Anda di halaman 1dari 3

JAWAPAN MIDTERM TEST

MOHD ZAMRI BIN SHARIF


CB130022
SEKSYEN 3
1) Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan akan menentukan arah haluan, asas dan sumber
inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan.

Teori Fungsionalisme dalam Sosiologi Pendidikan


Teori fungsionalisme memberi penjelasan mengenai organisasi social dan menerangkan
bagaimana sesuatu organisasi itu mempertahankan. Menurut teori ini, struktur-struktur
sosial akan menentukan keharmonian masyarakat. Pengkaji-pengkaji telah merumuskan
tiga andaian iaitu stabiliti, harmoni dan evolusi. Stabiliti merupakan kriteria penilaian
utama untuk menentukan sejauh mana sesebuah masyarakat dapat dikekalkan. Harmoni
menunjukkan bagaiamana semua bahagian dalam masyarakat bekerjasama untuk
mencapai tujuan. Evolusi pula menggambarkan perubahan-perubahan yang berlakku
kepada masyarakat melalui proses yang diadaptasikan daripada struktur sosial kepada
pembaharuan. Maka, tidak dapat dinafikan lagi bahawa ibu bapa, pihak sekolah, rakan
sebaya dan media massa mesti memainkan peranan yang penting dalam mengatasi
masalah jenayah yang wujud di kalangan remaja pada masa kini untuk memastikan
suasana di dalam dan di luar sekolah lebih harmoni.

2) Dalam Teori Fungsionalisme, ia menekankan kepentingan pendidikan di sekolah dan di


rumah. Jika sekolah dipertanggungjawabkan sepenuhnya terhadap pendidikan anak-anak
adalah tidak wajar. Pengukuhan dan penekanan perlulah bermula di rumah, oleh itu teori
fungsionalisme amat sesuai dikaitkan dengan falsafah pendidikan kebangsaan adalah
kerana dalam falsafah pendidikan kebangsaan yang mengutamakan aspek perkembangan
individu secara menyeluruh dan bersepadu bagi melahirkan insan yang seimbang dan
harmoni. Seperti sedia maklum, teori fungsionalisme merumuskan tiga aspek iaitu
stabiliti, harmoni, dan evolusi. Dalam falsafah pendidikan kebangsaan, stabiliti merujuk
kepada kriteria-kriteria penilaian pelajar dalam pelbagai aspek seperti intelek, rohani,
emosi dan jasmani. Oleh itu, setiap pelajar perlu membuktikan bahawa mereka
mempunyai setiap kriteria yang diperlukan dan bukan hanya tertumpu terhadap
keputusan peperiksaan sahaja. Bagi harmoni, ia merujuk kepada peranan masyarakat,
ibubapa serta guru-guru dalam memastikan system pendidikan di Malaysia dapat berdaya
saing serta mampu melahirkan pelajar yang cemerlang. Demikian setiap golongan
tersebut perlu menjalankan tugas dalam mendidik pelajar bukan hanya tertumpu di
sekolah semata-mata malah di rumah juga memainkan peranan serta dalam dunia realiti
pihak masyarakat perlu menjadikan platform dalam memastikan jati diri pelajar tersebut
berada pada tahap yang boleh dianggap berjaya. Pelajar juga perlu bertanggungjawab
dalam memastikan bahawa setiap golongan yang dinyatakan dapat membantu pelajar
dalam pelbagai aspek untuk sahsiah pelajar dan akademik. Akhir sekali, evolusi
melambangkan perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan di Malaysia. Merujuk
kepada dunia yang kian berkembang, sistem pendidikan di Malaysia juga perlu di
transformasikan agar dapat berkembang mengikut peredaran masa dan teknologi. Dengan
ini, transformasi tersebut, wujudlah satu sistem pendidikan yang baharu. Pelan
pembangunan

pendidikan

Malaysia

merupakan

sistem

pendidikan

yang

ditransformasikan agar selaras dengan perkembangan dunia masa kini. Tujuan pelan
pembangunan tersebut juga amat selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan dan ini
dapat membuktikan bahawa sistem pendidikan di Malaysia juga boleh memberi
sumbangan dalam pelbagai aspek sosiologi masyarakat. Sistem pendidikan di Malaysia
kini amat di kagumi oleh beberapa Negara luar dan hal ini memberi satu anjakan
paradigma dalam dunia pendidikan. Justeru itu, persefahaman dan kerjasama dari semua

pihak diperlukan dalam memainkan peranan masing-masing agar dapat mencapai


matlamat tertentu seperti yang diutarakan dalam teori fungsionalisme. Betullah kata
pepatah orang dulu-dulu, melentur buluh biar dari rebungnya pelajar ini jika kita
mahukan sesuatu yang baik terhadap mereka pada kelak kemudian perlulah di didik dari
peringkat mereka kecil lagi agar apa yang kita kehedaki pada mereka dapat direalisasikan
dan semua pihak juga perlu bertanggungjawab dalam memain peranan bagi pendidikan
mereka. Kesimpulannya, teori fungsionalisme ini boleh dianggap satu teori yang dapat
membangunkan sistem pendidikan di Malaysia selain melahirkan seorang pelajar yang
penuhi kriteria-kriteria yang terdapat dalam falsafah pendidikan kebangsaan.

Anda mungkin juga menyukai