Anda di halaman 1dari 4

Sejarah Seni Eropah Abad Ke 20

- Pada akhir abad ke-19, iaitu sekitar 1890 an ramai pelukis-pelukis Eropah merasa
terganggu kerana abad ke-19 itu akan berakhir. Abad ke-20 pula, mengikut
ramalan mereka adalah zaman yang penuh pancaroba. Oleh itu gangguan
psikologi tersebut disalurkan kepada ciptaan-ciptaan baru berdasarkan idea-idea
baru dengan tujuan memutuskan hubungan dengan abad ke-19 itu. Maka,
timbullah falsafah dan sikap baru berhubung dengan soal apakah seni itu? Dan
apa gunanya terhadap Eropah Moden.
- Maka timbullah gerakan Espresionisme, yang dipelopori oleh Kandinsky dengan
kawan-kawannya. Mereka beranggapan bahawa seni bukannya gambar.
Sebaliknya seni adalah penyuaraan hati gelora manusia. Maka segala rujukan
kepada alam benda atau figura dibasmikannya.
- Pada tahun 1917, tercetusnya Revolusi Rusia yang menggulingkan kerajaan
beraja dan menegakkan kerajaan komunis. Keadaan huru-hara di Rusia itu,
mempengaruhi seniman-seniman di Eropah Barat tentang kegunaan keganasan
dalam menentukan nasib untung sesuatu negara itu. Seniman-seniman pula
mendapati hasil keganasan itu layak dimasukkan ke dalam ciptaan mereka. Maka
timbullah aliran bernama Kikuibisme (Qubism). Andaian gerakan kikuibisme ini
ialah bahawa dunia ini dirakam secara serpihan-serpihan yang tiada kaitan antara
satu dengan yang lain.
- Keadaan huru hara itu juga menyebabkan pelukis-pelukis menjadi tidak
ketentuan. Perang Dunia Pertama yang berakhir pada 1918, mengajar orang-orang
Eropah bahawa tamadun mereka itu boleh hancur akibat peperangan. Pelukis-
pelukis Itali pula yang dipimpin oleh Marinetti mendapati bahawa peperangan itu
dengan senjata-senjata beratnya yang dihasilkan oleh jentera-jentera peperangan
adalah pengalaman yang perlu dirakamkan. Meraka amat tertarik kepada jentera
dan senjata yang diperbuat dari besi dan boleh membunuh orang. Oleh itu,
Marietti dan kawan-kawannya menulis menifesto yang menyuarakan kebesaran
tentera dan jentera. Mereka memanggil diri sebagai pengiat-pengiat futuristik. Ia
ini memandang ke depan sebagai zaman jentera.
- Keadaan peperangan itu menyebabkan ramai orang sakit jiwa. Seorang doktor
pakar jiwa yang berpengkalan di Vienna, Austria bernama Sidmend Friud
mendapati cara dan kaedah untuk mengubati pesakit-pesakit jiwa itu. Kaedahnya
ialah dia membiarkan pesakit-pesakit yang datang menjumpainya itu
menyuarakan segala sesuatu yang selama ini menghimpit dan menghantui jiwa
mereka supaya dapat dia dengar. Lepasan tekanan jiwa ini, diberi nama
psikoanalisis. Psikoanalisis mempengaruhi seniman untuk menggambarkan apa
sahaja imej-imej yang menghantui mereka itu. Maka timbullah gerakan atau
aliran Surialisme yang bererti superialisme.
- Perang Dunia Kedua yang bermula pada 1940 dan berakhir pada 1945
menyebabkan ramai pelukis-pelukis Eropah lari ke Amerika Syarikat, khususnya
ke New York. Jika sebelum perang dunia kedua itu, Bandaraya Paris tersohor
sebagai pusat seni dunia maka selepas perang dunia kedua nama itu berpindah ke
New York. Maka timbullah satu aliran yang diikut serta oleh pelukis-pelukis
pelarian Eropah dan juga pelukis-pelukis Amerika sendiri yang bernama
Ekspresianisme Amerika yang kadangkala diberi nama The New York School.
Pelukis-pelukis Eksperionis ini adalah William Ddekooning yakni seorang
Belanda dan Jackson Pollock.
- Aliran Realisme yang pada abad ke 19 begitu popular sekali telah menyingkir
menjadi aliran sampingan. Pelukis-pelukis Realisme seperti Edward Hopper dan
Andrew Wyeth terus merakamkan penghidupan seharian dan alam benda secara
berkesan.
- Pada tahun 1960an timbul pelbagai stail seperti pop art, installation art, optical
art, sehingga tiada lagi satu-satu stail yang dominan. Ketiadaan stail yang
dominan ini berterusan sehingga ke akhir abad ke 20.

