Anda di halaman 1dari 22

1

Bab 6:Perkembangan Emosi

B
Baabb 66::
P
PE
ER
RK
KE
EM
MB
BA
AN
NG
GA
AN
NE
EM
MO
OS
SII
Setelah menyelesaikan bab ini, anda harus boleh:

Mentakrif emosi dan perkembangan emosi


Menjelaskan fungsi emosi

Membincangkan apa itu pembawaan


Menerangkan teori tentang ikatan
Menyatakan langkah-langkah untuk menyokong perkembangan emosi
kanak-kanak

RINGKASAN BAB

6.1 Apakah emosi?


6.2 Apakah perkembangan emosi?
6.3 Fungsi emosi
6.4 Ekspresi tentang emosi
6.5 Kanak-kanak mempunyai rasa
takut dengan sekolah
6.6 Mengenal pasti emosi-emosi lain
6.7 Pembawaan
6.8 Ikatan
6.9 Menyokong perkembangan emosi
kanak-kanak
Ringkasan
Istilah Penting
Rujukan

Bab 1: Pengenalan
Bab 2: Perkembangan Fizikal &
Pertumbuhan
Bab 3: Perkembangan Kognitif
Piaget & Vygotsky
Bab 4: Perkembangan Kognitif
Pemprosesan Maklumat
Bab 5: Perkembangan Moral
Bab 6: Perkembangan Emosi
Bab 7: Perkembangan Bahasa
Bab 8: Perkembangan Sosial
Bab 9: Pengaruh Keluarga
Bab 10: Pengaruh Di Luar Keluarga

Bab ini menumpu kepada perkembangan emosi kanak-kanak. Emosi dilihat sebagai
terdiri daripada emosi asas dan kompleks; dan yang paling penting adalah fungsi emosi
dalam kehidupan seorang individu. Penekanannya adalah kepada isu pembawaan dan
ikatan serta peranan orang dewasa dalam menyokong perkembangan emosi kanakkanak.

2
Bab 6:Perkembangan Emosi
6.1

Apakah Emosi?

Apakah suatu emosi? Emosi merupakan perasaan yang sedar seperti kegembiraan,
kesedihan, takut, benci atau sepertinya yang dialami oleh seseorang. Terdapat dua
jenis emosi: emosi asas dan emosi kompleks:
Emosi Asas adalah dialami oleh orang di seluruh dunia dan setiap emosi
terdiri daripada tiga elemen:
Ia merupakan suatu perasaan yang subjektif (subjektif kerana ia
berbeza mengikut individu)
Ia selalunya dialami bersama perubahan fisiologi tertentu seperti
denyutan jantung atau pernafasan yang lebih kencang, dan
Selalu ditunjukkan dengan jelas sebagai suatu kelakuan seperti
menangis atau menggigil.
Emosi Kompleks adalah perasaan berjaya (kerana jangkaan seseorang telah
dipenuhi) dan perasaan gagal (apabila jangkaan seseorang tidak dipenuhi).
Contoh emosi kompleks adalah bangga, bersalah dan malu.
6.2

Apakah Perkembangan Emosi?

Perkembangan atau pertumbuhan emosi merupakan suatu proses


mengembangkan perasaan dan belajar bagaimana untuk menanganinya dengan sesuai.
Apabila kita bercakap tentang perkembangan emosi, kita merujuk kepada keupayaan
yang semakin berkembang untuk kanak-kanak memahami perasaan mereka sendiri;
memahami perasaan orang lain; mengurus perasaan mereka; membentuk empati dan
membentuk hubungan yang baik dengan keluarga, kawan-kawan dan orang lain.
Daripada lahir, kanak-kanak dengan cepat membentuk keupayaan untuk
mengekspresi berbagai emosi asas, menangani dan mengurus emosi (perasaan)
mereka sendiri. Untuk berbuat demikian mereka perlukan bantuan daripada ibubapa
dan orang dewasa yang lain; i.e. menangani dan mengurus perasaan yang berlainan.
Kesedihan, takut, marah, dan kegembiraan adalah perasaan asas yang paling biasa kita
alami.
Emosi Kompleks timbul apabila kanak-kanak berumur lebih kurang 1
sehingga 2 tahun. Pada peringkat umur ini kanak-kanak mempunyai sedikit
kefahaman tentangn diri dan dengan itu mereka boleh mempunyai perasaan bersalah
atau malu. Misalnya, pada peringkat umur ini kanak-kanak boleh berasa bersalah
apabila mereka telah membuat sesuatu yang salah seperti merosakkan sebuah
permainan. Setiap kanak-kanak mempunyai keperluan emosi. Memenuhi keperluan
tersebut adalah satu daripada perkara yang terpenting yang ibubapa dan penjaga
terpaksa lakukan.

3
Bab 6:Perkembangan Emosi
6.3

Fungsi Emosi

Kenapakah orang mempunyai emosi? Bukankah kehidupan akan lebih baik


sekiranya orang tidak mempunyai emosi seperti komputer. Mungkin tidak! Cubalah
bayangkan dunia tanpa emosi. Anda tidak akan merasa keseronokan daripada
memakan makanan yang sedap, berjimak atau memeluk seorang bayi. Dengan itu,
anda perlukan emosi-emosi yang berlainan (jenis perasaan yang berbeza) kerana ia
adalah penting untuk komuniti spesies manusia. Beberapa pengkaji berhujah bahawa
emosi berguna kerana ia membantu kita untuk mengadaptasi kepada persekitaran kita.
Sebagai contoh, anda sedang berjalan
pulang pada suatu malam dan anda terpaksa
melalui suatu kejiranan yang gelap. Apakah yang
berlaku kepada anda? Kemungkinan anda
menjadi takut dan mengekspresi emosi takut.
Takut adalah baik. Kenapa? Anda menjadi lebih
tertumpu kepada bunyi yang mungkin
menandakan kehadiran suatu ancaman. Anda
menjadi lebih sedar tentang persekitaran anda.
Anda mungkin berjalan dengan lebih cepat ke
suatu lokasi yang lebih selamat. Dengan itu, takut adalah adaptif kerana ia menyusun
kelakuan anda di sekeliling suatu matlamat yang penting untuk mengelakkan
bahaya.
Contoh-contoh lain emosi yang adaptif termasuk kegembiraan, benci dan
sebagainya. Apabila seseorang itu gembira, ia mungkin menyebabkan hubungan
interpersonal yang lebih baik. Apabila orang gembira dengan orang lain, mereka
cenderung untuk senyum dan ini selalunya menyebabkan orang lain berasa gembira
juga. Seperti juga sarikata dalam sebuah lagu yang menyatakan bahawa Senyum dan
seluruh dunia akan senyum bersamamu. Sama juga, menyampah adalah juga
suatu emosi yang adaptif. Misalnya, apabila anda meletakkan makanan yang sudah
basi ke dalam mulut anda, anda dengan segera meluahkannya kembali. Dengan itu,
emosi membolehkan manusia mengadaptasi dengan berbagai situasi yang mereka
lalui sepanjang hidup mereka (Kail, 2008).
6.4

Ekspresi Emosi

Pernahkah anda mendengar orang berkata bahawa individu tertentu selalu


mengekspresi emosinya!? Apakah yang dimaksudkan? Seperti yang dinyatakan
sebelum ini, emosi asas terhasil daripada ekspresi kelakuan tertentu yang ditunjukkan
dengan jelas (terang ataupun menonjol). Dengan kanak-kanak, kelakuan yang jelas
dapat dilihat daripada ekspresi wajahnya. Lihat tiga gambar bayi yang berikut.
Siapakah yang sedang sedih? Siapa yang sedang marah? Siapa yang sedang gembira?

