Anda di halaman 1dari 21

Tahap Penguasaan Huruf Tunggal Jawi Dalam Kalangan Murid Tahun Satu

Kelas Pemulihan Jawi Program j-QAF

Normizan Bin Abang


Siti Fatimah Binti Ahmad
Zamri Bin Rajab
JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL
Institut Perguruan Rajang

Abstrak
Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap penguasaan dalam
aspek mengenal, membaca dan menulis huruf huruf tunggal jawi dalam kalangan murid
Tahun Satu, kelas pemulihan jawi program j-QAF. Kajian ini menguji 38 huruf tunggal jawi
berbanding sukatan pemulihan jawi program j-QAF yang hanya mengambil 19 huruf sahaja.
Pemilihan 38 huruf ini adalah berdasarkan pengetahuan sedia ada murid yang sudah
mengenali huruf-huruf hijaiyyah yang dipelajari dalam pembacaan Iqra samada mengaji
Quran di rumah, prasekolah atau mata pelajaran Asuhan Tilawah Al-Quran Tahun Satu
sekolah rendah. Antara dapatan kajian, menunjukkan bahawa murid pemulihan sudah
mempunyai pengetahuan yang baik dalam mengenal, membaca dan menulis huruf-huruf
yang dikaji. Tidak dinafikan terdapat juga huruf-huruf yang tidak dapat dikuasai kerana tidak
diajar dalam sukatan. Sampel kajian terdiri daripada 17 orang murid kelas pemulihan jawi
dari sebuah sekolah rendah di bandar Sarikei, Sarawak. Reka bentuk kajian ini lebih bersifat
deskriptif. Metod yang digunakan adalah metod kualitatif di mana data dikumpul dengan
menggunakan pelbagai kaedah seperti temubual, pemerhatian, mengecam huruf jawi
menggunakan kad imbasan, aktiviti menulis menggunakan lembaran kerja dan merujuk
kepada pelbagai dokumen untuk mengumpul maklumat bagi menentukan kebolehpercayaan
data yang dikumpul. Secara puratanya kajian ini memberi input yang amat baik kepada
keberkesanan kelas pemulihan jawi program j-QAF. Murid dapat banyak manfaat melalui
pembelajaran ini.

Pengenalan
Program j-QAF adalah antara usaha untuk memperkasakan Pendidikan Islam dalam
Pelaksanaan Kurikulum Semakan Pendidikan Islam. Program ini merupakan inspirasi dan
saranan Y.A.B Datuk Seri Abdullah bin Ahmad Badawi, YAB Perdana Menteri Malaysia
semasa lawatan beliau ke Kementerian Pelajaran Malaysia pada 30 Disember 2003. Y.A.B
menyarankan KPM mengambil usaha melahirkan murid
di sekolah rendah yang
khatam al-Quran dan Bahasa Arab diwajibkan, asas-asas fardhu ain dihayati dan jawi
diperkukuhkan.
Kementerian Pelajaran Malaysia diberi tanggungjawab untuk melaksanakan program
ini dan usaha merealisasikan hasrat ini diserahkan kepada Jabatan Pendidikan Islam dan
Moral. Bermula dengan inilah lahirnya j-QAF iaitu Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan
Fardu Ain. Program j-QAF adalah suatu usaha memperkasakan Pendidikan Islam melalui
penekanan khusus dalam pengajaran Jawi, Tilawah al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain
yang dilaksanakan di peringkat sekolah rendah. Pelaksanaan program ini menggunakan

kurikulum, model dan modul yang tersendiri. Tenaga guru yang khusus digunakan untuk
pemulihan, bimbingan, kemahiran, pengukuhan, pengayaan dan penghayatan murid.
Pelaksanaannya menggunakan peruntukan jadual waktu sedia ada. (KPM, 2006, hal. 1)
Program ini dilaksanakan secara berperingkat - peringkat mulai 2005 hingga 2010
dengan unjuran pelaksanaannya ditetapkan sebanyak 16%. Pada tahun 2005 sebanyak
1221 buah sekolah akan terlibat. Dijangka sehingga tahun 2010 bilangan sekolah akan
menjadi sebanyak 7835 buah. (KPM, 2006, hal 6)
Pernyataan Masalah
Berdasarkan temu bual dengan beberapa orang guru dalam latihan KPLI SR Mod
LPBS program j-QAF
Ambilan 2006 yang sedang menjalani praktikum mulai
2 Febuari hingga 14 April 2007, didapati terdapat beberapa masalah dalam penguasaan
huruf-huruf tunggal Jawi dalam kalangan murid Tahun Satu Kelas Pemulihan Jawi. Aspek
yang dikenal pasti adalah kesukaran menguasai dalam mengenal, membaca dan menulis
huruf-huruf tunggal Jawi.
Tujuan Kajian
1. Mengetahui tahap penguasaan murid mengenal huruf tunggal jawi.
2. Mengetahui tahap penguasaan murid membaca huruf tunggal jawi.
3. Mengetahui tahap penguasaan murid menulis huruf tunggal jawi.

Soalan Kajian
1. Sejauhmanakah tahap penguasaan murid dalam mengenal huruf tunggal jawi?
2. Sejauhmanakah murid boleh menguasai pembacaan huruf tunggal jawi?
3. Sejauhmanakah murid dapat menguasai penulisan huruf tunggal jawi?

Kepentingan Kajian
Hasil kajian ini diharap akan dapat memberi beberapa maklumat kepada pihak guru
j-QAF, sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Sektor Pendidikan Islam dan Moral,
Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengenal pasti tahap penguasaan murid dalam
mengenal, membaca dan menulis huruf tunggal Jawi dalam kelas pemulihanJawi program jQAF.
Batasan Kajian
Kajian ini hanya dijalankan ke atas 17 orang murid daripada dua buah Kelas
Pemulihan Jawi Tahun Satu program j-QAF di Sekolah Kebangsaan Sarikei, Sarikei,
Sarawak. Kaedah persampelan yang digunakan adalah PURPOSIVE SAMPLING dimana
penyelidik memilih sampel mengikut jenis yang difikirkan bersesuaian dengan keperluan
tertentu kajian. Oleh itu, sebarang tanggapan atau jangkauan tentang generalisasi luar
kawasan kajian ini adalah tidak mempunyai validiti.