Seni Malaysia Moden


- Seni Moden Malaysia bermula pada abad ke 19. Ketika itu, Pulau Pinang dan
Melaka telah dibuka kepada pedagang-padagang Inggeris yang membawa
bersamanya peraturan perundangan serta sekolah-sekolah dengan tujuan untuk
melatih anak-anak tempatan menjadi pegawai-pegawai rendahan dalam
pentadbirannya. Dikalangan orang-orang Inggeris itu terdapat sebilangan pelukis-
pelukis amatur yang merakam keadaan alam sekitar di Melaka dan di Pulau
Pinang. Mereka mendapati alam sekitar itu sebagai lambang penaklukan yang
sedang mereka lakukan itu. Kebanyakan gambar-gambar dilukis menggunakan
cat air, ada juga yang dilukis menggunakan cat minyak. Inilah bukti-bukti visual
peninggalan Inggeris kepada Malaysia.
- Pada permulaan abad ke 20, terdapat keperluan untuk mendidik anak-anak
tempatan menjadi guru. Maka, bangunlah Maktab Perguruan Sultan Idris pada
tahun 1923. Di antara mata pelajaran yang diajar ialah Lukisan. Walaupun tujuan
pemerintah Inggeris itu mendidik bakal-bakal guru, namun ada juga di kalangan
guru itu yang menjadi pelukis-pelukis sampingan yang masyhur.
- Di Pulau Pinang pula, terdapat isteri-isteri pegawai-pegawai Inggeris yang
melukis sesama sendiri. Mereka memanggil diri sebagai The Penang Impresionis
yang berdaftar pada tahun 1898. Kumpulan ini hanya membenarkan anak
tempatan menjadi anggota pada tahun 1939. Yang menjadi anggota kumpulan ini
adalah Abdullah Ariff yang menjadi pelopor catan moden di Malaysia. Abdulah
Ariff seorang guru di Anglo Chinese School di Penang yang membawa stail
berbagai, iaitu Realisme dan Impresionisme.
- Di Pulau Pinang juga, munculnya beberapa persatuan pelukis seperti The Chinese
Art Club, The Art Teacher Circle, Persatuan Pelukis Melayu Pulau Pinang. Di
Kuala Lumpur pula, timbulnya persatuan The Wednesday Art Group dan
Angkatan Pelukis Semenanjung. Selepas merdeka pada tahun 1957, kerajaan
Malaya ketika itu membina Balai Seni Lukis Negara pada tahun 1958 yang
ditugaskan menyimpan, mengumpul, memperbaiki dan mempamer karya-karya
tempatan dan karya-karya jemputan luar negara.
- ITM yang ditubuhkan pada 1968 mempunyai Jabatan Seni Halusnya di bawah
nama The Art And Design School dan USM di Pulau Pinang pula pada tahun
1968 pula telah menubuhkan bahagian seni halus, bertujuan mendidik pelajar-
pelajar menjadi penggiat seni atau seniman sepenuh masa. Lanjutan dari
penubuhan institusi tersebut, banyaklah kolej-kolej swasta yang turut mengambil
peluang mendidik pelajar-pelajar di dalam seni dan reka bentuk. Ini termasuklah
The Art College Kuala Lumpur dan beberapa kolej lain di Pulau Pinang.
- Salah satu pameran yang mengegarkan ialah pameran yang bertajuk The Msytical
Reality yang diadakan pada tahun 1974 di Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kedua-
dua seniman iaitu Redza Piyadasa dan Sulaiman Esa telah menulis satu menifesto
yang menyertai pameran tersebut. Di antara lain, menifesto itu menyarankan
bahawa orang Asia menghayati realiti berbeza dari orang Barat menghayati
realiti. Ini dibuktikannya di dalam pameran itu yang di antara lain mempamerkan
lakaran bayang-bayang Osman Awang, sekumpulan rambut dari kedai gunting
serta habuk-habuk dari lingkaran ubat nyamuk.