4
Bab 6:Perkembangan Emosi

Ekspresi wajah merupakan suatu komponen emosi. Menurut Fox, Kimmerly &
Schafer (1991), apabila bayi dan orang dewasa senyum, mereka berasa gembira yang
disertai dengan suatu perubahan fisiologi. Korteks hadapan sebelah kiri otak selalunya
mempunyai aktiviti letrik yang lebih daripada korteks hadapan sebelah kanan. Kanakkanak di seluruh dunia mengekspresi emosi asas dengan cara yang sama. Tidak kira
daerah ataupun budaya, semua kanak-kanak mempunyai ekspresi wajah yang sama
bagi menunjukkan marah, sedih dan gembira seperti yang ditunjukkan dalam tiga
gambar di atas. Adakah anda bersetuju? Secara kolektif, ekspresi wajah
mencerminkan keadaan emosi kanak-kanak kecil. Lewis (2000) dan Mascola, Fischer
& Li (2003) telah menjejak perkembangan emosi seperti berikut:

Bayi yang baru lahir mengalami dua emosi umum: seronok dan menyampah.

Apabila mereka mencapai umur lebih kurang 2 hingga 3 bulan, senyuman


sosial mula timbul; i.e. mereka senyum apabila mereka melihat wajah seorang
manusia. Adak ala ini disertai dengan cooing (bentuk vokalisasi yang awal).
Mereka juga boleh mengekspresi kesedihan; mereka kelihatan sedih apabila
ibu mereka berhenti bermain dengan mereka.

Apabila mereka berumur 4 hingga 6 bulan, marah mula timbul. Misalnya,


mereka menunjukkan rasa marah apabila permainan kegemarannya diambil.

Pada umur sekitar 6 hingga 9 bulan, takut mula timbul. Misalnya, apabila
seorang yang tidak dikenali mendekatinya, kanak-kanak akan menunjukkan
tanda kewaspadaan terhadap orang asing; i.e. kanak-kanak itu menangis dan
kelihatan takut khususnya apabila orang asing itu mendekatinya dengan tibatiba tanpa amaran.

Apabila sampai umur 8 hingga 9 bulan, mereka dapat mengekspresi semua


emosi asas (marah, gembira, sedih, takut, dan lain-lain).

Emosi kompleks timbul pada umur sekitar 1 hingga 2 tahun apabila kanakkanak mempunyai kefahaman tentang dirinya.
o Misalnya, mereka berasa bersalah apabila mereka telah merosakkan
sebuah permainan. Fikiran berikut bermain di mindanya: Anda telah
berpesan supaya saya berhati-hati, tetapi saya tidak.

5
Bab 6:Perkembangan Emosi
o Misalnya, mereka berasa bangga apabila dapat menyelesaikan sesuatu
tugas yang mencabar buat kali pertama. Fikiran berikut bermain dalam
mindanya: Saya tidak pernah membuat perkara ini, tetapi kali ini
saya dapat membuatnya sendiri.
Sambil kanak-kanak membesar, koleksi emosi mereka terus berkembang seperti
menyesal dan lega. Yang lebih penting, emosi kompleks adalah lebih jelas.
Sebagai contoh, kanak-kanak sekolah rendah mengalami malu dan bersalah dalam
situasi di mana mereka mungkin tidak berasa demikian semasa mereka lebih kecil
(Reimer, 1996). Takut merupakan suatu lagi emosi yang mula timbul dalam berbagai
cara. Sebagai contoh, kanak-kanak pra-sekolah takut dengan gelap dan makhluk yang
dibayangkan. Rasa takut ini beransur hilang apabila mereka mencapai tahap sekolah
rendah dan mereka lebih faham perbezaan antara penampilan dan realiti. Suatu lagi
rasa takut yang biasa dijumpai dalam kalangan kanak-kanak pra-sekolah adalah rasa
takut untuk ke sekolah (yang akan dibincangkan seterusnya)

6.1 AKTIVITI PEMBELAJARAN

a) Apakah suatu emosi? Bezakan antara kedua-dua jenis


emosi?
b) Apakah peranan adaptif emosi?
c) Bagaimanakah kanak-kanak mengekspresi emosi mereka
dengan wajah mereka?.

6.5

KANAK-KANAK BERASA TAKUT KE SEKOLAH

Nigel Blagg (1990), dalam bukunya school phobia telah menyebut bahawa
rasa takut kanak-kanak untuk ke sekolah adalah suatu keadaan yang telah dikenal
pasti sejak tahun 1960an. Menurutnya;
Mereka akan mengalami kebimbangan yang melampau.
Mereka tidak ke sekolah, selalunya dengan pengetahuan
dan restu ibubapa mereka. Dan mereka selalu mempunyai
tanda-tanda seperti sakit perut, pening kepala dan loya.
Ada di antara mereka yang mengalami kemurungan yang
teruk. Apa jua percubaan untuk memaksa mereka pergi ke
sekolah, ketika mereka dalam keadaan kurang baik boleh
membawa kepada kelakuan yang agak melampau meragam, menjerit, menendang. Ianya sangat
menyedihkan untuk orang dewasa.

6
Bab 6:Perkembangan Emosi

Gambarajah 6.1
Ibubapa memujuk
anak yang tidak
mahu pergi ke
sekolah

Fobia sekolah disebabkan kanak-kanak enggan pergi ke sekolah dan adalah


sama dalam kalangan budak lelaki dan perempuan dan lebih berkemungkinan berlaku
antara umut 5 hingga 11 tahun (lihat Gambarajah 6.1). Kejadian enggan ke sekolah
lebih kerap berlaku semasa sekolah bermula. Apakah keengganan ke sekolah?
Keengganan ke sekolah ditakrifkan sebagai suatu kelakuan menolak atau enggan
untuk menghadiri kelas yang khusus ataupun untuk berada di sekolah sepanjang hari
(Sharma, 1996). Kelakuan enggan ke sekolah seperti ini mungkin disertai dengan satu
atau lebih daripada kelakuan yang berikut:
o Mengadu sakit perut, pening kepala, atau loya sebelum ataupun semasa waktu
sekolah;
o Menangis sebelum atau semasa waktu sekolah;
o Sering melawat jururawat sekolah;
o meragam; takut dengan sesuatu;
o kebimbangan atau kesedihan.
Selain daripada enggan pergi ke sekolah, kanak-kanak ini berkelakuan baik, dan
cerdik secara akademik. Tidak seperti kaki ponteng, mereka hanya duduk di rumah
dengan pengetahuan ibubapa mereka. Umumnya, mereka mempunyai hubungan yang
akrab dengan satu atau kedua ibubapa mereka. Secara keseluruhannya mereka adalah
kanak-kanak yang baik. Maka persoalannya adalah kenapa seorang kanak-kanak yang
ingin mematuhi kehendak ibubapanya dan menjadi baik, enggan pergi ke sekolah.
A) KENAPA SESETENGAH KANAK-KANAK ENGGAN PERGI KE
SEKOLAH?

