Anda di halaman 1dari 4

Menanam sayur-sayuran

Pengenalan
- kumpulan tumbuhan yang penting dalam
pemakanan manusia
- dimakan secara mentah atau selepas
dimasak
- membekalkan serat (fiber), vitamin dan
mineral
- kekurangan sayur-sayuran dalam sajian
menyebabkan sembelit, penyakit kekurangan
vitamin dan bahan galian

Jenis-jenis sayuran
- tidak semua bahagian tumbuhan boleh
dimakan
- bagi kebanyakan tumbuhan sayuran, hanya
bahagian tertentu yang dimakan
- sayur-sayuran boleh dikelaskan kepada
empat kumpulan:
1. Sayur-sayuran jenis daun (sawi putih,
sawi bunga, kangkung, daun salad,
bayam, kailan, cekur manis dan kobis)
2. Sayur-sayuran jenis buah (tomato, labu,
bendi, terung, cili, timun, petola, labu air,
peria dan kundur)
3. Sayur-sayuran jenis kekacang (kacang
panjang, kacang buncis, kacang tanah,
kacang soya dan kacang botor)
4. Sayur-sayuran jenis akar (lobak putih,
keladi, keledek, lobak merah, sengkuang,
ubi kayu)
.
Kepentingan sayur-sayuran dari segi diet
(a) Nilai zatnya
- Sumber-sumber penting vitamin dan
mineral yang di perlukan bagi tumbesaran
badan yang sihat.
- Sayur-sayuran hijau adalah sumbersumber vitamin A dan C; juga zat besi
untuk pembinaan darah.
- Sayur-sayuran jenis kekacang membekalkan protein yang sangat penting untuk
tumbesar saiz badan; juga menyediakan
sejumlah vitamin B
- Sayur-sayuran jenis akar membekalkan
karbohidrat yang memberi tenaga kepada
badan
- Sayur-sayuran
juga
membekalkan
mineral seperti ferum (besi), kalium,
posforus dan kalsium
- Bahagian sayuran yang berwarna merah,
kuning dan jingga mengandungi vitamin A
(b) Menambahkan pelawas (roughage)
- Sayur-sayuran terutamanya daun-daun
hijau membekalkan pelawas kepada
badan
- Pelawas mengandungi selulosa dan lignin
yang tidak hadam atau separuh terhadam
- Ia menolong dalam peristalsis (pergerakan bahan makanan melalui saluran
penghadaman)
- Sayur-sayuran yang mencukupi dalam
makanan sehari-harian mengelakkan
sembelit

Faktor-faktor penting dalam pemilihan tapak yang


sesuai dijadikan tapak penanaman sayur:

Kepentingan sayur-sayuran dari segi ekonomi


- meningkat dan mempelbagaikan peluang
pekerjaan (seperti penanam, pemborong,
peruncit, pengilang, pembekal input pertanian,
pegawai pemasaran, pegawai pertanian,
penyelidik dan sebagainya)

penanaman sayuran memberikan pendapatan


utama atau sampingan kepada pengusahanya
pengeluaran sayur-sayuran secara besarbesaran dapat menambah pendapatan
negara melalui eksport
mengurangkan pergantungan negara kepada
import dan aliran keluar wang negara

Pemilihan tapak

(a) Jenis tanah


- seeloknya tanah gembur - membolehkan
sayur-sayuran membesar dengan lebih
baik
- elakkan tanah yang berbatu, berpasir
atau tanah liat berat
- mengandungi banyak bahan organik
(b) Dekat dengan sumber air
- membolehkan siraman sehari-hari
- sayur sayuran memerlukan banyak air
untuk tumbesaran yang cepat
(c) Tempat lapang
- jauh daripada teduhan pokok besar dan
bangunan tinggi
- sayur-sayuran tumbuh dengan baik di
tempat yang banyak bekalan cahaya
matahari
- cahaya matahari perlu untuk proses
fotosintesis
(d) Tempat agak rata
- menjadikan aktiviti penanaman lebih
senang
- tidak terdapat masalah hakisan
- tanah cerun sedikit boleh digunakan
tetapi mestilah ditereskan
- teres-teres
mesti
lebar
untuk
mengurangkan hakisan
- elakkan kawasan tapak yang boleh
menakung air
- tanah mestilah mempunyai saliran yang
baik
(e) Berdekatan dengan jalanraya
- hasil sayur-sayuran boleh dihawa ke
pasar dengan cepat
- sayur sayuran biasanya dikehendaki
dalam keadaan yang segar
Penyediaan tapak
(a) Menerang dan membakar (jika kawasan baru)
- tumbuhan seperti pokok-pokok renik dan
belukar hendaklah ditebas, dihimpun dan
dibakar
- tunggul pokok hendaklah digali dan
dibakar
- tumbuh-tumbuhan herba seperti rumput
dikumpul dan dijadikan kompos
(b) Membajak dan menggembur
- menghancurkan tanah supaya menjadi
halus dan sesuai untuk penembusan akar
sayuran
- membaiki pengudaraan tanah
- memusnahkan rumpai

