Anda di halaman 1dari 18

Nama: Tingkatan:

SULIT
Fizik
Kertas 1
1¼ jam
Tingkatan 5

SEKOLAH ALAM SHAH


JALAN YAAKOB LATIF, BANDAR TUN RAZAK
56000 KUALA LUMPUR

PEPERIKSAAN PERTAMA 2001

FIZIK
Kertas 1
Satu jam lima belas minit

Bagi Soalan 1 hingga Soalan 30, tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan
jawapan. Pilih satu yang terbaik bagi tiap-tiap soalan dan hitamkan ruangan yang
sepadan pada kertas jawapan objektif anda.

1 Seekor semut meninggalkan lubang sarangnya untuk mencari makanan.


Apabila semut itu kembali pada lewat petang, apakah sesarannya?
A positif
B tidak diketahui
C sifar
D negatif

2 Hubungan antara rintangan, R, satu dawai dengan suhu è, diberi oleh


persamaan R = á(1 + âè), di mana á dan â adalah pemalar. Apabila graf R
melawan è dilukis, pintasan pada paksi-R ialah…
A á
B áâ
C -á
1
D
β

1
3

cm cm
0 1 3 4

0 10 0 10

(i) ( ii )

Rajah 1

Rajah 1 (i) menunjukkan bacaan ralat sifar sebuah angkup vernier. Rajah 1
(ii) menunjukkan bacaan yang diperoleh semasa digunakan untuk mengukur
tebal blok kayu. Berapakah tebal, dalam cm, blok kayu itu?
A 3.66
B 3.21
C 3.15
D 3.11

4 Ali menunggang motosikal dengan kelajuan malar 30 kmj –1 . Bakar berlari


100 m dalam masa 15 s. Chan berbasikal sejauh 240 km dalam masa 10 jam.
Antara yang berikut yang manakah perbandingan kelajuan yang betul?
A kelajuan Ali sama dengan kelajuan Bakar
B kelajuan Chan lebih daripada kelajuan Bakar
C kelajuan Ali dan kelajuan Chan lebih daripada kelajuan Bakar
D kelajuan Bakar sama dengan kelajuan Chan tetapi kurang daripada
kelajuan Ali

2
5
Arah gerakan

6.0cm 3.5cm
Rajah 2

Rajah 2 menunjukkan satu keratan pita detik ditarik oleh sebuah troli melalui
satu jangka masa detik yang disambungkan kepada bekalan arus ulang alik
50 Hz. Berapakah pecutan troli itu?
A 17.50 ms -2
B 15.63 ms -2
C 14.58 ms -2
D 10.00 ms -2

6 Sebuah kereta memecut daripada keadaan pegun dan pecutannya semakin


berkurang. Di antara graf berikut, yang manakah menunjukkan
perubahan halaju, v dengan masa, t kereta tersebut.

v v

t t
A B

v v

t t
C D

3
7 Daya impuls yang bertindak semasa lompatan katak mendarat di atas
permukaan batu dapat dikurangkan dengan…
A melicinkan permukaan batu.
B menambahkan jisim batu.
C menambahkan luas permukaan batu.
D menambahkan masa pendaratan katak.

8
20 cm 8 cm

Sebelum selepas
perlanggaran perlanggaran

Rajah 3

Rajah 3 menunjukkan keratan pita detik yang dihasilkan daripada


perlanggaran troli P dengan troli Q. Troli P yang dilekatkan dengan pita
detik yang melalui jangkamasa detik berfrekuensi 50 Hz melanggar troli Q
yang pegun. Selepas perlanggaran, troli P dan troli Q melekat dan bergerak
bersama-sama.
Jika jisim troli P ialah 2.0 kg, berapakah jisim troli Q?
A 0.8 kg
B 2.2 kg
C 2.5 kg
D 3.0 kg.

