Anda di halaman 1dari 4

Agama Kristian Dalam Seni Zaman Renaissance

- Agama Kristian seperti agama Hindu dan Buddha, secara langsung


mempengaruhi seni di Eropah. Jika agama Hindu dan Buddha bertapak kekal di
India dan Asia, maka agama Kristian itu juga kekal bertapak di dunia Barat.
Seperti agama-agama lain, agama Kristian juga berpecah sehingga timbul banyak
mazhab. Mazhab yang terbesar ialah aliran Katolik yang bertapak di Rom dan
Itali. Sejak permulaan agama Kristian itu, aliran Katolik inilah yang menjadi
penaung seni yang terbesar. Membiayai pembinaan gereja-gereja, arca-arca dan
catan-catan. Pada Zaman Reinassancelah, penaungan itu mencapai kemuncaknya.
- Ketua-ketua agama aliran Katolik ini diberi nama Pop. Dialah yang memilih para
seniman untuk berkarya demi agamanya seperti arkitek diupah mereka dan
membina gereja, pelukis diupah untuk melukis adegan-adegan keagamaan, baik di
atas kanvas mahupun di atas dinding sebagai mural. Pengarca pula diupah untuk
mengukir figura-figura orang-orang kenamaan, yang memimpin gereja itu.
- Pengetahuan tentang pemikiran zaman silam telah dihidupkan kembali oleh
pengarang-pengarang Zaman Reinassance itu. Mereka telah menterjemahkan
kembali ke bahasa Greek, Latin, dan Itali karya-karya Plato dan Aristotle yang
telah dikekalkan di dalam Bahasa Arab. Umpamanya, karangan Plato yang
bernama Symposium dan karangan Aristotle yang bernama Politics yang telah
lama hilang dari bahasa asalnya, iaitu bahasa Greek purba yang telah
diterjemahkan oleh penulis-penulis Arab ke Bahasa Arab. Maka, bolehlah
dikatakan nafas intelektual Zaman Reinassance itu dihidupkan kembali oleh
orang-orang muslim khususnya di Baghdad, di mana terjemahan tersebut
dilakukan. Kedua-dua karya Plato dan Aristotle itu mengajar manusia cara untuk
mencari kebenaran.
- Seni Zaman Reinassance berpunca dari keinginan merakam dunia seperti adanya.
Bentuk yang 3D yang dirakamkan pada permukaan leper adalah suatu jumpaan
yang dicetuskan oleh ilmu perspektif yakni benda yang di hadapan kelihatan
besar, dan benda yang di belakang kelihatan kecil. Merakam alam benda dengan
menggunakan lapisan-lapisan satah memungkinkan terciptnya karya-karya agung
yang diberi nama Master Pieces; yang dikagumi hingga ke hari ini.
- Leonardo da Vinci seorang pelukis, saintis, arkitek dan pelbagai lagi bidang ilmu,
telah menghasilkan suatu buku yang bernama Thiesaries. Buku tersebut
menganjurkan fahaman, Empiricisme, yakni kepercayaan bahawa ilmu itu hanya
boleh diperolehi melalui faktor pengalaman. Dengan terdorongnya orang-orang
tentang madah Leonardo da Vinci maka Zaman Reinassance itu menjadi zaman
mencari ilmu. Leonardo da Vinci sendiri umpamanya pernah membedah mayat
manusia untuk melakar segala urat dan otot dan menamanya satu persatu.
Tujuannya ialah mengkaji bagaimana jantung itu berdenyut, darah mengalir, suara
terdengar, bayi terbentuk di dalam rahim serta peranan-peranan tulang rangka.
Zaman ini juga orang-orang Eropah menjelajah ke serata dunia yang ketika itu
dipercayai berbentuk leper. Pengembara-pengembara ingin membuktikan bahawa
dunia itu bulat. Ada pengembara yang sampai ke Amerika, namanya ialah
Christopher Columbus. Pengembara bernama Cortes sampai ke Mexico.
Pengembara bernama Alfonso De Albuqurque sampai di Melaka dan
menaklukinya.
- Vasari, telah menulis buku yang bernama ‘Lifes Of The Artist’ yang telah terbit
pada tahun 1960-an di mana dia telah menceritakan riwayat hidup pelukis-
pelukis Itali untuk menjadi tatapan umum. Vasarilah yang memulakan ilmu
