Anda di halaman 1dari 12

Keperluan Pembelajaran Berasaskan Multimedia bagi Subjek Sistem

Elektronik 1 : Satu Kajian Rintis di Politeknik Pasir Gudang ( PJB)


Faizah Binti A. Karim
Rafidah Bt Sinone
Juliyana Bt Baharudin
Norashikin Bt Sahadan
ABSTRAK
Projek ini adalah satu kajian rintis tentang keperluan pembelajaran berasaskan
Multimedia bagi subjek Sistem Elektronik I di Politeknik Pasir Gudang, Johor Bharu.
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti topik yang paling sukar dalam mata
pelajaran Sistem Eektronik 1 dan mengkaji keperluan perisian multimedia dengan
mengkaji tiga aspek rekabentuk perisian iaitu rekabentuk pembelajaran
konstruktivisme, rekabentuk antaramuka dan rekabentuk interaksi. Sample kajian
terdiri daripada pelajar semester 2 kursus Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
iaitu seramai tiga puluh dua orang (32 orang). Kaedah dan instrumen kajian yang
dijalankan ialah dengan membuat tinjauan menggunakan borang soal selidik dalam
bentuk penilaian bertujuan sebagai pilot test. Disebabkan kajian ini merupakan kajian
rintis terhadap keperluan pembelajaran berasaskan multimedia, maka tiada analisis
spesifik yang dijalankan.
1.0

Pengenalan
Kecanggihan penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) telah
menjadikan ICT satu keperluan dalam kehidupan seharian.Sebagaimana yang diramal
oleh Mohd Yusof (1998), masa hadapan pembangunan sesebuah negara banyak
didominasikan perkembangan sains dan teknologi dan teknologi yang banyak
mendominasi kehidupan kini pula adalah ICT. Sebenarnya konsep multimedia ini ada
disebut dalam al-Quran menerusi firmanNya bermaksud: Dan Allah mengeluarkan
kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatu pun; dan Dia
mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran);
supaya kamu bersyukur. (An-Nahl :78).
Dunia pendidikan juga tidak ketinggalan dalam mengejar arus perkembangan pesat
ICT yang menjadikan dunia pendidikan harus bergerak selari dengannya. Pendidikan
seharusnya berkembang selaras dengan perkembangan teknologi. Kaedah pembelajaran
tradisional perlu dimodenkan dan sebaik mungkin menjurus ke arah penggunaan
teknologi sebagai satu dari media pengajaran dan pembelajaran.
Salah satu istilah yang sering diperkatakan dalam menuju era ICT ialah sistem
Multimedia. Menurut Shaikh Mohd Saifuddeen (2002), sistem Multimedia ialah
penggunaan alat ICT yang menggabungkan pendengaran dan penglihatan seterusnya
diproses oleh pemikiran untuk membentuk satu maklumat. Dalam erti kata lain, sistem
Multimedia menggunakan telinga dan mata disamping memproses maklumat yang
diterima. Oleh itu, penggabungan aplikasi budaya berfikir dan budaya teknologi
khususnya dalam perkembangan bidang Multimedia mampu mewujudkan senario
belajar secara lebih menarik dan berkesan (Dick W. dan Reiser, R.A., 1989).
Apabila diserapkan dalam bidang pendidikan ia akan melahirkah satu konsep
gabungan pendidikan dan hiburan iaitu edutainment (education + entertainment)
(Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir, 2003). Rekabentuk pengajaran adalah
Muka surat 1/12

berasaskan kepada fahaman teori tingkahlaku yang masih menguasi bidang


psikologi pada ketika itu. (Wilson dan Cole, 1996). Namun begitu, bermula pada
tahun 1990 an, pendekatan pembelajaran teori konstruktivisme dalam pembinaan bahan
pembelajaran mula mendapat tempat dalam bidang rekabentuk pengajaran khususnya
dalam merekabentuk pendekatan pembelajaran yang terdapat dalam sesuatu
pembelajaran berbantu Multimedia (Shrock, 1991).
Teori konstrukvisme merupakan proses pembelajaran yang menerangkan
bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia.
Mengikut kefahaman
konstruktivisme, ilmu pengetahuan tidak boleh dipindahkan daripada pensyarah kepada
pelajar dalam bentuk sempurna. Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (1991) pula,
pembelajaran secara konstruktivisme menggalakkan kemahiran berfikir secara kreatif
dan kritis. Ia menggalakkan pelajar berfikir untuk menyelesaikan masalah, menjana
idea dan membuat keputusan yang bijak dalam menghadapi pelbagai kemungkinan dan
cabaran dalam pembelajaran. Rekabentuk pengajaran banyak dipengaruhi oleh
perkembangan teori pembelajaran kerana dua bidang ini saling mempunyai hubungan
yang rapat di antara satu sama lain (Dick, 2001).
2.0