4
9
Bongkah kayu 10 N

5.46 N 30o

Permukaan licin

Rajah 4
Satu bongkah kayu berjisim 1 kg ditindakkan dengan daya-daya 5.46 N dan
10.0 N seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4. Berapakah magnitud
pecutan yang dialami bongkah kayu itu?
A 3.2 ms-2
B 4.6 ms-2
C 14.0 ms-2
D 15.4 ms-2

10 Siti berdiri di luar sebuah bangunan besar. Mengikut Hukum Kegravitian


Semesta, terdapat daya tarikan antara Siti dengan bangunan itu.
Mengapakah Siti tidak terlekat pada dinding bangunan itu?
A Hukum Kegravitian Semesta sah untuk jasad-jasad semawi sahaja.
B Daya geseran antara tanah dengan Siti dan bangunan dapat mengatasi
daya tarikan itu.
C Tiada daya tarikan dikenakan kerana bangunan itu pegun.
D Inersia Siti sangat kecil.

11 Apabila seketul besi tulen berjisim 7 kg tenggelam sepenuhnya di dalam air,


ketulan besi tersebut menyesarkan 1 liter air. Satu sampel besi berjisim 14
kg menyesarkan 2.1 liter air apabila ditenggelamkan sepenuhnya. Antara
pernyataan yang berikut, yang manakah benar tentang sampel besi itu?
A Sampel besi itu juga besi tulen.
B Sampel besi itu mengandungi bahan asing yang lebih tumpat berbanding
dengan besi tulen.
C Sampel besi itu mengandungi bahan asing yang kurang tumpat daripada
besi tulen.
D Sampel besi itu sangat sejuk.

5
12

Udara kering Merkuri

Rajah 5

Rajah 5 menunjukkan udara kering diperangkap di dalam suatu tiub rerambut


yang mengufuk oleh seutas benang merkuri. Apabila tiub itu ditegakkan
dengan hujung terbukanya di atas, panjang turus udara yang terperangkap
itu…
A tidak berubah kerana merkuri melekat pada dinding tiub.
B tidak berubah kerana tekanan udara di dalam tiub tidak berubah.
C berkurang kerana tekanan udara di dalam tiub tidak berubah.
D bertambah.

13

0.5 kg
(i)
1.0 kg
( ii )

Rajah 6

Apabila satu jisim 0.5 kg digantung kepada satu spring seperti dalam Rajah 6
(i) pemanjangan spring ialah 6 cm. Lima spring yang serupa dengan spring
tersebut dipasang dan dibebankan dengan satu jisim 1.0 kg seperti dalam
Rajah 6 (ii). Berapakah jumlah pemanjangan spring itu?
A 4.0 cm
B 6.0 cm
C 10.0 cm
D 12.0 cm

6
14
Sabun

Rajah 7

Rajah 7 menunjukkan sebuah sampan polistirena dilekatkan dengan sedikit


sabun di belakangnya dan diletakkan di atas permukaan air yang tenang.
Sampan tersebut akan bergerak ke hadapan kerana terdapat…
A perubahan ketegangan permukaan.
B perbezaan ketumpatan bahan.
C pertambahan daya julangan.
D perbezaan tekanan.

15 Udara yang terperangkap dalam suatu bekas tertutup mempunyai tekanan


2.5 x 10-2 Nm2 pada suhu 30ºC. Setelah dipanaskan, suhu udara dalam
bekas meningkat ke 60ºC. Jika isi padu udara dalam bekas tidak berubah,
hitungkan tekanan udara yang baru.
A 2.7 x 105 Nm-2
B 5.0 x 105 Nm-2
C 15.0 x 105 Nm-2
D 27.0 x 105 Nm-2

16 Satu bongkah berjisim 20 kg hendak ditarik naik satu cerun licin. Antara yang
berikut, keadaan yang manakah memerlukan kerja terkecil?
A C 15 m
5m
2m 1m

B D
10 m 8m
3m 5m

7
17 Seketul batu berjisim 0.3 kg dilontar tegak ke atas dengan halaju awal 4 ms-1.
Berapakah pertambahan tenaga keupayaan batu itu pada kedudukan
tertingginya?
A 2.4 J
B 1.2 J
C 0.8 J
D 0.6 J