Definisi Istilah
Tahap : Merujuk kepada Tesaurus Bahasa Melayu Dewan - peringkat, tingkat, fasa dan
bertahap-tahap (http://apldbp2.dbp.gov.my/personel/tesaurus). Kamus Komprehensif
Bahasa Melayu (2005) pula membawa maksud had atau takat dalam sesuatu usaha.
Penguasaan
: Merujuk kepada Tesaurus Bahasa Melayu Dewan pencapaian,
pendapatan, pemahaman dan pengetahuan. Manakala Kamus Komprehensif Bahasa
Melayu (2005) membawa maksud perbuatan menguasai atau pencapaian kemahiran.
Huruf Tunggal Jawi : Kamus Dewan (2002), mendefinisikan jawi merupakan huruf Arab
yang digunakan untuk menulis dalam bahasa Melayu. Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa
Melayu, DBP (2000), tulisan Jawi ditulis (dan dibaca) dari kanan ke kiri (seperti sistem
tulisan bahasa Arab). Sistem tulisan ini tidak mempunyai huruf besar atau huruf kecil seperti
tulisan Rumi, tetapi perubahan bentuk akan berlaku bagi beberapa huruf tertentu apabila
dirangkaikan dengan huruf yang lain dalam penulisan sesuatu perkataan. Abjad Jawi
bahasa Melayu sekarang mengandungi 36 huruf tunggal.
Dalam Kalangan : Kamus Dewan (1993) - bermaksud dalam lingkungan atau golongan.
Murid Tahun Satu : Kelas Pemulihan Jawi Sekolah Kebangsaan Sarikei, Sarikei, Sarawak.
Program j-QAF : Merujuk kepada Kelas Pemulihan Jawi program j-QAF- Kelas Pemulihan
Jawi ialah pengajaran yang dilaksanakan oleh guru j-QAF untuk memulihkan murid yang
keciciran dalam Jawi.
Tinjauan Literatur
Bahasa Melayu adalah di antara bahasa-bahasa di dunia yang mempunyai
kelebihan, iaitu boleh ditulis dalam dua jenis tulisan; tulisan Rumi dan Tulisan Jawi. Malah
sejarah telah membuktikan suatu masa dahulu tulisan Jawi pernah menjadi medium
perhubungan yang agung bagi penduduk di Tanah Melayu. Menurut Muhani (1988, hlm. 1),
tulisan Jawi pernah menjadi alat komunikasi yang tunggal kira-kira 400 tahun di Kepulauan
Melayu dalam bidang perdagangan dan penyebaran ilmu pengetahuan, khasnya
keagamaan.
Muhani (1988, hlm. 2) juga menjelaskan bahawa kedatangan agama Islam yang
dibawa oleh pedagang Arab ke alam Melayu telah memperkenalkan huruf-huruf tulisan
bahasa Arab. Kemudiannya, bagi menyesuaikan dengan pertuturan bunyi bahasa Melayu,
orang-orang Melayu mencipta beberapa huruf tambahan yang tidak terdapat dalam hurufhuruf Arab. Muhamad Sabudin (1985, hlm. 1) menegaskan : Lima huruf lagi adalah hurufhuruf tambahan yang disesuaikan dengan bunyi sebutan lidah Melayu.
Oleh yang demikian, huruf-huruf Arab yang ditambah dengan huruf-huruf yang
diciptakan oleh orang-orang Melayu itulah yang dikenali sebagai Tulisan Jawi. Istilah tulisan
Jawi pula hanyalah dikenali di Malaysia, Singapura, Selatan Thailand dan Negara Brunei
Darussalam. Manakala di Indonesia tulisan ini terkenal dengan nama tulisan Melayu huruf
Arab atau tulisan Melayu Arab. (Abdul Manan, 2005, hlm. 42)
Muhani (1988, hlm. 2) berpendapat istilah Jawi adalah nama bagi seluruh bangsa di
Kepulauan Melayu. Ini diperkukuhkan dengan kenyataan Pendeta Zaba yang mengatakan
tulisan Melayu huruf Arab biasa disebut di Malaya sekarang tulisan Jawi. Ini mengikut

makna perkataan Jawi dalam rangkai kata seperti tanah Jawi, orang Jawi, datang dari Jawi,
turun ke Jawi, kitab Jawi, ulama Jawi, masuk Jawi dan sebagainya.
Pengasas Pembelajaran Jawi Kaedah Mannaniyah dalam masa 4 jam, ustaz Abdul
Manan (2005, hlm. 10), menyatakan bahawa nama Jawi berasal daripada perkataan Arab
iaitu Jawah bermaksud nama bagi seluruh daerah, bangsa atau kaum yang menjadi
peribumi di Asia Tenggara pada zaman purba.
Sekiranya dilihat dari sudut pendidikan, terbukti Kerajaan Malaysia begitu mengambil
berat tentang pelajaran Jawi dan penguasaannya, khasnya dalam kalangan orang-orang
Melayu. Penyata Pelajaran Razak (1956) dengan tegas menyatakan pembelajaran jawi
merupakan suatu yang perlu diadakan bagi murid-murid Islam.
Model Kelas Pemulihan Jawi dalam program j-QAF telah diperkenalkan oleh
Kementerian Pelajaran di sekolah-sekolah kebangsaan mulai tahun 2005 telah
membuktikan usaha Kerajaan bagi mempastikan tulisan Jawi dipertahankan sebagai jati diri
bangsa Melayu.

2.Sejarah Tulisan Jawi


2.1 Sebelum merdeka.
Terjumpanya batu nisan di Pasai, Sumatera Utara dan Batu Bersurat di Terengganu,
dipercayai dan kemungkinan huruf-huruf Arab sampai ke alam Melayu sebelum atau sekitar
tahun 1300 Masehi. Kedatangannya melalui pedagang-pedagang Arab di samping
menjalankan kegiatan perdagangan, juga menyebarkan agama Islam. Melalui keadaan
tersebut maka wujudlah tulisan Jawi. (Muhani, 1988, hlm. 2)
Di Semenanjung Tanah Melayu, bukti-bukti tulisan Jawi dapat dilihat pada Batu
Bersurat Terengganu yang ditulis pada tahun 1303 Masehi. Begitu juga pada zaman
pemerintahan Kerajaan Melaka: Sultan Muzaffar Shah (1455-1459) dan Kerajaan Johor:
Sultan Abdul Jalil Shah (1623-1677) masing-masing telah menggunakan duit syiling yang
ditulis menggunakan huruf Jawi.
Seterusnya apabila diperhatikan kepada sumber-sumber penulisan dalam ilmu
agama Islam. Ulama-ulama pada zaman pemerintahan Kerajaan Melaka (1409) telah
menggunakan tulisan Jawi bagi menulis risalah agama dan hasil-hasil sastera Islam. Suratsurat rasmi Kerajaan juga ditulis menggunakan tulisan Jawi yang mana ia adalah satusatunya medium perhubungan pada masa itu. (Muhani, 1988, hlm. 3)
Menurut Ketua Editor buku Hikayat Aceh (2001, hlm. Bicara Ketua Editor) juga
menyatakan bahawa Aceh memang merupakan pusat tamadun Melayu-Islam yang besar
dan kuat selepas kejatuhan kerajaan Melaka pada tahun 1511. Di situ berkembangnya
kegiatan penulisan dan pemikiran yang luar biasa dalam bahasa Melayu. Sejak pertengahan
abad ke-17 pula, muncul barisan penulis dan pemikir Melayu-Islam yang terkenal.

2.2.2

Zaman pra-merdeka.

Semasa era pendudukan penjajah di kepulauan Melayu khususnya selepas perang dunia
kedua (1945), tulisan Jawi tidak lagi memainkan peranan penting dalam penulisan surat
rasmi Kerajaan kerana telah diambil fungsinya oleh tulisan Rumi. Namun tulisan Jawi tetap
kekal menjadi medium utama perhubungan dalam kalangan masyarakat Melayu. Muhani
(1988, hlm. 4) menyatakan bahawa bahan-bahan media awal yang diterbitkan adalah dalam

tulisan Jawi. Sebagai contoh akhbar Melayu dalam tulisan Jawi yang diterbitkan di Sri Lanka
seperti Alamat Langkapuri (1869-1878) dan Wajah Sulung (1895-1905). Penulisan Kamus
Melayu juga dicetak menggunakan tulisan Jawi seperti Kamus Melayu-Inggeris (1902) dan
Daftar Ejaan Melayu (1918-1949).
Pada zaman pemerintahan Inggeris di tanah Melayu, tulisan Jawi masih lagi
digunakan secara rasmi di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu seperti negeri Kelantan,
Terengganu dan Kedah. (Laman web Wikipedia, 2007, hlm. 1)
2.2.3

Selepas merdeka.

