Anda di halaman 1dari 13

MODEL ASSURE

1.Pengenalan
Bidang teknologi berkait rapat dengan bidang pendidikan. Perkaitan ini telah menimbulkan
model-model yang boleh diaplikasikan dalam bidang pendidikan. Justeru itu, adalah mustahak
bagi

guru

untuk

mendalami

pengetahuan

mengenai

teknologi

pendidikan

dan

pengajaran.Teknologi pendidikan adalah kaedah sistematik dengan menggabungkan pelbagai


media komunikasi yang inovatif. Tujuan utama teknologi pengajaran digunakan adalah
untuk mempengaruhi

pembelajaran

supaya

pembelajaran

tidak

lagi tertumpu

kepada

pengajaran guru tetapi kepada media dan bahan.Antara elemen-elemen rasional kepentingan
teknologi dalam pendidikan seperti berikut:
Motivasi
Dengan menggunakan teknologi dapat memotivasikan pelajar untuk belajar.Menurut Kozma
dan Croginger (1992), menerangkan beberapa cara teknologi dapat membantu dalam proses
kognitif, motivasi dan membantu keperluan sosial pelajar.
Keunikan pengajaran
Selain itu, keunuikan pengajaran boleh memudahkan suasana pembelajaran menjadi lebih
hebat dan berkesan. Ia juga dapat menghubungkan pelajar dengan sumber maklumat dan alat
pembelajaran.
Sokongan kepada pendekatan baru pengajaran
Dewasa ini masyarakat mula sedar kepentingan teknologi dalam pelbagai bidang. Pelbagai
pendekatan baru yang digunakan bagi memotivasikan pelajar dalam bidang pendidikan.
Antaranya pembelajaran koperatif , berkongsi kecerdikan dan mempunyai kemahiran yang
tinggi.
Meningkatkan produktiviti guru
Tidak dinafikan dengan penggunaan teknologi dapat mengurangkan kerja guru dan mejimatkan
masa dalam penyimpanan rekod dan data. Sudah semestinya guru akan lebih produktif

sekiranya mereka dilatih dan didedahkan dalam kaedah berasaskan teknologi dan mampu
mengakses dengan pantas maklumat bagi keperluan mereka.
Sebagai keperluan kemahiran ICT
Seperti yang telah diketahui keperluan ict pada zaman globalisasi ini amatlah penting dan ia
perlu dikuasai oleh pelajar bagi menyediakan mereka untuk menjadi pelajar bermaklumat.
Menurut Moursund (1995), tiga jenis laluan yang dikenali sebagai kemahiran asas untuk semua
rakyat dalam Teknologi Maklumat (IT) ialah Literasi maklumat, literasi teknologi dan literasi
Visual.
2. Definisi Teknologi Pengajaran
Menurut Silber (1970) teknologi pengajaran ialah pembangunan (penyelidikan, reka bentuk,
penerbitan, penilaian, penggunaan) komponen sistem pengajaran ( mesej, manusia, bahan,
alatan, teknik , keadan) dan pengurusan pembangunan ( organisasi, personel) yang sistematik
bagi menyelesaikan masalah pendidikan.

Teknologi pengajaran ; ialah satu cara sistematik untuk mereka bentuk, menjalankan, dan
menilai proses keseluruhan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan objektif khusus,
penyelidikan yang berdasarkan kepada pembelajaran manusia dan komunikasi. ia juga
melibatkan kombinasi sumber manusia dan sumber bukan manusia. Tujuannya ialah untuk
membolehkan pengajaran menjadi efektif ( Suruhanjaya Teknologi Pengajaran 1970)

Menurut Seels dan Richey (1994), teknologi pengajaran ialah teori dan praktis reka bentuk,
pembangunan, penggunaan, pengurusan dan penilaian proses pelbagai sumber pembelajaran.

