Anda di halaman 1dari 10

KEPENTINGAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Kanak-kanak secara semula jadi menyukai seni. Malangnya, apabila sekolah


mengurangkan belanjawan, seni biasanya adalah mata pelajaran yang pertama untuk
dirombak. Ia seolah-olah bahawa sekolah-sekolah tidak menghargai kepentingan seni
dalam membina otak kanak-kanak.
Secara fizikalnya, otak manusia terdiri daripada 2 bahagian, hemisfera kiri dan
kanan. Otak kiri digunakan dalam proses pemikiran logik dan analisis iaitu apa yang
dilatih dalam kerja-kerja sekolah yang terdiri daripada matematik, membaca dan sains.
Otak kanan digunakan dalam persepsi, intuisi emosi, dan kreativiti. Ia adalah otak
kanan yang digunakan terutamanya apabila seseorang itu terlibat dalam usaha kreatif
seperti menghasilkan karya atau bahan seni. Namun, telah menjadi pemikiran tipikal
sesetengah sekolah untuk mengabaikan pendidikan seni visual.
Ia menunjukkan bahawa apabila anak-anak berbakat menyelesaikan masalah,
terdapat peningkatan aktiviti elektrik di kedua-dua hemisfera. Dengan merangsang dan
menjalankan hemisfera kanan otak, seni mengukuhkan hubungan di antara hemisfera.
Kanak-kanak perlu didedahkan kepada seni kemahiran kognitif supaya mereka matang
serta otak kanan mereka akan dibangunkan dan kedua-dua hemisfera bekerja seiring,
sekali gus mencapai sepenuhnya potensi minda.

Pendidikan seni visual merupakan suatu program pendidikan yang bersistem


dan mempunyai matlamat serta hala tuju yang jelas. Terdapat banyak pendapat dan
pandangan yang diutarakan mengenainya oleh para pemikir seni. Setiap tokoh-tokoh
tersebut mengutarakan pandangan mengikut pendekatan masing-masing.

Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk


minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap
nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain. Murid
di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan aktif. Pendidikan
Seni Visual memainkan peranan memperkembang sifat ini melalui persepsi visual,
imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam
pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi
1

diri. Pengalaman ini penting kerana ia membantu murid membina keyakinan diri,
membuat penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri.

Pendidikan Seni Visual sekolah rendah menyarankan strategi pembelajaran


yang bersepadu dalam mata pelajaran ini dan antara mata pelajaran lain. Pengajaran
dan pembelajaran akan lebih berkesan dengan aktiviti kemahiran berfikir secara kritis
dan kreatif (KBKK). Murid digalakkan menyimpan rekod pengalaman pembelajaran dan
hasil kerja sendiri. Amalan ini akan melatih murid membuat analisis, sintesis dan
refleksi terhadap pembelajarannya untuk faedah sendiri. Pendidikan seni visual sekolah
rendah Setiap murid mempunyai pelbagai kecerdasan seperti ruang visual, kinestetik,
interpersonel dan intrapersonel. Sifat ini amat penting untuk membantu murid berkarya,
berkomunikasi dan mengukuh koordinasi pancaindera secara seimbang. Proses ini
menjadikan pembelajaran lebih berkesan dan bermakna.
Pendidikan seni visual mampu melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif
dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya
membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai
keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat
menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras
dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Pengalaman seni ini adalah untuk memperkembang dan menyelaraskan
persepsi dan konsepsi visual murid sebagai asas bagi menggalakkan pemikiran kritis
dan kreatif. Pengalaman ini juga selaras dengan perkembangan peringkat kesediaan
dan penerimaan murid dari segi sosioemosi, psikomotor dan mental yang merangkumi
perasaan, koordinasi, manipulasi dan persepsi visual.
Dengan mempelajari Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah, murid akan
dapat menguasai beberapa pengetahuan dan kemahiran. Antara pengetahuan yang
dapat dimiliki murid ialah pengetahuan mengenai bahan, alat dan teknik yang
digunakan dalam sebarang kegiatan seni. Murid juga akan mendapat pengetahuan
mengenai sumber motif dalam persekitaran, kraf tradisional, unsur seni dan prinsip
rekaan dalam pendidikan seni visual, proses pembuatan hasil seni, menyimpan
maklumat atau dokumentasi, mengintegrasikan maklumat dan aplikasi komputer dalam
2