Setelah Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, tulisan Jawi telah dijadikan
mata pelajaran penting yang diajarkan kepada murid-murid Islam. ini bertitik tolak daripada
keputusan kerajaan melalui Penyata Pelajaran Razak (1956) yang menegaskan bahawa
pembelajaran Jawi adalah satu keperluan bagi murid-murid Islam.
Bagi memantapkan pembelajaran Jawi di sekolah-sekolah , mata pelajaran Jawi juga
turut diajar di maktab-maktab perguruan. Mohd. Sabudin (1985, hlm. iii) menyatakan dalam
mukadimah bukunya bahawa Buku Jawi Untuk Maktab Perguruan disusun berdasarkan
pengalaman penyusun semasa mengajar Jawi di Maktab Perguruan Sultan Idris bermula
awal tahun 1978. Sehingga kini, kerajaan menganggap tulisan Jawi adalahmerupakan
khazanah keilmuan, intelektual dan budaya masyarakat Melayu yang penting. Bahagian
Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (2001) menegaskan melalui Modul
Pengajian Islam Major j-QAF bahawa tulisan Jawi merupakan warisan bangsa Melayu. Ia
mempunyai ciri keistimewaan sebagai tulisan perantaraan yang telah meletakkan bangsa
Melayu ke tahap mengenal ilmu pengetahuan yang lebih meluas.
Seorang pengkaji naskhah Jawi, Mahayudin Hj. Yahaya telah menegaskan
dalam pendahuluan bukunya (1994, hlm. 233) masyarakat Melayu Nusantara sebagai salah
sebuah masyarakat terbesar di dunia telah memperlihatkan keunggulan mereka dalam
bidang kebudayaan dan intelektual.
Tahap ketinggian kebudayaan dan intelektual masyarakat Melayu dapat dilihat
daripada hasil penulisan mereka yang banyak dan menggunakan tulisan Jawi. Jumlah
naskhah Melayu yang masih wujud di dunia pada hari ini ialah antara 400010,000 buah;
naskhah-nashkah tersebut disimpan di perpustakaan-perpustakaan terkemuka di dunia
termasuklah perpustakaan Leiden, perpustakaan London dan perpustakaan Nasional
Jakarta. (Mahayudin, 1994, hlm. 233).
Kini secara lebih serius, kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pelajaran telah
mengadakan model Kelas Pemulihan Jawi1 program j-QAF. Mata pelajaran ini wajib diajar di
sekolah-sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan di bawah Kementerian Pelajaran
bermula tahun 2005.
2.3 Huruf-huruf Jawi
Huruf-huruf Jawi adalah sebanyak 38 huruf. 30 huruf daripadanya diambil secara langsung
dari huruf Arab dan 8 huruf pula adalah hasil tambahan orang-orang Melayu yang
disesuaikan dengan bunyi huruf Rumi.

Kelas Pemulihan Jawi ialah pengajaran yang dilaksanakan oleh guru pemulihan j-QAF untuk memulih muridmurid keciciran Jawi. Kelas ini dijalankan serentak dengan jadual waktu mata pelajaran Pendidikan Islam sedia
ada dengan bilangan pelajar di antara enam hingga 10 orang sahaja.

2.3.2

Huruf Jawi Yang Diambil Dari Huruf Arab

Huruf-huruf Arab yang berjumlah 29 huruf ini telah disepakati oleh para cendikiawan
Islam dan rujukan utama mereka adalah kitab suci al-Quran itu sendiri. Manakala bidang
ilmu Tajwid (Makharijil huruf) pula telah membahaskan huruf-huruf tersebut secara langsung
dan lebih terperinci.
2.3.3

Huruf Jawi Yang Ditambah

Enam huruf di atas merupakan huruf yang telah disepakati penggunaannya dalam
Konvensyen Tulisan dan Ejaan Jawi di Kuala Terengganu pada tahun 1984.

Manakala dua huruf ini pula, terdapat dalam tulisan Jawi terkini. Penggunaannya
telah mendapat pengiktirafan di peringkat kebangsaan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.
(Abdul Manan, 2005, hlm. 2)
Huruf digunakan bagi menulis perkataan yang berasal dari bahasa Arab dan
berakhir dengan huruf ta, seperti dan . Manakala huruf pula terdapat pada
perkataan yang berasal dari bahasa Inggeris yang telah dimelayukan seperti mekanisma
yang ditulis .
2.3.4

Tulisan Jawi Lama dikenali dengan ejaan Jawi Zaba.

2.3.5

Tulisan Jawi Baru dikenali dengan ejaan yang diperbaharui oleh DBP.

Hasil-hasil Penulisan Tentang Tulisan Jawi


Yayasan Karyawan dengan kerjasama pelbagai agensi penerbitan seperti Fajar Bakti dan
Universiti Malaya sedang giat berusaha bagi menerbitkan siri buku Karya Agung yang
memuatkan secara khusus kajian tentang teks-teks Jawi samada yang disimpan di dalam
dan di luar negara. Antaranya ialah Siri Karya Agung, Hikayat Merong Mahawangsa
(salasilah Negeri Kedah) yang dikaji dan diperkenalkan oleh Siti Hawa Haji Salleh 2
diterbitkan secara bersama oleh Yayasan Karyawan dan Penerbit Universiti Malaya pada
tahun 1998. Karya asal buku ini ditulis dengan tulisan Jawi dan dicetak pada batu disimpan
di Muzium Negeri Kedah Darul Aman.
Seterusnya Siri Karya Agung, Hikayat Raja Pasai, dikaji dan diperkenalkan oleh
Russell Jones3. Diterbitkan oleh Yayasan Karyawan dan Penerbit Fajar Bakti pada tahun
1999. Karya asal buku ini ditulis dengan tulisan Jawi masih disimpan di Perpustakaan
British, London (Oriental and India Office Collections).
Manakala dua Siri Karya Agung yang naskhah asalnya dalam tulisan Jawi disimpan
di Perpustakaan Universiti Leiden, Belanda, iaitu Hikayat Acheh telah dikaji dan
diperkenalkan oleh Teuku Iskandar4 dengan menggunakan bahasa Belanda, diterbit oleh
Yayasan Karyawan pada tahun 2001. Sebuah Siri Karya Agung, Syair Ken Tambuhan
(1840), dikaji secara bersama oleh Dr. Noriah Mohamed, Mariyam Salim dan Wahyunah
Abd. Gani5 telah diterbit oleh Yayasan Karyawan dan DBP pada tahun 2002.
Selain itu, terdapat pelbagai usaha bagi menerbitkan buku tentang cara-cara belajar
Jawi, membaca Jawi, latihan tulisan Jawi dan seumpamanya yang banyak dijual
di pasaran. Ia termasuklah satu usaha yang dilakukan oleh Ustaz Abdul Manan Ali
Al Merbawi (1998) yang mengetengahkan kaedah Dr Jawi iaitu menguasai Jawi dalam masa
empat jam. Menurut beliau, Dr Jawi6 ialah suatu ikon baru pembelajaran jawi alaf milenium
yang dapat membuka minda pelajar dalam masa 4 jam sahaja.
Manakala kajian yang melibatkan warga pendidik di Kementerian Pelajaran tentang
tulisan jawi telah diusahakan oleh Siti Fatimah Saufee dengan tajuk Penguasaan Tulisan
Jawi Dalam Kalangan Murid-Murid Tahap Satu Di Salah Sebuah Sekolah Rendah Di
Daerah Meradong tahun 2006.
Hasil kajian yang dilakukan oleh Siti Fatimah (2006) menerangkan tentang
kebolehan murid-murid tahap Satu di dalam menguasai tulisan Jawi. Beliau dapat
mengenalpasti bahagian-bahagian yang paling lemah dan perlu diberi perhatian dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran. Beliau juga berjaya mengesan bahawa taraf sosioekonomi
keluarga dan pegangan Aqidah merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi
kelemahan murid-murid dalam tulisan Jawi.
2