3. Model ASSURE
Model assure ini menggunakan akronim dengan menggabungkan pengajaran seperti yang
diterangkan oleh Gagne.Maksud akronim ASSURE ini seperti berikut:
A

Analyze Learners ( menganalisis pelajar)

State Objective ( Menyatakan objektif)

Select Methods, Media and Materials ( memilih kaedah, media dan


bahan )

Ultilize media and materials ( menggunakan bahan dan media)

Require Learner Participation ( memerlukan penglibatan pelajar)

Evaluate and revise

( menilai dan menyemak semula bahan)

Menurut Smaldino, Russell, Heinch dan Molenda (2005), model ini merupakan prosuder atau
panduan untuk merancang dan menguruskan sesuatu bahan atau media dengan mengambil
kira teknologi. Menurut Rozinah Jamaluddin ( 2003), model ASSUREadalah panduan prosuderal
untuk perancangan dan pengendalian pengajaran dengan integrasi media. Proses pembagunan
pengajaran yang lengkap bermula dengan keperluan bagi menentukan sama ada pengajaran itu
sesuai atau tidak dengan apa yang ingin dicapai. Model ASSURE digunakan kepada
perancangan media di bilik darjah

3.1 Menganalisis Pelajar


Sebelum menggunakan bahan atau media dalam pengajaran guru perlu mengenali ciriciri pelajar, isi kandungan pelajaran, media dan bahan pelajaran. ini sebagai langkah pertama
guru untuk persediaan sebelum memulakan pengajaran pembelajaran. Antara faktor yang di
ambil kira untuk membuat keputusan dalam pemilihan media ialah:

i. Ciri-ciri am merangkumi sosial pelajar seperti umur, tahap gred, kedudukan, pekerjaan, faktor
budaya dan sebagainya.
ii. Ketrampilan kemasukan khusus adalah pengetahuan kemahiran atau kekurangan yang ada
pada pelajar.
iii. Gaya pembelajaran pula meliputi baka, psikologi yang mempengaruhi pelajar untuk
menerima dan bertindak balas terhadap rangsangan.
Berdasarkan fakta yang dijelaskan, guru perlulah mengenal pasti pelajar sama ada dari
segi umur, latar belakang, sosio ekonomi dan tahap gred yang dicapai oleh pelajar sebelum
menggunakan media berdasarkan model ASSURE dalam pengajaran pembelajaran. Sekiranya
guru berdepan dengan pelajar yang pasif guru perlu membina model bahan atau media yang
sesuai supaya pembelajaran tidak membosankan pelajar.
Oleh itu, aras pengetahuan, kemahiran dan pengetahuan sedia ada juga perlu
diambil kira supaya bahan media yang digunakan dapat mencapai sasaran objektif pengajaran
guru. Sebagai contoh guru ingin membina bahan dan media bagi tajuk pekerjaan rasulullah
S.A.W dan kehidupan baginda, guru perlu mengenal pasti latar belakang murid sama ada
pernah mendengar cerita Nabi Muhammad dan mengalami suasana kehidupan di Tanah Arab
tersebut atau tidak. Jika pelajar belum pernah melalui suasana kehidupan masyarakat di tanah
Arab, guru boleh memikirkan alternatif yang boleh memberi pengalaman kepada pelajar tanpa
perlu berada di Tanah Arab. Dan sudah semestinya tayangan video merupakan pilihan yang
tepat untuk tajuk tersebut. Dengan mengaplikasikan tayangan video kehidupan masyarakat
arab dan pekerjaan mereka itu murid dapat mengalami dan memahami cara kehidupan
sebenar Rasulullah S.A.W. Sehubungan dengan itu, proses menganalisis pelajar amat penting
kerana melalui maklumat awal dan latar belakang pelajar, guru dapat membina bahan media
yang baik dan sesuai dengan latar belakang pelajar. Bahan media yang baik akan mendorong
pelajar lebih memahami dan mengetahui maklumat pembelajaran dengan lebih mudah.