kerja seni visual. Sementara kemahiran yang akan diperolehi murid pula ialah
kemahiran memanipulasi bahan, alat dan teknik, mengaplikasi disiplin seni visual,
berfikir secara kritis dan kreatif, berkomunikasi secara berkesan, membuat pilihan,
membuat interpretasi, menggunakan teknologi bahan dan perkakasan.
Organisasi kurikulum merangkumi empat aspek utama yang dipentingkan iaitu:
a. pemerhatian secara aktif
b. interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan
c. apresiasi seni visual secara mudah
d. menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan

Pemerhatian secara aktif yang merangkumi kesedaran pemerhatian keseluruhan,


berfokus dan terperinci dapat menajamkan persepsi murid. Selain memperkembangkan
deria penglihatan ia juga melibatkan pancaindera lain melalui kajian perbandingan.
Kajian seperti ini membantu perkembangan emosi dan imaginasi. Pemahaman tentang
asas seni visual juga turut diperkembangkan melalui kegiatan pemerhatian ini. Murid
akan dilatih membuat pemerhatian terhadap objek alam dan objek buatan manusia. Ini
adalah untuk membolehkan murid merasai secara konkrit bagi mendapatkan imej
mental. Kegiatan-kegiatan ini akan membantu terus menyelaraskan idea, imaginasi dan
alam fantasinya ke arah perkembangan kreatif dan pemikiran abstrak.
Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan. Peringkat ini
menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan
kegiatan

kreatif

dengan

menggunakan

alat

dan

bahan.

Proses

ini

akan

memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung


dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah. Semasa berinteraksi
dengan alat dan bahan, murid membuat interpretasi dan menyelaras konsepsi
visualnya dengan objek yang dilihat. Proses pembelajaran ini amat penting kerana ia
memberi peluang kepada murid belajar secara tidak langsung. Murid juga dapat
mengenali perubahan yang mereka boleh lakukan dalam penghasilan seni di masa
akan datang.

Apresiasi seni visual secara mudah. Apresiasi seni visual memberi


pengalaman kepada murid mengenali aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya
dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi. Murid terlibat dalam
kajian perbandingan dan menyatakan apa yang dilihat dari aspek seni melalui hasil
kerja. Pernyataan tentang hasil kerja pula boleh dibuat dalam pendidikan seni visual
sekolah

rendah.

Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan. Selain diberi pengalaman
membuat apresiasi seni visual secara mudah, murid juga dipupuk nilai menyayangi dan
menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran dan kehidupan mereka. Ini
termasuklah memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai patriotisme, nilai
kebersihan dan kepekaan. Dengan ini murid akan dapat membuat pertimbangan yang
sewajarnya bila berdepan dengan semua keadaan.
Selain itu, kepentingan Pendidikan Seni Visual juga boleh boleh dibahagikan kepada
lima aspek, iaitu, aspek kognitif, fizikal, kreativiti, persepsi, serta sosial dan emosi. Dari
segi aspek kognitif, penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat
melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta
mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan.
Dari segi aspek fizikal, penggunaan alat dan bahan memberikan satu bentuk latihan
berkesan kepada otot tangan (psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata.
Jika dilihat daripada aspek kreativiti, latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat
membantu murid untuk mengembangkan aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan projek
di dalam pendidikan seni visual mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan
akhir.
Manakala, dari segi aspek persepsi, murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan
penggunaan pancaindera dan deria melalui proses penghasilan dan hasilan seni,
produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka.