Latar Belakang Masalah


Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) berazam untuk
menjadi pusat kecemerlangan pendidikan dalam bidang kejuruteraan, perdagangan dan
hospitaliti serta berazam melahirkan graduan yang berketrampilan, berakhlak mulia dan
bertanggungjawab selari dengan Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Sejajar dengan itu,
objektif penubuhan politeknik Malaysia adalah bertujuan melahirkan lulusan separa
profesional dalam bidang teknikal di peringkat sijil dan diploma bagi membantu
memenuhi keperluan sumber manusia di sektor awam dan swasta. Oleh itu, kajiankajian berhubung pengajaran dan pembelajaran di politeknik perlu dilaksanakan agar
graduan yang terhasil mempunyai kemahiran tinggi dan mampu melaksanakan tugas
dengan baik.
Perisian Multimedia merupakan satu altenatif baru ke arah mempelbagaikan
media pengajaran serta memberi pendedahan kepada pelajar tentang kecanggihan
sistem Multimedia masa kini (Ismail, 2002). Elemen-elemen yang terdapat dalam
sistem Multimedia dapat menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik,
berkesan, memberangsangkan serta dapat menyesuaikan dengan keperluan individu
pelajar. Di samping menambahkan bahan rujukan bagi pelajar-pelajar, ia juga boleh
dijadikan sebagai Alat Bahan Bantu Mengajar (ABBM).
Masalah ini perlu diatasi dan penggunaan perisian Multimedia merupakan satu
pendekatan yang sesuai. Ini kerana para pelajar dapat kebebasan untuk meneruskan
proses pembelajaran mereka mengikut kebolehan dan gaya masing-masing (Shaharom
dan Yap, 1991). Dalam mengaplikasikan pendekatan konstruktivisme ke dalam sesuatu
perisian Multimedia, isu mengenai bagaimanakah rekabentuk pembelajaran
konstruktivisme yang bersesuaian dengan pelajar yang menggunakan perisian tersebut
perlu difikirkan.
Oleh yang demikian, kajian ini adalah mengkaji keperluan
pembelajaran berbantu Multimedia bagi subjek Sistem Elektronik I di politeknik
Malaysia dan seterusnya mengkaji tiga aspek rekabentuk perisian yang diperlukan oleh
pelajar di politeknik iaitu rekabentuk pembelajaran konstruktivisme, rekabentuk
antaramuka dan rekabentuk interaksi.
Penglibatan pengajar dan pelajar dalam proses merekabentuk pembelajaran
berbantu Multimedia telah disarankan Grudin (1990) yang menyatakan sesuatu
pembelajaran berbantu Multimedia yang baik seharusnya melibatkan pengguna di
dalam proses merekabentuk pembelajaran tersebut. Dunn dan Dunn (1987) pula
Muka surat 2/12

menyatakan, suasana rekabentuk pembelajaran berbantu Multimedia seharusnya


menyokong keperluan dan kehendak setiap individu yang akan menggunakan
pembelajaran berbantu Multimedia tersebut memandangkan individu mempunyai
pendekatan pembelajaran yang tersendiri.
3.0

