Anda di halaman 1dari 4

SJK(T) LADANG SELABA,

Minit Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu


Bil 4/2014
Tarikh
: 11/11/2014
Hari
: Selasa
Tempat
: PSS
Masa
: 1.45 3.00 petang
Hadir bersama : Pn.P.K.Rajesvary (Guru Besar)
Pn.B.Vimala
(PK Pentadbiran)
Pn.Indra
En.Hilal Razman b.Yin
Cik Sri Magesh Wartini
Tidak hadir
1.0

: Pn.Mariamma (CUTI BERSALIN)

Ucapan pengerusi
1.1Pengerusi mengalu-alukan kedatangan semua guru ke mesyuarat
Panitia Bahasa Melayu kali keempat tahun 2014.
1.2Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kesudian para guru untuk
menghadiri mesyuarat.
1.3Pengerusi mengingatkan semua guru Bahasa Melayu agar terus
mengekalkan komitmen sedia ada dan terus memberi yang terbaik
untuk kecemerlangan subjek Bahasa Melayu di sekolah.
1.4Semua guru mesti mematuhi Dasar MMI seratus peratus ketika berada
di sekolah. Pergerakan Guru besar 30 % manakala guru adalah 20%.
1.5Guru bahasa juga diminta melaksanakan segala program yang
dirancangkan oleh panitia untuk meneruskan kecemerlangan murid
dalam Bahasa Melayu.
1.6Beliau meminta guru mata pelajaran mengambil inisiatif mengatasi
masalah pembelajaran murid secepat mungkin.
Tindakan: Semua guru

2.0

Ucapan penasihat
2.1Penolong Kanan Pentadbiran mengucapkan selamat sejahtera kepada
semua guru.
2.2Beliau meminta guru-guru memberi perhatian dalam usaha
meningkatkan prestasi murid.
2.3Beliau mencadangkan agar guru-guru mengenalpasti aspek kelemahan
murid dan berusaha mengatasinya. Beliau juga menyarankan agar
memberi pengayaan kepada murid yang pandai atau meminta mereka
mengajar murid yang lemah.
2.4Guru Besar menerangkan peranan dan fungsi PPD, JPN Pusat dan
sekolah dalam transformasi. Antara peranan dan fungsi yang
dimaksudkan adalah seperti berikut:

Peranan PPD sebagai Pembimbing


Peranan JPN sebagai Penyampaian Pendidikan
Peranan Pusat sebagai Strategis
Peranan Sekolah sebagai Pelaksana
Fungsi PPD adalah untuk menggerakkan dan memantapkan
mekanisme instruksional dan professional.
Fungsi JPN adalah untuk mengkoordinasi opersai pendidikan

Fungsi Pusat adalah untuk merancang, menggubal dan


menilai dasar pendidikan peringkat makro
Fungsi Sekolah
adalah untuk melaksana pembangunan
murid
Tindakan : Makluman

3.0

Pembentangan minit mesyuarat yang lalu


3.1Ketua panita,En. Hilal Razman telah membentangkan minit mesyuarat
yang lalu.
3.2Pn.B.Vimala telah mencadangkan pengesahan minit mesyuarat.
3.3Pn.Indira menyokong agar minit mesyuarat tersebut disahkan.

4.0 Perkara Berbangkit


4.1 Guru besar meminta semua guru merancang aktiviti dan perancangan
panitia untuk sesi
2015
4.2 Beberapa perubahan akan dilaksanakan untuk kelas tahun 1, 5 dan 6
4.3Semua guru diminta menyediakan aktiviti,kelas dan program untuk
murid tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR tahun hadapan.
4.4Murid-murid Tahun 5 akan diberi kelas bimbingan pra UPSR pada setiap
hari sebagai persediaan menghadapi peperiksaan pada tahun hadapan.
4.5Ketua Panitia meminta agar guru merancang dan menyediakan bahan
secukupnya untuk murid semasa kelas bimbingan dilaksanakan.
Tindakan

En.Hilal

Razman

b.Yin
Cik
Sri Magesh Wartini

5.0

Pembentangan Analisa Peperiksaan Akhir Tahun 2014


5.1
Ketua panitia telah membentangkan analisa keputusan dan post
mortem untuk tahun 5 dan 6.
5.2
Ketua panitia membentangkan peratus bagi murid tahun 5 dan 6
adalah seperti lampiran yang diberikan (Lampiran post mortem
tahun 5 dan 6)
5.3
Beliau meminta semua guru mengatasi masalah murid khusus
dalam penguasaan tatabahasa dan karangan.
Tindakan:
guru

Semua

6.0

Penentuan target dan cadangan penambahbaikan


6.1
Pengerusi meminta guru-guru mengisi target matapelajaran
masing-masing dalam borang headcount yang telah diedarkan.
6.2
Guru-guru harus membandingkan markah ujian bulanan dengan
target serta mengambil tindakan susulan bagi peningkatan prestasi
PPT.
6.3
Guru tahun 6 mesti meningkatkan markah murid pada tahun
hadapan berdasarkan TOV PAT
6.4
Berikut adalah antara cadangan penambahbaikan yang telah
diusulkan:
- Guru memberikan peneguhan positif dengan memberi ganjaran
seperti gula-gula, alat tulis dan sebagainya untuk menarik minat
murid.
- Guru mengajar bermula dengan kandungan yang mudah dahulu
supaya murid tidak berasa susah dan mahu terus mencuba.
- Guru-guru diminta mempelbagaikan BBM semasa menjalankan P&P.
- Guru-guru diminta supaya mengenal pasti masalah murid secara
individu.

7.0 Hal-hal lain


7.1 Kelas pemulihan khas untuk murid tahun 4 dan 5 akan dilaksanakan
sepenuhnya
mulai tahun hadapan Guru matapelajaran dan guru pemulihan
diminta membantu muridmurid yang menguasai kemahiran-kemahiran ini agar mereka dapat
meningkatkan
kemahiran mereka dalam Bahasa Melayu
Tindakan : Guru
bahasa dan guru pemulihan
8.0 Ucapan penangguhan
8.1 Mesyuarat ditangguhkan dengan ucapan terima kasih pada pukul 3.30
petang.

Disediakan oleh,

...................................................
.....
(En.Hilal Razman b.Yin)
Ketua Panitia Bahasa Melayu

Disahkan oleh,

..........................................

Anda mungkin juga menyukai