Dari segi aspek sosial dan emosi, murid boleh berinteraksi dan meningkatkan
keupayaan bersosial selain meningkatkan keyakinan diri. Mata pelajaran pendidikan
seni juga menganjurkan semangat bekerjasama di dalam aktiviti berkumpulan yang
dibentuk.
Tambahan pula, seni lukis merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum
mereka berupaya untuk bertutur. Ianya dijadikan alat perhubungan yang berkesan
untuk berinteraksi. Melukis juga merupakan aktiviti yang mampu memberikan kepuasan
kepada kanak-kanak. Melalui lukisan, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan
emosi selain dapat membina kekuatan otot. Aktiviti sebegini juga dapat membantu
menajamkan daya intuisi kanak-kanak.
Pendidikan seni visual dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak dalam
meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej yang
unik mengikut tahap pemahaman mereka. Melalui aktiviti melukis, kanak-kanak dapat
meningkatkan daya sensitiviti pancaindera.
Pancaindera yang ada pada manusia seperti rasa, sentuhan, bau,
penglihatan, pendengaran adalah fitrah yang Tuhan berikan kepada manusia.
Pancainderan

ini

perlu

disuburkan

melalui

sentuhan

yang

murni.

Pengalaman seni memerlukan kepekaan terhadap pengamatan semasa


penciptaan sesebuah karya seni, sebagai contoh semasa melukis, pelajar
perlu memberi perhatian dan pengamatan kepada objek yang difokuskan,
maka berlakulah pengamatan secara teliti.
Moholy Nagey menyatakan, satu cara untuk ilistrasi emosi adalah dengan
menggunakan seni untuk merangsang dan menyatakan emosi itu. Sebenarnya melalui
aktiviti-aktiviti seni kesan emosi terhadap diri pelajar ialah mereka akan merasakan
kepuasan, lega, lapang perasaan, stabil emosi, dan ketengaan dari tekanan perasaan.
Ini terbukti dengan membuat aktiviti melukis, kraf atau apa-apa kegiatan seni akan
menimbulkan kesan kelegaan dengan meluahkan perasaan dalam hasil karya yang
dibuat itu.
Pengajaran yang dilaksanakan dengan menggabungjalinkan pelbagai unsur seni dan
berbeza dari kaedah pengajaran tradisional yang hanya menggunakan kapur dan
papan tulis sebagai media dalam penyampaian maklumat dapat menjadikan murid
5

berasa lebih seronok. Selain itu, murid akan berasa lebih selesa dan lebih mudah untuk
memahami sesuatu tajuk yang diajar.
Secara semula jadi, kebanyakan aktiviti seni tidak dapat mengelakkan murid-murid
daripada terlibat dalam kegiatan yang melibatkan kerjasama. Aktiviti berkelompok
menuntut setiap individu bergerak dan berinteraksi secara bekerjasama untuk
mencapai kejayaan bersama.
Pendidikan seni visual juga mampu memenuhi keperluan sosial yang asas. Muridmurid mahukan dirinya diterima sebagai anggota sebuah kelompok dan pada masa
yang sama memerlukan kasih sayang. Dalam kegiatan seni, keperluan untuk belaian
sekurang-kurangnya dipenuhi melalui pujian dan galakan yang diberi sebaik sahaja
menghasilkan karya seni. Maka, terbentuklah satu situasi ideal yang dapat memenuhi
kedua-dua matlamat sosial iaitu kemilikan dan keinginan diterima sebagai anggota
kumpulan. Kanak-kanak juga akan merasakan bahawa guru dan rakan-rakan prihatin
terhadap dirinya dan menghargai bakat yang dimiliki.
Mata pelajaran ini juga amat penting untuk luahan perasaan dan aras keyakinan yang
tinggi. Kanak-kanak yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi dapat melakukan
aktiviti tanpa rasa segan atau bimbang mengenai pandangan orang lain terhadap
dirinya. Guru juga boleh mendapat tahu perasaan sebenar murid melalui tingkah laku
yang dipamerkan. Hal ini kerana, perasaan merupakan reaksi badan terhadap
rangsangan yang diterima sama ada ia bersedia atau tidak. Di samping itu, perasaan
juga mungkin dapat memberikan sumber manfaat dan kerugian kepada seseorang.
Menurut Laura Chapman, 1978, sifat semula jadi bagi seseorang kanak-kanak ialah
memerlukan perhatian, belaian, sentuhan dan sebagainya. Tanpa kita sedari
perkembangan seni tampak minda kanak-kanak berlaku dengan begitu pesat sekali.
Sebelum meningkat remaja, kanak-kanak mengalami tiga tahap perkembangan seni
tampak. Peringkat manipulatif sekitar umur 2 hingga 5 tahun. Peringkat melakar simbolsimbol berumur 5 hingga 9 tahun dan peringkat pra-remaja iaitu sekitar umur 10 tahun
hingga 13 tahun. Berdasarkan kajian oleh ahli-ahli psikologi barat, perkembangan seni
ini berlaku pada setiap kanak-kanak. Perbezaan mungkin timbul ialah berdasarkan
factor persekitaran, bimbingan berterusan daripada keluarga atau latar belakang

