Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARAAN

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1435H


SK PARIS, KINABATANGAN

L:

Kepada semua para hadirin dipersilakan untuk mengambil tempat di dalam dewan kerana
majlis akan dimulakan sebentar lagi.
P: Mega berarak indah berbalam,
Dipuput bayu ke pohon ara;
Pemanis kalam selamat malam,
Awal bismillah pembuka bicara
P: Assalamualaikum w.b.t.
Yang dihormati Tn guru besar SK Paris, pn mastiah bt hassim, Pn Baile bt Perman, Penolong
kanan pentadbiran SK Paris Kinabatangan, yang berusaha Pn Sabturiah bt Ali , Penolong kanan
Hal Ehwal murid, En. Fitri b. Ghani, Penolong kanan kokurikulum, guru-guru, dan para hadirin
yang rahmati Allah sekalian.
L: Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia serta
keizinanNya sekali lagi pada tahun ini kita dapat mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul
sempena memperingati junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
L: Selamat datang diucapkan dan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua para jemputan
kerana sudi meluangkan masa untuk hadir ke majlis ini, semoga majlis yang diadakan pada hari
ini dapat dijalankan dengan lancar dan jayanya.
P: Hadirin dan hadirat sekalian,
Majlis pada pagi yang berbahagia ini akan dimulakan dengan bacaan ayat suci al-Quran dan
terjemahan yang akan disampaikan oleh .. Beliau akan
membacakan ayat dari surah Al-Anbia bermula dari ayat 1-10. Majlis mempersilakan.
P: Terima kasih diucapkan kepada Qari atas bacaan ayat suci al-Quran itu tadi.

L: Tetak buluh panjang sepuluh


Mari jolok sarang penyengat
Angkat tangan jari sepuluh
Doa diminta biar selamat

L: Bagi memberkati majlis, dengan ini pihak majlis menjemput dan mempersilakan alfadhil. untuk membacakan doa. Dipersilakan.

P: Amin ya rabbal alamin. Terima kasih diucapkan kepada di atas


bacaan doa itu tadi. Semoga dengan bacaan doa oleh beliau itu tadi majlis kita akan dapat
berjalan dengan lancar dan mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T.
P: Bagi meneruskan majlis, dengan ini dijemput dan dipersilakan Ustaz Mohd Faiz B. Mohd
Khamis, Ketua Panitia Pendidikan Islam, J-Qaf dan moral untuk menyampaikan ucapan alualuan. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.
L: Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Mohd Faiz di atas ucapan beliau itu tadi.
P: Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Penolong kanan pentadbiran, Pn Baile bt
Perman(wakil guru besar SK Paris) untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.
P: Terima kasih diucapkan kepada Pn baile bt Perman Penolong kanan pentadbiran SK Paris di
atas ucapan nya itu tadi.
L: Majlis diteruskan lagi dengan menjemput dan mempersilakan Yang di Pertua PIBG SK paris,
Kinabatangan, En Mahmud bin Ahmad bagi menyampaikan ucapan beliau dan seterusnya
merasmikan majlis sambutan maulidurrasul peringkat sekolah SK Paris bagi tahun 1433H. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.
P: Tanam lenggun tumbuh kelapa
Terbit bunga pucuk mati
Budi tuan kami tak lupa
Sudah tersemat di dalam hati
P: Majlis merakamkanucapan terima kasih di atas kesudian En Mahmud b. Ahmad, Yg di pertua
PIBG SK Paris, Kinabatanangan di atas ucapan dan kesudian beliau merasmikan majlis itu tadi.
L: Majlis diteruskan lagi dengan persembahan nasyid yang akan disampaikan oleh ahli nasyid
yang mewakili sekolah ke pertandingan nasyid sekolah2 peringkat daerah Kinabatangan.
Dipersilakan.
L: Terima kasih diucapkan di atas alunan nasyid itu tadi
P: Majlis diteruskan lagi dengan ceramah Maulidur Rasul yang akan disampaikan oleh
.. Tanpa melengahkan masa, marilah kita bersama-sama mendegar dan
menghayati ceramah Maulidur Rasul yang akan disampaikan oleh. Dengan
segala hormatnya dipersilakan.

P:
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada .. di atas
ceramah yang telah disampaikan oleh beliau itu tadi. Semoga kita semua dapat mengambil
iktibar dan panduan berguna daripada ceramah tersebut.

L: Majlis diteruskan lagi dengan Kuiz Profil Rasulullah bagi tahun 1 dan Tahun 2. Seterusnya
diikuti dengan soalan kuiz Profil Rasulullah bagi ibu bapa dan guru.
L: Tahniah diucapkan kepada murid yang Berjaya menjawab dengan tepat soalan kuiz itu tadi.
P: Seterusnya dijemput adik.. bagi mendeklamasikan sajak
bertajuk (Trilogi Kehidupan Kekasih Allah Muhammad SAW)

yang

P: Terima kasih diucapkan di atas persembahan deklamasi puisi yang disampaikan oleh
adik.. itu tadi.
L: Majlis diteruskan lagi dengan menjemput adik. Bagi
menyampaikan cerita yang bertajuk Kewafatan Rasulullah.
L: Terima kasih diucapkan kepada adik .. di atas cerita itu tadi.
P: Majlis diteruskan lagi dengan Kuiz Profil Rasulullah bagi tahun 3 dan Tahun 4. Seterusnya
diikuti dengan soalan kuiz bagi ibu bapa dan guru.
P: Tahniah diucapkan kepada yang Berjaya.

L: Seterusnya dijemput adik.. bagi menyampaikan cerita yang bertajuk


.. Dipersilakan.
L: Terima kasih diucapkan kepada adik ..

P: Majlis diteruskan lagi dengan Kuiz Profil Rasulullah bagi tahun 5 dan Tahun 6. Seterusnya
diikuti dengan soalan kuiz profil Rasulullah bagi ibu bapa dan guru.
P: Terima kasih diucapkan kepada yang Berjaya.
L: Majlis diteruskan lagi dengan persembahan nasyid. Dipersilakan.
L: Terima kasih diucapkan di atas persmbahan nasyid itu tadi.

P: Majlis diteruskan lagi acara penyampaian hadiah kepada para pemenang. Dijemput
bagi mengiringi ..
untuk naik ke pentas bagi menyampaikan hadiah.

P: Tuan puteri pergi ke Kuah


Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Diizin Tuhan bersua lagi

L: Selesailah sudah Majlis Perasmian....................................... kami bagi pihak JK Kerja Majlis,


ingin mengucapkan terima kasih di atas kesudian hadirin dan hadirat sekelian kerana
memeriahkan seterusnya memaknakan majlis pada petang ini. Akhir kata, kami memohon
maaf jika terdapat sebarang kesilapan sepanjang mengendalikan majlis ini. Yang baik itu
datangnya dari Allah, dan yang buruk itu datangnya dari diri kami sendiri. Saya sudahi majlis
dengan w.b.twassalamualaikum warahmatullah hi wabaratuh.

Anda mungkin juga menyukai