Sesetengah kanak-kanak enggan pergi ke sekolah kerana mereka terlalu


bimbang. Ada yang mungkin mempunyai rasa takut atau khuatir dengan
sesuatu yang khusus tentang guru, rakan sebaya, atau aspek yang lain tentang
persekitaran sekolah.
Ada kanak-kanak yang mungkin dengan sedar atau tidak sedar risau, bukan
tentang sekolah itu sendiri, tetapi tentang berada jauh daripada rumah. Kanakkanak ini yang mungkin takut untuk tidur sendiri, berkeras inginkan lampu
dipasang dalam biliknya pada waktu malam, dan mengigau tentang
keselamatannya atau keselamatan ibubapanya.

7
Bab 6:Perkembangan Emosi

Ada kanak-kanak yang bimbang tentang sesuatu di sekolah atau di rumah dan
perlu didedahkan perlahan-perlahan kepada situasi yang mereka ingin elakkan.
Ada kanak-kanak yang cenderung berasa bahawa orang lain melihat mereka
dengan negatif. Mereka menjadi terlampau malu dan mengelak situasi sosial
di mana mereka takut orang lain mengkritik mereka atau mempersendakan
mereka di belakang mereka.
Ada yang mempunyai hubungan yang negative dan bermasalah dengan rakan
sebaya, dan, mungkin, diejek oleh kanak-kanak yang nakal ataupun dibuli oleh
seorang kaki buli.

B) APAKAH YANG DAPAT DILAKUKAN?


Ibubapa Harus Bercakap Dengan Anaknya
Ibubapa harus bercakap dengan anaknya beberapa kali tentang pergi ke
sekolah sebelumnya dan ia harus dilakukan walaupun selepas sekolah
bermula
Dengar dan tunjuk minat tentang apa yang kanak-kanak itu ingin
katakan.
Ibubapa dapat berkongsi rasa takut mereka dan pengalaman positif
mereka semasa mereka mula pergi ke sekolah.
Ibubapa harus beritahu bagaimana mereka memahami perasaan
anaknya, tetapi jangan beritahu mereka mereka tidak harus berasa
seperti itu. Kadang kala kanak-kanak hanya perlu berfikir dengan kuat
dan rasa takut mereka akan hilang.
Baca Sebuah Buku Kanak-kanak
Ibubapa boleh membaca sebuah buku kepada anaknya tentang pergi ke
sekolah.
Ini adalah untuk membantu kanak-kanak itu berasa difahami dan
menjadi kurang takut.
.
Lukis Sebuah Cerita
Ibubapa harus pertimbangkan melukis gambar dengan anaknya dan
mencipta sebuah cerita yang menerangkan apa yang berlaku di
sekolah.
Cerita itu harus termasuk berjalan dengannya ke kelas pertamanya,
memeluknya dan mengucapkan selamat tinggal, aktiviti dalam kelas,
berkenalan, projek sekolah, datang menjemputnya daripada sekolah.
Kenali Sekolah
Ibubapa boleh melawat sekolah beberapa hari sebelum ia bermula.
Kebanyakan sekolah mempunyai hari pra-sekolah di mana ibubapa
boleh datang ke sekolah, berjumpa dengan guru dan berada bersama
anaknya. Bawa snek dan bermain di taman permainan sekolah.

8
Bab 6:Perkembangan Emosi

Jangkakan Aduan Fizikal


Beringatlah bahawa ada kanak-kanak yang akan mengekspresi rasa
takut mereka dengan kata-kata yang biasa dan selamat seperti "perut
saya sakit". Ini sememangnya biasa. Tengok mereka dan periksa suhu
badan mereka walaupun anda tidak mempercayai kata-kata mereka. Ini
merupakan kelakuan yang member keselesaan dan dapat melegakan
kanak-kanak itu. .
Jangan Jadikan Duduk Di rumah Lebih Menguntungkan
Dalam beberapa kes, keengganan ke sekolah bermula dengan kanakkanak mengalami rasa tidak selesa dalam persekitaran sekolah, tetapi
lama-kelamaan, mereka mulai suka duduk di rumah. Mereka akan
terasa bagaimana duduk di rumah lebih menyeronokkan berbanding
pergi ke sekolah dan melakukan "benda yang membosankan."
Jangan jadikan duduk dirumah lebih menguntungkan daripada pergi ke
sekolah. Tiadakan atau kurangkan semua galakan untuk duduk di
rumah. Sebaliknya, letakkan ganjaran dan galakan untuk pergi ke
sekolah dan terus berada di situ sepanjang waktu persekolahan.
Ada remaja yang tiba-tiba menjadi keberatan untuk pergi ke sekolah kerana
suatu masalah penampilan dan harga diri, atau masalah imej sosial yang timbul
daripada desas desus di sekolah atau dikecewakan oleh seorang kawan. Mereka
perlukan kemahiran yang bersesuaian dan sokongan ibubapa untuk menangani situasi
seperti itu. Keterbukaan dalam komunikasi dan keakraban dengan ibubapa dapat
membantu. Ada kanak-kanak yang murung secara klinikal dan mengalami kesukaran
untuk bangun tidur pagi-pagi. Kanak-kanak yang murung secara klinikal atau yang
mengalami gangguan kebimbangan perlukan bantuan profesional.
6.2 AKTIVITI PEMBELAJARAN

a) Kenapakah ada kanak-kanak yang enggan pergi ke


sekolah?
b) Bagaimanakah ibubapa menangani kanak-kanak yang
takut dengan sekolah?
c) Bagaimanakah anda menangani kanak-kanak yang enggan
pergi ke sekolah samada sebagai ibubapa atau guru?
?
6.6

MENGENALI EMOSI ORANG LAIN DAN MENGAWAL EMOSI

Anda sedang menunggu seorang kawan dan anda akan meminta untuk meminjam
RM200 daripadanya. Apabila kawan anda sampai, dia sedang berada dalam angin
yang kurang baik; menyumpah seranah tentang ketuanya yang tidak adil. Anda terus
menukar rancangan anda dan menyedari bahawa itu bukan suatu masa yang sesuai
untuk meminta dia meminjamkan wang. Apa yang anda telah lakukan adalah
mengenali emosi orang lain dan mengadaptasi atau mengubah kelakuan anda
mengikut kesesuaian. Bilakah kanak-kanak belajar membuat sebegitu?

