Anda di halaman 1dari 8

EDITOR : NAZRI ABDULLAH

Kesan positif daripada pelaksanaan transformasi ekonomi, makin ketara. Lebih


membanggakan, hasilnya dapat dilihat dalam tempoh yang CUKUP singkat. Kedudukan
ekonomi Malaysia yang bertambah baik di peringkat antarabangsa, peningkatan
pendapatan perkapita serta peningkatan pelaburan langsung asing atau F-D-I, antara
bukti nyata.
Kita sedia maklum, laporan Forum Ekonomi Dunia 2012 meletakkan Malaysia antara
21-negara paling berdaya saing. Bank Dunia pula mengiktiraf Malaysia sebagai negara
yang ke-18 paling mudah untuk memulakan atau menjalankan urus niaga. Dan kini,
pendapatan perkapita negara adalah 9-ribu 700 Dolar, meningkat berbanding kira-kira
dua tahun lalu, iaitu 6-ribu 700 Dolar.
Pencapaian cemerlang hasil daripada perancangan yang teratur dan kepimpinan yang
cekap, TIDAK berakhir setakat itu. Sebaliknya, transformasi ekonomi negara TERUS
mendapat pengiktirafan. Terbaharu, hasil kaji selidik oleh "Institute for Management
Development" yang berpangkalan di Switzerland meletakkan ekonomi Malaysia di
kedudukan ke-14 paling berdaya saing.
Lebih membanggakan, kita berada di hadapan beberapa negara maju termasuk Australia,
United Kingdom, Korea Selatan, China dan Jepun. Tahun lepas, berdasarkan kajian
serupa, kita berada di kedudukan ke-16. Kaji selidik yang dijalankan itu mengukur
sejauh mana sesebuah negara menguruskan ekonomi dan sumber manusia untuk
meningkatkan kemajuan.
Apa yang jelas, pencapaian itu hasil daripada pelbagai langkah berani yang diperkenal
kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak. Inisiatif yang diperkenal terutama selepas
Pelan Transformasi Ekonomi atau E-T-P diumumkan pada tahun 2010 berjaya memacu
pembangunan, pertumbuhan dan mewujudkan sektor swasta berdaya tahan.
Sesungguhnya, transformasi ekonomi yang dilaksanakan kerajaan bukannya mudah.
Tidak semua kerajaan atau mana-mana kepimpinan mampu melakukannya dalam masa
singkat. Tetapi, di sinilah terletaknya kepintaran Datuk Seri Najib yang mengambil masa
tidak sampai TIGA tahun untuk membuktikan kepada rakyat. Bukan sekadar bukti tetapi
memastikan rakyat mendapat manfaat daripada apa yang dilaksanakan kerajaan. Labih
daripada itu kejayaan dicapai ketika dunia belum bebas sepenuhnya daripada kemelut
ekonomi, terutama di Amerika Syarikat dan Eropah.
Namun, kita tidak boleh leka dengan kejayaan itu. Cabaran masa hadapan menuntut kita
meningkatkan pengetahuan dan daya inovasi serta kreativiti. Tanpa persediaan, banyak
peluang akan terlepas begitu sahaja. Semua rakyat perlu terlibat atau menjadi peserta
transformasi ekonomi negara. Paling penting pemikiran perlu diubah. Langkah itu juga
selaras dengan persediaan kita menjadi rakyat sebuah negara maju berpendapatan
tinggi kira-kira LAPAN tahun lagi.
Jadi, sama-samalah kita menjadi sebahagian daripada proses transformasi ekonomi
yang sedang berjalan. Tidak guna sekadar berbicara mengenai kejayaan seperti yang
disebutkan awal tadi, jika masih ramai daripada kita sekadar pemerhati. Juga tidak ke
mana pujian melangit daripada orang luar tentang kejayaan program transformasi kita,
sedangkan sebahagian besar rakyat Malaysia masih tidak berubah. Ingatlah "agenda
transformasi negara adalah agenda semua pihak". Sokongan padu kepada segala yang
dirancang dan dilaksanakan kerajaan amat penting bagi menjamin kejayaan berterusan

Pencapaian Malaysia : Pendidikan


Sektor pendidikan Malaysia diselia oleh Kementerian Malaysia. Sistem
pendidikan Malaysia terdiri daripada pendidikan prasekolah bukan wajib, diikuti
enam tahun pendidikan rendah yang wajib dan lima tahun pendidikan
menengah. Sekolah rendah dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu sekolah
kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan (vernakular). Sekolah kebangsaan
menggunakan bahasa Malaysia sebagai perantara, manakala sekolah jenis
kebangsaan menjadikan bahasa Mandarin atau Tamil untuk tujuan yang sama.
Sebelum ke sekolah menengah, murid-murid Tahun 6 wajib menduduki Ujian
Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
Pendidikan menengah di Malaysia dilakukan terutamanya di Sekolah Menengah
Kebangsaan selama lima tahun. Pada akhir Tingkatan Tiga, murid-murid
mengambil peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR); tetapi PMR bakal
dimansuhkan pada tahun 2016. Pada tahun terakhir persekolahan menengah
iaitu Tingkatan Lima, para pelajar menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM). Sekolah menengah kebangsaan menjadikan bahasa Malaysia
sebagai perantara utama, tetapi wujudnya juga sekolah menengah swasta
yang berantara dalam bahasa Cina dan Inggeris. Sekolah antarabangsa juga
didirikan di Malaysia khas untuk anak-anak warga asing.
Sebelum sistem matrikulasi diperkenalkan, pelajar yang hendak memasuki
universiti awam perlu melanjutkan lagi persekolahan menengah selama 18
bulan untuk Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Semenjak kemunculan
program matrikulasi alternatif kepada sejak tahun 1999, sesiapa yang
menyiapkan program 12 bulan di kolej matrikulasi boleh berdaftar di universiti
awam.