3.2

Menyatakan Objektif

Objektif pengajaran dan pembelajaran perlu dinyatakan dengan jelas oleh guru. Ini
adalah sebagai sasaran pengajaran pembelajaran dan semestinya pernyataan objektif mestilah
tepat. Kepentingan objektif pengajaran adalah sebagai mengetahui dan memilih kaedah dan
media pengajaran yang tepat. Dengan mengetahui objektif, guru dapat merancang dan
mencipta suasana pembelajaran bagi mencapai objektif tersebut. Melalui objektif juga guru
dapat menilai pelajar dengan tepat sama ada objektif yang diingini oleh guru tercapai atau
tidak. Pernyataan objektif yang baik mempunyai empat kriteria.
Siapakah yang hendak dicapai?
Apakah yang hendak dicapai?
Bagaimana hendak mencapai sasaran ?
Apakah tahap pencapaian yang telah dicapai?

Siapakah yang hendak dicapai?


Dalam komponen ini tertumpu kepada perkara yang dilakukan oleh pelajar bukan yang
dilakukan oleh guru. pembelajaran hnaya berlaku apabila pelajar itu aktif, mental yang sihat,
iaitu dia dapat memproses idea atau secara fizikal seperti menguasai kemahiran dalam
pengajaran pembelajaran.

Apakah yang hendak dicapai?


Soalan ini merujuk kepada tingkah laku pelajar. Tingkah laku yang menggambarkan
keupayaan pelajar selepas mengikuti pengajaran dan merupakan unsur penting dalam sesuatu
objektif. Tingkah laku yang dinyatakan dalam objektif pengajaran pembelajaran hendaklah
dapat diukur dan dilihat pencapaiannya. Untuk menyatakan tingkah laku dalam objektif
mestilah menggunakan istilah yang tepat dan sesuai. Istilah yang kabur seperti menyatakan,
mengetahui, memahami dan sebagainya tidak akan dapat menghuraikan objektif dengan jelas.
Antara istilah yang boleh digunakan seperti:

menganalisis
memilih
mengkelaskan
mengkategorikan
menyebut
menyusun
membina
melabelkan
mewarna
menilai
membanding
mereka cipta
menggambarkan
mengukur
mengeneralisasikan

iii.

Bagaimana hendak dicapai?


Untuk pencapaian objektif pengajaran pembelajaran hendaklah termasuk syarat tingkah

laku baru yang dapat diperhatikan. Pernyataan syarat pencapaian objektif juga dapat
membantu guru menyediakan suasana dan langkah pengajaran pemberlajaran.
iv.

Apakah tahap pencapaian yang telah dicapai?

Darjah atau aras pencapaian yang dicapai oleh pelajar sama ada aras 1, aras 2 atau
aras 3. Ia merujuk kepada darjah ketepatan, kualiti atau kuantiti tingkah laku tempuh masa
yang ditetapkan dan sebaginya.Kriteria berkenaan dinyatakan secara kualitif dan kuantitatif.
Contoh penulisan objektif bagi tajuk Pahala dan Dosa Pendidikan Islam Tahun 4.
Pada akhir pembelajaran murid dapat :
Aras 1
Menyebut pengertian pahala dan dosa secara lisan.
Aras 2
Mengenal pasti amalan yang boleh diberi ganjaran pahala dan amalan yang dibalas dosa.
Aras 3
Mengklasfikasikan perbuatan yang boleh membawa kepada dosa dan pahala.

Berdasarkan penulisan objektif tadi, sebelum memulakan sesuatu pengajaran guru perlu
menyatakan objektif pengajaran pembelajaran bagi menetapkan apa yang perlu dicapai oleh
pelajar dalam bahan media yang digunakan dalam pengajaran pembelajaran. Menurut
Nicholson (1996) menyatakan bahawa objektif bagi sesuatu bahan media amat perlu bagi
memastikan keberkesanan bahan media yang digunakan dalam pengajaran pembelajaran.
Contohnya dalam tajuk perkara perkara yang membatalkan solat guru menetapkan murid
dapat menyenaraikan sekurang-kurangnya 6 perkara yang membatalkan solat. Guru boleh
menggunakan bahan media seperti power point atau cdri berkaitan perkara-perkara yang
membatalkan solat menerusi tayangan tersebut. Ini secara tidak langsung dapat mengukur
kebolehan murid dan objektif tercapai.