mendedahkan hidupan perosak (seperti


larva serangga, spora kulat, biji benih
rumpai) untuk dibinasakan oleh cahaya
matahari terik atau dimakan oleh burungburung
dilakukan dengan menggunakan alat-alat
tangan seperti cangkul atau perkakasperkakas ladang seperti bajak, alat-alat
penggembur, mesin bajak putar yang
dipasangkan kepada sebuah traktor
tanah biasanya digali sedalam 30 cm (1
kaki)
ketul-ketul batu, tin-tin, serpihan kaca dan
bata hendaklah dibuang

(c) Membina batas-batas


- sayur-sayuran biasanya ditanam di batas atau
batas alur (ridge)
- menamam di batas memudahkan kerja
penjagaan (merumput, menyiram, membaja,
mengawal serangga dan penyakit)
- batas atau batas alur akan memberi
pengudaraan dan saliran yang baik
- tinggi batas atau batas alur yang sesuai ialah
kira-kira 15 - 30 cm (6 - 12 inci)
- lebar batas alur biasanya 50 -70 cm (20 - 28
inci)
- lebar batas pula hendaklah tidak melebihi 120
cm (4 kaki)
- batas yang lebih lebar daripada 120 cm akan
menyukarkan kerja penjagaan
- panjang batas atau batas alur boleh
disesuaikan dengan saiz kebun tetapi tidak
menyusahkan penjagaan
- panjang yang sesuai ialah 6 - 9 meter (20 - 30
kaki).
- sayur-sayuran seperti kacang bendi, terung,
cili, keledek dan sengkuang sesuai ditanam di
batas alur
- sayur-sayuran daun hijau seperti bayam, sawi
putih, salad dan sawi bunga biasanya ditanam
di batas-batas
- lorong-lorong selebar 45 cm (1.5 kaki)
hendaklah dibuat di antara barisan-barisan
batas atau batas alur
- selepas batas atau batas alur dibina, bahan
organik (seperti baja tahi lembu yang reput
atau baja kompos) hendaklah ditaburkan dan
dicampur-gaulkan dengan tanah batas
- tujuannya ialah untuk menambah kandungan
bahan organik tanah supaya sayur-sayuran
tumbuh dengan cepat
- elakkan penggunaan tahi lembu yang baru
kerana ia mengandungi biji benih rumpai yang
banyak. Biji benih rumpai ini akan bercambah
di atas batas sayur dan bersaing dengan anak
benih sayur-sayuran untuk mendapatkan
lembapan, mineral dan cahaya matahari. Tahi
lembu yang cukup reput tidak mengandungi
biji benih rumpai yang bernas sebab biji benih
ini akan terbinasa oleh haba yang di hasilkan
semasa penguraian tahi lembu itu.
Jika penanaman sayur-sayuran diusahakan
secara kecil-kecilan, beberapa pengubahsuaian
perlu dilakukan dari segi penyediaan tapak
terutamanya
pembinaan
batas.
Contoh
ubahsuaian termasuklah menggunakan medium
campuran yang dikepung dengan papan atau
batu-bata untuk dijadikan batas menanam, atau
penanaman menggunakan bekas-bekas yang
sesuai seperti beg politena, pasu, kotak kayu atau
sebagainya. Kaedah ini sesuai dilakukan di
kawasan sekolah rendah.

Pemilihan biji benih


- penanaman sayur-sayuran kebanyakannya
bermula dengan penyemaian biji benih
- biji benih boleh diperolehi dengan mengutip
daripada sayuran matang musim sebelumnya
atau dibeli
- hanya biji benih yang baik dan segar akan
bercambah apabila ditanam
- biji benih yang baik mempunyai sifat-sifat
berikut:
(a)
Matang
- biji
benih
yang
cukup
matang
mengandungi embrio bernas yang akan
bercambah apabila keadaan-keadaan
yang sesuai diberi
- biji benih yang belum matang biasanya
tidak akan bercambah sama sekali
(b) Cukup berisi
- biji benih yang cukup berisi mengandungi
bekalan makanan yang cukup untuk
pertumbuhan permulaan embrio
- biji benih yang ringan (boleh diuji dengan
cara mengapungkannya dalam air)
biasanya tidak cukup berisi dan kurang
mampu bercambah dengan baik
(c) Bebas dari penyakit dan perosak
- biji benih yang diserang penyakit
biasanya
menunjukkan
tanda-tanda
seperti tompok-tompok miselium atau
spora hitam dan perang pada biji benih
- biji benih yang telah diserang oleh
perosak mempunyai bahagian yang
dimakan atau berlubang
- biji benih yang diserang penyakit atau
perosak sukar atau tidak akan bercambah
Rawatan dan penyimpanan biji benih
-