Pernyataan Masalah
Menurut Shaharom Noordin (1996), kewujudan perbezaan individu dikalangan
pelajar merupakan salah satu faktor penyebab kepada kesulitan pelajar menerima
sesuatu pembelajaran kerana penguasaan pembelajaran sangat mementingkan aspek
perbezaan individu. Menurut Gagne (1985), untuk memahami sesuatu konsep
pembelajaran, pelajar perlu mengulangi pelajaran beberapa kali. Oleh itu, waktu
pembelajaran fleksibel mengikut kemampuan pelajar diperlukan. Pemilihan subjek
Sistem Elektronik I sebagai bahan kajian kerana subjek ini sukar untuk diterangkan
kepada pelajar secara teori. Selain itu, subjek ini belum ada ABBM berbentuk
pembelajaran berbantu Multimedia. Ketiadaan ABBM yang sesuai dan kekurangan
bahan rujukan merupakan punca pelajar selalu menghadapi masalah yang serius untuk
memahami sesuatu konsep pembelajaran (Zol, 2001).
Kejuruteraan merupakan satu bidang teknikal yang diajar di politeknik
Malaysia dan bidang ini semakin penting di negara kita. Bagi melahirkan lebih ramai
tenaga mahir dan separa mahir dalam bidang teknikal, aspek pendidikan teknikal perlu
dipertingkatkan. Pendidikan dalam bidang kejuruteraan khususnya kejuruteraan
elektrik memerlukan integrasi yang baik antara teori dan praktikal. Oleh itu,
pemahaman yang baik diperlukan bagi menguasai bidang kejuruteraan khususnya
kejuruteraan elektrik yang diceburi.
4.0

5.0

Persoalan Kajian
Kajian ini diharapkan dapat menjawab beberapa soalan berikut:
i. Apakah topik yang paling sukar dalam mata pelajaran Sistem Elektronik
1 di Politeknik Pasir Gudang Johor Bharu?
ii.

Apakah ciri rekabentuk pembelajaran konstruktivisme yang diinginkan


oleh pelajar politeknik Pasir Gudang Johor Bharu menerusi perisian
Multimedia bagi subjek Sistem Elektronik I?.

iii.

Apakah ciri rekabentuk antaramuka yang diinginkan oleh pelajar


politeknik Pasir Gudang Johor Bharu menerusi perisian Multimedia bagi
subjek Sistem Elektronik I?.

iv.

Apakah ciri rekabentuk interaksi yang diinginkan oleh pelajar politeknik


Pasir Gudang Johor Bharu menerusi perisian Multimedia bagi subjek
Sistem Elektronik I?.

Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah seperti berikut:
i.

Untuk mengenalpasti topik yang paling sukar dalam mata pelajaran


Sistem Elektronik 1 di Politeknik Pasir Gudang Johor Bharu.

Muka surat 3/12

ii.

Untuk mengenalpasti ciri-ciri rekabentuk pembelajaran


konstruktivisme yang diinginkan oleh pelajar politeknik Pasir
Gudang Johor Bharu menerusi perisian Multimedia bagi subjek Sistem
Elektronik I.

iii.

Untuk mengenalpasti ciri-ciri rekabentuk antaramuka yang diinginkan


oleh pelajar politeknik Pasir Gudang Johor Bharu menerusi perisian
Multimedia bagi subjek Sistem Elektronik I.

iv.

Untuk mengenalpasti ciri-ciri rekabentuk interaksi yang diinginkan oleh


pelajar politeknik Pasir Gudang Johor Bharu menerusi perisian
Multimedia bagi subjek Sistem Elektronik I.

6.0

Batasan Kajian
Dalam menjalankan kajian ini terdapat beberapa batasan khususnya bagi
mendapatkan maklumat untuk dimuatkan dalam kajian ini. Antara batasan-batasan
tersebut ialah:
i.

Kajian ini tertumpu di Politeknik Pasir Gudang Johor Bahru (PJB) sahaja.

ii.

Kajian ini tertumpu kepada pelajar semester 2 Diploma Kejuruteraan


Elektrik sahaja yang telah mengambil subjek Sistem Elektronik I.

iii.

Kajian ini tertumpu ke atas subjek Sistem Elektronik I sahaja.

7.0

Kepentingan Kajian
Kepentingan kajian ini dibahagikan kepada empat pihak iaitu pelajar, pensyarah,
politeknik dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM).
7.0.1

Pelajar
Pembelajaran berbantu Multimedia dapat mempelbagaikan bahan rujukan
pelajar kerana ia boleh diaplikasikan dengan pelbagai aktiviti pembelajaran seperti teks,
meneliti gambar, video, visual pembelajaran dan sebagainya. Selain daripada itu pelajar
tidak perlu terikat dengan sesuatu gaya pembelajaran kerana pembelajaran berbantu
Multimedia ini dapat menangani masalah perbezaan pelajar dengan mengindividukan
pengajaran mengikut kebolehan mereka (Sharifah Alawiah Alsagof, 1987). Ini secara
tidak langsung akan meningkatkan kefahaman pelajar seterusnya meningkatkan
pencapaian pelajar (Zol, 2001).