Klasifikasi objektif

Objektif diklasifikasikan mengikut jenis pembelajaran asas yang dikehendaki. terdapat 3


kategori bagi menerangkan dan menyusun jenis pembelajaran iaitu kemahiran kognitif,
kemahiran afektif dan kemahiran psikomotor.

3.3

Pemilihan kaedah, media dan bahan.


Seterusnya, perancangan yang sistematik dengan menggunakan media memerlukan

kaedah, media dan bahan yang akan dipilih oleh guru dengan sistematik melalui langkah
berikut:

I.

Menetapkan kaedah yang tepat

Guru perlu memilih kaedah yang sesuai dalam mata pelajaran yang akan di ajar kepada pelajar.
Contohnya aktiviti permainan boleh digunakan sebagai kaedah untuk menarik perhatian dan
meningkatkan minat pada permulaan pelajaran. Sebagai mengembangkan pelajaran guru boleh
melaksanakan kaedah sumbang saran atau perbincangan. Lantaran itu pelajar dapat
mencambahkan maklumat baru.
II.

Memilih media yang sesuai bagi melaksanakan kaedah.

Jika diteliti dengan lebih mendalam, format media ialah bentuk fizikal paparan mesej. Format
media termasuk carta flip, slaid, audio, video, filem, komputer multimedia, CDRI , CDROOM dan
sebagainya. Sehubungan dengan itu, guru perlu memilih media dalam bentuk aliran atau
senarai semaik. Guru perlu memilih media berdasarkan kumpulan sasaran, situasi pengajaran,
angkubah pengajaran dan objektif sama ada kognitif, efektif dan psikomotor mesti di ambil kira
bagi setiap format media yang digunakan.
III.

Memilih, mengubahsuai atau mereka bentuk bahan.

Menurut Rozinah Jamaluddin (2003), bagi memperoleh bahan yang sesuai, guru perlu
melibatkan 3 alternatif iaitu

memilih bahan yang tersedia ada.

mengubah suai bahan yang sedia ada.

mereka bentuk bahan yang baru.

Memilih kaedah dan media yang sesuai juga adalah berdasarkan kebolehan pelajar
dan objektif pembelajaran yang ingin dicapai. Sebagai contoh guru ingin menyampaikan isi
pelajaran berkaitan Beriman pada Hari Akhirat kepada murid tahun 3. Sebelum tajuk ini di ajar,
guru haruslah memilih terlebih dahulu kaedah dan media yang sesuai untuk memastikan
objektif pembelajaran tajuk ini tercapai. Guru boleh menayangkan tanda-tanda hari kiamat
seperti bencana alam, tsunami, gempa bumi, peperangan di Palestin dan seaginya melalui
tayangan video atau YOU TUBE. Melalui tayangan tersebut pelajar akan mendapat gambaran
yang lebih jelas mengenai tajuk pengajaran dan dapat menjalankan aktiviti pembelajaran
dengan baik dan berkesan serta kondusif. bahan ini sangat releven kerana ia akan dapat
memberi pengalaman baru terhadap pelajar. Selain itu guru juga boleh meminta pelajar
menjalankan aktiviti atau latihan di papan interaktif dengan menggunakan power point atau
cdri mata pelajaran Pendidikan Islam .

3.4

Menggunakan Media dan Bahan


Berdasarkan ASSURE terdapat 5 prinsip tatacara penggunaan media.