Siti Hawa Haji Salleh adalah seorang profesor Kesusateraan Melayu Tradisional di UKM. Pernah memegang
beberapa jawatan akademik di Universiti yang sama bermula 1966.
3
Dr. Russell Jones mempelajari bahasa Melayu selama tiga tahun di School of Oriental dan African Studies,
Universiti London, dan meneruskan pengajiaanya selama tiga tahun lagi di Universiti Leiden. Beliau menjadi
pensyarah Pengajian Melayu di Universiti Sydney selama empat tahun, dan menjalankan tugas yang sama
selama tujuh belas tahun di School of Oriental dan African Studies, Universiti London sebelum bersara dan
menginap di Cornwall, England.
4
Teuku Iskandar bin Teuku Ali Basyah memperoleh ijazah Doctor in de Letteren daripada Universiti Leiden,
Belanda pada tahun 1959 dengan mengemukakan disertasi bertajuk De Hikajat Atjeh. Pernah dilantik menjadi
Dekan Unibersitas Syiah Kuala, Aceh, Indonesia. Profesor di Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan
Melayu, UKM 1964. Penyusun katalog Naskhah-naskah Melayu, Universiti Leiden 1976-1985 dan Profesor di
Jabatan Kesusasteraan Melayu 1986.
5
Dr. Noriah Mohamed, Pensyarah dan penggiat kesusasteraan Melayu Universiti Malaya manakala Mariyam
Salim dan Wahyunah adalah pegawai Perancang Bahasa di Dewan Bahasa dan Pustaka.
6
Naskhah buku dan CD pembelajaran yang original hanya dijual di laman web peribadi beliau sendiri.

Pelaksanaan Kelas Pemulihan Jawi Program j-QAF


Berdasarkan Buku Panduan Pelaksanaan Model-Model Pengajaran dan
Pembelajaran Kurikulum j-QAF Tahun 1(KPM,2006), takrif Kelas Pemulihan Jawi ialah
pengajaran yang dilaksanakan oleh guru j-QAF untuk memulihkan murid yang keciciran
dalam jawi. Kelas ini dijalankan serentak dengan jadual waktu persekolahan sedia ada.
Matlamatnya adalah untuk memastikan semua murid Islam menguasai bacaan dan tulisan
jawi serta memupuk semangat cintakan warisan budaya bangsa.
Objektif model kelas ini pula ialah agar murid yang keciciran dapat dipulihkan
sehingga dapat mengenal, menyebut dan menulis huruf tunggal, suku kata terbuka dan
tertutup, membina perkataan mudah dari suku kata tersebut. Manakala kumpulan sasarnya
adalah murid-murid yang tidak dapat mencapai setiap objektif utama yang disasarkan dalam
pengajaran dan pembelajaran jawi. Tenaga pengajarnya pula ialah guru j-QAF yang diberi
latihan secara LPBS dan dilantik.
Strategi pelaksanaan KPJ ini bertujuan untuk memastikan unit j-QAF berada
di bawah Panitia Pendidikan Islam, mengenal pasti murid lemah jawi melalui ujian khas
atau maklumat guru sedia ada, jumlah murid bagi satu kelas pemulihan adalah antara 6
hingga 10 orang, menyediakan tempat yang sesuai untuk melaksanakan pemulihan jawi,
penyediaan bahan bantu mengajar, mengikut agihan kemahiran seperti yang ditetapkan
dalam modul, pengajaran dan pembelajaran pula akan menekankan kaedah permainan dan
nyanyian secara efektif, membuat penilaian, merekodkan pencapaian pelajar setiap kali
kelas dijalankan dan menjalankan ujian pengesanan sebelum murid dimasukkan semula ke
kelas jawi sedia ada. Peruntukan waktu bagi KPJ pada 6 bulan pertama ialah dua waktu
dan satu waktu bagi 6 bulan kedua yang dijalankan serentak dengan kelas jawi sedia ada.
Metodologi Kajian
3.1 Pengenalan
Metodologi kajian menurut Kamus Dewan (1999) adalah satu sistem yang merangkumi
kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kajian. Bab ini menerangkan rekabentuk
kajian yang digunakan oleh pengkaji seperti kaedah kajian, populasi kajian, sampel kajian,
kaedah pengumpulan data, instrumen yang digunakan dan prosedur kajian rintis.

3.1

REKA BENTUK KAJIAN

3.1.1 Kaedah
Reka bentuk kajian ini adalah kajian kualitatif yang lebih bersifat deskriptif dimana kaedah
temu bual digunakan dan pendapat responden diperlukan. Helmstadter (1970) menyatakan
bahawa kajian menggunakan pendekatan deskriptif sering merujuk kepada kaedah
memberikan pendapat. Pendekatan ini juga sering digunakan untuk menghurai, memahami
dan menjelaskan maksud tersurat dan tersirat daripada data-data yang diambil supaya ia
manjadi sesuatu yang bermakna.(Rohana Yusof,2003) Kaedah ini merupakan satu kaedah
penyelidikan yang popular dan berkesan dalam penyelidikan pendidikan termasuk
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. (Mohd. Abu Daud, 1992)
Penyelidikan bersifat deskriptif boleh dilaksanakan samada melalui pertanyaan
soalan kepada individu-individu berkaitan (melalui soalan-soalan kaji selidik ataupun
temuduga.), perkataan, dokumen bertulis rasmi atau tidak rasmi ataupun melalui
pemerhatian.

3.2.2 Populasi Kajian


Hanya dijalankan ke atas semua murid kelas pemulihan Jawi Tahun Satu program j-QAF di
Sekolah Kebangsaan Sarikei, Sarikei, Sarawak. Dalam kajian rintis, pengkaji telah memilih
sebuah sekolah rendah sebelum kajian sebenar dilaksanakan.
3.2.3 Sampel Kajian
Diambil dari populasi kajian seramai 17 orang murid daripada 2 buah kelas pemulihan
jawi program j-QAF.
Kaedah persampelan yang digunakan adalah PURPOSIVE
SAMPLING dimana penyelidik memilih sampel mengikut jenis yang difikirkan bersesuaian
dengan keperluan tertentu kajiannya.
3.2.4 Instrumentasi
Untuk mencapai tujuan kajian, pengkaji menggunakan beberapa kaedah dalam
memperolehi data seperti temubual, pemerhatian, mengecam huruf Jawi menggunakan kad
imbasani, menulis menggunakan lembaran kerja dan merujuk kepada dokumen-dokumen
rasmi yang diguna pakai oleh guru j-QAF dalam menilai prestasi murid kelas pemulihan jawi.
Instrumen kajian ini mengandungi tiga bahagian seperti berikut :

Bahagian A
Bahagian B
Bahagian C
Bahagian D

:
:
:
:

Butiran Am
Tahap penguasaan murid mengenal huruf tunggal Jawi.
Tahap penguasaan murid dalam sebutan huruf tunggal Jawi.
Tahap penguasaan murid dalam penulisan huruf tunggal Jawi.