9
Bab 6:Perkembangan Emosi

Kajian telah menunjukkan bahawa bayi seawal 4 bulan dan tentunya apabila mereka
mencapai 6 bulan boleh membezakan ekspresi wajah yang dikaitkan dengan emosi
yang berlainan. Misalnya, apabila seorang ibu senyum dan bercakap dengan nada
suara yang lembut, bayi turut mengekspresi kegembiraan. Sebaliknya, apabila ibu
marah atau sedih, bayi menjadi sedih (Montague & Walker-Andrews, 2001).
Antara umur 2 dan 5 tahun, kanak-kanak perlahan-lahan belajar untuk mengurus
perasaan mereka. Misalnya, seorang kanak-kanak yang baru berjalan jatuh mungkin
menjadi marah dan meragam sekiranya permainannya diambil. Apabila kanak-kanak
itu semakin matang secara emosi, dia akan belajar untuk mengekspresi rasa marah
dengan cara berlainan. Kanak-kanak kecil juga mula membentuk emosi moral dan
untuk berasa malu atau bersalah apabila mereka membuat sesuatu yang salah. Apabila
sesuatu yang buruk berlaku, kanak-kanak kecil berasa bertanggungjawab tanpa sebab
yang munasabah. Kanak-kanak tidak sentiasa tahu cara untuk menerangkan perasaan
mereka.
Kanak-kanak kecil selalunya menjadi kecewa kerana terdapat jurang yang besar
antara perkara yang mereka mahu dan apa yang mereka sebenarnya boleh buat. Ini
selalunya menyebabkan kanak-kanak meragam. Perasaan dan kelakuan berkait rapat.
Apabila perasaan tidak diurus dengan baik, keupayaan kanak-kanak untuk berfikir
boleh terjejas. Hasilnya, kanak-kanak bertindak mengikut perasaan dan selalunya
tanpa berfikir. Apabila mereka mula bersekolah, kanak-kanak lebih sedar tentang
perasaan mereka sendiri dan perasaan orang lain. Mereka lebih berupaya untuk
mengaitkan pemikiran dan perasaan mereka serta menggunakan perkataan untuk
mengekspresi perasaan mereka. Dengan itu, mereka menjadi lebih berupaya untuk
mengubah dan membentuk perasaan mereka. Keupayaan kanak-kanak untuk berubah
dan mengadaptasi perasaan mereka bermakna bahawa mereka lebih berkemungkinan
menahan kekecewaan mereka, mengenepikan mendapat apa yang mereka mahukan
dan berupaya untuk menenangkan diri mereka.
6.7

PEMBAWAAN

Pembawaan ditakrifkan sebagai keupayaan yang kanak-kanak dianugerahkan sejak


lahir yang membolehkan mereka berinteraksi dengan dan bertindakbalas dengan
orang, tempat dan benda. Dalam akhir tahun 1960an, Alexander Thomas, Stella
Chess, dan rakan-rakan telah menjejak kehidupan 141 individu daripada lahir
sehingga dewasa, digelar The New York Longitudinal Study. Kajian tersebut telah
mengenal pasti SEMBILAN CIRI-CIRI ATAU SIFAT PEMBAWAAN (lihat
Gambarajah 6.1).
Aktiviti
Keiramaan
Pendekatan/
penyisihan

Adakah kanak-kanak itu sentiasa bergerak dan membuat


sesuatu ATAU adakah dia mempunyai gaya yang lebih santai?
Adakah kanak-kanak itu tetap tentang tabiat makan dan
tidurnya ATAU agak tidak teratur?
Adakah kanak-kanak itu bersedia bertemu dengan orang
asing" ATAU cenderung menjadi menyisih diri daripada orang
atau benda yang baru?

10
Bab 6:Perkembangan Emosi

Kebolehsesuaian

Keamatan

Angin

Kecekalan &
ketekunan

Kebolehalihan
perhatian

Ambang sensori

Bolehkah kanak-kanak itu menyesuaikan diri dengan


perubahan dalam rutin atau rancangan dengan mudah
ataukah dia menolak peralihan?
Adakah kanak-kanak itu bertindakbalas dengan kalut kepada
situasi, samada positif ataupun negatif, ATAU adakah kanakkanak itu bertindakbalas dengan tenang dan senyap?
Adakah kanak-kanak itu selalu mengekspresi suatu
penampilan yang negatif ATAU adakah dia secara umumnya
seorang yang positif? Adakah angin kanak-kanak itu kerap
berpindah ATAU adakah dia selalunya bersifat tenang?
Adakah kanak-kanak itu mengaku kalah sebaik sahaja
masalah timbul dengan suatu tugasan ATAU adakah kanakkanak itu terus mencuba? Dapatkah kanak-kanak itu tekun
dengan suatu aktiviti untuk suatu masa yang lama ATAU
adakah mindanya cenderung merayau?
Adakah kanak-kanak itu dialih perhatiannya dengan mudah
daripada apa yang dia sedang lakukan ATAU dapatkah kanakkanak itu menutup perkara luaran yang mengalihkan
perhatiannya dan teruskan dengan aktiviti yang dilakukan
sekarang?
Adakah kanak-kanak itu terganggu oleh stimuli luaran seperti
bunyi bising, lampu terang, atau tekstur makanan ATAU
adakah dia cenderung tidak mengendahkannya?

[sumber: Kathy Oliver, Understanding your childs temperament. Consumer


Services. Columbus. Ohio, 2002]
Jadual 6.1 Sembilan ciri-ciri atau sifat pembawaan
Pengkaji telah mendapati bahawa kesembilan sifat tersebut ada pada lahir dan terus
mempengaruhi perkembangan dengan jelas sepanjang hayat. Dengan memerhatikan
respon seorang kanak-kanak terhadap situasi harian, pengkaji dapat mentaksir
pembawaan ini.
JENIS PEMBAWAAN
Semua SEMBILAN sifat bergabung untuk membentuk TIGA jenis pembawaan asas.

Kanak-kanak yang Mudah atau


Fleksibel (40%) umumnya tenang,
gembira, tetap dalam tabiat tidur dan
makannya, boleh menyesuaikan diri, dan
tidak mudah marah. Disebabkan gaya
mereka yang mudah, ibubapa perlu
meluangkan masa yang khususn untuk
bercakap tentang kekecewaan dan kecil
hati kanak-kanak itu kerana dia tidak akan
memintanya.
Komunikasi
yang

11
Bab 6:Perkembangan Emosi

disengajakan ini akan diperlukan untuk memperkukuhkan hubungan anda dan


mengetahui tentang apa yang anak itu sedang fikirkan dan rasakan.

Kanak-kanak yang Susah, Aktif, atau Cerewet


(10%) selalunya cerewet, tidak tetap dalam tabiat
makan dan tidurnya, takut dengan orang dan situasi
yang baru, mudah diganggu oleh bunyi bising dan
kekalutan, mudah tersentap, dan kaku dalam
tindakbalasnya. Dengan memberikan ruang untuk
permainan yang lasak untuk menggunakan tenaga
dan kekecewaan yang tersimpan dengan kebebasan
untuk mereka memilih akan menjadikan mereka
berjaya. Dengan menyediakan kanak-kanak ini untuk
menghadapi perubahan aktiviti dan menggunakan pertukaran haluan akan
membantu kanak-kanak itu dalam peralihan (perpindahan atau perubahan)
daripada satu tempat kepada yang lain.

Kanak-kanak yang Lambat Panas atau Berhatihati (15%) secara perbandingannya adalah kurang
aktif dan cerewet, cenderung menyisihkan diri atau
bertindakbalas dengan negative kepada situasi yang
baru, tetapi tindakbalas mereka akan dengan
perlahan menjadi lebih positif dengan pendedahan
yang berterusan. Dengan tetap kepada suatu rutin dan
kata-kata anda, beserta dengan memberikan banyak
masa untuk membentuk hubungan dalam situasi yang baru, adalah perlu untuk
membenarkan keberdikarian untuk terbentuk.
35 peratus lagi kanak-kanak adalahkombinasi corak-corak tersebut.