7.0.2

Pensyarah
Kajian ini dapat membantu memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas dan juga dapat mengurangkan beban pensyarah. Oleh itu, pembelajaran
berbantu Multimedia ini dapat menjadi sumber rujukan dan motivasi kepada pensyarah
untuk membuat inovasi pada pengajaran agar proses pengajaran dan pembelajaran lebih
difahami dan diikuti oleh pelajar.
7.0.3

Politeknik
Pembelajaran berbantu Multimedia dijangka dapat meningkatkan prestasi
pelajar di samping memberi pendedahan kepada pensyarah dan pelajar kepada
Muka surat 4/12

penggunaan teknologi maltimedia sebagai ABBM. Dengan ini secara tidak


langsung meningkatkan imej politeknik yang terlibat sebagai sebuah politeknik
yang memenuhi hasrat kerajaan untuk melahirkan graduan yang cemerlang.
7.0.4

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM)


Kajian yang dihasilkan ini dapat dijadikan sebagai rujukan untuk pihak KPTM
khususnya politeknik-politeknik di seluruh Malaysia dalam menyediakan keperluankeperluan yang mencukupi bagi melaksanakan kaedah P&P berbantu Multimedia bagi
kursus kejuruteraan khususnya bagi subjek Sistem Elektronik I.
7.1 Definisi Istilah Kajian
7.1.1 Multimedia
Multimedia merujuk kepada proses komunikasi interaktif berasaskan komputer
yang merangkumi penggunaan teks, grafik, audio, video dan animasi (Baharuddin Aris,
Manimegalai Subramaniam dan Rio Sumarni Shariffudin, 2001). Secara amnya,
definisi Multimedia ialah suatu proses komunikasi interaktif berasaskan komputer yang
merangkumi penggunaan media audio visual seperti teks, grafik, audio, video dan
animasi. Hasil dari penggunaan pelbagai media ini menyebabkan sesuatu persembahan
maklumat menggunakan teknologi Multimedia kelihatan lebih hidup, dinamik dan
mampu menarik perhatian ramai pengguna. (Karen S. Ivers and Ann E. Barron, 1998).
7.1.2

Pembelajaran
Menurut Khalid Mohamad Nor (2002), pembelajaran merupakan kegiatan yang
bergantung kepada akal. Baharuddun Aris, et al., (2001) pula menyatakan pembelajaran
adalah perubahan tingkah laku yang berlaku pada pelajar akibat daripada berinteraksi
dengan persekitaran. Secara umumnya pembelajaran diertikan sebagai proses dengan
kaedah-kaedah tertentu sehingga orang memperoleh pengetahuan, pemahaman dan cara
bertingkah laku yang sesuai dengan keperluan.
7.1.3

Sistem Elektronik I
Sistem Elektronik I yang berkod E1002 merupakan subjek asas dalam bidang
elektrik. Sistem Elektronik I ditawarkan kepada pelajar semester 1 bagi kursus
Diploma Kejuruteraan Elektrik di politeknik Malaysia. Ia merupakan gabungan subjek
Elektronik I dan Sistem Digit I.
7.1.4

Politeknik
Politeknik adalah sebuah institusi pengajian awam yang dibangunkan oleh
KPTM di seluruh negara bagi melahirkan tenaga separa profesional dalam pelbagai
bidang teknikal dan vokasional bagi memenuhi permintaan tenaga kerja di Malaysia.
Politeknik menawarkan pelbagai kusus di peringkat sijil dan diploma untuk memberi
pengiktirafan dan kelayakan bekerja kepada pelajarnya.
7.1.5

Teori Pembelajaran Konstruktivisme


Ahli falsafah teori konstruktivisme menyatakan bahawa pembelajaran
merupakan proses yang melibatkan individu dalam membina sendiri kefahaman
terhadap sesuatu konsep berdasarkan pengetahuan sedia adanya (Wilson et al., 1995).

