Anda di halaman 1dari 20

Editor:

Zafirah Najmi Abd Rahman


Bahagian Penerbitan Dasar Negara

Isi Kandungan
Muka Surat

Pemerdagangan Orang

Penyeludupan Manusia

Majlis Anti Pemerdagangan Orang dan Anti


Penyeludupan Migran (MAPO)

Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti


Penyeludupan Migran 2001

Kesalahan-Kesalahan Pemerdagangan
Orang

5-9

Kesalahan-kesalahan Penyeludupan
Migran

10-13

Tip Mengelak Menjadi Mangsa

14-15

Kesimpulan

16

Talian Bantuan

17

Sumber

18

Pemerdagangan Orang
Pemerdagangan orang membawa maksud merekrut,
pengangkutan,
pemindahan,
perlindungan,
penyediaan atau penerimaan seseorang bagi
maksud eksploitasi.
Modus operandinya termasuk penggunaan ancaman
atau penggunaan bentuk tekanan lain, penculikan,
penipuan, kecurangan, penyalahgunaan kuasa,
kedudukan berisiko atau rawan dan memberi atau
menerima pembayaran.
- 01 -

Penyeludupan Manusia
Penyeludupan bermaksud mengatur, memudahkan
atau merancang secara langsung atau tidak
langsung, kemasukan seseorang secara tidak sah
ke dalam atau melalui atau pengeluaran seseorang
secara tidak sah dari mana-mana negara yang orang
itu bukan warganegara atau pemastautin tetap
sama ada dengan mengetahui atau mempunyai
sebab untuk mempercayai bahawa kemasukan
atau pengeluaran orang itu tidak sah.
Namun begitu tidak dinafikan
aktiviti penyeludupan orang menjadi punca
kepada aktiviti pemerdagangan manusia
kerana kebiasaannya penyeludupan orang
berpotensi menjadi sebahagian aktiviti
pemerdagangan orang.
- 02 -

Majlis Anti Pemerdagangan Orang dan


Anti Penyeludupan Migran (MAPO)
MAPO adalah suatu badan yang ditubuhkan di
bawah peruntukan Akta Anti Pemerdagangan Orang
2007 (AAO) yang dikuatkuasakan pada 28 Februari
2008.
MAPO menyelaraskan pelaksanaan Akta Anti
Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan
Migran 2007.

- 03 -

Akta Anti Pemerdagangan Orang dan


Anti Penyeludupan Migran 2007
Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Pemerdagangan
Migran 2007 telah dikuatkuasakan pada 15 November
2010.
- 04 -

Kesalahan-Kesalahan Pemerdagangan Orang


SEKSYEN

KESALAHAN

PENALTI

12

Memperdagangkan orang
yang bukan merupakan
seorang kanak-kanak, bagi
maksud eksploitasi.

Hukuman
penjara
tidak lebih
lima belas
(15) tahun
dan boleh
dikenakan
denda.

13

Memperdagangkan orang
yang bukan merupakan
seorang kanak-kanak, bagi
maksud eksploitasi dengan
satu atau lebih cara berikut:

Hukuman
penjara tidak
kurang tiga (3)
tahun tetapi
tidak melebihi
dua puluh
(20) tahun
dan boleh
dikenakan

(a) Ancaman;
(b) Penggunaan kekerasan

- 05 -

SEKSYEN

KESALAHAN

atau bentuk paksaan


yang lain;

(c) Pemelarian;
(d) Fraud;
(e) Perdayaan;
(f)

Penyalahgunaan kuasa;

(g) Penyalahgunaan
kedudukan orang
yang mudah terdedah
kepada perbuatan
pemerdagangan orang;
atau

- 06 -

PENALTI
denda.

SEKSYEN

KESALAHAN

PENALTI

(h) Pemberian atau


penerimaan bayaran
atau faedah untuk
memperoleh kerelaan
seseorang yang
mempunyai kawalan
ke atas orang yang
diperdagangkan.
14

Memperdagangkan orang
yang merupakan seorang
kanak-kanak, bagi maksud
eksploitasi.

Hukuman
penjara tidak
kurang tiga (3)
tahun tetapi
tidak melebihi
dua puluh
(20) tahun
dan boleh
dikenakan
denda.

- 07 -

SEKSYEN
15

- 08 -

KESALAHAN
Kesalahan mendapatkan
keuntungan daripada
pengeksploitasian orang
yang diperdagangkan.