Kelakuan yang membawa kepada seorang kanak-kanak diklasifikasikan sebagai


mudah atau susah mungkin berbeza berdasarkan nilai keibubapaan dan
kebudayaan, sikap dan amalan. Dengan memahami corak-corak tersebut, ibubapa
dapat menyesuaikan pendekatan keibubapaan mereka dalam perkara seperti jangkaan,
galakan, dan disiplin untuk menyesuaikan dengan keperluan kanak-kanak yang unik.
Berikut adalah tip untuk orang dewasa seperti ibubapa dan guru:

Sedarlah tentang pembawaan kanak-kanak dan hormati keunikannya tanpa


membandingkannya dengan orang lain atau cuba mengubah pembawaan anak
anda.
Orang dewasa harus sedar tentang pembawaan mereka sendiri dan
membetulkan respon semulajadi mereka apabila ia bertentangan dengan
respon kanak-kanak itu.
Berkomunikasi
Jelaskan keputusan dan motif.
Dengar pandangan anak-anak dan galakkan kerjasama kumpulan dalam
menghasilkan penyelesaian.

12
Bab 6:Perkembangan Emosi

Orang dewasa harus menetapkan had dalam membantu anak mereka


membentuk kawalan kendiri. Hormati pilihan tetapi tetap tegas dalam had
yang penting.
Jadilah seorang model peranan yang baik kerana kanak-kanak belajar melalui
meniru.

Padanan antara pembawaan kanak-kanak dan permintaan atau jangkaan


persekitarannya (keluarga, sekolah, persekitaran penjagaan kanak-kanak) dapat
memperbaiki hubungan. Ibubapa yang secocok dengan pembawaan anak mereka dan
yang dapat mengenali kekuatan anak mereka akan mendapati bahawa hidup adalah
lebih menggembirakan. Ia akan menjadi suatu tarian yang dinamik yang akan
berterusan sepanjang hayat.

JENIS PEMBAWAAN MENURUT ROTHBART


Pembawaan merujuk kepada perbezaan dalam tindakbalas emosi kanak-kanak dan
keupayaannya untuk mengawal emosi mereka. Mary Rothbart (2004) telah
mencadangkan suatu lagi cara untuk mengklasifikasi jenis pembawaan seperti berikut:

Surgensi / Ekstraversi merujuk kepada sejauhmana seorang kanak-kanak


adalah gembira, aktif, vokal dan mencari stimulasi yang menarik.

Perasaan negatif merujuk kepada sejauhmana seorang kanak-kanak itu


marah, takut, kecewa, malu dan tidak mudah diredakan.

Kawalan Penuh Usaha merujuk kepada sejauhmana seorang kanak-kanak


capat menumpukan perhatian, tidak mudah dialihkan pandangannya, dan dapat
merencatkan responnya.

Rothbart berhujah bahawa jenis-jenis pembawaan ini jelas semasa bayi, dan
sepanjang zaman kanak-kanak dan memainkan peranan yang penting dalam
menentukan keperibadian remaja dan orang dewasa. Walau bagaimanapun, kita tidak
boleh mengklasifikasikan individu ke dalam satu jenis atau yang lainnya. Sebagai
contoh, kanak-kanak yang lebih kepada Kawalan Penuh Usaha cenderung juga
kepada Surgensi / Ekstraversi dan kurang kepada Perasaan negatif. Dalam erti kata
lain, kanak-kanak yang dapat mengawal perhatian dan merencat respon mereka
selalunya bahagia dan aktif tetapi tidak marah dan takut.
BAGAIMANAKAH PEMBAWAAN
SEKOLAH KANAK-KANAK?

MEMPENGARUHI

PENGALAMAN

Pencapaian di sekolah tentunya berkait dengan keupayaan kanak-kanak, dengan


motivasinya, dengan pengalamannya, dan dengan mutu pengajaran yang diterimanya.
Pencapaian juga berkait dengan pembawaan. Fikirkan bagaimana seorang kanakkanak harus mengadaptasi dengan sebuah tugasan bacaan atau matematik, lebih-lebih
lagi sekiranya tugasan tersebut panjang dan mencabar. Kanak-kanak itu harus
"bertenang", tumpukan tenaga dan perhatian, mengadaptasi kepada haluan yang baru,

13
Bab 6:Perkembangan Emosi

tolak gangguan, dan bercekal, walaupun suatu tugasan itu mungkin membosankan
atau susah. (Keogh, 2011) telah mengenal pasti dimensi dan faktor pembawaan yang
memberi kesan kepada kejayaan akademik kanak-kanak di sekolah. Yang paling
penting adalah orientasi tugas, yang berkait dengan dimensi pembawaan iaitu tahap
keaktifan, keboleh alihan perhatian, dan kecekalan.
Seorang kanak-kanak yang berpencapaian tinggi boleh memoderasi aktiviti fizikal
dengan bersesuaian, meminimakan gangguan dan menumpukan kepada tugasan, dan
cekal. Guru suka pelajar yang mempunyai ciri-ciri pembawaan seperti ini dan
mendapati mereka mudah diajar. Kanak-kanak yang mempunyai pembawaan yang
kurang positif selalunya dilihat oleh guru sebagai lebih rendah daripada segi "keboleh
ajaran", memerlukan lebih masa, pengurusan dan arahan guru.
Adalah penting untuk diperhatikan bahawa seorang guru, seperti setiap orang
pelajarnya, membawa pembawaannya kedalam kelas. Ada guru yang aktif, merespon
dengan cepat, dan padat. Ada yang cermat, bernada rendah, dan reflektif. Perbezaan
ini akan bermain dalam bilik darjah. Bilik darjah berbeza dalam kelajuan pengajaran,
dalam bentuk interaksi peribadi, dan dalam tona emosi dalam bilik tersebut.
Nasib baik, dalam kebanyakan kes kesepadanan di antara pelajar dan guru adalah
lebih baik, supaya kedua-duanya selesa dan kehidupan dalam bilik darjah menjadi
positif. Dalam sesetengah kes, walau bagaimanapun, kesepadanan antara guru dan
pembawaan pelajar tidak begitu positif, dan kedua-duanya menjadi kecewa dan tidak
seronok. Bayangkan Zak, seorang budak lelaki yang Lambat panas, dalam kelas
yang berjalan laju, selalu bertukar dan di mana guru yang bertenaga pantas, padat, dan
menjangkakan respon yang pantas daripada pelajar. Bayangkan Andrew berada di
dalam dalam sebuah bilik darjah yang berjalan perlahan di mana gurunya
menekankan keteraturan dan senyap, dan tugasan adalah panjang. Keaktifan tinggi,
keboleh alihan perhatian dan tahap kecekalan yang rendah Andrew meninggikan
kemungkinan timbulnya masalah.
Apabila kanak-kanak mencapai umur persekolahan mereka menggunakan kebanyakan
waktu berjaga mereka dalam suatu persekitaran jauh daripada rumah dan ibubapa. Di
sekolah mereka mesti mengadaptasi dengan permintaan yang baru, orang dewasa
yang baru, dan dengan ramai kanak-kanak berlainan. Mereka mesti belajar mematuhi
peraturan yang kompleks dalam bilik darjah dan di taman permainan, dan mereka
mesti belajar bahawa kehendak dan keperluan peribadi mereka tidak sentiasa menjadi
keutamaan. Bagi sesetengah kanak-kanak perpindahan daripada rumah ke sekolah
adalah mudah, dan mereka mekar. Bagi yang lain pula, peralihan tersebut tidaklah
mudah, dan mereka menghadapi masa yang sukar menyesuaikan diri. Bagi seorang
kanak-kanak yang lambat panas seperti Zak, minggu-minggu yang awal selalunya
dipenuhi dengan kebimbangan, dan dia mungkin nampak menyisihkan diri dan tidak
bermotivasi. Bagi Andrew, permintaan yang baru itu mungkin menyebabkan dia
bertindakbalas dengan keterlaluan, meningkatkan kekejangannya dan ketidak
aktifannya.