Muka surat 5/12

7.1.6

Rekabentuk Antaramuka
Rekabentuk antaramuka merupakan satu proses bagaimana untuk membina
hubungan komunikasi yang menghubungkan pelajar sebagai pengguna dengan perisian
Multimedia yang dibangunkan (Baharuddin Aris, et al., 2001). Komunikasi yang
dihasilkan adalah menerusi skrin komputer. Ia bertujuan untuk memudahkan pelajar
dan mewujudkan rasa ingin tahu melalui cara dan bentuk yang memberangsangkan
pengguna untuk meneroka maklumat.
7.2

Kajian Penyelidikan Multimedia


Menurut Ismail (2002), menyatakan bahawa daya ingatan seseorang dapat
menyimpan hanya:
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.

20% daripada apa yang mereka baca


30% daripada apa yang mereka dengar
40% daripada apa yang mereka lihat
50% daripada apa yang mereka sebut
60% daripada apa yang mereka buat
90% daripada apa yang mereka baca, dengar, lihat, sebut dan buat
serentak.

Penggunaan Multimedia dapat memenuhi ciri yang keenam daya ingatan seseorang
dapat menyimpan iaitu 90%. Ini kerana Multimedia mempunyai elemen-elemen teks,
grafik, video, audio dan animasi yang boleh dipersembahkan secara serantak.
7.2.1 Kelebihan-Kelebihan Penggunaan Multimedia Dalam Pendidikan
Kehadiran teknologi Multimedia sebenarnya merupakan saluran penting bagi
penyebaran pengajaran. Hasil daripada dapatan kajian-kajian lepas yang berkaitan
dengan Multimedia dalam pendidikan mendapati penggunaan Multimedia dalam P&P
memberi kesan yang positif terhadap proses pengajaran dan pembelajaran antaranya
adalah:
i.

Menyokong Pembelajaran Kendiri.


Jaya Kumar C. Koran (2001) yang merupakan pasukan projek rintis
Sekolah Bestari, mendapati bahawa penggunaan teknologi Multimedia
membolehkan pembelajaran kendiri dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Pelajar boleh memilih masa, kandungan serta hala tuju pembelajaran mereka
dengan kadar yang cepat ini kerana program Multimedia memberi peluang
serta kebebasan kepada pelajar untuk memilih maklumat yang digemari
mengikut kebolehan individu. Pelajar juga berpeluang belajar tajuk yang
susah berulang kali sehingga pemahaman di capai.
Menurut Dorries (2002), pembelajaran berbantu Multimedia sebagai
salah satu media pembelajaran dapat digunakan secara berkesan untuk
memenuhi keperluan pelajar yang berbeza dari segi keupayaan, intelek dan
gaya pembelajaran. Pembelajaran individu merupakan satu sistem pelbagai
dan prosedur pembelajaran yang fleksibel dimana pelajar diberikan
tanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan pembelajaran mereka.

ii.

Meningkatkan Pencapaian Pelajar.


Pembelajaran berbantu Multimedia dapat menyediakan pembelajaran
yang konsisten dan terjamin. Ini disokong oleh Zol (2001) dalam kajiannya,
Muka surat 6/12

yang mendapati terdapat perbezaan dalam peningkatan skor setelah pelajar


menggunakan perisian pembelajaran berbantu Multimedia. Peningkatan skor
mungkin disebabkan rekabentuk perisian yang telah dapat meningkatkan
keberkesanan pembelajaran. Hasil dapatan beliau juga menunjukkan
penggunaan pembelajaran berbantu Multimedia telah memberi perbezaan
signifikan dalam pencapaian pelajar.
iii.