pendidikan. Melalui proses membentuk kreativiti dari diri kanak-kanak itu akan terbina
dengan baik.
Apabila mencapai umur remaja sekitar 10 hingga 15 tahun, tahap penguasaan ilmu
yang berkaitan dengan seni mungkin telah bertambah. Seseorang pelajar itu sudah
mulai menunjukkan kecenderungan untuk mencipta sesuatu bentuk dengan lebih baik.
Pada peringkat ini, sekiranya pelajar diberi kesempatan dan bimbingan yang betul
mengenai seni, maka tahap kematangan kreativitinya akan berkembang. Menurut
Lowenfeld dan Lambert (1965) pada peringkat ini merupakan peringkat yang paling
konflik dan genting. Pelajar akan mengalami tekanan untuk memilih bidang seni
sebagai satu bidang utama dalam proses membesar mereka. Persaingan dalam
kalangan pelajar berlaku peringkat ini.
Pelajar yang lemah akan mengalami masalah yang dinyatakan tadi. Sekiranya
dibimbing dan diberi penerangan yang betul, kemungkinan minatnya terhadap seni
akan terkabur. Berbanding dengan pelajar yang diberi bimbingan atau nasihat yang
positif. Mereka akan menjadi lebih berdisiplin, cekal dan berminat dengan subjek seni
itu.
Seterusnya, subjek ini dapat melahirkan tenaga professional dalam pelbagai bidang.
Sebagai sebuah negara yang sedang membangun, kita amat memerlukan ramai tenaga
professional. Jurutera, arkitek, doktor, saintis dan penguam merupakan bidang kerjaya
yang amat diperlukan oleh negara. Akibat kekurangan itu, kita terpaksa mengimport
dari luar negara. Dalam bidang kerjaya, seni boleh memainkan peranan besar untuk
membentuk generasi hari ini bagi memilih kerjaya yang sesuai dengan minat mereka.
Selain untuk keperluan negara, pelajar yang memilih bidang ini boleh merancang untuk
membentuk satu profesion baru. Menjadi seniman sepenuh masa contohnya. Walaupun
negara kita masih baru dalam bidang ini, namun telah terdapat ramai artis yang mampu
hidup mewah dengan menjadikan seni sebagai satu profesion sepenuh masa.
Seni visual memupuk dan mendidik sifat kecintaan pada seni dan estetika. negara
perlu memikirkan satu kaedah yang berkesan bagaimana seni ini perlu dijadikan teras
kepada pembentukan masyarakat. Seni boleh dijadikan satu formula membentuk
masyarakat yang cinta kepada nilai-nilai keindahan. Pada hari ini melalui sebuah agensi
kerajaan, kita melihat beberapa agenda penting disambut setiap tahun. Pelbagai aktiviti
7

dan perayaan dianjurkan oleh kerajaan dengan pelbagai bentuk kebudayaan.


