Anda di halaman 1dari 1

Mentari naik bulan menghilang,

Riuh berkokok si ayam jantan;


Takkan jarak jadi penghalang,
Selagi tuan dalam ingatan.

Hijau sudah si daun selasih,


Dipetik Jebat untuk si dara;
Bukan mudah kita berkasih,
Hilang sahabat hilang saudara.

Kembara jauh ke Tasik Chini,


Tika berehat ternampak naga;
Andai terpisah di dunia ini,
Hamba menunggu di pintu syurga.

Ke hujung desa mencari kelapa,


Kelapa dicari bersama Baba;
Dalam doa usah dilupa,
Andai benar kasihkan hamba.

Anda mungkin juga menyukai