Membantu Menyelesaikan Masalah Pensyarah Dalam Pengajaran


Menurut artikel yang ditulis oleh Mohd Taib Osman dalam Dewan
Budaya (Ogos 1999), teknologi Multimedia telah membuka jalan baru dalam
bidang pendidikan. Ciri-ciri perisian Multimedia yang lebih mesra, tidak
jemu, tidak penat, tidak sakit hati menjadikan ia sangat sesuai bagi para
pelajar, terutamanya bagi pelajar-pelajar yang kurang cerdas. Contohnya,
strategi latih tubi di mana beberapa percubaan perlu dilakukan oleh pelajar.
Pembelajaran menggunakan multmedia dapat memberikan tindak balas serta
merta kepada pelajar. Dengan ini secara tidak langsung ia dapat memberi
kedan peneguhan yang sangat positif.
Penggunaan media dari bahan-bahan kertas atau cetakan seperti
buku-buku, monograf, nota-nota kuliah ringkas masih diamalkan dalam
dunia pendidikan di negara kita (Mastera Mohd, 2003). Ini sedikit sebanyak
telah menimbulkan beberapa masalah di mana pemasalahan ini turut
melibatkan kedua-dua pihak pensyarah dan pelajar. Antara pemasalahan
yang dapat dilihat ialah pengurusan dan penyediaan nota yang tidak teratur
oleh pensyarah. Bebanan membawa nota yang banyak menyebabkan pelajar
mengambil jalan mudah dengan tidak membawa nota dan hanya mendengar
pensyarah mengajar dihadapan. Di samping itu kelemahan pelajar
mengemaskini nota-nota yang diberikan oleh pensyarah secara berperingkatperingkat menyebabkan ada nota yang tercicir.
Namun masalah ini dapat diatasi dengan penggunaan aplikasi
perisian Multimedia. Semua nota kuliah dan bahan-bahan mengenai subjek
dapat dimasukkan dalam satu program perisian dan boleh dibawa kemanamana dan boleh digunakan pada bila-bila masa (Richard, 2002).

iv.

Membantu Imaginasi Terhadap Perkara Abstrak


Menurut Mohd Khalit et al., (2003) dalam kajian mereka, hasil
dapatan yang diperolehi menunjukkan bahawa elemen-elemen media yang
terdapat dalam pengajaran dan pembelajaran berasaskan Multimedia seperti
warna, muzik, animasi dan visual boleh menambahkan realisme dalam
pembelajaran secara latih tubi, ujikaji dalam makmal, permainan simulasi
dan sebagainya. Dengan ini, elemen Multimedia dapat menerangkan sesuatu
pengajaran yang kompleks menjadi mudah untuk difahami dengan contohcontoh yang sebenar yang tidak dapat diterangkan dengan menggunakan
teks.

v.

Keseronokan Belajar dan Menjana kekreatifan Pelajar.


Menerusi pengunaan Multimedia, ia berbeza dengan pengajaran dan
pembelajaran konvensional yang memperlihatkan pensyarah membaca teks
di hadapan pelajar sambil pelajar mendengar. Malah penggunaan
Multimedia menjadikan pelajar lebih seronok belajar apabila perisian kursus
Muka surat 7/12

yang digunakan menyelitkan animasi dan watak-watak tertentu yang dilakonkan


mengikut tema kurikulum subjek itu. Selain itu, penggunaan Multimedia ini
mampu melahirkan pelajar yang mahir berfikir, kreatif dan kritis. Ciri-ciri
inilah yang diharapkan oleh pihak kementerian pendidikan dalam
menyediakan graduan yang separa profesional. Ini disokong oleh kajian
yang telah dibuat oleh Mohd Khalit et. al.(2003) yang menunjukkan
penggunaan Multimedia menggalakkan pelajar mengguna dan membina
pengetahuan baru. Ini menjadikan pelajar lebih kreatif dan inovatif dari segi
pemikiran.
8.0

