Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikum warah matullahiwabarakatuh dan selamat sejahtera.

Sejambak kasih titipan khas buat pengacara majlis yang manis.


Yang Berbahagia Cikgu Abdul Azid bin Ismail, Pegawai Pendidikan Daerah
Dalat,
Yang Dihormati Encik Awang Omar Ali bin Awg Yahya, Ketua Kaum Kampung
Teh,
Yang berusaha Encik Khalid bin Aini, Yang Dipertua PIBG SK Kampung Teh,
Yang Berusaha Cikgu Awg Ithnaini bin Awg Umar, Guru Besar SK Kampung
Teh, guru-guru, rakan-rakan murid serta para hadirin yang dihormati
sekalian. Saya merasa amat bertuah kerana berpeluang untuk menyampaikan
sepatah dua bicara mewakili murid-murid sekolah ini di majlis Anugerah
Kecemerlangan Pelajar pada tahun ini.
Hadiri sekalian,
Majlis Kecemerlangan Pelajar merupakan majlis kemuncak bagi kami
terutama sekali murid Tahun 6. Ia juga sebagai simbol berakhirnya sesi
persekolahan kami di sekolah rendah. Kami sangat gembira kerana pada hari
ini, kami dihargai dan kejayaan kami diiktiraf dan diisytiharkan dalam
suasana yang gilang-gemilang dan meriah. Malahan kami amat bertuah
kerana Yang Berbahagia Cikgu Abdul Azid, Pegawai Pendidikan Daerah Dalat,
sudi berhimpun bersama-sama kita bagi meraikan hari bersejarah ini.
Kehadiran beliau menyemarakkan lagi sambutan pada hari ini. Terima kasih
kami ucapkan.
Pada peluang ini, kami amat berterima kasih kepada semua guru atas
segala ilmu yang dicurahkan sepanjang menimba ilmu di sekolah ini. Dedikasi
serta komitmen guru-guru dalam mencurah bakti amat kami hargai. Hanya
Allah swt sahaja yang mampu membalas budi baik guru-guru sekalian.
Semoga Allah memberkati guru-guru sekalian di dunia dan di akhirat.

Tenang-tenang air di laut,


Sampan kolek mudik ke tanjung;
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi guru-guru rasa nak junjung.

Hadirin yang dihormati sekalian,


Saya, mewakili semua murid di sekolah ini , mengambil kesempatan
menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga
ke hujung kaki seandai selama ini pernah melakukan kesilapan dan
kesalahan serta menyinggung perasaan guru-guru sekalian. Setiap individu
kami, terutama sekali murid Tahun 6 sesi 2014 ini, dengan rasa rendah diri
mengharapkan doa ,restu serta izin ilmu daripada guru-guru untuk ke sekian
kalinya agar suatu masa nanti mampu menjadi insan yang berguna dan
berjasa kepada agama, bangsa dan negara.
Akhir kata, kami murid-murid Tahun 6 mendoakan agar sekolah yang
kami sayangi ini akan terus berjaya dalam semua bidang. Kami juga sentiasa
berdoa dan berharap agar dapat mengharumkan nama sekolah ini dengan
keputusan yang cemerlang dalam UPSR yang akan diumumkan tidak lama
lagi.
Sekian, wabillahitaufiqwal hidayah assalamualaikum
warahmatullahiwabaratuh

Anda mungkin juga menyukai