Anda di halaman 1dari 7

Pengenalan

Dato' Usman Awang (12 Julai 1929 - 29 November 2001) adalah seorang Sasterawan
Negara Malaysia yang dikurniakan gelaran tersebut pada tahun 1983. Terkenal dengan nama
penanya Tongkat Warrant, beliau adalah seorang penyair dan ahli drama yang prolifik ketika
hayatnya. Usman Awang juga dikenali dengan nama Adi Jaya, Amir, Atma Jiwa, Manis,
Pengarang Muda, Rose Murni, Setiabudi, U.A., Zaini dan mungkin lain-lain. Dalam tahun
1991, beliau telah di anugerahi Darjah Kebesaran Dato Paduka oleh Sultan PerakDarul
Ridzuan yang membawa gelaran Dato.
Pada tanggal 29 November 2001, pada bulan Ramadhan, beliau meninggal dunia setelah lama
menghidap penyakit jantung. Beliau ketika itu berusia 72 tahun.

Usman lahir di Kampung Tanjung Lembu, Kuala Sedili, Kota Tinggi, Johor, pada 12
Julai 1929. Beliau diberi nama Wan Osman Wan Awang tetapi menukar namanya ke Usman
Awang. Ibunya bernama Halimah, telah meninggal dunia sewaktu beliau kecil lagi. Ayahnya
seorang nelayan yang mencari& menjual rotan pada waktu musim tengkujuh.Usman melalui
alam kemiskinan semasa alam kanak-kanaknya yang menyebabkan beliau hanya mampu
belajar setakat darjah enam sahaja.
Pendidikan yang diterima oleh Usman Awang hanyalah setakat Darjah 6 Sekolah Melayu
sahaja. Kemiskinan tidak membenarkannya mengecap kejayaan dengan lebih jauh dalam
bidang pendidikan walaupun dia sangat gemar membaca dari kecil lagi. Bersekolah di Kuala
Sedili (1936), Mersing (1937) dan Bandar Maharani (1940) hingga lulus Darjah 6.
Ketika Jepun menjajah Malaya bermula pada tahun 1942, Usman Awang adalah seorang
anak tani di Segamat. Tidak lama kemudian beliau menjadi buruh paksa Jepun selama 6
bulan di Singapura. Beliau berjaya melepaskan diri dan pulang ke Segamat. Usman Awang
pernah menjadi budak pejabat di Pejabat Taliair Segamat. Kemudian beliau
memasuki Botai iaitu pasukan polis Jepun, tetapi selepas beberapa minggu menjalani latihan,
pihak Jepun menyerah kalah.
Usman Awang menjadi anggota polis bila Inggeris kembali memerintah semula pada tahun
1946. Beliau menjalani latihan di Johor Bahru sebelum menjalankan tugasnya di Melaka.
Pada tahun 1951, beliau berhenti dan berhijrah ke Singapura dan bekerja sebagai pembaca
pruf dengan Melayu Raya selama enam bulan, kemudian menjadi pemberita. Sesudah itu
bekerja di Mingguan Melayusebagai sidang pengarang.
Pada tahun 1952, Usman Awang mendapat tawaran bekerja di Utusan Melayu sebagai sidang
pengarang akhbar Utusan Kanak-Kanak. Beliau diangkat menjadi pengarang Utusan
Zaman dan majalah Mastika selepas itu. Pada tahun Malaya mencapai kemerdekaan, Utusan
Melayu berpindah ke Kuala Lumpur. Usman Awang turut serta berhijrah dengan memegang
jawatan yang sama. Dalam tahun 1961, beliau terlibat dalam peristiwa pemogokan Utusan
Melayu. Akibatnya beliau berhenti dan menganggur seketika.
Pada tahun 1962,Usman Awang bekerja di Penerbitan Federal selama lapan bulan. Kemudian
beliau berkhidmat sebagai sidang pengarang di Dewan Bahasa dan Pustaka. Jawatan
pertamanya adalah sebagai sidang pengarang untuk majalah Dewan Bahasa. Kemudian beliau

