Anda di halaman 1dari 64

Undang-undang

dan
Pentadbiran sukan

Bagi setiap organisasi, program, institusi


pendidikan dan lain-lain mestilah mempunyai
undang-undang dan peraturan, suatu kod
operasi untuk berfungsi.
Ada juga peserta yang menganggap undangundang dan peraturan sebagai penghalang
penglibatan seseorang individu.
Walau bagaimanapun undang-undang dan

Undang-undang
dan
Pentadbiran sukan
Undang-undang dan sukan

Undang-undang permainan
Peraturan Kelayakan

Prosedur-prosedur Keganasan
dan Disiplin
Kesihatan dan keselamatan

Liabiliti Perundangan dalam


Sukan

Undang-undang
Permainan

Undang-undang permainan
merupakan undang-undang yang

dikhususkan kepada setiap aktiviti


individu.

Undang-undang menggambarkan

ciri-ciri perlakuan yang mesti dipatuhi


oleh pemain.

Pengubahsuaian Undang-undang
Pengubahsuaian ini perlu dilakukan bagi
menyesuaikan ciri-ciri permainan dengan
keadaan persekitaran.

Pertukaran ini melibatkan kependekan


masa bermain, jarak, mengurangkan atau
menambahkan bilangan pemain,
pertukaran alatan dan modefikasi corak
bermain.

Mengadili Undang-undang Permainan


Pengadilan undang-undang permainan
sangat perlu bagi sesuatu pertandingan
untuk mengelakkan daripada berlakunya
perkara-perkara yang tidak diingini.
Contohnya ketidakpuasan antara
pasukan, pergaduhan, meninggalkan
permainan dan lain-lain lagi.

Kualiti kepegawaian merupakan elemen


penting bagi pertandingan.
Pegawai-pegawai, referee, umpire,
pencatat skor, pencatat masa tidak hanya
mengurus acara-acara dan permainan
mengikut undang-undang tertentu tetapi
juga menolong mengawal pemain-pemain.

Segala bantahan dapat dielakkan melalui


pengadilan yang baik.

Pemilihan Pegawai-pegawai
Pegawai-pegawai hendaklah dipilih dari
ahli-ahli sukan/atlit-atlit, pendidik jasmani
atau individu-individu yang berminat dalam
kepegawaian sukan.
Kesemua pegawai perlu mempunyai
pengetahuan dan terlatih dari segi
undang-undang dan teknik-teknik
pengadilan.

Selain daripada pegawai-pegawai yang


bertauliah, pegawai/ pengadil sukarela

boleh digunakan untuk menjalankan


pertandingan.
Pemain-pemain sekolah, maktab atau
universiti boleh ditugaskan menjalankan

dan mengadili pertandingan dengan


mendapat kerjasama jurulatih.

Kekurangan pengadil dapat diatasi


dengan mengadakan latihan dan

menggalakkan pelajar atau pemain


mengambil bahagian sebagai pengadil

pertandingan.

Bayaran Pegawai/Pengadil
Ganjaran yang diberi kepada pengadil
dapat menggalakkannya menjalankan
tugasnya dengan lebih bertanggungjawab.
Satu skala bayaran perlu diadakan untuk
menggalakkan peningkatan pengadilan.
Pegawai yang lebih berpengalaman diberi
bayaran yang lebih tinggi daripada
pengawai yang kurang pengalaman.

Pemeringkatan Pengawai/Pengadil

Pengadil-pengadil perlu diberi


pemeringkatan atau taraf pengadilan.

Pengadil yang mempunyai tahap yang


tinggi diberi tugas mengadili pertandingan

peringkat separuh akhir/ akhir dan lainlain.

Pemeringkatan akan menggalakkan


pengadil-pengadil menjalankan tugasnya
sebaik mungkin.
Pegawai-pegawai seperti ketua pasukan
bertanggungjawab ke atas pemeringkatan
pengadil-pengadil berdasarkan kepada
borang Pemeringkatan Pegawai-pegawai
dan diisikan pada setiap kali berakhirnya
sesuatu pertandingan.

Kemungkinan berlaku kesahan dalam


pemeringkatan ke atas pengadil-pengadil
terutamanya ketua pasukan bagi pasukan
yang kalah.
Masalah ini boleh diatasi dengan
mendapatkan kekerapan penilaian dan
berterusan dan pemeringkatan itu
berdasarkan kecekapan pengadil di dalam
beberapa permainan.

