Anda di halaman 1dari 1

FORMAT KERTAS KERJA

1.

TAJUK KERTAS KERJA


Nyatakan tajuk kertas kerja yang bersesuaian.
Contoh:
SEMINAR MENCEGAH, MEMBASMI DAN MENANGANI GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA.

2.

TUJUAN
Nyatakan tujuan projek/program.
Contoh:
Tujuan kertas kerja ini adalah untuk memaklumkan serta mencadangkan pelaksanaan seminar bagi
tujuan Mencegah, Membasmi Dan Menangani Gangguan Seksual Di Tempat Kerja.

3.

LATAR BELAKANG
Nyatakan sedikit latar belakang pertubuhan dan hubungkait serta kepentingannya dengan program yang
dicadangkan.
Contoh:
Isu-isu gangguan seksual sering diperkatakan dan semakin mendapat liputan media-media cetak dan
elektronik. Kes-kes gangguan seksual juga telah menular dikalangan warga pekerja di tempat kerja.
Kebanyakannya kes gangguan seksual di tempat kerja melibatkan kaum wanita maka satu program ini
perlulah dipanjangkan kepada golongan ini.

4.

OBJEKTIF
Senaraikan objektif-objektif utama program ini.
Contoh:
Untuk meningkatkan kesedaran dikalangan pekerja-pekerja wanita di sektor swasta tentang gangguan
seksual dan cara menangani gangguan seksual.