Langkah ini perlu dibuat sebelum media digunakan dalam pengajaran pembelajaran. Antara
langkah-langkah yang perlu dilakukan adalah seperti
menyemak,
pratonton,
kaji bahan sumber sebelum digunakan,
sediakan bahan dengan betul, lengkap dan cukup,
rancang penggunaan bahan sumber,

sediakan persekitaran yang sesuai dengan menyusun bahan dan sumber agar mudah dicapai
serta
menggunakan bahan secara optimum dalam proses pengajaran pembelajaran.
Walaubagaimanapun, guru perlulah mengambil kira kos dan waktu pengajaran dalam
penggunaan media. Media yang sesuai dengan topik pembelajaran tidak semestinya
dapat disesuaikan dengan waktu pengajaran terutamanya dalam 1 waktu dengan peruntukan
masa 30 minit.

3.5

Memerlukan penglibatan pelajar


Bagi langkah yang kelima, iaitu penglibatan pelajar dalam pembelajaran.Pembelajaran

yang melibatkan pelajaran secara aktif akan menghasilkan tingkah laku yang diharapkan. Ini
telah disokong oleh semua teori pembelajaran seperti teori kognitif dan teori behavioris.
Pengalaman kejayaan pelajar terhadap pembelajaran akan meningkatkan motivasi pelajar
terhadap aktiviti pembelajaran. Contohnya pembelajaran secara hand-on seperti melabelkan
Hukum Tajwid pada skrin komputer pada ayat-ayat Al Quran mengikut Surah yang di ajar oleh
guru. Situasi ini akan memberi pengalaman baru terhadap pelajar bagi memahami dengan lebih
jelas mengenai hukum-hukum tajwid berbandiing guru hanya menceritakan sahaja hukum
tajwid tersebut sehingga murid menjadi bosan. Namun begitu, jika bahan media yang di bina
oleh guru tidak melibatkan aktiviti yang aktif oleh pelajar akan menyebabkan objektif dan
sasaran guru tidak akan tercapai. Oleh itu guru perlulah membina bahan atau media yang
kreatif sebagai menggalakkan pelajar terlibat secara aktif dalam pengajaran pembelajaran.
Secara tidak langsung dapat memupuk budaya berfikir di kalangan pelajar. Justeru itu, bahan
media yang berasaskan model ASSURE perlu digunakan oleh guru sebagai merancang tingkah
laku dan minda pelajar dalam proses pengajaran pembelajaran.
3.6

Menilai dan menyemak semula bahan


Komponen yang terakhir dalam Model ASSURE ialah menilai dan menyemak semula

bahan. Kedua-dua komponen ini merupakan aspek penting kepada pembangunan kualiti
pengajaran dan ia melibatkan langkah yang berterusan . Penilaian seharusnya dilakukan oleh
guru sepanjang pengajaran pembelajaran bagi memastikan pilihan objektif, media dan bahan

sumber sesuai dengan keupayaan pelajar.Oleh itu, penilaian perlu dilakukan oleh guru bagi
mengetahui pencapaian kemahiran mereka seperti yang dikehendaki oleh guru. Penilaian
semasa pengajaran juga mempunyai tujuan diagnostik yang direka sebagai mengesan dan
memperbaiki masalah yang boleh mengganggu pencapaian objektif pengajaran pembelajaran.
Menurut Yusup (2006), terdapat beberapa aspek yang boleh digunakan antaranya:
Adakah objektif pembelajaran tercapai?
Adakah bahan media yang digunakan dapat membantu pengajaran pembelajaran?
Apakah kesemua pelajar dapat menguasai pembelajaran dengan menggunakan media?
Berapakah bilangan pelajar yang menggunakan bahan media dengan betul?
Adakah suasana pembelajaran berada dalam keadaan yang kondusif?

Manakala penilaian terhadap pencapaian pelajar adalah perlu bagi mengetahui keupayaan
pelajar dalam memenuhi objektif tercapai. Selain itu, penilaian terhadap media dan bahan juga
perlu dilaksanakansebagai mengetahui pengajaran itu berkesan dan dapat difahami oleh pelajar
dengan jelas serta mencapai tahap sasaran guru dalam tajuk yang di ajar. Sekiranya terdapat
kelemahan dalam penggunaan bahan dan media guru hendaklah memperbaiki kelemahan
media sehingga ia sesuai digunakan dalam pengajaran pembelajaran.