3.3 Kajian Rintis


Item-item bagi instrumen ini telah dibina oleh pengkaji berdasarkan beberapa
panduan daripada buku tulisan Jawi, kad imbasan dan dirujuk kepada beberapa orang pakar
dalam bidang penyelidikan bagi mendapatkan kesahan kandungan sebelum kajian rintis
dijalankan. Kajian rintis telah dijalankan pada akhir bulan Jun ke atas empat orang murid
kelas pemulihan jawi, Tahun Satu di sebuah sekolah kebangsaan di Bintangor, Sarikei,
Sarawak untuk menguji kefahaman responden terhadap item-item yang telah dibina.
Responden kajian rintis ini tidak akan terlibat dalam kajian sebenar. Kebenaran dari
pihak Pengarah Pelajaran Negeri telah diterima pada 29 Jun untuk pelaksanaan kajian ini.
Pengkaji mendapati pihak pentadbir sekolah dan guru pelatih j-QAF telah memberi
kerjasama yang amat baik dalam proses kajian rintis ini.
Dalam kajian rintis ini, pada peringkat awalnya empat orang murid telah dikenal pasti
melalui ujian diagnostik yang telah diadakan oleh Guru Panitia Pendidikan Islam pada awal
sesi persekolahan kedua. Namun pada tarikh pelaksanaan bagi item-item yang disediakan,
didapati seorang murid telah dibenarkan pulang ke rumah atas masalah kesihatan. Ini
menjadikan sample kajian terdiri dari tiga orang murid sahaja.
Hasil dari kajian rintis yang dijalankan terdapat beberapa perkara telah dikenal pasti
untuk penambahbaikan bagi item-item untuk kajian sebenar, antaranya :
a. Kekuatan : pengkaji mendapati,
1. setiap item yang diguna adalah jelas kemas dan mudah difahami oleh responden.
2. saiz huruf (font) amat sesuai dan mudah bagi murid untuk mengenal dan membaca.
b. Kelemahan : terdapat tiga item yang menjadi kekeliruan kepada pelajar iaitu :
1.
item no.25 (huruf ) dan no. 26 (huruf ) tidak dapat dikenali oleh ketiga-tiga
responden melainkan setelah diberitahu. Huruf huruf ini adalah huruf-huruf tunggal

hijaiyyah. Hal ini ditegaskan lagi oleh guru pelatih j-QAF yang mengajar mereka, kerana
murid ini didedahkan dengan penggunaan huruf jawi sebenar iaitu , .
2.
Item no. 32 (huruf )juga tidak dapat dikenal pasti oleh murid kerana mereka tidak
pernah didedahkan dengan huruf tersebut dan penggunaannya sebagai huruf tunggal jawi
hampir dianggap asing dan tidak pernah didengari.
Kesimpulan yang diperolehi dari hasil kajian rintis tersebut, didapati instrumen yang
digunakan mempunyai kesahan dan keboleh percayaan untuk dijalankan dalam kajian
sebenar.

3. 4 Pentadbiran Instrumen Untuk Kajian Sebenar


Pentadbiran instrumen dibentuk dengan membina item yang hendak ditentukan
berasas kepada kenyataan fakta yang terkandung dalam buku Sukatan Pelajaran
Pemulihan Jawi, KBSR, 2004, Panduan Pelaksanaan Pendidikan Islam dan rancangan
Tahunan Tahun Satu, KBSR,2006, Buku panduan Pelaksanaan Model-Model Pengajaran
dan Pembelajaran Kurikulum j-QAF Tahun 1 dan beberapa buah buku lain yang berkaitan
dengan tulisan jawi sebagai tambahan untuk mengesahkan fakta sedia ada. Selain itu,
soalan-soalan dalam item kajian juga dirujuk dari dua pengkaji tulisan jawi sebelum ini dan
telah disesuaikan mengikut kefahaman pengkaji. Kesahan dalam ke semua item yang
diguna ditentukan melalui semakan dan pemeriksaan isi kandungan oleh pengkaji dalam
perbincangan berkala dan beberapa pensyarah yang mahir dalam bidang penyelidikan.
Instrumen ini akan digunakan di sebuah sekolah di Sarikei yang melaksanakan program jQAF.
Pentadbiran instrumen ini telah dibuat dalam awal bulan Julai hingga akhir bulan
Ogos. Semua item yang dikaji telah dapat disempurnakan dengan baik dan berkesan.
Kerjasama yang diberikan oleh pihak Guru Besar dan guru-guru j-QAF amat baik. Walau
bagaimanapun tidak dinafikan terdapat beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan
sepanjang kajian ini dilaksanakan, antaranya,
1. data-data kajian ini diperolehi secara berperingkat selama tiga minggu kerana
terdapat responden yang tidak hadir untuk ujian mengenal,membaca dan menulis
samada pagi atau petang.
2. data hanya boleh dipunggut dari responden mengikut jadual waktu kelas pemulihan
jawi sahaja. Ini melambatkan proses pemungutan data.
3. responden adalah murid pemulihan, keadaan ini menjadikan kajian lebih mencabar
dan mendatang pengalaman yang bermakna. Pelbagai ragam tingkahlaku
ditunjukkan dalam proses mendapat maklumat.
3.5 Kaedah Pengumpulan Data
Kaedah dalam menganalisi data yang dikumpul dibuat menggunakan perisian SPSS
bagi medapat statistik deskriptif dalam mencari kekerapan melalui peratusan.

10

DAPATAN KAJIAN (ANALISIS DATA)


4.1 Pengenalan
Bab ini membincangkan dapatan analisis kajian. Proses analisis dan dapatan yang
dijalankan adalah berdasar kepada skop kajian yang telah ditentukan. Oleh kerana kajian ini
berbentuk deskriptif penerangan, jawaban hanya dihurai dalam bentuk peratus dan
kekerapan sahaja. Keputusan yang diperolehi memberi gambaran sebenar mengenai
kebolehan penguasaan mengenal, membaca dan menulis huruf-huruf tunggal jawi dalam
kalangan murid tahun satu kelas pemulihan jawi program j-QAF dalam populasi yang dikaji.
Skop kajian tahap penguasaan huruf tunggal jawi adalah merangkumi 38 huruf
berbanding dengan sukatan kurikulum kelas pemulihan jawi tahun satu program j-QAF
hanya di ajar 19 huruf sahaja iaitu

,,,,,,

dan

,,,, , , , ,,,,

Walau bagaimanapun, pengkaji memilih untuk menguji

ke semua huruf tunggal jawi itu bagi mengenal pasti keupayaan murid dalam penguasaan
huruf-huruf tersebut keseluruhannya berdasarkan pengetahuan sedia ada murid yang sudah
mengenali huruf-huruf hijaiyyah yang dipelajari dalam pembacaan Iqra samada mengaji
Quran di rumah, prasekolah atau mata pelajaran Asuhan Tilawah Al-Quran Tahun Satu
sekolah rendah.
Bahagian A : Butiran Am
Responden kajian terdiri daripada 10 murid lelaki (58.82 % ) dan 7 murid perempuan
(41.18 %) daripada dua buah kelas pemulihan jawi tahun Satu program
j-QAF.
Bahagian B : Tahap Penguasaan Murid Mengenal Huruf Tunggal Jawi
Dalam aspek penguasaan mengenal huruf tunggal jawi (rujuk Jadual 1 beserta rajah 1a dan
1b).