14
Bab 6:Perkembangan Emosi

6.3 AKTIVITI PEMBELAJARAN

a) Bagaimakah anda mentakrifkan pembawaan?


b) Jelaskan jenis pembawaan yang berbeza. Adakah anda
dapat mengenal pasti jenis pembawaan ini dalam bilik
darjah?
c) Bagaimanakah pembawaan memberi kesan kepada
pengalaman di sekolah bagi seorang kanak-kanak?

6.8

IKATAN

A) APAKAH IKATAN?
Sifat yang paling penting seorang manusia adalah keupayaan untuk membentuk dan
menyenggara suatu hubungan. Hubungan ini sangat perlu bagi seseorang itu untuk
terus hidup, belajar, bekerja, mencintai, dan beranak. Hubungan manusia mempunyai
berbagai bentuk tetapi yang paling erat, dan paling menyeronokkan serta paling
menyakitkan adalah hubungan dengan keluarga, kawan-kawan dan orang
tersayang. Dalam bulatan dalaman hubungan yang akrab, kita diikat antara satu sama
lain dengan "gam emosi " terikat oleh kasih (Perry, 2011).

Gambarajah 6.2:
merupakan
asas
semua hubungan lain
atasnya, hubungan
panjang dibina.

Ikatan
kepada
yang di
jangka

Keupayaan setiap individu untuk membentuk dan meneruskan hubungan


menggunakan "gam emosi " ini adalah berbeza. Ada orang yang nampak berupaya
untuk menyayangi dengan "semulajadi". Mereka membentuk beberapa hubungan
yang intim dan penyayang dan, dengan berbuat demikian, mendapat keseronokan
(Gambarajah 6.2). Yang lainnya tidak begitu bernasib baik. Mereka tidak rasa
"terpanggil" untuk membentuk hubungan yang intim, mendapat sedikit sahaja
keseronokan dalam berada bersama atau rapat dengan orang lain. Mereka mempunyai
hanya beberapa, sekiranya ada, kawan-kawan, dan mempunyai gam emosi yang lebih

15
Bab 6:Perkembangan Emosi

jauh, dengan keluarganya. Dalam kes yang melampau seorang individu mungkin tidak
mempunyai ikatan emosi yang tetap kepada sesiapa.
Bayi manusia yang baru lahir tidak dapat hidup tanpa seorang penjaga untuk
memberikannya makanan dan perlindungan, dan tidak akan berjaya tanpa jenis
sokongan yang lain juga. Sementara bayi secara perbandingannya mempunyai
kelakuan sejak lahir yang lebih sedikit seperti menangis, mengakar, dan menghisap
mereka juga mempunyai berbagai sistem kelakuan yang sedia diaktivasi melalui
interaksi dengan orang lain. Dalam tahun pertama otak bayi berganda daripada segi
saiznya dan pengalaman mereka terdawai keras sebagai suatu asas bagi mereka
membina hidup mereka. Ikatan yang akrab yang dibentuk oleh kanak-kanak dengan
penjaga primer mereka dikenali sebagai ikatan. Ikatan sedikit sebanyak ada pada
semua mamalia, khususnya primat bukan manusia. Ikatan merupakan hubungan
emosi dengan seorang yang lain.

B) PERTUMBUHAN SUATU IKATAN


Ahli psikologi John Bowlby, ahli teori yang pertama, telah menjelaskan ikatan
sebagai suatu "ketercantuman psikologi yang berpanjangan antara manusia"
(Bowlby, 1969, m/s. 194). Bowlby percaya bahawa ikatan yang terawal oleh kanakkanak dengan penjaganya mempunyai impak yang besar dan berterusan sepanjang
hayat. Menurut Bowlby, ikatan juga berfungsi supaya bayi terus akrab dengan ibunya,
dengan itu memperbaiki kemungkinan kanak-kanak itu untuk terus hidup. Tali ikatan
mempunyai elemen utama yang berikut:
1. Suatu tali ikatan merupakan suatu hubungan emosi yang tahan lama dengan
seorang tertentu;
2. Hubungan tersebut membawa keselamatan, keselesaan, dan keseronokan;
Kehilangan atau ancaman kehilangan orang tersebut menimbulkan kesedihan
yang ketara.
Ikatan selalunya dengan ibunya; tetapi kanak-kanak juga terikat dengan bapa mereka,
datuk dan nenek ataupun orang lain. Menurut Bowlby, terdapat EMPAT FASA
DALAM PERTUMBUHAN IKATAN (lihat Jadual 6.1).

FASA
Pra-ikatan
(0 hingga 2 bulan)

Ikatan Dalam
Pembentukan
(2 hingga 8 bulan)

CIRI-CIRI
Belajar mengenali ibunya melalui baud an bunyi
Ibubapa merespon kepada senyuman atau tangisan
bayi, membentuk suatu sistem interaktif
Permulaan hubungan ikatan
Membentuk rasa percaya dengan orang dewasa yang
mereka biasa berinteraksi gelak dan senyum lebih
selalu.
Diredakan oleh ibubapa atau orang dewasa yang
utama apabila dia sedih

16
Bab 6:Perkembangan Emosi

Ikatan Sebenar
(8 hingga 24 bulan)

Memberontak apabila dipisahkan daripada orang


dewasa utama atau ibubapa

Telah mengasingkan orang yang dia ada ikatan


istimewa dengannya, selalunya ibunya asas
sosioemosi yang stabil
Hubungan ikatan terbentuk mempunyai representasi
mental ibunya
Menjadi tertekan apabila dipisahkan daripada ibunya
kehilangan asas keselamatannya

Hubungan Dua Hala


(24 dan seterusnya)

Mula mempunyai kefahaman yang lebih baik tentang


simbol dan bahasa orang dewasa dan ibubapa
Mula memahami perasaan dan matlamat ibubapa
Boleh menahan perpisahan kerana mereka faham
bahawa ibubapanya akan pulang

Dengan mengenal pasti empat tahap ikatan ini, John Bowlby (1969) bertekad untuk
mengenengahkan perubahan dalam perkembangan ikatan di antara ibu dan anak.

