Anda di halaman 1dari 1

DOA MAJLIS HI-TEA SMK TELOK GADONG

Ya Allah , Ya Karim Ya Wadud ,


Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah
mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri Majlis Hi-Tea
Tahunan Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Gadong 2014.
Ya Allah , Tuhan Yang Berkuasa Melaksanakan apa yang dikehendaki
,
Jadikanlah hari-hari yang kami lalui dimulai dengan rahmat-Mu ,
pertengahannya barakah , dan disudahi dengan keampunan-Mu . Dan
juga jadikanlah hari-hari yang kami lalui permulaannya hidayah ,
pertengahannya kemenangan dan diakhiri dengan kecemerlangan .
Ya Allah , Tuhan Yang Maha Esa lagi Perkasa
Kami memohon kehadrat-Mu semoga Engkau jadikan majlis ini
sebagai salah satu wadah untuk kami bersatu-padu , bekerjasama
dan bantu-membantu dalam kalangan kami dan juga demi
membangunkan dan memartabatkan sekolah kami di persada arus
perdana kecemerlangan pendidikan negara.
Satukanlah hati-hati kami sebagai pentadbir , para pendidik ,
kakitangan sekolah dan ibu bapa pelajar di sekolah ini, agar
menjadikan kejayaan dan kecemerlangan anak-anak didik kami
sebagai matlamat kami yang utama dan bersama .
Ya Allah , jadikanlah pertemuan kami ini sebagai pertemuan yang
diberkati dan dirahmati . Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini
sebagai perpisahan yang Engkau pelihara daripada mara bahaya dan
keburukan.

Anda mungkin juga menyukai