Metodologi Kajian
Disebabkan kajian rintis yang dijalankan oleh penyelidik hanya bertujuan
mengkaji secara ringkas pandangan dan pendapat daripada responden, hanya instrumen
borang soal selidik sahaja yang digunakan sepanjang kajian ini dijalankan.
Menurut Mohamad Najib (1999), soal selidik dijadikan instrumen kajian kerana
mudah ditadbir dan data juga senang diperolehi untuk diproses dan dianalisis.
Manakala menurut Naresh (1999), penggunaan instrumen soal selidik dapat
memastikan kebolehbandingan data, meningkatkan kepantasan dan ketepatan dapatan
serta memudahkan pemprosesan data.
Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik. Menurut Majid
Konting (2000), penggunaan borang soal selidik dapat meningkatkan ketepatan dan
kebenaran gerakbalas yang diberikan oleh responden kerana ia tidak dipengaruhi oleh
geraklaku pengkaji. Soal selidik dibina berasaskan kepada keperluan pembelajaran
berbantu Multimedia, rekabentuk pembelajaran konstruktivisme, rekabentuk
antaramuka, rekabentuk interaksi yang diinginkan dan cadangan serta komen.
Borang soal selidik untuk pelajar memuatkan 4 bahagian yang utama iaitu
Bahagian A, B,C dan D. Soal selidik ini disediakan untuk mendapatkan maklumat
keperluan pembelajaran berbantu Multimedia bagi subjek Sistem Elektronik I dan
mengkaji tiga aspek rekabentuk perisian yang diinginkan oleh pelajar iaitu rekabentuk
pembelajaran kontruktivisme, rekabentuk antaramuka, rekabentuk interaksi.
Bahagian A: Mengandungi soalan-soalan untuk mengenalpasti subtopik yang paling
sukar dalam Subjek Sistem Elektronik 1. Responden dikehendaki
menanda satu sahaja topik yang dirasakan sukar dikuasai.
Bahagian B: Mengandungi soalan-soalan untuk mendapatkan maklumat mengenai
rekabentuk perisian yang diinginkan oleh pelajar. Soalan-soalan pada
bahagian ini diadaptasikan daripada Jamaluddin Harun et al., (2003).
Setiap soalan mempunyai pilihan secara Likert Terdapat tiga subtopik
pada bahagian ini iaitu:
Skor
Amat Tidak Bersetuju
Tidak Bersetuju
Kurang Bersetuju
Setuju
Amat Bersetuju

Nilai Skor
1
2
3
4
5

Jadual 8.0: Format Skala Likert

Muka surat 8/12

B1: Rekabentuk Pembelajaran Konstruktivisme


B2:
Rekabentuk Antara Muka
B3:
Rekabentuk Interaksi

9.0

Analisis Peratusan keputusan soal selidik bagi topik yang paling sukar
Topik
Litar Penguat dan Pengayun Gelombang Sinus
Operasi-Operasi Boolean
Sistem Nombor dan Sistem Kod
Litar Bekalan Kuasa A.T Lelurus
Separuh Pengalir
Peranti Separuh Pengalir

25%

Bilangan
11
8
6
5
1
1

3% 3%

19%

16%

34%

Separuh Pengalir
Peranti Separuh Pengalir
Litar Bekalan Kuasa A.T Lelurus
Litar Penguat dan Pengayun Gelombang Sinus
Sistem Nombor dan Sistem Kod
Operasi -operasi Boolean

Rajah 9 : Keputusan Peratusan bagi topik yang paling sukar

9.1 Analisis keputusan Min yang menunjukkan keputusan keperluan pelajar


mengikut tiga ciri rekabentuk yang dikaji iaitu : Rekabentuk Pembelajaran
Konstruktivisme, Rekabentuk AntaraMuka dan Rekabentuk Interaksi.
Bil
C1: Rekabentuk pembelajaran Konstruktivisme
7. Saya suka menggunakan program komputer yang
mempunyai kartun/objek/animasi sebagai guru
pembimbing.
8. Saya suka menggunakan program komputer yang dapat
menunjukkan aplikasi isi pelajaran yang diajar dapat
digunakan di dalam kehidupan.
9. Saya suka menggunakan program yang membenarkan saya
menyiapkan latihan yang diberikan dalam masa yang tidak
terhad.

Min
4.56

4.41

4.56

Muka surat 9/12

10. Saya suka menggunakan program komputer yang sering


memberi kata-kata semangat untuk terus belajar.
11. Saya suka menggunakan program komputer yang
menyediakan ruangan perbincangan seperti chatting, email
yang membenarkan saya berkongsi kefahaman dan
maklumat dengan rakan yang lain.
Bil
C2: Reka Bentuk Antara Muka

4.03

12. Saya suka menggunakan program komputer yang latar


belakangnya berwarna lembut dan harmoni seperti kuning
air, biru muda, hijau muda dan kelabu.
13. Saya suka menggunakan program komputer yang latar
belakangnya berwarna terang seperti merah, kuning dan
biru.
14. Saya suka menggunakan program komputer yang latar
belakangnya berwarna gelap seperti hitam dan biru tua.
15. Saya suka menggunakan program komputer yang
mempunyai bentuk tulisan yang ringkas dan mudah
difahami .
16. Saya suka menggunakan komputer yang mempunyai
audio/suara yang menerangkan sesuatu konsep.
Bil
C3: Reka Bentuk Interaksi
17. Saya suka menggunakan program komputer yang
menyediakan kemudahan untuk saya mencatat nota penting
secara terus di dalam komputer.
18. Saya suka menggunakan program komputer yang memberi
banyak masa untuk saya mempelajari sesuatu isi pelajaran.
19. Saya suka menggunakan komputer yang tidak memaksa
saya untuk menjawab semua soalan latihan yang diberikan.
20. Saya suka menggunakan program komputer yang akan
memberitahu topik yang saya telah buka/pelajari sebelum
ini.
21. Saya suka menggunakan program komputer yang
mempersembahkan isi pelajaran mengikut modul/bab yang
berturutan.
Jadual 9 : Rekabentuk yang diingini oleh pelajar