Dalam FASA PRA-IKATAN atau fasa keboleh sosialan tanpa


membezakan, bayi berinteraksi dengan kebanyakan orang dengan
tangisan, bersuara dan senyuman daripada lahir sehingga ke dua bulan
bagi mendapatkan perhatian.
Antara dua dan lapan bulan (FASA IKATAN DALAM
PEMBENTUKAN), bayi mula membentuk rasa lebih suka dengan
respon orang dewasa yang mereka terbiasa seperti ibunya.
Dengan datangnya FASA IKATAN SEBENAR (8 hingga 24 bulan), bayi
memiliki ikatan yang kukuh dengan penjaganya dan derita disebabkan
perpisahan dan mempunyai kebimbangan dengan orang asing.
Hubungannya yang kukuh dengan penjaganya terbentuk seiring dengan
perkembangan keupayaan motor mereka untuk bergerak ke arah
penjaganya untuk mendapatkan perlindungan serta kemahiran verbal yang
membolehkan mereka bersosialisasi dengan penjaganya pada tahap yang
lebih kompleks daripada sebelumnya.
Dalam FASA HUBUNGAN DUA HALA yang selalunya bermula
daripada umur dua tahun, kanak-kanak kecil telah memperoleh
kemahiran representasional dan ingatan yang membenarkan mereka
untuk mengaitkan dengan persekitaran mereka secara aktif. Dengan itu,
mereka tidak sentiasa memerlukan perhatian ibubapa mereka. Mereka juga
mula menyesuaikan sudut pandang mereka tentang berbagai situasi dan
memahami pandangan ibubapanya. Pada masa yang sama, mereka
berupaya menahan perpisahan sebentar daripada ibubapa mereka.

17
Bab 6:Perkembangan Emosi

6.4 AKTIVITI PEMBELAJARAN

a) Bagaimanakah anda mentakrifkan ikatan?


b) Jelaskan EMPAT fasa perkembangan ikatan.
c) Bincangkan pengalaman peribadi anda tentang ikatan.

C) JENIS HUBUNGAN IKATAN


Mary Ainsworth (1978, 1993), seorang pengkaji awal tentang ikatan telah membina
suatu kaedah yang disebut sebagai Situasi Pelik di mana seorang bayi diletakkan di
dalam sebuah bilik dengan ibunya. Tiba-tiba ibunya keluar daripada bilik itu selama
tiga 3 minit, dan kemudian ibu itu datang kembali ke dalam bilik itu; dan Ainsworth
telah memerhatikan tindakbalas kanak-kanak itu. Beliau bersama pengkaji yang
kemudian telah mengenal pasti EMPAT JENIS HUBUNGAN IKATAN (lihat Jadual
6.2).

Kanak-kanak
itu
mungkin
menangis ataupun tidak apabila
ibunya keluar daripada bilik.
Tetapi apabila dia kembali, bayi
itu mahu bersama ibunya dan
sekiranya bayi itu menangis, ia
berhenti.
Bayi itu tahu bahawa ibunya dia
boleh
bergantung
dengan
ibunya, yang membentuk suatu
asas selamat untuk anak itu
belajar
dan
menjelajah
dunianya.

Anak itu nampaknya berkata:

Ikatan
yang Anak itu tidak nampak sedih
apabila ibunya keluar daripada
Mengelak
bilik. Apabila dia kembali,
anaknya
mungkin
tidak
menghiraukannya
dengan
berpaling atau memandang ke
tempat lain.
Anak itu tidak menghiraukan
ibunya semasa dia ada; sedikit
sahaja
kesedihan
semasa
perpisahan dan
berpaling
dengan aktif daripada ibunya
apabila bersua kembali.

Anak itu nampaknya berkata:

Ikatan Selamat

Saya rinda kamu sangat


tetapi kerana sekarang
kamu sudah kembali, Saya
okey.
[lebih
kurang
60-65%
kanak-kanak adalah jenis
ini]

Kamu sudah tinggalkan


saya lagi, Saya sentiasa
terpaksa
menjaga
diri
saya.

[lebih kurang 20% kanakkanak adalah jenis ini]

18
Bab 6:Perkembangan Emosi

Anak itu sedih apabila ibunya Anak itu nampaknya berkata:


keluar dan terus bersedih, malah
marah apabila dia kembali, dan Kenapa kamu berbuat
sukar untuk dipujuk.
begini?
Saya
sangat
perlukan kamu tetapi kamu
Anak itu sentiasa dekat dengan tinggalkan
saya
tanpa
ibunya. Menjadi sangat tertekan amaran.
apabila
berpisah,
malahan
marah dan menolak kontak [lebih
kurang
10-15%
fizikal semasa bersua kembali kanak-kanak adalah jenis
dengan ibunya.
ini]
Ikatan
Tidak Anak itu nampak keliru apabila Anak itu nampaknya berkata:
ibunya keluar daripada bilik.
Tersusun
Apabila dia kembali, anak itu Apa yang sedang berlaku?
nampaknya tidak begitu faham Saya mahukan kamu di
apa yang sedang berlaku.
sini, tetapi kamu telah pergi
dan datang kembali. Saya
Kekeliruan tentang samada tidak tahu samada harus
untuk mendekati atau mengelak ketawa atau menangis.
daripada ibunya; paling sedih
dengan perpisahan; apabila [lebih kurang 5-10% kanakbersua kembali, bertindak keliru kanak adalah jenis ini]
dan terpinga-pinga.
Ikatan Menolak

Jadual 6.2 Empat jenis hubungan ikatan


Apakah maksud jenis hubungan ikatan tersebut? Umumnya, jenis hubungan ikatan ini
menunjukkan mutu hubungan yang dirasai seorang kanak-kanak terhadap seseorang
(ibubapa, datuk nenek, penjaga, dan lain-lain). Ia mewakili rasa selamata dan selesa
yang dirasai kanak-kanak itu terhadap kebertindakbalasan orang itu terhadap
keperluannya. Ia juga penting kerana kanak-kanak selalu menunjukkan hasil yang
berbeza dalam kebajikan mereka berdasarkan gaya ikatan. Di antara aspek terpenting
perkembangan seorang kanak-kanak yang terkesan daripada mutu ikatan termasuk
yang berikut:

Kanak-kanak yang selamat dalam ikatannya lebih bersedia untuk menjelajah


persekitarannya dan dapat belajar dengan yakin, sementara kanak-kanak yang
tidak selamat lebih berkemungkinan terkial-kial dalam belajar dengan yakin
tentang persekitarannya.

Kanak-kanak yang selamat cenderung lebih terkenal dalam kalangan rakan


sebaya dan menunjukkan interaksi sosial yang lebih positif dengan kanakkanak lain, sementara kanak-kanak yang tidak selamat nampak lebih berisiko
menjadi penakut, anti-sosial atau mempunyai hubungan yang sukar dengan
kanak-kanak lain.

19
Bab 6:Perkembangan Emosi

Kanak-kanak yang selamat selalunya lebih stabil emosinya dan dapat


mengekspresi serta mengurus perasaan mereka dengan baik, sementara kanakkanak yang tidak selamat lebih berkemungkinan menjadi tidak stabil emosinya
dan mempunyai kesukaran mengekspresi dan mengurus perasaannya.

Kanak-kanak yang selamat menunjukkan lebih keupayaan untuk menangani


tekanan dan membantu orang lain menangani tekanan, sementara kanak-kanak
yang tidak selamat lebih berkemungkinan menghadapi kesukaran apabila
tertekan, bertindak dengan cara yang tidak sihat dan menjadi tidak peka
terhadap orang lain yang merasa tertekan.