Antaranya program Tahun Melawat Malaysia anjuran Kementerian Kebudayaan,
Kesenian dan Pelancongan. Selain daripada itu, ada pelbagai program lain yang
dianjurkan bertujuan untuk menarik para pelancong. Program seperti ini wajar diadakan
dan dipergiat lagi. Namun apa yang penting di sini ialah penglibatan masyarakat masih
lagi tidak menyeluruh. Terutama sekali ialah kesan penghayatan masyarakat terhadap
aktiviti yang dijalankan itu.
Pendidikan seni visual juga memupuk perasaan sayang pada seni dan warisan dalam
masyarakat. Masyarakat kita memang kaya dengan khazanah warisan budaya. Sebut
sahaja keperluan harian yang digunakan di rumah kita. Pinggan mangkuk, peralatan
memasak, ukiran kayu, seni batik dan tenunan atau tekstil, hamparan tikar mengkuang
atau pandan, anyaman kelarai, seni binaan rumah kayu atau kampung dan seterus seni
budaya sopan santun dan adat istiadat.
Seni warisan ini sebenarnya semakin terpinggir dan hampir dilupakan. Tidak banyak
lagi generasi hari ini yang mengamalkan menghulurkan tepak sirih apabila menyambut
kedatangan tetamu. Kehidupan moden yang dialami hari ini telah melupuskan semua
warisan itu. Seni itu wajar dipertahankan daripada hilang terus atau mengalami
kepupusan. Terdapat banyak contoh yang boleh dijadikan rujukan. Seni kraftangan
umpamanya seperti seni anyaman mengkuang dan seni anyaman kelerai. Seni tekat,
tembikar dan banyak lagi contoh yang bileh diketengahkan. Boleh dikatakan
kepentingan barangan kraf ini tidak lagi menjadi pilihan masyarakat kini.
Seni visual mampu melahirkan masyarakat yang memiliki jati diri. Budaya
menunjukkan bangsa. Kata-kata ini jelas kepada kita bahawa sesebuah masyarakat itu
mesti meletakkan kepentingan budaya pada satu kedudukan yang tinggi dalam
masyarakatnya. Mengekalkan kebudayaan mereka supaya ia dikenali dan dihormati
bukanlah satu tugas yang mudah. Kita boleh mengesan sesuatu bangsa melalui
perkembangan budayanya. Ada yang berpendapat, mengenali sesuatu bangsa itu lebih
mudah dari mengenali budayanya.
Masyarakat yang memiliki jati diri yang kuat akan berusaha untuk mengekalkan seni,
budaya dan warisannya. Kita mestilah meletakkan tanggungjawab di bahu masyarakat
akan kepentingan nilai seni dan estetika. Kefahaman dan tanggungjawab ini perlu
8

dipupuk di peringkat awal lagi. Sekolah dan institusi pengajian tinggi merupakan tempat
yang paling wajar. Peranan murid, guru atau pendidik, pensyarah, dan pihak
kementerian pendidikan amat penting untuk merealisasikan perkara ini. Justeru, selain
apa yang disebutkan tadi, semua masyarakat juga boleh memainkan peranan menjadi
ahli atau individu yang ada kepentingan untuk menjadi warga yang dapat memberikan
sumbangan ke arah cita-cita yang murni ini.
Selain daripada semua ini, kepentingan seni visual juga dapat dibahagikan kepada
dua iaitu dari segi psikologi dan sosiologi. Peranan psikologi dilihat dari segi
perkembangan dan pembentukan diri individu berdasarkan kepada perkembangan
sensitiviti, emosi, kreativiti, dan ekspresi yang berlaku dalam diri individu melalui aktiviti
seni visual.
Emosi bermaksud keupayaan melahirkan idea, rasa hati,membuat pertimbangan dan
pernyataan diri. . Pembelajaran seni visual, aktiviti dan apresiasinya dapat
membangkitkan perasaan dan memantapkan sensibiliti, mencorak perlakuan perasaan
yang semulajadi seperti rasa cinta, prihatin atau rasa takut. Sensitiviti pula bermakna
kepekaan dan kebolehan membuat pertimbangan dan persepsi dari segi sosial serta
estetik. Oleh itu, kita dapat mewujudkan kebolehan untuk merasa dan menghayati.
Individu ini berupaya mengubah dan mentafsir semula sesuatu benda yang ada
kepada penghasilan yang lebih menarik dikatakan kreatif. Individu ini sensitif kepada
masalah di sekelilingnya, yang kemudiannya bertindak mencari jalan keluar dalam
bentuk penghasilan. Penghasilannya yang dilakukannya adalah melalui daya kreatifnya
berdasarkan keupayaan dan kehendaknya untuk mengubah sesuatu keadaan supaya
lebih sempurna. Individu ini juga berupaya bertindak berdasarkan kebolehannya
menyesuaikan