PENALTI
Hukuman
penjara
tidak lebih
lima belas
(15) tahun
dan boleh
dikenakan
denda
RM500,000
tetapi tidak
melebihi RM1
juta dan boleh
juga
dilucuthakkan
keuntungan
daripada
kesalahan
itu.

SEKSYEN
15A

KESALAHAN
Kesalahan membawa
dalam transit orang yang
diperdagangkan melalui
Malaysia (darat, laut dan
udara) atau mengatur atau
memudahkan perbuatan itu
dilakukan.

PENALTI
Hukuman
penjara tidak
lebih tujuh
(7) tahun
dan boleh
dikenakan
denda.

- 09 -

Kesalahan-Kesalahan Penyeludupan Migran


SEKSYEN

KESALAHAN

26A

Kesalahan menjalankan
penyeludupan migran.

26B

Kesalahan penyeludupan
migran yang lebih berat
melibatkan:

- 10 -

PENALTI
Hukuman
penjara
tidak lebih
lima belas
(15) tahun
dan boleh
dikenakan
denda atau
kedua-duanya.

Hukuman
penjara tidak
kurang tiga (3)
tahun tetapi
(a) Berniat untuk
tidak lebih
mengeksploitasi migran dua puluh (20)
yang diseludup itu
tahun dan
selepas kemasukannya boleh

SEKSYEN

KESALAHAN

ke dalam negara
penerima atau negara
transit sama ada oleh
orang itu sendiri atau
oleh orang lain;

PENALTI
dikenakan
denda atau
kedua-duanya.

(b) Memperlakukan
migran yang diseludup
itu dengan layanan
yang kejam, tidak
berperikemanusiaan
atau menjatuhkan
maruah; atau
(c) Kelakuan orang
itu menimbulkan
risiko kematian atau
kemudaratan yang

- 11 -

SEKSYEN

KESALAHAN

PENALTI

serius terhadap migran


yang diseludup itu.

26C

Kesalahan membawa
dalam transit seorang
migran yang diseludup
menerusi Malaysia melalui
darat, laut, atau udara atau
selainnya mengaturkan atau
memudahkan perbuatan itu.

Hukuman
penjara tidak
kurang tujuh
(7) tahun
dan boleh
dikenakan
denda atau
kedua-duanya.

26D

Kesalahan mendapatkan
keuntungan daripada
kesalahan penyeludupan
migran.

Hukuman
penjara tidak
kurang tujuh
(7) tahun dan
tidak lebih
lima belas
(15) tahun dan
boleh

- 12 -

SEKSYEN

KESALAHAN

PENALTI
dikenakan
denda tidak
kurang
daripada lima
ratus ribu
ringgit tetapi
tidak melebihi
satu juta
ringgit atau
kedua-duanya
dan boleh
dilucuthakkan
keuntungan
daripada
kesalahan itu.

- 13 -

Tip Mengelak Menjadi Mangsa


Pastikan anda mendapat surat tawaran pekerjaan
yang rasmi.
Fahami kontrak pekerjaan yang ditawarkan kepada
anda.
- 14 -

Pastikan anda ditawarkan gaji yang setimpal dengan


skop kerja yang ditawarkan.
Pastikan agensi/syarikat yang menawarkan
pekerjaan adalah berdaftar dan berhak menawarkan
pekerjaan.
Pastikan anda mengetahui alamat tempat kerja,
tempat tinggal, alamat dan nombor telefon kedutaan
negara destinasi.
Kongsi maklumat pekerjaan dan negara destinasi
dengan keluarga anda.

- 15 -

Kesimpulan
Kerajaan serius memerangi aktiviti pemerdagangan
dan penyeludupan manusia serta mengambil langkah
berterusan untuk mengadakan lebih banyak operasi
menyelamat mangsa. Kerjasama dan komitmen
semua pihak dapat membasmi jenayah yang tidak
berperikemanusiaan ini. Aktiviti jenayah ini perlu
dibanteras kerana akan menjejaskan imej, prestasi dan
nama baik negara.

- 16 -

Talian Bantuan

999
Atau
Sekretariat Majlis Anti Pemerdagangan Orang dan Anti
Penyeludupan Migran
Aras 8, Blok D2, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan
Persekutuan,
62546 Putrajaya, Malaysia
= +603-8886 3340
= +603-88891716
= www.moha.gov.my
= Against Human Trafficking & Smuggling of
Migrants (Malaysia)
- 17 -

Sumber:
Laman sesawang Kementerian Dalam Negeri
www.moha.gov.my
BERNAMA

- 18 -

Anda mungkin juga menyukai