menjadi pengarang untuk majalah Dewan Masyarakat, Dewan Sastera dan Dewan Budaya.
Jawatan yang disandang beliau ketika itu ialah Pegawai Penyelidik Kanan. Usman kemudian
di tukarkan ke Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera. Mulai Mei 1982 beliau
menjadi ketua bahagian ini sehingga bersara pada bulan Julai 1985.
Selepas bersara dari Dewan Bahasa Dan Pustaka, Usman Awang bergiat cergas dalam
beberapa pertubuhan masyarakat. Antaranya ialah Persatuan Persahabatan Malaysia-Cina.
Sementara itu dalam tahun 1991, beliau di lantik sebagai Ahli Jemaah Kolej Selatan.
Perlantikan ini di sifatkan oleh beliau sebagai pemangkin ke arah meningkatkan hubungan
antara kaum dalam proses pembentukan satu bangsa Malaysia. Jawatan ini di pegang hingga
tahun 2001. Selain itu beliau dilantik sebagai Penasihat Sastera Maybank mulai 1991 hingga
2001.
Sumbangan
Usman Awang mula membentuk namanya dalam dunia persuratan Melayu Moden dengan
menulis sajak. Sajak-sajaknya sentiasa segar, kukuh serta akrab dengan akar budi Melayu dan
perikemanusiaan. Beberapa buah sajaknya menjadi bahan yang amat menarik. Bukan sahaja
di kalangan masyarakat terbanyak yang cintakan puisinya tetapi menjadi mainan bibir di
kalangan anak-anak sekolah pada waktu itu dalam sebarang upacara mendeklamasi sajak.
Antara sajaknya yang cukup popular adalah Pak Utih, Ke Makam Bonda, Nasib
Buruh, Bunga Popi, Gadis Di Kuburan, dan Salam Benua.
Usman adalah di antara penyair Melayu yang berhasil mengekalkan semangat dan harmoni
pantun di dalam sajak-sajaknya. Dengan menggunakan kata-kata biasa dalam penulisannya,
beliau pintar menjalin kata-kata itu hingga menjadi begitu indah dan berkesan tanpa
melemahkan makna yang hendak disampaikan. Inilah di antara keistimewaan yang ada pada
Usman Awang.
Ketokohan Usman Awang menonjolkan kerana perwatakan peribadinya yang lemah lembut
dan mesra, dan simpatinya terhadap golongan bawahan yang miskin dan manusia yang
malang. Usman adalah seorang seniman yang berjiwa rakyat.
Usman Awang pernah diundang melawat Amerika Syarikat, Indonesia, Filipina, China dan
Rusia, sebagai salah seorang penyair terkenal dari Malaysia. Beberapa buah karyanya telah
diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, China, Jepun, Korea, Peranchis, Thai,
Czechkoslovakia, Danish, Tamil, Itali, Rusia dan lain-lain. Beliau di anggap sebagai seorang
yang berjiwa besar dalam bidang sastera yang tidak jemu-jemu memperkayakan budaya
negara.
Beliau telah dilantik sebagai salah seorang anggota Panel Hadiah Karya Sastera dan juga
telah dianugerahkan gelaran Pejuang Sastera oleh Perdana Menteri pada 29 Mei 1976.
Mulai tahun 1979, kerana ketokohan, pengalaman dan dedikasinya, beliau dilantik menjadi
setiausaha kepada Panel Anugerah Sastera, sebuah badan kehormat yang tertinggi di tanah
air.
Dalam tahun 1982 Usman Awang telah dipilih menerima SEA Write Award. Pada 11 Ogos
1983 Usman dianugerahkan pula Ijazah Doktor Kehormat (Persuratan) oleh Universiti
Malaya. Usman Awang juga adalah penerima Anugerah Sastera Negara bagi tahun 1983.
Akhbar Berita Harian telah menganugerahi Usman Awang Zamalah Sastera dalam tahun

1985 iaitu untuk kategori Penulis Terkenal (Veteran). Anugerah ini bertujuan mengadakan
kemudahan berkarya dan memberikan sumbangan kepada perkembangan kesusasteraan tanah
air. Dalam tahun 1995 beliau diberi Anugerah Penyair Johor. Antara karya-karya terkenal
beliau adalah :Novel : Tulang2 Berserakan
Cerpen : Untuk Malaya Merdeka, Turunnya Sebuah Bendera, Kami Yang Terlibat dan lainlain.
Drama : Muzika Uda dan Dara, Degup Jantung, Malam Kemerdekaan, Tamu Di Bukit
Kenny, Matinya Seorang Pahlawan Jebat, Serunai Malam dan lain-lain.
Sajak : Pak Utih, Ke Makam Bonda, Salam Benua, Gadis Di Kuburan, Kekasih, Bunga Popi
dan lain-lain.
Dalam kegiatan dan organisasi penulis tanahair, sumbangan dan penyertaan Usman Awang
amat dirasakan. Beliau banyak terlibat secara aktif dalam banyak aktiviti penulis. Bukan saja
hidupnya sebagai pencipta karya yang asli dan halus tetapi juga sebagai penggerak yang
berani memberi inspirasi dan semangat kepada ramai penulis muda. Sejak tahun 1950-an
beliau merupakan salah seorang pengasas Ikatan Persuratan Melayu Melaka (IPM),
Setiausaha ASAS 50 di Singapura dan Ketua PENA yang pertama (1962-1965). Beliau juga
adalah salah seorang yang mengambil daya inisiatif untuk mengadakan Hari Puisi, Cempaka
Berbunga, Malam Gema Puisi dan Gentar Rasa di Panggung Anniversary, Manifestasi Dua
Seni dan banyak lagi aktiviti lain. Kumpulan Puisi Keranda 152 dan Telok Gong juga
adalah daya usaha Usman Awang bersama penyair lain.
Ketokohan Usman Awang dalam Melayu Moden, khususnya sajak dan drama, amat banyak
diperkatakan. Maka itu nama Usman Awang paling terkenal kepada semua pengkaji dan
peminat sastera melayu di pelbagai peringkat dan golongan, di dalam atau luar negara.
Kejayaannya mempertahankan dirinya sebagai seorang penyair dan budayawan yang terus
kreatif memberikan rasa keteguhan terhadap tradisi baru sastera melayu. Beliau adalah
seorang penyair yang tidak pernah luntur dan dapat menyesuaikan diri dalam pelbagai zaman
dan situasi.