18

12 cm

4 cm
kasar

Rajah 8

Sebiji bola 500 g dilontar dengan halaju 12 ms-1 supaya bergerak sepanjang
satu landasan yang kasar. Bola ini akan berhenti di B setinggi 4 m dari lantai.
Jika panjang landasan AB ialah 12 km, kira kerja yang dilakukan oleh daya
geseran untuk menghentikan bola itu.
A 16 J
B 20 J
C 36 J
D 56 J

8
19
Ketuhar

piza piza
daging ayam

Rajah 9

Rajah 9 menunjukkan sekeping piza daging dan sekeping piza ayam


dipanaskan dalam sebuah ketuhar. Ketika kedua-dua piza mencapai
keseimbangan terma,
A suhu kedua-dua piza lebih besar daripada suhu ketuhar.
B kadar haba yang diserap oleh piza daging sama dengan kadar haba yang
dibebaskan oleh piza daging.
C suhu ketuhar sama dengan suhu daging ditambah dengan suhu piza
ayam.
D kadar haba yang dibebaskan oleh ketuhar lebih besar dari kadar haba
yang diserap oleh ketuhar.

20 Cecair X mempunyai muatan haba tentu 4.2 kJkg-1ºC-1 manakala muatan


haba tentu cair Y ialah 2.1 kJkg-1ºC-1. Sekiranya kehilangan haba boleh
diabaikan, tenaga yang boleh memanaskan 1 kg cecair X sebanyak 1ºC akan
menyebabkan suhu 1 kg cecair Y
A meningkat sebanyak 1ºC juga.
B turun sebanyak 2ºC.
C kekal tidak berubah.
D meningkat sebanyak 2ºC

9
21

Bikar air
plastik

ais

Rajah 10

336 g air pada suhu 30ºC dituang ke dalam bekas plastik berisi ais pada
suhu 0º C seperti dalam Rajah 10. Hitungkan jisim ais yang melebur jika
suhu campuran kekal pada 0ºC. [Haba pendam tentu ais = 3.36 x 105 J kg-1
muatan haba tentu air = 4200 Jkg-1ºC-1]
A 0.126 kg
B 0.336 kg
C 0.420 kg
D 3.360 kg

22 Kadar pemanasan yang sama dikenakan secara berasingan ke atas 4


sampel pepejal yang sama jisim sehingga setiapnya lebur. Merujuk kepada
graf-graf suhu lawan masa berikut (tidak berskala), pepejal manakah
mempunyai haba pendam pelakuran yang terkecil?

A Suhu/oC B Suhu/oC

masa/min masa/min
5 20 10 15
C Suhu/oC D Suhu/oC

masa/min masa/min
15 25 2 20

10
23 Dalam tiub sinar-x, tenaga sinar-x dapat ditambahkan dengan penambahan
kuantiti-kuantiti berikut, kecuali…
A V.L.T antara katod dengan logam anod.
B suhu filamen.
C halaju alur elektron.
D tenaga kinetik alur elektron.

24 Geiger dan Marsden telah menjalankan eksperimen menembak sekeping


kerajang emas nipis dengan zarah-á. Antara yang berikut yang manakah
merupakan kesimpulan eksperimen itu?
A Atom mempunyai banyak ruang yang kosong dan nukleus kecil berada
pada pusatnya.
B Atom mengandungi elektron yang ditaburkan secara seragam pada
permukaannya.
C Atom ialah zarah terkecil yang tidak boleh dibahagikan lagi.
D Atom terdiri daripada elektron, proton, dan neutron.