Pemeringkatan Semangat
Kesukanan
Pasukan-pasukan juga harus diberi pemeringkatan ke
atas semangat kesukanannya.
Prinsip kesukanan ini melihat setiap pemain
menghormati keputusan pengadil dan pihak lawan dan
sebaliknya.
Tingkah laku ketidaksopanan menggambarkan emosi
yang tidak matang dan salah satu tujuan penglibatan
ialah pemain-pemain belajar berdisiplin dan mengawal
diri.

Apabila membuat pemeringkatan tersebut,


pegawai-pegawai harus menimbang
stabiliti pasukan, mematuhi undangundang dan peraturan-peraturan,
menghormati pihak lawan dan sikap
terhadap pengadil.

Selepas semua ini dipertimbangkan, maka


pemeringkatan dilakukan berdasarkan

borang berikut:

5 Tiada masalah
4 Kadangkala tiada bersetuju
3 Komen tanpa sebab
2 Bahasa kurang sopan, bantahan
melulu
1 Membantah dengan kasar
1 Bertindak secara fizikal

Tingkahlaku Pemain-pemain
Pemain-pemain mesti menghormati
pengawai-pengawai, ahli-ahli pihak lawan
dalam apa-apa pertandingan sekalipun.
Mana-mana peserta yang didapati
bertumbuk, bergaduh semasa
pertandingan secara automatik ianya
digantungkan dari mengambil bahagian
dalam pertandingan seterusnya.

Peraturan Kelayakan

Dalam pertandingan, undang-undang mesti


diadakan untuk menentukan siapakah yang
berhak mengambil bahagian.

Penekanan diberikan terhadap kesamaan


dan kemudahan penglibatan supaya semua
dapat mengambil bahagian.
Undang-undang kelayakan perlu dinilaikan
dari masa ke masa bagi menentukan
kesesuainnya dan kesamaannya.

Kelayakan individu/Pelajar
Peraturan ini dikenakan dan disesuaikan
kepada peserta-peserta untuk pertandingan
di institusi-institusi pengajian sahaja.
Semua pelajar yang belajar di sesebuah
institusi pendidikan, sama ada sekolah,
maktab, universiti adalah berhak mengambil
bahagian dalam semua aktiviti atau
pertandingan.

Di peringkat maktab dan universiti,


mungkin terdapat halangan atau had

mengawal individu-individu daripada


mengambil bahagian dalam semua aktiviti
atau pertandingan disebabkan kredit,
pencapaian akademiknya dan lain-lain.

Limitasi Penglibatan
Walaupun aktiviti atau pertandingan
dikelolakan untuk penglibatan semua
pelajar dalam sesuatu institusi pendidikan
(sekolah, maktab, universiti) limitasi atau
had penglibatan perlu ada.

Limitasi penglibatan dapat mengelakkan


daripada masalah penyediaan schedule
pertandingan peserta yang sama, peserta
yang berkebolehan, bilangan aktiviti oleh
seseorang peserta.

Limitasi penglibatan boleh diadakan mengikut:


a) Peserta dibenarkan mengambil bahagian
dalam satu sukan berpasukan dan dua
sukan perseorangan.

b) Menghadkan bilangan pemain sekolah


dalam sesuatu sukan/aktiviti (contoh dua
bagi sesuatu sukan berpasukan).

c) Menghadkan pemain simpanan.


Contohnya bagi pasukan bola sepak
bilangan pemain hanya 13 orang sahaja.
d) Peserta dibenarkan bermain hanya
untuk rumahnya, asramanya, negerinya,
tingkatannya atau kelasnya sahaja
berdasarkan kepada pertandingan yang
dijalankan.

e) Liga kelas A dan B membolehkan

peserta memilih peringkat pertandingan


mengikut keupayaannya.

f) Boleh ditukar bila-bila masa.

Kad Kelayakan
Kad ini dapat memberi setiap peserta
bertanggungjawab ke atas penglibatannya
dan memahami tindakan-tindakan yang
dikenakan sekiranya melanggar peraturan
atau undang-undang.
Sebelum menurunkan tandatangan peserta
perlu memahami undang-undang dan
bersetuju mematuhinya.

Kebenaran Penjaga
Seberapa yang boleh kebenaran dari
penjaga adalah diperlukan sebelum
seseorang peserta itu mengambil
bahagian dalam aktiviti atau pertandingan.
Dengan adanya kebenaran dari pewaris
peserta, setidak-tidaknya waris dapat tahu
aktiviti atau pertandingan yang dijalankan
untuk anak-anak mereka.