HURUF TUNGGAL

KENAL
JUM.
%
0
00.0

TIDAK KENAL
JUM.
%
17
100.0

5.9

16

94.1

17.6

14

82.4

23.5

13

76.5

7
8

41.2
47.1

10
9

58.8
52.9

52.9

47.1

10

58.8

41.2

11

64.7

35.3

,,,,,,,

12

70.6

29.4

13

76.5

23.5

11

,,,,

14

82.4

17.6

,,,,

15

88.2

11.8

,,,, ,,

16

94.1

5.9

17

100.0

00.0

JADUAL 1 : KENAL HURUF


Pengkaji mendapati 100 % murid tidak mengenali huruf

(ya leweh) berbanding

huruf ( 41.2 %), Kedua- dua huruf ini adalah tulisan jawi terkini yang penggunaannya
diiktiraf di peringkat kebangsaan oleh DBP (Abdul Manan, 2005, hlm.2). Dua huruf ini juga
tidak termasuk dalam sukatan kelas pemulihan jawi. Manakala 5.9 % murid mengenali huruf

17.6 % huruf

dan

58.8 % huruf

64.7 % huruf

dan 76.5 % murid

mengenali huruf . Kesemua huruf ini adalah bukan dalam sukatan kelas pemulihan jawi,
tetapi dapatan yang diperolehi mendapati sebahagian besar daripada murid dapat
mengenali huruf huruf tersebut dengan baik.
Kajian juga mendapati bahawa 23.5 % murid mengenali huruf

47.1 % huruf

dan 52.9 % huruf . Tiga huruf tunggal ini termasuk dalam sukatan kelas pemulihan
jawi . Huruf ini mudah dikenali murid kerana bentuk hurufnya sama dengan bentuk huruf
hijaiyyah iaitu

dan

Hasil yang menarik sekali ialah keseluruhan murid 100 %

mengenali huruf . Guru j-QAF memaklumkan bahawa huruf ini mudah dikenali kerana
sudah digambarkan dalam minda murid bentuk huruf itu seperti telinga manusia.
HURUF (Peratus)
100
94.1

100

82.4
76.5

90
80

70
52.9
47.1
41.2

60
50

58.8
52.9
47.1

40

23.5
17.6

30

Rajah 1a :
Kenal Dan
Tidak Kenal
Huruf

20
5.9
10

0
Kenal

Tidak Kenal

Hampir keseluruhan murid 70.6 % dapat mengenali huruf

,,,

82.4 % huruf

,,,,,

mengenali dengan mudah huruf

88.2 % huruf

,,,,,

,,,,

,,,, ,,.

dan 94.1 %

Tidak dinafikan bahawa

12

kebanyakan murid sudah mengenali hampir semua huruf-huruf tunggal jawi kerana mereka
sudah mengenali huruf tersebut sebelum beranjak ke sekolah rendah dan mengenali huruf
hijayyah melalui kelas Asuhan Al-Quran . Huruf yang masih tidak dapat dikuasai perlu
diberi perhatian oleh guru kerana semua huruf ini digunakan dalam penulisan jawi. Jika
murid tidak mengenali huruf huruf tersebut, ini bermakna sukar bagi mereka untuk
membaca tulisan jawi.

HURUF(Peratus)
100
90
80
70
60

100
94.1
88.2
82.4
76.5
70.6
64.7
58.8

,
, , ,, , , ,

, , , ,
,,, ,

50

,, , ,,,

41.2
35.3
29.4
23.5
17.6
11.8
5.9

40
30
20
10

Rajah 1b :
Kenal Dan
Tidak Kenal
Huruf

0
Kenal

Tidak Kenal

Bahagian C : Tahap Penguasaan Murid Membaca Huruf Tunggal Jawi


Dalam aspek penguasaan membacal huruf tunggal jawi (rujuk Jadual 2 beserta rajah 2a dan
2b).
JADUAL 2 : BACA HURUF
HURUF TUNGGAL

,,,,
,,
,,
,
, , ,

BOLEH BACA
JUM.
%
0
00.0

TIDAK BOLEH BACA


JUM.
%
17
100.0

1
2

5.9
11.8

16
15

94.1
88.2

4
6
8
9
10

23.5
35.9
47.1
52.9
58.8

13
11
9
8
7

76.5
67.7
52.9
47.1
41.2

11
12

64.7
70.6

6
5

35.3
29.4

13
14

76.5
82.4

4
3

23.5
17.6

,,,,

15

88.2

11.8

,,,, ,,

16

94.1

5.9

17

100.0

00.0

13

Pengkaji mendapati bahawa 100 % murid tidak boleh membaca huruf

(ya leweh) berbanding huruf ( 35.9 %), Peratusan boleh baca huruf
menurun berbanding mengenali huruf tersebut. Manakala 5.9 % murid boleh baca
huruf dan 11.8 % huruf dan

Kajian juga mendapati bahawa 23.5 % murid boleh baca huruf


dan 52.9 % huruf

, 47.1 % huruf

Huruf huruf ini mudah dibaca sebagaimana murid mengenali

huruf tersebut. 76.5 % murid boleh membaca huruf


% jumlah murid dalam pembacaan.

, . Huruf

masih menguasai 100

BACA (Peratus)
100
94.1
88.2

100
90
80

76.5
67.7

70
60

52.9
47.1

50
40

52.9
47.1

0
Boleh

Tidak Boleh

Kajian juga mendapati bahawa 58.8 % murid boleh membaca huruf


64.7 % huruf

11.8
5.9

10

Rajah 2a :
Boleh Baca
Dan Tidak
Boleh baca

23.5

20

35.9

30

, , ,

70.6 % huruf

,, ,

82.4 % huruf

, , , ,
, , , ,

, , , , dan 94.1 % boleh membaca dengan mudah huruf , ,


, , , , . Hasil kajian yang diperolehi mendapati kebanyakan murid sudah boleh
88.2 % huruf

membaca hampir semua huruf-huruf tunggal jawi. Huruf yang masih tidak dapat dikuasai
perlu diberi perhatian oleh guru kerana semua huruf ini digunakan dalam penulisan tulisan
jawi. Jika murid tidak mengenali dan boleh membaca huruf huruf tersebut, ini bermakna
sukar bagi mereka untuk menulis dengan baik dalam tulisan jawi.

14

BACA (Peratus)
100

100

94.1
88.2

90

82.4
80

76.5
70.6

70

, , , ,

64.7
60

, ,

58.8

, ,
,

50

, , ,

41.2

40

, , , ,

35.3

, ,

, , , ,

29.4

30

Rajah 2b :
Boleh Baca
Dan Tidak
Boleh baca

23.5
20

17.6
11.8

10

5.9
0

0
Boleh

Tidak Boleh

Bahagian C : Tahap Penguasaan Murid Menulis Huruf Tunggal Jawi


Dalam aspek penguasaan menulis huruf tunggal jawi (rujuk Jadual 3 beserta rajah 3a dan
3b).
JADUAL 3 : TULIS HURUF
HURUF TUNGGAL

BOLEH TULIS
JUM.
%
0
00.0

TIDAK BOLEH TULIS


JUM.
%
17
100.0

5.9

16

94.1

11.8

15

88.2

17.6

14

82.4

29.4

12

70.6

35.3

11

67.7

,,

41.2

10

58.8

47.1

52.9

,,, ,

52.9

47.1

, ,

10

58.8

41.2

,, ,,,,

11

64.7

35.3

,,,

13

76.5

23.5

14

82.4

17.6

,,

15

88.2

11.8

16
17

94.1
100.0

1
0

5.9
00.0

15

Dapatan kajian menunjukkan bahawa 100 % murid tidak boleh menulis huruf

berbanding huruf yang dapat dikuasai sepenuhnya (100 %) dalam penulisan jawi. Hal ini
dimaklumi kerana huruf alif sangat mudah dikenal dan dipadani dengan sebarang objek
berbentuk lurus, contohnya seperti pen, pensil, batang kayu dan sebagainya.
Di
samping itu, huruf ini terletak paling awal dalam susunan huruf-huruf tunggal jawi. Manakala

huruf adalah antara enam huruf tambahan jawi yang telah disepakati kesahan
penggunaannya dalam Konvensyen Tulisan dan Ejaan Jawi di Kuala Terengganu pada
tahun 1984. Ia tidak dikenali dan tidak boleh dibaca oleh murid, apatah lagi ditulis kerana ia
tiada dalam sukatan pemulihan jawi tahun Satu.