4. Kesimpulan
Jelaslah model ASSURE

mempunyai peranan penting dalam membangunkan

pengajaran pembelajaran yang berkualiti. Dengan menggunakan model ASSURE sebagai


panduan reka bentuk pengajaran guru, ia akan dapat membantu guru merancang rancangan
pengajaran yang rapi dan sistematik. Dalam masa yang sama juga penggunaan model ASSURE
ini akan menimbulkan minat pelajar untuk beralih kepada bahan lain, dan memberi kefahaman
kepada pelajar dan mengubah persepsi pelajar bahawa pengajaran pembelajaran yang selalu
dianggap sebagai membosankan.

REFLEKSI

Daripada tugasan ilmiah bagi kerja kursus portfolio KPD 3016 yang telah diterima dan
diselesaikan.

Sepanjang

menyiapkan tugasan

ini,

saya telah

memperolehi

pelabagai

pengetahuan mengenai kebaikan Model ASSURE ini bagi diaplikasikan dalam pengajaran
pembelajaran.

Antaranya

sebelum

memulakan

pengajaran

pembelajaran

saya

perlu

menganalisis murid terlebih dahulu. Pendekatan ini amat penting kerana untuk mengetahui
keupayaan murid dan ciri-ciri yang ada pada mereka. Selain itu juga guru dapat merancang
strategi pengajaran yang lebih berkesan agar tiada murid akan tercicir daripada menerima ilmu
yang disampaikan oleh guru.
Di samping itu, saya juga telah mengetahui kepentingan menggunakan bahan sumber dalam
pengajaran pembelajaran.Dalam Model ASSURE ia amat menekankan penggunaan bahan
sumber dalam pengajaran pembelajaran. Dengan kata lain, bahan sumber akan dapat
membantu guru untuk menjadikan pengajaran pembelajaran lebih menarik, berkesan, dan
penuh keseronokkan serta memberi kelainan agar murid tidak berasa bosan.
Namun begitu, untuk mewujudkan pengajaran pembelajaran yang meyeronokkan, saya perlu
memilih kaedah dan strategi pengajaran yang sesuai begitu juga dengan bahan atau media
yang sesuai. Kedua-dua elemen ini mestilah selaras dengan objektif pengajaran pembelajaran
agar sasaran guru tercapai. Oleh yang demikian keenam-enam elemen dalam model ASSURE ini
sangat penting bagi guru dalam pengajaran hariannya di dalam kelas. Sebagai kesimpulan,
setiap guru perlulah mengguna, mempelajari dan mengaplikasikan model ASSURE ini apabila
mengajar di kelas.

Bibliografi

Rozinah Jamaluddin . (2003). Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan


Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Yusup Hashim . (1998). Teknologi Pengajaran. Shah Alam: Fajar Bakti.

Norasiah Abdullah. (2009). Teknologi dalam pengajaran pembelajaran. Puchong,


Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Noriati Abdul Rashid dan Boon Pong Ying. (2009). Teknologi dalam pengjaran
dan pembelajaran. KL : Oxford Sdn. Bhd.

Yusup Hashim. (2006). Penggunaan Teknologi Intruksional dalam Kurikulum dan


Instruksi sumber dari
http://yusuphashim.blogspot.com/2006/12/penggunaan-teknologiinstruksional.html

Abdul Jasheer Abdullah. (2005). Prinsip Teknologi Pengajaran


Sumber dari www.freewebs.com/oum1/Bab%202%20PTP.ppt

http://pdfscout.org/pdf/penggunaan-assure-dalam-pendidikan.html

http://pgsrpsv.webs.com/panduan_edu3105.pdf

Anda mungkin juga menyukai