindu, Fuad sungguh tabah menghadapi sikap dingin Mak Salmah
terhadapnya selama beberapa bulan dia tinggal besama Pak Ismail dan Mak
Salmah. Mak Salmah beranggapan bahawa Fuad ialah penyebab kematian
Sofia, iaitu anak angkatnya akibat daripada tindakan Fuad melarikan Sofia. Fuad
terpaksa bersabar dan sentiasa berusaha mengambil hati Mak Salmah. Dalam
novel Kabus di Perbukitan, Faridah tabah menerima hakikat bahawa dia
kehilangan insan-insan yang disayanginya. Pada awal cerita, Faridah kehilangan
saudara kembarnya, iaitu Rahayu yang meninggal dunia kerana penyakit barah.
Kemudian, ibu Faridah juga meninggal dunia kerana menderita akibat kematian
Rahayu. Ketabahan Faridah menghadapi cabaran hidup juga dipaparkan melalui
peristiwa suaminya, Ghazali yang meninggal dunia akibat daripada kemalangan
jalan raya.

Perbandingan permulaan plot dalam novel Melunas Rindu


dan Kabus di Perbukitan
Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, bincangkan peristiwa-peristiwa
yang terdapat pada tahap permulaan novel tersebut. (8m)
Novel yang saya kaji dalam Tingkatan 4 ialan novel Melunas Rindu karya
Hartini Hamzah. Novel yang saya kaji dalam Tingkatan 5 ialah novel Kabus di
Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah. Terdapat peristiwia yang mampu
menarik minat membaca pada tahap permulaan kedua-dua novel ini.
Dalam novel Melunas Rindu, pengarang telah memperkenalkan watak
utama Fuad kepada pembaca pada peringkat permulaan. Watak-watak
sampingan lain seperti Pak Ismail dan Mak Salmah juga diperkenalkan kepada
para pembaca. Misalnya, Fuad telah lewat pulang ke rumah pada waktu senja
kerana mencari kayu api dan peristiwa ini telah menyebabkan Pak Ismail dan
Mak Salmah berasa bimbang. Pada tahap permulaan, pembaca juga mampu
mendapati Fuad seorang mualaf yang taat akan agama. Fuad tidak pernah

meninggalkan solat lima waktu malah sering menunaikan solat berjemaah di


surau. Fuad juga rajin mengaji al-Quran dengan bimbingan Pak Ismail. Pembaca
juga mampu mengetahui Fuad merupakan anak angkat terhadap Pak Ismail dan
Mak Salmah pada peringkat permulaan novel ini.

Dalam novel Kabus di Perbukitan, pengarang memperkenalkan watak


Rahayu dan Azrul yang merupakan penuntut Fakuliti Ekologi Manusia di
Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahap permulaan. Rahayu bersahabat
dengan Azrul dan mereka sering mengulang kaji pelajaran bersama di
perpustakaan. Pada tahap permulaan novel ini, Rahayu telah berbincang dengan
Azrul tentang rancangan Azrul untuk menyertai kempen kesedaran tentang
kepentingan sungai di KLCC. Selain itu, Rahayu telah pitam dan berasa terjatuh
ke dalam gaung. Rahayu dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia
dan disahkan mendapatkan kanser paru-paru. Pada masa yang sama, Faridah
yang bekerja sukarela di Pusat Pemulihan dalam Komuniti telah mengalami
kemalangan jalan raya bersama Iqbal.

Anda mungkin juga menyukai