bernama Sejarah Seni. Dia mendapati bahawa karya seseorang seniman itu adalah
sama pentingnya dengan riwayat hidup seniman tersebut.
- Zaman Reinassance ini juga timbul fahaman yang bernama ‘ Humanisme’ yang
bererti memberi nilai bagi segala jenis ilmu seperti sains, astronomi, ekonomi,
ketenteraan, fizik, falsafah, matematik, seni dan sebagainya. Ilmu-ilmu tersebut
ditulis dan disebarkan berdasarkan kepercayaan bahawa setiap manusia
mempunyai akal yang boleh menyelesaikan apa sahaja masalah. Maka terjadilah
pertentangan yang hebat antara pihak gereja yang selama ini menguasai ilmu dan
pihak para intelektual yang bertungkus lumus ingin menyebarkan ilmu tidak kira
apa bangsa dan agama. Dengan adanya pertentangan itu, maka Zaman
Reinassance ini adalah penuh pancaroba yang didalangi oleh pihak-pihak yang
mempunyai agenda-agenda yang bertentangan.
Lukisan-lukisan berkaitan
1. Brunelleschi, ‘ Santo Spirito’ 1434, Florence
- Perspektif, keseimbangan, pengulangan, pencahayaan yang gelap
- Peranan agama yang berada jauh di belakang, ritual supaya pergi ke hadapan
dengan berjalan perlahan-lahan.
2. Leone Battista Alberti, ‘ St. Andrea’ 1470. Mantua.
3. Donatello, ‘ David ’, 1430. Bronze 63 in, Florence.
- seorang pemuda yang telah membunuh gergasi yang jahat
- ada pedang pada tangan dan kepala gergasi di kakinya.
- Berdiri di atas satu kaki ( Contraposto).
4. Donatello, ‘Equestrian Monument of Gattamelata’ 1450. Bronxe. 12ft. Padua.
5. Michelangelo, ‘David’, 1504, Marble 14ft, Florence.
6. Giotto ‘Lamentation’ 1306, Fresco. Padua.
- Tangisan pengikut-pengikut Isa, kerana kematian Isa yang disayangi akibat
dihukum salib oleh orang ramai yang memusuhi beliau
- Ada malaikat yang memiliki sayap.
- Lelaki dan perempuan, ada cubaan awal utk melakar kedutan-kedutan kain.
7. Masaccio, ‘Tribute Money’, 1424. Fresco. Florence.
- Ada 3 cerita, 1 watak yang berdiri satu kaki, adalah pengutip cukai dan
mengambil cukai dari Isa,
- Pengikut pergi tangkap ikan (dalam sungai pada sebelah kiri karya) dan Isa
jadikan ikan tersebut kepada kepingan emas.
- Bermula di tengah, ke kanan dan berakhir di kiri.
- Ada pokok-pokok di belakang, ikut kadar perspektif. Bangunan tersusun di
belakang pengikut-pengikut.
8. Leonardo Da Vinci, ‘Mona Lisa’, !506. Oil on Board, 30x21 in. Louvre, Paris.
- Tiada calitan berus (buat secara berulang, jadi tiada calitan kelihatan, kemas,
teliti)
- Menunjukkan raut wajah dan senyuman yang berlainan, bentuk tangan yang halus
dan licin (perkara yang sukar dilakukan dalam melukis catan) dan bentuk buah
dada yang leper (larangan tertentu pada zaman itu).
- Kampung halaman Leonardo di belakang watak Mona Lisa.
- Mungkin lakaran jelmaan ibunya yang digambarkan, kerana Leonardo tidak
pernah melihat ibunya, kerana beliau merupakan anak luar nikah.
9. Leonardo da Vinci, ‘Virgin of The Rocks’, 1497-1511. Oil on board. 74x74 in.
London.
- ada garisan 3 segi yang tersirat dalam lukisan.
- Menggambarkan Mariam dan Isa, dikatakan Mariam melahirkan Isa tanpa
bersetubuh.
10. Leonardo da Vinci, ‘Proportion’.
11. Leonardo da Vinci, ‘Internal Organs’. 1500.
- gambaran organ dalam manusia
12. Leonardo da Vinci, ‘Bones structure’.
13. Raphael, ‘The Holly Family’ 1520, Oil on canvas. 207x140cm
14. the little holly family 1520. Oil on canvas, 39x30cm.
15. Michaelangelo, ‘creation of adam’ sistine ceiling vatican 1511. fresco
- gambaran adam yang diberi roh oleh tuhan.
- Lukis secara berbaring. Pernah kena komen. Lukis pgawai tersebut di dalam
neraka.
15. Michaelangelo, study of adam. 1511.