Prosedurprosedur
Keganasan
dan Disiplin

Pengawai-pengawai harus mendapat


sepenuh kerjasama dari pengurus
pasukan, pemain-pemain, penyeliapenyelia dan pengawai-pengawai
permainan bagi pengawalan kelayakan.
Mereka digalakkan melaporkan segala
tentangan kepada pengawai tertinggi bagi
mengelakkan rancangan keganasan.

Beberapa pelanggaran peraturan perlu


diambil tindakan:

a)Bermain menggunakan nama orang lain.


b)Bermain lebih dari satu pasukan dalam
sukan yang sama.
c)Memalsukan sesuatu keputusan.

d) Menjadi pemain sekolah, maktab,


universiti.
e) Menggunakan pemain-pemain yang
tidak layak bagi aktiviti atau
pertandingan.
f) Tingkahlaku yang tidak bersemangat
kesukanan.

Kaedah yang digunakan untuk kekasaran


bagi jenis-jenis pelanggaran di atas:

a)Mendenda permainan di mana pemain


yang tidak sah mengambil bahagian
potong markah.
b)Gantung pasukan yang mengambil
bahagian mata untuk aktiviti di mana
pemain terlibat.

c) Pembatalan individu dari penglibatan


pertandingan bagi satu jangka waktu
tertentu seperti 5 minit, satu tahun, satu
semester/penggal.
d) Menggantung pasukan daripada
pertandingan untuk suatu masa tertentu.

e) Penggantungan terus daripada program


jika kesalahan diulangi (tidak digalakkan)
f) Merekodkan kesalahankesalahan/kekasaran dalam rekod individu.

Penggantungan individu atau pasukan


boleh dimansuhkan sekiranya mereka
menunjukkan kemahuan untuk menyokong
tujuan dan prinsip-prinsip program.
Kebiasaannya unit-unit membina ciri-ciri
penglibatan yang negatif termasuklah
lambat menghantar borang masuk,
kelembapan permainan, penipuan dan
penggunaan pemain yang tidak sah.

Mereka yang menunjukkan sikap negatif


tidak dibenarkan mengambil bahagian,

terutamanya setelah diberi amaran dan


peluang menukar tingkahlaku mereka.

Bantahan
Persediaan mesti dibuat untuk bantahan
dan suatu badan harus diwujudkan bagi
menerima dan menyelesaikan segala
bantahan.
Badan Lembaga Bantahan mengandungi
tiga,lima,tujuh atau lebih ahli-ahli yang
dipilih atau dilantik.

Kebanyakan pengarah menyelesaikan


bantahan-bantahan dengan mengadakan
mesyuarat bersama ahli-ahli kakitangan
intramural dan wakil-wakil kumpulan yang
berkaitan dengan bantahan.
Keputusan pengadil adalah muktamad dan
tidak boleh dibuat bantahan tetapi
kegagalan pengawai menggunakan
undang-undang terhadap situasi boleh
dibuat bantahan.

Polisi untuk bantahan


Sebarang bantahan yang melibatkan
keputusan seseorang pengadil tidak
dibenarkan.

Bantahan, selain dari yang berkaitan


dengan kelayakan hendaklah bibuat
semasa di padang permainan secara
bertulis dan diserahkan kepada
koordinator pada hari ini juga.

Bantahan berkaitan kelayakan boleh


dibuat pada bila-bila masa
Individu/pemain, kapten pasukan dan
pengawai-pengawai bertugas dibenarkan
mengemukakan kes sebelum sesuatu
keputusan dibuat.
Keputusan akan mengandungi pengundian
terbanyak dari lembaga.

Permainan yang mana bantahan diterima


mesti dimulakan dari semasa yang
terdekat ketika permainan itu
diberhentikan.
Contohnya bola sepak jika permainan
dihentikan di akhir separuh masa masa
permainan,maka permainan tadi
dimulakan pada separuh masa kedua.

Bantahan biasanya ditapis oleh kakitangan


atau Lembaga Bantahan.
Perlu didapati semua informasi berkaitan
dengan kes dengan membincang bersama
wakil-wakil setiap pasukan,pengawaipengawai, penyelia-penyelia dan individu
yang terlibat.

Setelah mendengar semua alasanalasan/bukti,suatu keputusan muktamad

mesti diambil.

Pengurusan unit/pasukan
Mereka memainkan peranan yang penting
mengawal kelayakan dan tingkahlaku yang
dikehendaki dalam permainan.
Untuk ini, pengurus perlu tahu dan faham
semua peraturan dan kelayakan, perikasa
kelayakan semua pemain dan sanggup
menerima atau bertanggungjawab
sekiranya kesalahan-kesalahan didapati.