, , 29.4 %
huruf , , . Kesemua

Dapatan juga memperolehi hanya 5.9 % murid boleh menulis huruf


huruf

, 35.3 % huruf ,

, 47.1 % huruf , dan 58.8 %

huruf ini adalah huruf luar sukatan. Maka tidak hairanlah mengapa hanya segelintir sahaja
murid dapat menguasai penulisan huruf-huruf ini.
TULIS (Peratus)
100
94.1
88.2
82.4

100
90
80

70.6
67.7

70

58.8
52.9

60
50

47.1
41.2
35.3
29.4

40
30

10

Rajah 3a :
Boleh Tulis
Dan Tidak
Boleh Tulis

,
, ,

17.6
11.8
5.9

20

Boleh

Tidak Boleh

Pengkaji mendapati terdapat huruf-huruf yang tiada dalam sukatan bersama dengan
huruf dalam sukatan dapat dikuasai oleh segelintir murid dari sudut penulisan iaitu 17.6 %

, , , 52.9 % huruf , , , ,
,dan 64.7 % murid boleh menulis huruf , , , , , , . Dapatan ini

huruf

dan

(ya leweh), 41.2 % huruf

berbeza dengan tahap mengenal dan membaca di mana terdapat huruf yang mereka tidak
boleh kenal dan baca tetapi boleh pula ditulis.
Perbezaan yang dikenalpasti daripada huruf-huruf yang terdapat dalam sukatan
pemulihan jawi tahun Satu di mana huruf
berbanding huruf

hanya dapat ditulis oleh 11.8 % murid sahaja

yang memperolehi 82.4 %. Peratusan ini menunjukkan jurang yang

amat ketara. Huruf-huruf yang lain dapat ditulis dengan baik di mana dapatan memperolehi
76.5 % huruf

,,,

dan 88.2 % huruf

, , . Kebanyakan responden
16

dapat menulis huruf ( 94.1 %). Keadaan ini dapat diintepretasi bahawa huruf tersebut
amat sinonim dengan bentuk mata kail, kaki payung atau tongkat oleh kanak-kanak.

TULIS (Peratus)
100
90
80
70
60

100
94.1
88.2
82.4
76.5

, , , ,
, ,

64.7
58.8
52.9

50

, , , , , ,

47.1
41.2
35.3

40

Rajah 3b :
Boleh Tulis
Dan Tidak
Boleh Tulis

, ,

30

23.5
17.6
11.8
5.9

20
10

, , ,

0
Boleh

Tidak Boleh

RUMUSAN
Berdasarkan hasil kajian, peratusan menunjukkan majoriti murid dapat mengenal
huruf-huruf tunggal jawi yang terdapat dalam sukatan pemulihan jawi berbanding huruf-huruf
yang selebihnya. Cuma dikenal pasti hanya huruf dan

yang terdapat dalam sukatan


berada di bawah paras 50 % di samping huruf , , , dan . Oleh yang demikian,

guru pemulihan jawi perlu mengambil inisiatif untuk memudahkan murid mengenal huruf-

berada dalam lingkungan 50 %


ke 71 % sahaja bersama dengan huruf luar sukatan iaitu , , , , , , ,
, dan . Tahap penguasaan yang cemerlang pada paras 80 % ke atas
huruf tersebut. Manakala huruf huruf

dan

kebanyakkannya dimonopoli oleh huruf-huruf dalam sukatan seperti

,, ,,,,,

dan

,,,,,

selain itu, huruf luar sukatan juga mendapat

peratusan yang membanggakan dalam kajian ini iaitu huruf

, , dan .

Manakala tahap penguasaan pembacaan huruf tunggal jawi menunjukkan peratusan

dan
masih kekal berada di bawah paras 50 % di samping huruf , , , dan . Hurufhuruf dalam sukatan yang berada pada peratusan 50 % hingga 77 % adalah huruf ,
, dan . . Ini dapat disimpulkan bahawa apabila murid tidak dapat mengenal
yang hampir sama dengan tahap mengenali huruf tersebut di mana huruf

17

huruf-huruf tersebut, secara otomatisnya mereka juga tidak boleh membaca huruf-huruf itu.
Hasil dapatan menunjukkan bahawa huruf-huruf dalam sukatan juga berada dalam
peratusan yang cemerlang iaitu huruf
dan

, , , , , , , , , , ,

manakala huruf luar sukatan yang berada pada peratusan yang sama ialah huruf ,

, , , , , , , dan .

Berbeza dengan dapatan yang diperolehi dalam tahap penguasaan menulis huruf

tunggal jawi, di dapati hanya huruf , dan yang terdapat dalam sukatan sahaja
berada dalam paras di bawah 50 % berganding dengan huruf huruf di luar sukatan
pemulihan jawi tahun Satu iaitu

, , , , , , , , dan .

Huruf-huruf tunggal jawi dalam sukatan yang berada dalam paras yang memberangsangkan
iaitu lebih dari 50 % hingga 100 % ialah

, , , , , , , , , , ,

, , , dan . Manakala huruf-huruf luar sukatan yang berada dalam paras 50 %


hingga 65 % adalah , , , , , , , dan .

Ini membuktikan bahawa 16 huruf tunggal jawi telah dikuasai dengan baik dalam
aspek penulisan bagi mencapai objektif yang terdapat dalam hasil pembelajaran melalui
sukatan pelajaran kelas pemulihan jawi Enam Bulan Pertama Tahun Satu. Oleh yang
demikian, guru pemulihan perlu mengambil satu alternatif yang berkesan supaya tiga huruf
yang selebihnya iaitu huruf

, dan dapat

dikuasai dari aspek penulisan.

Secara keseluruhannya, pengkaji mendapati bahawa murid kelas pemulihan dari


kedua-dua kelas telah menunjukkan peningkatan dan prestasi yang baik dalam menguasai
ketiga-tiga aspek mengenal, membaca dan menulis huruf-huruf tunggal jawi setelah berlalu
Enam Bulan Pertama. Jika ada usaha yang lebih dari guru pemulihan, murid-murid tersebut
akan segera menguasai ketiga-tiga aspek tersebut dalam kadar yang segera.

CADANGAN
Setelah
meneliti
beberapa perkara hasil dari
kajian yang telah diperolehi,
pengkaji mendapati terdapat aspek yang perlu diambil kira dan dicadangkan untuk
memantapkan penguasaan huruf-huruf tunggal jawi dalam kalangan murid-murid kelas
pemulihan jawi. Antaranya ;
Cadangan Pertama :
Dalam membuat rujukan kepada buku Panduan Pelaksanaan Pendidikan Islam dan
Rancangan Tahunan Tahun Satu, 2006, KBSR, kelas pemulihan jawi bagi Enam Bulan
Pertama dan Enam Bulan Kedua, pengkaji mendapati hanya 19 huruf tunggal jawi sahaja
iaitu

,,,, , , , ,,,,,,,,,,

dan

. yang diajar dalam Enam Bulan Pertama, manakala perbezaan yang dilihat dalam

Enam Bulan Kedua ialah dimasukkan sukukata sukukata, tetapi masih menggunakan 19
huruf tersebut. Yang menjadi persoalan kepada pengkaji dimanakah pergi huruf-huruf

18

tunggal jawi yang selebihnya. Apakah huruf-huruf yang selebihnya tidak diberi keutamaan
bagi murid-murid tersebut mengenalinya ? Kajian telah membuktikan bahawa murid kelas
pemulihan ini tidak sepatutnya diabaikan hanya dengan mengenali 19 huruf itu sahaja.
Mereka telah menunjukkan pencapaian yang baik dalam penguasaan huruf-huruf tunggal
jawi keseluruhannya jika diberi peluang.
Oleh yang demikian, pengkaji mencadangkan supaya kesemua huruf tunggal jawi
(38 huruf) diperkenal dalam sukatan bagi peringkat awal pembelajaran tahun pertama bukan
dengan memilih 19 huruf sahaja sebagaimana huruf-huruf hijaiyyah diperkenalkan secara
keseluruhannya dalam pelajaran Enam Bulan Khatam Al-Quran. Sudah semestinya murid
ini sudah mengenali sebahagian besar huruf-huruf jawi kerana asasnya adalah melalui 30
huruf-huruf hijaiyyah. Cuma ditambah 8 huruf gubalan Melayu iaitu , , , , , ,
dan .