sesuatu

keadaan

kepada

sesuatu

keadaan

yang

lebih

baik.

Pembelajaran seni visual, aktiviti dan apresiasinya dapat memantapkan keupayaan


membuat dan merekacipta, menjadikan individu lebih imaginatif dalam pengkaryaan
dan perekaan.
Ekspresi ialah tindakbalas emosi hasil daripada interaksi atau komunikasi dengan
persekitaran, orang lain,masyarakat, peristiwa dan benda. Pendidikan seni visual dapat
memantapkan pengucapan, curahan idea, gambaran pemikiran dan perasaan,
menggambar, memberi makna menerusi perkataan, pergerakan, arahan dan simbol.
9

Selain itu ia dapat memberikan kepada individu berkomunikasi idea, perasaan dan
emosi.
Dari segi sosiologi pula seni visual berperanan membentuk dan mengembang budaya
setempat dan sejagat. Hal ini dapat dibahagikan kepada lapan iaitu nasionalisme,
persekitaraan, propaganda, ritual, spiritual, pengeluaran, pemujukan serta perniagaan
dan perdagangan.
Pendidikan seni visual dapat membangkitkan semangat kebangsaan dan sayangkan
negara. Sebagai contoh kita boleh lihat banyak hasil karya yang memaparkan unsur
nasionalisme seperti Tugu Negara (arca) dan juga potret-potret pemimpin negara.
Selain itu, ia juga dapat mengukuhkan kepekaan dan sesitiviti terhadap kepentingan
sekeliling yang memberi kesan kepada kehidupan. Antara contohnya Rumah rakit
Kuala Lipis karya Peter Harris dan Waktu Pagi Di Kampung, karya Lai Foog Mooi, reka
bentuk lanskap dan hiasan dalaman.
Tambahan

pula,

pendidikan

seni

visual

juga

merupakan

saluran

untuk

menyampaikan dan menyebar idea, hasrat atau kepercayaan, pengaruh dan kuasa.
Contohnya Poskad kepada Dunia, karya Awang Damit Ahmad. Poskad kepada dunia
(199). Seni visual menyumbang dalam amalan ritual atau upacara sesuatu budaya dan
adat resam dalam aktiviti kehidupan masyarakat. Kebanyakan hasil karya adalah
berbentuk 3D atau arca. Contohnya Patung Jah Hut dan Mah Meri, yang menjadi
patung penyembahan orang-orang asli di Pahang dan Selangor.
Dari segi spiritual pula, hasil karya yang dihasilkan adalah untuk kepuasan pelukis
dari cetusan dalaman diri pelukis itu sendiri. Contohnya, Semangat Bumi, Air, dan
Udara, karya Patrick Ng Kah Onn. Hasil seni visual adalah berasaskan kepada faktor
cita rasa, gaya, fungsi dan kegunaan. Oleh hal yang demikian, kebanyakan hasil karya
berunsur pengeluaran adalah bertujuan dikomersialkan. Contohnya penghasilan batik
dan songket. Dari segi pemujukan pula, hasil seni visual berkeupayaan membentuk
empati dan tarikan. Contoh-contohnya yang jelas ialah papan billboard dan poster.
Pembelajaran seni visual dapat menghasilkan barangan yang sangat berpotensi untuk
perniagaan dan perdagangan. Antara contoh yang jelas ialah bidang pembungkusan.

10

Anda mungkin juga menyukai