Hasil Karya

Dalam bidang penulisan beliau lebih terkenal dengan lebih 200 puisi dan drama. Antara
judul sajak yang sinonim dengan Usman Awang ialah

Bunga Popi

Gadis Kecil

Ke Makam Bonda

Kekasih

Kurang Ajar

Pak Utih

Suara Dari Pusara

Dramanya yang terkenal ialah:

Matinya Seorang Pahlawan

Tamu Bukit Kenny

Serunai Malam

Malam Kemerdekaan

Drama muzikalnya ialah "Uda dan Dara". Hanya ada satu novel karya Usman Awang iaitu
"Tulang-tulang Berserakan" (terjemahan ke dalam bahasa Rusia oleh Alla Rozhanskaya
dengan judul "Tam Gde Ikh Nastigka Pulya" - Di sana mereka kena peluru - Moscow, 1984)
Dato' Dr. Usman Awang juga pernah menggunakan nama pena Adi Jaya, Amir, Atma Jiwa,
Manis, Pengarang Muda, Rose Murni, Setiabudi, U.A., dan Zaini.
Pada tahun 1983, beliau dianugerahkan gelaran "Sasterawan Negara", SEA Write Award
1982 dan Ijazah Kehormat Doktor PersuratanUniversiti Malaya 1983 serta Zamalah Sastera
1985. Pada tahun 1991 dianugerahi Darjah Kebesaran Dato' Paduka oleh Baginda Sultan
Perak yang membawa gelaran Dato'.

Berikut adalah hasil penulisan beliau dan kajian tentangnya :


1. Enslaved souls : jiwa hamba : Institut Terjemahan Negara Malaysia, 2009.
2. Turunnya sebuah bendera : UA Enterprise, 2007.
3. Key concepts in Usman Awang's short stories : developing a critical tradition /
Mohamad Mokhtar Hassan. : DBP, 2006.
4. Kami yang terlibat : DBP, 2006.
5. Seorang penyair, sebuah benua rusuh : biografi Usman Awang / Muhammad Haji
Salleh: DBP, 2006
6. Tulang-tulang berserakan : UA Enterprise, 2006.
7. Sasterawan negara Usman Awang / Zurinah Hassan.: DBP, 2006.
8. Usman Awang dalam esei dan kritikan/ penyelenggara Halilah Haji Khalid : DBP,
2004
9. Yang bernama cinta memuatkan puisi "Kekasih" : Utusan Publications & Distributors,
2002.
10.Koleksi terpilih sasterawan negara Usman Awang / penyelenggara Dinsman: DBP,
1995.
11.Selected plays by Usman Awang : DBP, 1995.
12.Puisi-puisi pilihan (Edisi pelajar) : DBP, 1994.
13.Matinya seorang pahlawan : Jebat = : Death of a warrior : Jebat / Usman Awang ;
terjemahan oleh Rahmah Bujang : DBP, 1992.
14.Puisi-puisi pilihan Usman Awang ; untuk Tingkatan 6 / Rahman Shaari: Fajar Bakti,
1992
15.Gelombang : (sajak-sajak pilihan 1949-60) : DBP, 1988.
16.Drama-drama pilihan Sasterawan Negara Usman Awang : DBP, 1987.
17.Berkenalan dengan pengarang Usman Awang / Mana Sikana.: Pustaka Siswa
Moden, 1986.
18.Usman Awang : penyair ulung.: Berita Publishing, 1986.
19.Panduan menulis cerpen / diselenggarakan oleh A. Bakar Hamid & Usman
Awang. : DBP, 1984.
20.Tamu di Bukit Kenny : DBP, 1984.
21.Sikap dan pemikiran Usman Awang / diselenggarakan oleh Dinsman dan Sutung
Umar RS.: Fajar Bakti, 1983.
22.Salam benua = Greetings to the continent : DBP, 1982.
23.Degup jantung.: Pustaka Melayu Baru, 1981.
24.Titian zaman : antologi puisi pilihan / disusun dan dibicarakan oleh Usman Awang
& Ismail Ahmad.: DBP, 1980.
25.Muzika Uda dan Dara : DBP, 1976.
26.Three South East Asian plays/ Usman Awang dll
[sunting]Sifat