Pentingnya mutu ikatan mungkin ketara. Bagaimanakah ikatan seperti itu terbentuk?
Beberapa faktor utama dapat memberi kesan kepada mutu ikatan seorang kanakkanak. Ini mungkin termasuk pembawaan kanak-kanak itu (lebih aktif dan terbuka,
dan lain-lain), konteks situasi tersebut (ada orang asing, bilik yang dia terbiasa, dan
lain-lain), sejarah awal (pengalaman trauma dan lain-lain) dan perkara-perkara lain.
Tetapi cara ibubapa merespon kepada dan berinteraksi dengan seorang kanakkanak kecil merupakan faktor utama dalam bagaimana sebuah ikatan
berkembang. Gaya ikatan seorang kanak-kanak umumnya berkembang berdasarkan
persepsi kanak-kanak itu atau kefahamannya tentang keboleh bergantungan
penjaganya dalam memberikan keselesaan, sokongan dan keselamatan. Kelakuan
yang mempromosi ikatan dan memberikan peluang untuk interaksi yang bermakna
termasuk:

6.9

Senyum
Saling memandang
Bercakap dengan satu sama lain
Mengikut
Bergantung
Sentuhan fizikal dan memeluk
Menjelajah persekitaran
Melayan interaksi
Menangis
Bermain

MENYOKONG PERKEMBANGAN EMOSI KANAK-KANAK

Biarkan iklim emosi di rumah sentiasa tenang, mesra dan terjangka.


Terima dan perakui emosi anak anda.
Bacakan cerita kepada anak anda dan bercakap tentang perasaan yang
berlainan yang watak di dalam buku itu mungkin rasai. Bercakap tentang
emosi membantu kanak-kanak untuk memahami perasaan mereka sendiri.
Bantu anak anda meluahkan perasaan dengan perkataan nampaknya kamu
sedang berasa kecewa sekarang.

20
Bab 6:Perkembangan Emosi

Galakkan kanak-kanak bercakap tentang situasi yang membuatkan mereka


berasa teruja, gembira, marah atau risau.
Puji kanak-kanak kerana tidak hilang kawalan dan sentiasa tenang.
Bantu kanak-kanak mengasingkan perasaan daripada kelakuan Saya tahu
kamu berasa marah tetapi tidak baik memukul.
Bantu kanak-kanak memahami perbezaan di antara perasaan mereka dan
perasaan orang lain - Saya tahu kamu sedang berasa kecewa sekarang tetapi
apa yang kamu sedang lakukan membuatkan kakak anda merasa sedih.
Perkembangan emosi kanak-kanak adalah sangat diperngaruhi oleh mutu
hubungan yang terbentuk antara mereka dengan ibubapa mereka. Cara ibubapa
berinteraksi dengan anaknya berkait rapat dengan cara anak itu akan
berkembang emosinya.
Kanak-kanak belajar mengurus emosi mereka dengan memerhati bagaimana
ahli keluarga yang lain mengekspresi dan mengurus emosi mereka. Ibubapa
memainkan peranan yang penting dalam menjadi model bagaimana untuk
merespon kepada perasaan yang kuat. Kanak-kanak perlukan bantuan dan
latihan dalam mengurus emosi mereka.
6.5 AKTIVITI PEMBELAJARAN

a) Bagaimanakah anda mentakrifkan ikatan?


b) Jelaskan EMPAT fasa perkembangan ikatan.
c) Bincangkan pengalaman peribadi anda tentang ikatan.

ISTILAH
PENTING
Emosi
Emosi asas
Emosi kompleks
Ekspresi emosi
Keseronokan

Kegembiraan
Mengenali emosi
Perkembangan emosi
Takutkan sekolah
Pembawaan

Teori Rothbart
Ikatan
Teori Bowlby
Mutu ikatan

RINGKASAN

Emosi merupakan suatu perasaan yang sedar seperti kegembiraan, kesedihan,


takut, benci atau sebagainya yang dialami oleh seseorang.

Perasaan Kompleks merupakan perasaan berjaya (kerana jangkaan seseorang


dipenuhi) dan perasaan gagal (apabila jangkaan seseorang tidak dipenuhi).

21
Bab 6:Perkembangan Emosi

Takut sekolah menyebabkan kanak-kanak enggan pergi ke sekolah dan biasa


dalam kalangan budak lelaki dan juga perempuan, dan lebih berkemungkinan
berlaku antara umur 5 hingga 11 tahun.

Ada kanak-kanak yang enggan pergi ke sekolah kerana mereka terlalu


bimbang.

Keengganan ke sekolah ditakrifkan sebagai kelakuan menolak atau enggan


menghadiri kelas yang khusus atau berada di sekolah sepanjang hari.

Ekspresi wajah adalah salah satu komponen emosi.

Tidak kira daerah atau budaya, semua kanak-kanak mempunyai ekspresi


wajah yang sama untuk marah, sedih dan gembira.

Bayi yang baru lahir mengalami dua emosi yang umum: seronok atau sedih.

Kajian telah menunjukkan bahawa bayi seawal 4 bulan dan tentunya


menjelang 6 bulan boleh membezakan ekspresi wajah yang dikaitkan dengan
emosi yang berlainan.

Ibubapa harus bercakap dengan anaknya beberapa kali tentang pergi ke


sekolah sebelumnya dan ia harus dibuat walaupun selepas sekolah bermula.

Pembawaan ditakrifkan sebagai keupayaan yang kanak-kanak dianugerahkan


sejak lahir yang membolehkan mereka berinteraksi dengan dan bertindakbalas
dengan orang, tempat dan benda.

Ikatan merupakan asas yang di atasnya semua jenis hubungan akrab dan
berjangka panjang terbentuk.

RUJUKAN:

Ainsworth, M.. (1973). The development of infant-mother attachment. In B.


Caldwell and H. Ricciuti (Eds.), Review of Child Development Research (Vol.
3). Chicago, Ill.: University of Chicago Press.

Blagg, N. R. (1990), The Behavioural Treatment of School Phobia,


Intervention with Children. Gupta R.M. & Coxhead P. (eds). Routledge,
London.

Bowlby, J. (1973). Attachment and loss. Vol 2: Separation: Anxiety and anger.
New York: Basic Books.

22
Bab 6:Perkembangan Emosi

Bowlby, J. (1973). Attachment and loss. Vol 3: Loss: Sadness and depression.
New York: Basic Books.

Brotherson, S. (2005). Understanding attachment in young children. Family


Science Specialist. NDSU Extension Service.

Fox, N., Kimmerly, N. & Shafer, W. (1991). Attachment to mother/attachment


to father: A meta-analysis. Child Development. 62. 210-225.

Kail, R. (2008). Child growth and development. Singapore: Pearson


International.

Keogh, B. (2011). Temperament in the classroom: Helping each child find a


good fit. GreatSchool Inc. San Francisco.

Lewis, M. (2000). The emergence of human emotions. In M. Lewis & J.


Haviland-Jones (Eds), Handbook of emotions. 265-280. New York: Guilford.

Montague, D. & Walker-Andrews, A. (2001). Peekaboo: A new look at


infants perception of emotion expressions. Developmental Psychology. 37.
826-838.

Oliver, K. (2002). Understanding your childs temperament. Family and


Consumer Services. Columbus. Ohio.

Perry, B. (2011). Bonding and attachment in maltreated children:


Consequences of emotional neglect in childhood. Teacher.Scholastic.com.

Reimer, M. (1996). The development and consequences of shame in


adolescence. Development Review. 16. 321-363.

Sharma, V. (1996). Why Some Children Refuse to Go to School. Mind


Publications. http://www.mindpub.com

Anda mungkin juga menyukai