25
aktiviti

12
t Masa

Rajah 11

Rajah 11 menunjukkan graf aktiviti-masa suatu bahan radioaktif yang


mempunyai aktiviti asalnya N. Selepas masa t, aktivitinya telah menurun
menjadi 12 atom sesaat. Berapakah nilai N, jika t bersamaan dengan 3 kali
separuh hayat bahan itu?
A 36 atom sesaat
B 72 atom sesaat
C 96 atom sesaat
D 1728 atom sesaat

11
26 Dalam satu tindak balas nuklear, 8.736 x 10 -12 J tenaga telah dibebaskan.
Berapakah jisim yang hilang semasa tindak balas itu berlaku?
[Halaju cahaya = 3 x 108 ms-1]
A 2.62 x 10-3 kg
B 1.03 x 10-4 kg
C 2.91 x 10-20 kg
D 9.70 x 10-29 kg

27
Udara
150o

125o
Bongkah
kaca

Rajah 12

Rajah 12 menunjukkan satu sinar cahaya merambat dari udara ke dalam satu
bongkah kaca. Berapakah indeks biasan bongkah kaca itu?
A 1.50
B 0.61
C 1.64
D 0.66

12
28
x

Rajah 13

Dua kanta dwicembung A dan B dengan jarak fokus 15.0 cm setiap satu
disusun seperti ditunjukkan dalam rajah di atas. Diberi bahawa jarak objek
bagi kanta A ialah 30.0 cm, anggarkan jarak X supaya imej pokok kelihatan
tegak dan sama saiz dengan objek.
A 0.15 m
B 0.30 m
C 0.45 m
D 0.60 m

29 Suatu objek diletakkan pada jarak 15.0 cm di hadapan kanta pencapah yang
jarak fokusnya 5.0 cm. Apakah jarak di antara imej yang terbentuk dengan
kanta pencapah itu dan ciri imej itu?
A 7.5 cm, maya
B 7.5 cm, sahih
C 3.75 cm, sahih
D 3.75 cm, maya

30 Jarak di antara kanta objek dengan kanta mata bagi sebuah teleskop
astronomi pada pelarasan normal ialah 55.0 cm. Jika kuasa kanta objek
ialah 2 D, berapakah kuasa kanta mata?
A 5D
B 10 D
C 20 D
D 25 D

13
Bagi Soalan 31 hingga Soalan 40, tiap-tiap soalan mempunyai satu atau lebih
daripada satu cadangan jawapan yang betul. Tentukan tiap-tiap cadangan
jawapan itu betul atau salah. Kemudian, pilih satu jawapan daripada pilihan
A,B,C dan D yang berikutnya.

31 Antara yang berikut yang manakah mempunyai unit N m?


laju
I jisim x
masa
II. jisim x (laju)2
panjang
III. jisim x
masa
laju
IV. jisim x x panjang
masa

A I dan III sahaja


B II dan IV sahaja
C III dan IV sahaja
D I, II, dan III sahaja.

32
P Q

Rajah 14

Rajah 14 menunjukkan dua jasad, P dan Q yang serupa diletak di atas


sebuah meja ufuk yang licin. Jasad P dan Q masing-masing digerakkan
sejauh 50 cm dalam masa 10 s pada arah yang bertentangan. Antara yang
berikut kuantiti yang manakah sama bagi kedua-dua jasad itu?
I sesaran
II laju purata
III momentum
IV tenaga kinetik

A II sahaja
B I dan III sahaja
C II dan IV sahaja
D I, III, dan IV sahaja.

14
33
Satelit

Orbit

Rajah 15

Rajah 15 menunjukkan gerakan satelit mengelilingi Bumi. Daya tarikan


antara satelit dengan Bumi bergantung kepada…
I jisim Bumi
II jisim satelit
III jarak pemisahan bagi Bumi dan satelit
IV tempoh mengorbit Bumi

A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C I, II, dan III sahaja
D I, II, III, dan IV

34 Satu buaian berspring tunggal mampu menampung beban 6 kg sahaja.


Antara yang berikut, kaedah penyesuaian buaian yang manakah
membolehkan seorang budak berjisim 10 kg menggunakan buaian itu?
I menambah satu spring lain yang serupa secara sesiri
II menambah satu spring lain yang serupa secara selari
III menggantikan spring itu dengan spring sama jenis tetapi lebih panjang
IV menggantikan spring itu dengan spring yang mempunyai pemalar spring
yang lebih besar