3.75

10.0

4.56

4.06

3.94
3.88

4.5

4.06

4.06
4.38
3.88

4.5

Kesimpulan
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mendapatkan gambaran tentang
keperluan multimedia dari segi rekabentuk konstruktivisme, rekabentuk
interaksi dan antara muka dalam subjek Sistem Elektronik 1.
Melalui kajian ini juga, pengkaji telah berjaya mengenalpasti topik yang
dirasakan sukar untuk difahami oleh pelajar iaitu Litar Penguat dan Pengayun
Gelombang Sinus. Sebanyak 34% daripada responden menyatakan topik
tersebut merupakan topik yang sukar untuk difahami. Menurut komen daripada
pelajar, topik ini dikatakan sukar kerana pelajar sukar membayangkan proses

Muka surat 10/12

kendalian sesuatu litar dan memerlukan masa yang agak lama untuk
memahaminya.
Analisis min juga menunjukkan responden cenderung ke arah tiga
rekabentuk yang dikaji iaitu rekabentuk pembelajaran konstruktivisme,
rekabentuk interaksi dan rekabentuk antara muka.
BIBLIOGRAFI
Baharuddin Aris, Manimegalai Subramaniam dan Rio Sumarni Shariffudin (2001).
Rekabentuk Perisian Multimedia. Muapakat Jaya Percitakan Sdn. Bhd.
Dick ,W., Dan Reiser, R.A. (1989). Planning Efective Instruction. Prentice-Hall.
Ismail Zain (2002). Aplikasi Multimedia Dalam Pengajaran. Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd.
Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir (2003). Pengenalan Kepada Multimedia.
Venton Publishing (M) Sbn. Bhd.
Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir, (2003). Pendapat Pelajar Terhadap Reka Bentuk
Perisian Multimedia yang Berasaskan Kepada Pendekatan Pembelajaran
Konstruktivis. Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai.
Mohd Majid Konting (2000). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999). Penyelidikan Pendidikan. Universiti
Teknologi Malaysia.
Naresh K. Malhotra (1999). Marketing Research: An Applied Orientation. New
Jersey: Prentice Hall.
Shaharom Noordin (1996). Pengajaran Individu Menggunakan Modul Pengajaran
Kendiri di Sekolah Menengah. Jurnal Akademik. 6. 1.13
Shaharom Noordin (1994). Sikap Pelajar Terhadap Kaedah Pengajaran Bermodul:
Satu Kajian Rintis. Jurnal Pendidikan guru.
Shaharom dan Yap Kueh Chin (1991). Ke arah Mengindividukan Pengajaran Menerusi
Pengajaran Bermodul. Jurnal Pendidikan Guru. 89-107.
Sharifah Alawiah Alsagof (1987). Psikologi Pendidikan II Psikologi Pembelajaran dan
Kognitif Bimbingan dan Kaunseling. Longman Malaysia Sdn. Bhd.
Shrock, S. (1991). A Brief History of Instructional Development. In G. Anglin (Eds.).
Instructional Technology: Past, Present and Future. Englewood, CO: Libraries
Unlimited.
Wilson, B. G., Teslow, J. L. Dan Osman-Jouchoux, R. (1995). The Impact of
Constructivism (and Postmodernism) on ID Fundamentals. In B.B. Seels (Ed.).
Muka surat 11/12

Instructional Design Fundamentals: A Review and Reconsideration. Englewood


Cliffs NJ: Educational Technology Publications.
Zol Bahri Razali (2001). Pembelajaran Berbantu Multimedia: Implikasi Pembelajaran
Subjek Kejuruteraan Mekanikal. KUKUM.

Muka surat 12/12

Anda mungkin juga menyukai