Kesihatan dan keselamatan

Pemerikasaan doktor
Kebanyakkan program memerlukan
pemeriksaan doktor sebelum peserta boleh
mengambil bahagian.
Sesetengah aktiviti diperlukan pemeriksaan
medikal yang semerta.
Contohnya merentas desa,lumba jalan
raya dan sebagainya.

Kelayakan medikal tidak perlu ditekankan


sangat kepada peserta-peserta kerana ini
ialah satu cara melatih individu
bertanggujawab ke atas kesihatan sendiri.

Program dijalankan secara


sukarela,peserta tentu dapat menentukan
had kesihatan dirinya yang membolehkan
ia mengambil bahagian.

Prosedur keselamatan
Kemalangan sering berlaku dalam sukan
dan permainan disebabkan oleh kecuaian.

Kemalangan boleh dielakkan sekiranya


keperluan keselamatan digunakan
semasa merancang dan mentadbir
program.

Kecederaan berlaku:
halangan-halangan kawasan
permainan
Kekurangan alatan
kurang penyeliaan dan pengadilan
kurang latihan persediaan

Semua kemudahan perlu sentiasa


diperiksa.
Padang permainan perlu bebas dari
lubang-lubang,tapak besi.
Kawasan hendaklah luas supaya tidak
akan berlaku kesesakan semasa bermain.
Alatan permainan yang berkualiti perlu
disediakan dan sentiasa beri pengawasan.

Pengadilan yang tegas dapat


mengurangkan kecederaan hasil dari
permainan kasar.
Jurulatih dan penasihat perlu hadirkan diri
apabila aktiviti dijalankan.
Mereka prlu terlatih dari segi prosedur
pertolangan cemas.

Liabiliti Perundangan
dalam Sukan

Definisi liabiliti
Liabiliti boleh diertikan sebagai pihak yang
dipertanggungjawabkan atas kerosakan
harta benda atau nyawa yang berpunca

daripada kecuaian atau perlakuan yang


tidak bertanggungjawab.

Peraturan berkaitan dengan liabiliti


Liabiliti melibatkan beberapa peraturan
undang-undang
Iaitu satu garis panduan bagi
menerangkan secara terperinci jenis
kesalahan yang dilakukan.

Garis panduan ini juga menyatakan


dengan jelas ciri-ciri yang perlu
wujud dalam sesuatu kes untuk
disabitkan kesalahan sebelum pihak
mahkamah menjatuhkan hukuman.
Liabiliti melibatkan beberapa
peraturan tertentu untuk
mengklasifikasikan sesuatu bentuk
kesalahan.

Secara khususnya, 90% kes liabiliti


melibatkan kesalahan undang-undang
yang berbentuk kecuaian. Kes-kes
kecuaian ini pula wujud dalam pelbagai
bentuk dan kategori.
Masalah yang dihadapi adalah untuk
mentakrifkan sesuatu perlakuan atau
perbuatan itu adalah satu kecuaian.

Bagi menjelaskan perkara ini, kita perlu


merujuk kepada peraturan-peraturan
liabiliti. Peraturan liabiliti adalah satu garis
panduan bagi mengenal pasti ciri-ciri
kecuaian dalam sesuatu kes.
Ciri-ciri kecuaian ini adalah satu nilai yang
standard dan boleh diterima pakai dalam
apa jua bentuk kes kecuaian.

Pengertian kecuaian mengikut tafsiran


undang-undang melibatkan empat perkara
berikut:
1. Kewajipan menjaga (Duty of care)

2. Langkah penjagaan yang bersesuaian


(Reasonable care)
3. Punca atau penyebab utama
(Actual and proximate cause)
4. Kecederaan atau kerosakan
(Harm and damage)

Kewajipan menjaga bermaksud


berkewajipan menjalankan tugas atau
tanggungjawab yang diberi.

Langkah penjagaan yang bersesuaian


bermaksud telah mengambil langkahlangkah keselamatan yang bersesuaian
mengikut standard yang ditetapkan oleh
pihak tertentu.

Punca atau penyebab utama


bermaksud mengenal pasti punca
utama yang menyebabkan kemalangan
dalam sesuatu kes kecuaian.
Kecederaan atau kerosakan
bermaksud berlaku kerosakan atau
kecederaan berupa kerugian wang
ringgit atau harta benda.

Dalam sebarang kes kecuaian, keempatempat ciri ini mesti wujud dan boleh
dibuktikan dengan jelas dan nyata di
dalam mahkamah.
Kita perlu memahami kesemua ciri-ciri ini
agar kita boleh mengelakkan diri daripada
menghadapi kes kecuaian.

Anda mungkin juga menyukai