A I dan III sahaja


B I dan IV sahaja
C II dan III sahaja
D II dan IV sahaja

15
35 Antara pernyataan yang berikut, yang manakah benar tentang suatu jasad
apabila dimasukkan ke dalam air, separuh daripadanya terapung di atas
permukaan air?
I berat jasad sama dengan daya julangan
II ketumpatan jasad lebih besar daripada ketumpatan air
III daya julangan sama dengan berat air yang disesarkan
IV isi padu jasad sama dengan isi padu air yang disesarkan

A I dan III sahaja


B II dan IV sahaja
C I, II, dan III sahaja
D I, III, dan IV sahaja

36 Seketul batu berjisim 2 kg dilontarkan secara tegak dengan halaju awal 20


ms-1 mencapai ketinggian maksimum h. Dengan mengabaikan rintangan
udara, yang manakah antara pernyataan yang berikut benar?
I semakin tinggi batu naik, halaju batu semakin kurang
II nilai h akan sama jika batu 4 kg digunakan
III masa untuk mencapai ketinggian maksimum dan masa untuk jatuh balik ke
titik hantaran dari ketinggian maksimum adalah sama
IV halaju batu pada ketinggian maksimum adalah 0 ms-1

A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II, dan IV sahaja
D I, II III, dan IV

37 Antara situasi penyejukan yang berikut, yang manakah disebabkan oleh


proses penyejatan?
I air dalam sebuah periuk tanah yang telah air terasa sejuk
II tangan terasa sejuk apabila disapu dengan alkohol
III bekas penyembur aerosol terasa sejuk apabila digunakan secara
berterusan
IV tangan terasa sejuk apabila memegang gelas minuman berais

A IV sahaja
B I dan III sahaja
C II dan IV sahaja
D I, II, dan III sahaja.

16
38
Teras kaca

Saluran kaca

Rajah 16

Rajah 16 menunjukkan satu kabel serabut optik yang terdiri daripada dua
lapisan kaca. Antara pernyataan yang berikut, yang manakah benar
mengenai serabut optik?
I Cahaya yang masuk mengalami fenomena pantulan dalam penuh.
II Lapisan teras kaca mempunyai indeks biasan yang lebih tinggi daripada
lapisan saluran kaca.
III Fenomena pembiasan cahaya juga berlaku pada dinding-dinding kaca
semasa cahaya merambat melalui serabut tersebut.
IV Serabut optik boleh membawa lebih banyak maklumat berbanding dengan
dawai kuprum biasa.

A I dan II sahaja
B I, II, dan III sahaja
C I, II, dan IV sahaja
D I, II, III, dan IV

39 Antara pernyataan yang berikut, yang manakah benar tentang imej nyata
dan imej maya yang dihasilkan oleh sebuah kanta?
I semua imej nyata adalah lebih besar daripada objek, semua imej maya
adalah lebih kecil daripada objek
II imej nyata boleh terbentuk di atas skrin, imej maya tidak boleh terbentuk di
atas skrin
III imej nyata mungkin boleh dilihat dengan mata, imej maya juga boleh
ditangkap dengan menggunakan kamera
IV semua imej nyata adalah songsang, semua imej maya adalah tegak

A I dan III sahaja


B II dan IV sahaja
C II, III, dan IV sahaja
D I, II, III, dan IV

17
40 Satu objek yang tingginya 2 cm diletakkan 5 cm di hadapan satu kanta dan
satu imej yang dibesarkan didapati terbentuk 10 cm dari kanta itu pada
sebelah di mana objek itu berada. Antara pernyataan yang berikut, yang
manakah benar?
I imejnya maya
II imejnya tertonggeng
III kanta itu ialah kanta pencapah
IV tinggi imejnya 4 cm

A I sahaja
B I dan III sahaja
C I dan IV sahaja
D I, II, dan III sahaja.

KERTAS SOALAN TAMAT

18