Dato' Usman merupakan seorang penulis yang berani menyatakan sikap dalam hal-hal
besar yang menimpa negara. Baginya, seseorang hanya layak digelar penulis bila sudah
berani menyatakan sikap. Kalau tak berani tak payah jadi penulis.
Antara lain, Dato Usman pernah berkata Saya menentang prejudis terhadap bahasa
Melayu ini. Saya hampa kerana pemimpin negara sendiri yang tidak percaya kepada
kemampuan bahasa kebangsaan.
Dato' Usman Awang, penyair yang berjiwa rakyat meninggal pada 29 November 2001 pada
bulan Ramadan. Jenazah beliau dikebumikan di tanah perkuburan Bukit Kiara Taman Tun
Dr Ismail, Kuala Lumpur di mana bersemadinya dua Sasterawan Negara,Keris Mas dan kini
Tongkat Warrant. Penulis-penulis yang mengenali beliau turut hadir, antara lain Dr Anwar
Ridhwan, Sutung Umar RS, Dato A. Samad Said, Dato Baha Zain, Dato Shanmugalinggam
dan Profesor Muhammad Haji Salleh.
[sunting]Terjemahan

ke dalam bahasa Rusia

Kulit buku Tulang-Tulang Berserakan dalam bahasa Rusia (1981)

Usman Awang. Kami Yang Terlibat. Penterjemah B. Parnickel. - in: Vostochny


Almanakh(Almanak Timur), Vip. 5. Moscow: Goslitizdat, 1962, hlm. 259-267

Usman Awang. Bidak-Bidak; Sebuah Coretan; Kenangan Jauh. - in: U Obochini Shosse.
Rasskazi Sovremennih Malayskih Pisatelei (Di Tepi Jalan. Cerpen Penulis Melayu
Moden). Penusun dan penterjemah B. B. Parnickel. Moscow: Vostochnaya Literatura,
1963.

Usman Awang. Budi. Penterjemah B. B. Parnickel - in: Dobroe Delo. Rasskazi Pisatelei
Malayzii i Singapura (Budi. Cerita Pendek Penulis Malaysia dan Singapura). Penyusun
dan prakata B. B. Parnickel. Alma-Ata: Zhazushi, 1973.

Usman Awang. Bidak-Bidak; Tugas; Matinya Seorang Perempuan. Penterjemah B.


Panickel, T. Dorofeeva, V. Sigaev. - in: Sovremennaya Malayziyskaya Novella (Cerpen

Malaysia Moden). Penyusun V. Sigaev, B. Parnickel. Prakata B. Parnikel. Moscow:


Progress, 1977.

Usman Awang. Pak Utih. Penterjemah V. Braginsky - in: "Pamir", 1977, 1, hlm. 7677.

Usman Awang. Pak Utih. Penterjemah V. Braginsky - in: Izbrannie Proizvedeniya


Poyetov Azii(Karya Pilihan Penyair Asia). Moscow: Vostochnaya Literatura, 1981.

Usman Awang. Tam Gde ih Nastigla Pulya. Povest' i Rasskazi (Tulang-Tulang


Berserakan. Novel dan Cerpen-Cerpen). Penyusun dan prakata B. Parnickel. Moscow:
Vostochnaya Literatura, 1981 [kandungan:Tulang-Tulang Berserakan (novel).
Penterjemah A. Rozhanskaya; Mogok. Kempen Pilihanraya. Tontonan. Sambil Lalu
(cerpen). Penterjemah T. Dorofeeva]

Usman Awang. Pak Utih; Kambing Hitam; Balada Tentang Pembunuhan Beringin Tua di
Pinggir Jalan. Penterjemah Marina Eliseeva. - in: Ruchei. Traditsionnaya i
Sovremennaya Malayskaya Poezia (Sumur di Ladang. Puisi Melayu Tradisional dan
Moden). Penyusun dan prakata B. B. Parnickel. Moscow: Krasnaya Gora, 1996. ISBN 587647-006-6

Usman Awang. Bunga Popi; Balada Tentang Pembunuhan Beringin Tua; Suara dari
Pusara - in: Pokoryat' Vishinu. Stikhi Poetov Malayzii i Indonezii v Perevodah Victora
Pogadaeva (Bertakhta di Atasnya. Puisi Penyair Malaysia dan Indonesia Dalam
Terjemahan Victor Pogadaev). Moscow: Klyuch-S, 2009. ISBN 978-5-93136-089-8

Anda mungkin juga menyukai