biji benih sayuran seringkali perlu disimpan


untuk kegunaan masa depan
kualiti biji benih merosot apabila disimpan
tindakan-tindakan penting apabila menyimpan
biji benih:
(a) asingkan biji benih yang baik daripada
yang rosak.
(b) keringkan biji benih
(c) jika perlu, gaulkan biji benih dengan racun
kulat dan racun serangga
(d) masukkan ke dalam botol kedap udara
atau balut dalam beg plastik
(e) labelkan botol atau beg plastik itu dengan
nama biji benih dan tarikh mula disimpan.
(f) simpan botol atau beg plastik itu di tempat
sejuk dan kering (contohnya dalam peti
sejuk pada suhu sekitar 10 - 14oC)

Menyemai
Setengah-setengah biji benih sayur-sayuran boleh
disemai terus, manakala yang lain pula perlu
disemai di tapak-tapak semaian dan kemudiannya
diubah.
Biji benih besar (bendi, kangkung,
sengkuang dan buncis) disemai terus

lobak,

Langkah penyemaian terus:


(i) Gaulkan biji benih itu dengan campuran racun
serangga dan racun kulat untuk mengelakkan
serangan serangga perosak dan kulat apabila
biji benih bercambah.
(ii) Tandakan tempat tanaman di batas itu
mengikut jarak yang sesuai

(iii) Buat satu lubang penanaman sedalam


lebih kurang 2.5 - 5 cm (1 - 2 inci) di
tempat yang telah ditandakan
(iv) Masukkan satu atau dua biji benih ke
dalam tiap-tiap lubang dan tutup dengan
tanah
(v) Tekankan tanah di atas biji benih dengan
tapak tangan
(vi) Siram batas itu dengan secukupnya
Biji benih kecil sayur-sayuran seperti cili, terung
dan tomato biasanya disemai dalam kotak atau di
tapak semaian dan kemudiannya diubah ke batas
tetap. Kebaikan-kebaikan mengadakan kotak/
tapak semaian:
(a) Memudahkan penjagaan kerana anak-anak
benih tumbuh dalam tempat yang terhad
(kecil) dari segi saiz. Perhatian yang lebih
dapat diberikan kepada tumbuhan muda ini.
Kerja-kerja penjagaan seperti menyiram,
merumput,
membaja
dan
memberi
perlindungan boleh dilakukan dengan senang.
(b) Anak benih yang sihat, segar, tegap dan
sekata
saiznya
boleh
dipilih
untuk
pengubahan
ke
batas-batas
sayur.
Tumbesaran pokok-pokok yang sekata boleh
diperolehi dan hasilnya boleh dikutip pada
masa yang sama. Kejadian serangan penyakit
dapat dikurangkan kerana anak-anak pokok
yang lemah dan berpenyakit ini tidak dipilih
(c) Kadangkala pokok-pokok yang baru diubah
dirosakkan oleh serangga, penyakit, hujan
atau sebab-sebab lain dan perlu diganti.
Kaedah kotak semaian dapat memastikan
gantian pokok-pokok yang rosak selepas
diubah sentiasa ada.

anak benih mempunyai 3 - 4 helai daun sebenar


dan/atau tingginya lebih kurang 5 - 10 cm (2 - 4
inci). Pengubahan perlu dilakukan dengan cermat
supaya akar anak benih tidak rosak. Kerosakan
akar semasa pengubahan boleh menyebabkan
tumbuhan terbabit mengambil masa yang lama
untuk pulih, bantut atau mati.
Langkah pengubahan anak benih:
(i)
(ii)
(iii)

(iv)
(v)
(vi)
(vii)
(viii)
(ix)

(x)

Langkah penyemaian di kotak semaian:


(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)
(vi)
(vii)
(viii)

Sediakan kotak semaian (kayu atau plastik)


yang bersih dan bersesuaian saiz dengan
lubang saliran di dasarnya
Sediakan medium menyemai; contohnya
medium campuran 2 tanah loam : 1 bahan
organik : 1pasir
Isi kotak semaian dengan medium hingga
lebih kurang 3/4 penuh
Ratakan permukaan medium
Taburkan biji benih (rata-rata atau dalam
barisan) di atas permukaan medium dan
kemudian tutup dengan satu lapisan medium
Siram secara cermat
Jika perlu, alas kotak semaian untuk
memberi pengudaraan yang baik
Lakukan pengerasan anak benih apabila
sudah cukup besar sebelum diubah

Biji benih halus seperti bayam, sawi putih, sawi


bunga dan kailan disemai terus ke batas dan anak
benih dijarangkan kepada jarak tanaman yang
betul setelah bercambah
Langkah penyemaian
penjarangan:
(i)
(ii)
(iii)
(iv)

Pengerasan
(v)
Pengerasan anak benih dilakukan dengan cara
mengurangkan siraman dan/atau mendedahkannya kepada pancaran matahari penuh secara
beransur-ansur dalam tempoh 3 hingga 5 hari
sebelum mengubah. Pengerasan dapat menguatkan tisu-tisu anak benih, membiasakannya
dengan persekitaran baru serta mengurangkan
kejadian renjatan (kejutan) selepas anak benih
diubah.

