Anda di halaman 1dari 3

Zaman Sung (960-1279 B.

C)
- Kuo Hsi, sebuah esei tentang lanskap, 1070 A.D.
- 9 teknik penggunaan berus.
- Tradisi China dalam bidang catan sampai kepada kemuncak kehandalannya pada
zaman Sung. Dengan tertulisnya sebuah buku peraturan mengenai lukisan yang
bertajuk sebuah esei tentang catan lanskap oleh Kuo Hsi yang terbit pada 1070
A.D. Buku ini ditulis untuk pegawai-pegawai kerajaan yang menggunakan masa
lapangnya menulis dan melukis. Disebabkan negari China terlalu besar, dan
pegawai-pegawai yang bekerja dengan kerajaan bilangannya besar, maka Raja
China menghendaki aktiviti melukis dan menulis itu dikawal.
- Salah satu ujian untuk dapat masuk berkhidmat dengan kerajaan ialah lulus
peperiksaan yang menyoal, tentang prinsip-prinsip melukis China itu. Calon-calon
dikehendaki menghafal prinsip-prinsip tersebut dan mengamal prinsip-prinsip itu
juga, yakni gabungan teori dan praktis yang menjadi ujian peperiksaan kerja
dengan kerajaan itu.
a) P.1 – Pelukis atau calon mestilah mengamalkan meditasi yakni latihan setiap pagi
merenung ke dalam hati/jiwa dan bertanya 3 soalan;
i. Kenapakah aku wujud.
ii. Untuk siapa aku wujud.
iii. Bagaimana kewujudanku berakhir.
Ketiga-tiga soalan itu dijawab oleh pelukis atau calon melalui latihan lukisan
itu.
b) P.2 – Hal benda yang dilukis oleh calon itu mestilah terlebih dahulu menghayati
sebagai satu keseluruhan yang saling kait mengait antara satu sama lain.
Keseluruhan itu dipanggil struktur. Dengan adanya struktur, maka sesuatu karya
itu mempunyai kekuatan dalaman sehingga pemeriksa-pemeriksa yang menengok
karya tersebut merasa puas lantas meluluskan calon.
c) P.3 – Apa sahaja hal benda yang ingin dilukis oleh calon itu mestilah diasingkan
dari benda-benda yang berada disekitarnya. Ini bererti calon memfokus kepada
satu hal benda sahaja, dalam sesebuah karya.
d) P.4 – Warna benda yang dilukis itu mesti dilukis setepat mungkin disebabkan
oleh kesukaran berbuat demikian, maka calon-calon dibenarkan menggunakan
dakwat yang hitam sahaja asalkan bentuk benda yang dilukis itu menjadi.
e) P.5 – Sesuatu karya itu mestilah mempunyai susunan-susunan yang betul.
Susunan-susunan tersebut diberi nama komposisi. Sesuatu komposisi itu mestilah
sesuai dengan saiz kertas atau sutera yang dipilih oleh calon itu.
f) P.6 – Calon mesti berlatih melalui sistem meniru karya-karya silam dengan betul.
Dengan berbuat demikian, dia dapat melihat kekuatan serta kekurangan yang ada
pada karya yang ditirunya itu.
Karya-karya zaman ini :
1. Tanpa Nama ‘Emperor Ming, Huang Travelling in Shu’, 8
2. Hyu Tao Ning ‘ Fishing in a Snowy River’ 11 th century.
3. Shih Ko ‘ Buddhist Patriarch and Tiger’ 10 century.
4. Liang Kai ‘ The Poet Li Po’. 13 century.
5. Wu Chen ‘ Rocks and bamboo’,12 century.
6. Wang Chien ‘Lanscape’, 1666

Zaman Gupta (300 A.D – 600 A.D)


1. Mahabrata 2. Bhagavad Gita 3. Ikonografi
- Khrisna, Arjuna, Saraswati, Parvati dan Lakhsmi
- Sumber semilar adalah agama Hindu. Hindu itu berpunca dari kitab bernama
Mahabbrata, yang ditulis dalam tulisan sanskrit pada tahun 200 B.C (sezaman
dengan Greek Classic)
- Dalam kitab Mahabrata tersebut, ada banyak bab-bab, salah satu bab yang penting
bernama Baghavad Gita yang mengandungi puisi-puisi pujian. Watak pertama
yang banyak berpuisi bernama Khrisna. Khrisna berdialog dengan watak bernama
Arjuna. Mereka bercakap tentang benda-benda yang penting yakni, jiwa, jasad,
hubungan manusia dengan tuhan dan cara-caranya yang mesti dipatuhi manusia
supaya dia selamat.
- Seni India ada 5 prinsip:
a) P.1 – Membuat objek seni itu sebagai satu ibadah, yakni segala patung-patung
yang diukir bukannya untuk kepuasan diri sendiri tetapi adalah untuk kegunaan
ibadah atau penyembahan yang dikongsi oleh ramai orang. Sebab itulah tiada
karya seni India yang mempunyai nama pembuatnya terukir pada karya tersebut.
b) P.2 – Menggunakan bahan batu atau besi supaya arca-arca figura itu kekal buat
selama-lamanya. Sebab itulah karya-karya Seni India kekal hingga ke hari ini
meskipun sudah berusia lebih 2000 tahun.
c) P.3 – Pengukir-pengukir tidak boleh mengukir sesuka hati sebaliknya dia mesti
mengikut peraturan-peraturan yang telah ditentukan cara-cara peraturan itu.
Melalui karya-karya yang terdahulu, ini adalah sama seperti amalan di negeri
China.
d) P.4 – Semua arca figura yang diukir itu mestilah menjadi sebahagian daripada
alat-alatan berhala. Arca-arca itu dilarang dibawa keluar dari kawasan berhala.
e) P.5 – Semua arca-arca yang diukir mestilah mempunyai lapisan-lapisan makna.
Lapisan makna tersebut diberi nama ikonografi. Ikonografi yang telah diwarisi itu
mestilah dipatuhi, yakni imej Brahma, Vishnu, Khrishna, Arjuna, Saraswati,
Parvati atau Lakhsmi adalah watak-watak yang tertentu di dalam senarai
ikonografi. Watak-watak tersebut tidak boleh disalah gunakan sebagai watak-
watak yang lain, salah satu arca yang menentukan watak-watak arca itu, cara
mukanya diukir dan cara tangannya diukir. Jari-jari tangannya dipanggil mudra.
Karya pada zaman tersebut:
1. ‘Brahma’ ai hole 6 century
2. ‘Three Headed Shiva Elephanta. 8 century.
3. ‘Shiva dan Parrvati’ 10 Centuary
4. ‘Shiva’Cambodia, 10 century
5. Angkor wat From The Air’ Cambodia, 12 century.
6. ‘Battle between Khmers and Chams’. 12 century, cambodia.