Anda di halaman 1dari 3

Agama Buddha dalam Seni Jepun

- Agama Buddha bermula dari seorang bernama Siddharta, berbangsa Nepal yang
hidup antara 556 ke 486 B.C. Ketika Usianya 29 tahun, dia menolak dunia untuk
mencari kebenaran melalui bertapa dan bermeditasi selama 6 tahun. Dia akhirnya
berjaya mencapai taraf kesedaran yang amat tinggi tentang kefanaan dunia ini.
Sejak itu dia mengajar pengikut-pengikutnya yang mencari kebenaran atau
nirvana melalui 4 kebenaran;
1. Hidup adalah penderitaan
2. Kita menderita disebabkan oleh keinginan
3. Hapuskan keinginan
4. Carilah jalan sendiri untuk mencapai keinsafan.
- Jalan (path) itu ada 8 :
1. ilmu yang betul
2. Niat yang betul
3. Cakap yang betul
4. Perangai yang baik
5. Buat kerja yang baik
6. Cuba dan terus cuba mencari kebenaran
7. Insaf dan kawal diri
8. bertafakur dengan betul
- Pada mulanya, tiada arca figura atau catan dinding yang dibuat oleh pengikut-
pengikut Buddha, Buddha dan pengikut-pengikutnya menganggap seni itu perkara
yang tidak baik. Tanda suka menunjuk-nunjuk, megah dan bongkak. Seni itu
adalah suatu kemewahan yang amat sangat, bertentangan dengan fahaman mereka
yang menolak keduniaan.
- 300 tahun selepas Buddha atau Sidharta meninggal, pengikut-pengikutnya
menyeleweng. Asoka (273-232 B.C) seorang pemimpin India beragama Buddha
mengupah petukang-petukang untuk merakamkan lambang-lambang yang
berkaitan dengan kefahaman Buddha itu. Asoka telah mendirikan 84,000 stupa
untuk mengingati perihak hidup Buddha seperti pada saat dia mendapat keinsafan
atau dia melakukan perkara-perkara ajaib.
- Tiang-tiang batu juga banyak dibina oleh Asoka. Di tempat-tempat dimana
dipercayai Buddha sendiri pernah menapak kaki. Pada tiang-tiang batu yang bulat
itu yang setinggi 30 kaki, diukir motif-motif bunga-bungaan dan di puncaknya
pula adalah arca ukiran singa, lambang keberanian Buddha mengharungi
rintangan hidupnya.

Perspektif lawan Non-Perspektif dalam bidang Potret, Landskap, dan Alam Benda
- Dalam kesenian Barat, perspektif itu merupakan kaedah yang amat dihargai. Ini
adalah kerana penggunaan perspektif menerbitkan satu illusi bahawa kedataran
kanvas itu boleh diatasi dengan adanya satah-satah yang berundur ke kejauhan di
dalam catan tersebut. Ilmu perspektif ini berpunca sejak Zaman Greek Klasik lagi
dan diterangkan secara panjang lebar oleh Aristotle. Tujuan perspektif ialah
menguasai realiti.
- Sejak Zaman Reinessance lagi, perspektif itulah digunakan sebagai piawai untuk
menentukan baik atau tidak sesebuah karya itu. Oleh yang demikian, perspektif
diajar pada pelajar-pelajar di akedemi-akedemi seni halus di Eropah sejak Zaman
Reinassance lagi.
- Melukis potret atau lanskap atau alam benda, memerlukan perspektif yang betul.
Ini kerana tujuan seni ialah mendapat keserupaan.
- Bolehlah dikatakan bahawa sejarah Seni Eropah sejak Zaman Greek Klasik lagi
ialah cerita mengenai bagaimana perspektif itu berfungsi.
- Keinginan untuk melanggar kekuasaan perspektif itu bermula pada abad ke-19.
gerakan seperti Impresionesme membawa kepercayaan bahawa seniman itu boleh
berkarya sesuka hatinya. Tidak lagi terikat kepada tradisi. Ini membawa semacam
nafas baru yang amat menyegarkan. Seniman merasa bahawa keleperan kanvas
itu patut dihargai. Maka keleperan itu menjadi nilai baru dalam kesenian moden
Eropah.
- Seniman percaya bahawa realiti itu bukan untuk dirakam tetapi sebaliknya realiti
itu dipecahkan sehingga menjadi serpihan-serpihan yang langsung tiada kaitan
dengan apa yang digambarkan itu.
- Keinginan untuk memberi nilai yang tinggi kepada leperan berakhir dengan
karya-karya yang hanya mempunyai satu atau dua warna sahaja karya itu menjadi
sebahagian dengan dinding. Pelukis-pelukis menganggap ini sebagai kemenangan
terbesar dan mengapa ia sebagai paradoks. Ini kerana untuk merakam dunia,
lukisan itu merakam kedataran.