Keraskan anak benih 3 5 hari sebelum


mengubah
Siram anak benih kira-kira sejam sebelum
mengubah
Lakukan pengubahan pada waktu awal pagi
atau lewat petang terutamanya pada hari
redup. Elakkan mengubah pada waktu yang
sangat panas kerana anak benih mudah
kehilangan air melalui pepeluhan dan cepat
layu
Tandakan lubang penanaman di atas batas
mengikut jarak penanaman yang betul bagi
sayur-sayuran itu
Gali anak benih dengan cermat menggunakan sudip. Asingkan setiap anak benih
bersama segumpal tanah
Letakkan satu anak benih dalam satu lubang
tersedia, padatkan tanah di keliling anak
benih
Letakkan satu lapisan sungkupan
Siram anak benih yang diubah
Berikan naungan atau pelindung kepada
anak benih yang baru diubah untuk
mengurangkan kesan pancaran matahari
yang terlalu kuat. Contoh bahan naungan:
pelepah daun kelapa, kertas, jaring tildenet
Kurangkan naungan beransur-ansur apabila
tumbuhan telah kuat (selepas lebih kurang
satu minggu)

(vi)

(vii)

terus

diikuti

dengan

Campurkan biji benih dengan sedikit pasir


atau tanah kering
Sediakan alur-alur cetek pada jarak tertentu
di batas dan taburkan campuran biji benih
dan pasir rata-rata sepanjang alur-alur
Tutup alur-alur dengan lapisan nipis tanah
dan tekan dengan perlahan menggunakan
tapak tangan
Apabila anak benih mencapai kira-kira 8 - 10
cm (3 - 4 inci) tinggi, jarangkan mengikut
jarak penanaman yang dikehendaki
Penjarangan menyingkirkan anak benih yang
lemah, rosak, berpenyakit serta mengurangkan
persaingan
anak
benih
untuk
mendapatkan cahaya, air dan nutrien
Penjarangan dilakukan dengan mencabut
anak benih dengan berhati-hati supaya akar
pokok yang hendak dikekalkan tidak
terganggu
Penjarangan juga boleh dilakukan dengan
mengerat batang-batang pokok hampir
kepada permukaan tanah

Mengubah
Sungkupan
Mengubah ialah proses memindahkan anak benih
dari kotak/tapak semaian ke batas atau bekasbekas tanaman. Pengubahan dilakukan apabila

Sungkupan ialah penutupan permukaan batas


dengan suatu lapisan nipis bahan-bahan yang

sesuai selepas kerja penyemaian dilakukan


Contoh bahan sungkupan: sisa potongan
rumput yang kering, kertas, plastik silvershine,
cocoa fibre
Ketebalan yang sesuai ialah 2.5 - 5 cm (1 -2
inci)
Anjakkan sungkupan setelah biji benih
bercambah supaya anak benih mendapat
cahaya matahari

Sebab-sebab membuat sungkupan


(a) Mencegah permukaan tanah batas daripada
dihanyutkan oleh air siraman atau air hujan.
Kejadian hakisan tanah dan biji benih hanyut
(terutamanya yang kecil) dapat dielakkan
(b) Membantu memelihara lembapan tanah
dengan mengurangkan sejatan air dari tanah
semasa hari panas dan kering; setengah
bahan sungkupan mampu menyerap dan
menyimpan air
(c) Melindungi tanah dari pancaran matahari dan
memelihara
lembapan
dalam
tanah
menyebabkan suhu tanah rendah
(d) Mengelakkan
kepadatan
tanah
akibat
daripada pukulan titisan hujan
(e) Bahan sungkupan organik menambahkan
kandungan humus tanah apabila reput.
Humus yang terbentuk membantu dalam
mengekalkan
struktur
tanah
dan
mengurangkan kejadian pemadatan tanah
(f) Bahan sungkupan organik menambahkan
kandungan mineral apabila reput
(g) Lapisan sungkupan mampu menghalang
percambahan biji benih rumpai. Sungkupan
juga menghalang anak benih rumpai daripada
menerima
pancaran
cahaya
matahari.
Kekurangan cahaya matahari menyebabkan
anak benih rumpai tumbuh dengan keadaan
lemah dan kerana itu senang disingkirkan

Anda mungkin juga menyukai