Anda di halaman 1dari 2

1.

HERBERT READ

Sir Herbert Read dilahirkan pada 4 Dicember 1893 di Kirkbymoorside, North


Yorkshire. Beliau dikenali sebagai pengkritik seni dan juga aktif dalam
membincangkan tentang seni moden British bersama dengan Paul Nash, Ben
Nicholson, Henry Moore dan Barbara Hepworth. Selain itu, Read juga menjadi
rakan kongsi kepada Kumpulan Seni Moden Unit One milik Paul Nash. Di
samping itu, beliau juga merupakan seorang profesor seni halus di Universiti
Edinburgh 1931-1933. Herbert Read juga merupakan salah satu penganjur London
International Surrealist Exhibition pada 1936 dan editor majalah Surrealism.

Dua pandangan Sir Herbert Read berkaitan teori perkembangan seni kanakkanak ialah Art is creative self-expression dan Works of art express and
communicate universal value. Ia menjelaskan bahawa menghargai sesuatu hasil
karya seni adalah salah satu cara bagaimana seseorang itu boleh berinteraksi
dengan diri sendiri dan orang lain selain dapat menyuarakan rasa hati. Secara tak
langsung nilai-nilai estetik akan wujud pada diri setiap murid dan akhirnya dapat
menghargai dan menilai apa yang dilihat.

Mengikut Read, kreativiti individu kanak-kana boleh dilanjutkan ke


peringkat selepas 10 tahun sehingga ke dewasa. Dengan menggabungkan
pandangan dan idea yang diutarakan oleh falsafah ahli Psikologi Freud dan Carl
Jung, Read telah menulis satu artikal tentang kepentingan untuk meluahkan imej
yang tersirat dalam minda individu. Maka Read menghuraikan pembantahan
terhadap sistem pendidikan seni yang merupakan replikasi kepada realiti.

Bagi Read, yang lebih penting ialah mengeluarkan saranan baru dan bukan
mengulangi atau meniru apa yang sedia ada. Jadi mengikut pandangan Read ini,
guru seni tidak harus member peluang kepada murid-muridnya untuk meniru
lukisan orang lain dan memastikan setiap murid menyelesaikan lukisan dengan
sendiri. Bagi Read, kanak-kanak tidak dapat membezakan antara yang idea

dengan hal yang sebenar. Seni kanak-kanak adalah tanggapan kanak-kanak


terhadap realiti.

Setiap imej simbolik lukisan kanak-kanak mempunyai maksud tersiratnya


sendiri.

Dengan

kata

lainnya,

kanak-kanak

meluahkan

perasaan

atau

pandangannya melalui lukisan yang dilukisnya. Orang dewasa dapat lebih


memahami dunia kanak-kanak atau apa yang difikir oleh mereka dengan melihat
apa yang dilukis dalam lukisannya. Ini menjadikan satu cara komunikasi antara
orang dewasa dengan kanak-kanak.

Seni kanak-kanak telah dilihat sebagai sesuatu persepsi asas kanak-kanak


terhadap realiti dunia sekelilingnya, di mana Read mengambil kira tujuan avantgarde yang menghasilkan imej yang terdapat dalam minda seriap individu. Hal ini
disebabkan, Read member hujagan bahawa sistem pendidikan menyebabkan
kehilangan kebebasan kreativiti dan kespontanan kanak-kanak pada umur 10
tahun. Ini adalah kerana sistem pendidikan pada zaman itu melibatkan kanakkanak umur 10 tahun dalam pendidikan bergantungkan intelek dan menabaikan
kespontanan dan kreativiti kanak-kanak.

Read menyarankan bahawa kebebasan kreativiti dan kespontanan


seharusnya boleh dilanjutkan sehingga ke peringkat dewasa. Maka Read
menggunakan rujukan seni advent garde ini. Jadi sebagai seorang guru seni, kita
tidak harus menyekat atau menghalang kanak-kanak membuat sesuatu kajian
terhadap penggunaan warna atau penggunaan bahan untuk menghasilkan lukisan
mereka. Guru harus memberi kebebasan kepada kanak-kanak untuk menunjukkan
bakat mereka sendiri. Lukisan yang tanpa batasan akan menjadi lebih menarik
minat orang lain terhadap lukisan itu sendiri.

Sumber : http://achikkini.blogspot.com/

Anda mungkin juga menyukai