Anda di halaman 1dari 1

ELEMEN 3

Insan yang mempunyai semangat berbangga sebagai rakyat Malaysia dapat


dibentuk melalui kajian bangunan bersejarah seperti ini kerana melalui kajian ini,
kita dapat menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara dengan
mempelajari dan meneruskan pemeliharaan dan pemulihan warisan bangsa ini.
Dengan meneruskan dan memperkenalkan bangunan ini kepada generasi depan,
bermakna mereka juga menyemai perasaan patriotik. Sekaligus menunjukkan
bahawa kita menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa. Dalam
ertikata lain, melalui prinsip penjagaan bangunan ini, kita dapat menunjukkan
bahawa kita bangga dengan sejarah bangsa.

Melalui pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga, kita dapat


menyemai semangat bersatu padu dan berharmoni di antara masyarakat
majmuk. Dalam melaksanakan pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan
bersejarah seperti ini juga mengkehendaki kita bekerjasama dan tolong
menolong antara ahli masyarakat. Semangat muhibah atau semangat
bermuafakat yang dibentuk seterusnya akan melahirkan semangat patriotik
antara anggota masyarakat.