Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI KENDIRI (PERSATUAN)

SITI NUR AFIQAH BINTI OTHMAN


921211-05-5236
6 PISMP BM/PJ/MORAL

Syukur Alhamdulillah, dengan berkat dan hidayahnya, Pertandingan Teater


Kanak-kanak peringkat Zon Selatan telah kami sertai dengan jayanya. Yang paling
membanggakan, segala kudrat dan usaha kami terbayar apabila kami menang besar
dalam pertandingan tersebut dan kumpulan kami telah dinobatkan sebagai
pemenang keseluruhan.
Pada mulanya, saya secara peribadi tidak mengetahui tentang pertandingan
ini. Sehinggalah, pengarah teater iaitu Mohd Syuhadak memberitahu bahawa kami
perlu pulang awal (kerana ketika itu cuti pertengahan semester) dan perlu menginap
di rumah Dr. Maskiah di Kulai untuk berlatih. Saya akur dengan arahan yang
diberikan, walaupun saya terasa sedikit berat untuk meninggalkan rumah dan
terpaksa mengorbankan cuti saya.
Setibanya saya dirumah Dr. Maskiah, beliau telah memberi taklimat mengenai
pertandingan tersebut. Di sebabkan ada beberapa orang yang tidak dapat pulang
awal, Dr. Maskiah hanya dapat menyampaikan taklimat tersebut kepada beberapa
orang yang ada sahaja. Beliau juga telah memberi cadangan kepada kami untuk
mementaskan sebuah teater yang bertajuk Beringin Merah. Walau bagaimanapun,
kami tidak dapat kata putus kerana ahli kelas belum lengkap dan kami perlu
menunggu mereka pulang untuk menanyakan pendapat mereka.
Apabila hampir semua ada, kami telah berbincang dan membuat keputusan
untuk mengikut cadangan Dr. Maskiah kerana dalam cerita Beringin Merah itu
sama tema seperti yang telah di berikan kepada kami. Oleh itu, pemilihan watak
terus dijalankan untuk memastikan pembikinan teater ini terus bergerak dengan
pantas kerana masa yang ada sangat singkat, tidak sampai seminggu.
Selepas pemilihan watak, terdapat sembilan orang yang telah terpilih untuk
memegang watak (utama dan sampingan), manakala lagi dua belas ahli yang lain
telah dipilih untuk menjadi crew produksi.

Pengarah bagi teater ini ialah Mohd Syuhadak dan penolong pengarah itu
sendiri ialah saya. Oleh itu, kami berdua telah pisahkan dua bidang kerja ini.
Syuhadak akan menguruskan bahagian pentas iaitu pengarahan, manakala saya
menguruskan hal produksi seperti kostum, alatan atas pentas, pembelian barang,
dan alatan yang digunakan oleh pelakon. Dalam masa yang sama, saya dan
syuhadak telah berkolaborasi dengan semua ahli kelas dalam membina skrip dan
lagu yang perlu ada dalam teater tersebut. Dengan semangat kerjasama inilah,
adalah salah satu kunci kejayaan kami dalam teater ini.
Sepanjang usaha kami untuk menjayakan teater ini, pelbagai masalah yang
kami hadapi. Masalah ini tidak menjatuhkan semangat kami, malahan memberikan
kami lagi kekuatan untuk menang dalam teater kanak-kanak ini. Antara masalah
yang saya hadapi ialah penyesuaian skrip dengan watak, pemilihan kostum,
menjahit kostum, masalah dari segi kewangan dan pelbagai masalah lain. Namun,
itu semua tidak langsung mematahkan semangat kami untuk terus berjuang hingga
ke hari pertandingan.
Secara kesimpulannya, saya sangat berpuas hati dengan kerjasama yang
diberikan oleh ahli kelas saya, dan dalam masa yang sama, saya juga kenal erti
persahabatan melalui pengalaman ini. Selain itu, saya telah belajar cara untuk
menghadapi cabaran dan bertolaransi dengan orang lain. Sifat sabar perlu ada
dalam diri setiap manusia. Seandainya kita bersabar menghadapi segala cabaran
maka kita akan dapat nikmat manisnya kemenangan.

...............................................................
(SITI NUR AFIQAH BINTI OTHMAN)