Alasan dan jawapan yang diberi oleh seorang pegawai bahagian kurikulum
jQAF, JAPIM ialah pemilihan 19 huruf tersebut adalah berdasarkan huruf-huruf itu mudah
dikenal dan diingat oleh murid dalam kategori ini. Jika demikian, apakah huruf-huruf
selebihnya tidak mudah dikenali atau diingati oleh murid pemulihan? Bagi pengkaji,
pengenalan bagi keseluruhan huruf-huruf tunggal jawi sepatutnya didedahkan kepada murid
ini di peringkat awal kerana mereka terdedah kepada bahan bacaan yang mengandungi
semua huruf tersebut, apatah lagi pengetahuan sedia ada yang diperolehi dalam kelas
Enam Bulan Khatam Al-Quran sudah memungkinkan mereka mencapai objektif dalam tahun
pertama kelas pemulihan jawi.
Cadangan Kedua:
Bagi sukatan Enam Bulan Kedua kelas pemulihan jawi Tahun Satu, pengkaji
mencadangkan supaya huruf-huruf yang selebihnya dari 19 huruf yang diajar dalam Enam
Bulan Pertama, diajar dan diperkenalkan supaya objektif mengenal 38 huruf tunggal jawi
tercapai dalam tempoh satu tahun pembelajaran mereka. Bagi Tahun Dua dan seterusnya
barulah diajar mengenal sukukata dan perkataan-perkataan.
Cadangan Ketiga :
Merujuk kepada sukatan pemulihan Jawi Tahun Satu didapati tiadanya keseragaman
mengikut abjad jawi diajar. Pengkaji mencadangkan adalah lebih baik huruf-huruf tersebut
diajar dalam kedudukan abjad yang betul agar memudahkan murid pemulihan mengingat
dan menghafal huruf-huruf tersebut. Pelbagai pendekatan, strategi, kaedah dan teknik boleh
diguna oleh guru pemulihan dalam mencapai objektif hasil pembelajaran mengikut aras
kenal, baca dan tulis. Sebagaimana yang dicadangkan dalam pelaksanaan proses
pengajaran dan pembelajaran kelas pemulihan jawi program j-QAF bahawa kaedah yang
paling sesuai untuk mengajar murid pemulihan jawi adalah kaedah permainan dan nyanyian.

KESIMPULAN
Usaha pihak Kementerian Pelajaran Malaysia samada pihak Jabatan Pendidikan
Islam dan Moral peringkat kementerian, Jabatan Pelajaran Negeri, Bahagian Pendidikan
Guru dan sekolah dalam merealisasikan idea YAB Perdana Menteri Malaysia amatlah
membanggakan kerana dalam tempoh hampir tiga tahun program j-QAF dijalankan, banyak
kejayaan yang dicapai terutama dalam pelaksanaan kelas pemulihan jawi yang diharap

19

dapat membantu murid yang tercicir dalam mengenal tulisan jawi. Secara langsungnya akan
dapat memartabatkan tulisan jawi sebagai tulisan Melayu di nusantara. Maka warisan
bangsa ini akan kekal selamanya sebagai satu kebanggaan keturunan masyarakat Melayu
akan datang.
Pengkaji juga berharap pada masa akan datang, terdapat kajian-kajian lain dibuat
berkaitan dengan model-model program j-QAF dalam pelbagai aspek dengan lebih
mendalam lagi supaya pengetahuan warga negara Malaysia tentang program j-QAF ini
dapat ditingkatkan. Kajian ini hanya sebagai tinjauan umum dalam kalangan murid tahun
Satu Kelas Pemulihan Jawi program j-QAFdi sebuah sekolah dalam bahagian Sarikei,
Sarawak sahaja dan tidak dapat digeneralisasikan kepada tempat-tempat lain. Maka
harapan pengkaji, jika terdapat penyelidikan yang lain tentang kelas pemulihan jawi ini,
beberapa pembaikan perlu diusahakan agar kajian tersebut dapat diteruskan dari semasa
ke semasa.

SENARAI RUJUKAN
Al Quran Al Karim.
Arbak Othman (2005), Kamus Komprehensif Bahasa Melayu, Shah Alam, Penerbit Fajar
Bakti Sdn. Bhd.
Abdul Manan Ali. 2005. Doktor Jawi: Bistari Jawi 4 Jam. Kuala Terengganu:
Akademik Al-Merbawi.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2006), Buku Panduan Dasar, Pelaksanaan dan
Pengurusan Kurikulum j QAF, Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral,
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Kuala Lumpur.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2006), Panduan Pelaksanaan Pendidikan Islam dan
Rancangan Tahunan Tahun Satu, KBSR, Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan
Moral, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Kuala Lumpur.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2006), Buku panduan Pelaksanaan Model-Model
Pengajaran dan Pembelajaran Kurikulum j-QAF Tahun 1, Bahagian Kurikulum
Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Kuala Lumpur.
Kementerian Pelajaran Malaysia. 2003. Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam. Kuala Lumpur:
Pusat Perkembangan Kurikulum.
Kementerian Pelajaran Malaysia. 2003. Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam.
Kuala Lumpur: Bahagian Pendidikan Guru.
Kementerian Pelajaran Malaysia. 2003. Buku Panduan j-QAF. Tahun Satu. Kuala
Lumpur:Jabatan Pendidikan Islam dan Moral.
Kementerian Pelajaran Malaysia. 2004. Sukatan Pelajaran Pemulihan Jawi, KBSR. Kuala
Lumpur: Jabatan Pendidikan Islam dan Moral.
Mahayudin Hj. Yahaya. 1994. Naskhah Jawi Sejarah dan Teks. Jilid 1. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

20

Mohd. Sabudin bin Tamsir. 1985. Jawi Untuk Maktab Perguruan. Petaling Jaya:
Fajar Bakti.
Muhani Hj. Abdul Ghani. 1988. Teman Pelajar Jawi. Petaling Jaya: Fajar Bakti.
Rohana Yusof. 2003. Penyelidikan Sains
PTS Publications dan Distributor Sdn. Bhd.

Sosial,

Pahang

darul

Makmur,

____________. Asas Belajar Jawi. 1988. Kuala Lumpur: Penerbitan Asa Sdn. Bhd.

Senarai Rujukan dari Laman Web


Belajar Jawi
http://perdana.fsktm.um.edu.my/~jawinet/belajarJawi/menu.html
DrJawi
http://drjawi.tripod.com/
Komuniti Penggiat Jawi
http://senikhat.ejawi.net/forum/
http://community.ejawi.net/
Kurikulum Jawi
http://www.ppk.kpm.my/
Produk Jawi
http://www.iked.com.my/
http://jawi.com.my/
Projek Jawi Digital
http://fsktm.um.edu.my/~jawinet/jawi/main.html
Sejarah Jawi
http://fsktm.um.edu.my/~jawinet/belajarJawi/sejarah.html
http://www.omniglot.com/writing/malay.htm
Tulisan Jawi
http://ms.wikipedia.org/wiki/Tulisan_Jawi
http://www.angelfire.com/id/sulyh/tul.htm
Tesaurus Bahasa Melayu Dewan. Diperolehi pada 3 mac 2007 daripada
http://apldbp2.dbp.gov.my/personel/tesaurus.

21

Anda mungkin juga menyukai