Pencapaian Malaysia : Ekonomi


Sistem ekonomi di Malaysia pada abad ke-19 sehingga tahun 1963 boleh
dikategorikan kepada 2 bentuk yang utama iaitu sistem ekonomi sara diri dan sistem
ekonomi komersil. Bentuk dan kegiatan ekonomi yang mereka amalkan adalah
dipengaruhi daripada sistem pemerintahan pada masa dahulu. Sebagai contoh, rakyat
biasa menjadi petani, pedagang; pembesar pula menjadi pemilik tapak perlombongan
dan sebagainya.
Ekonomi sara diri ialah kegiatan ekonomi yang bertujuan atau sekadar mampu untuk
menampung keperluan harian keluarga. Maknanya, hasil kegiatan ekonomi akan
digunakan untuk keluarga mereka. Segala kelebihan pengeluaran akan dijual, hasil
jualan tersebut akan digunakan untuk membeli barangan keperluan yang lain yang
juga menjadi asas keperluan seperti pakaian dan sebagainya. Kegiatan ekonomi sara
diri yang utama ialah bercucuk tanam, menangkap ikan dan memungut hasil hutan.
Kegiatan sebegini tidak memerlukan penggunaan mata wang yang banyak.
Sistem ekonomi komersil hanya wujud di Tanah Melayu setelah kehadiran penjajah
British pada abad ke-19. Kehadiran mereka telah mempergiatkan bentuk ekonomi
tersebut memandangkan mereka mengutip cukai daripada rakyat, memaksa rakyat
mendapatkan duit tunai. Ini kerana mereka yang gagal menjelaskan cukai akan
dihukum. Salah satu perkembangan yang nyata semasa itu dapat dilihat dalam sektor
perdagangan dan perlombongan.
Malaysia merupakan sebuah negara berpendapatan sederhana dan berubah daripada
sebuah negara pengeluar bahan mentah seperti getah, bijih timah dan sebagainya
pada 1971 kepada negara berekonomi pelbagai sektor melalui Dasar Ekonomi Baru.
Pada dasarnya, pertumbuhan Malaysia adalah bergantung kepada eksport bahan
elektronik seperti cip komputer dan sebagainya. Akibatnya, Malaysia merasai tekanan
hebat semasa kegawatan ekonomi pada 1998 dan kemerosotan dalam sektor
teknologi maklumat pada tahun 2001. KDNK pada tahun 2001 hanya meningkat
sebanyak 0.3% disebabkan pengurangan 11% dalam bilangan eksport tetapi pakej
perangsang fiskal yang besar telah mengurangkan kesan gawat tersebut.
Malaysia mempunyai persekitaran makroekonomi yang stabil (di mana kadar inflasi
dan kadar pengangguran kekal di bawah 3%), simpanan pertukaran wang asing yang
sihat, dan hutang luar yang kecil. Ini membolehkan Malaysia untuk tidak lagi
mengalami krisis yang sama seperti Krisis Kewangan Asia pada 1997.
Walaubagaimanapun, prospek jangka panjang kelihatan agak kabur disebabkan
kurangnya perubahan dalam sektor korporat terutama sekali sektor yang berurusan
dengan hutang korporat yang tinggi dan kompetitif.

Pencapaian Malaysia : Kesihatan


Kerajaan Malaysia menitikberatkan peluasan dan pembangunan penjagaan
kesihatan dengan memperuntukkan 5% perbelanjaan pembangunan sektor
sosial kerajaan kepada kesihatan awam. Kerajaan juga cuba mempromosikan
Malaysia sebagai destinasi perubatan serantau dan antarabangsa. Kerajaan
melaksanakan sistem penjagaan kesihatan sejagat di samping membenarkan
perusahaan perubatan swasta. Pada tahun 2008, ladar kematian bayi di
Malaysia berada pada takat 5.92 per 1000 orang, manakala jangka hayat
ketika lahir adalah 74 tahun. Sistem penjagaan kesihatan Malaysia
mewajibkan doktor untuk berkhidmat di hospital awam selama tiga tahun
untuk memastikan kakitangan yang mencukupi di hospital-hospital berkenaan.

Pencapaian Malaysia : Pertanian


Sektor Pertanian merupakan salah satu sektor penting yang mendapat
tumpuan dalam perdagangan dunia kerana ia merupakan pembekal makanan
dan sumber bahan mentah kepada penduduk dunia. Kebolehan sesebuah
negara memajukan sektor pertanian di negaranya menunjukkan keupayaan
negara tersebut membekalkan makanan yang mencukupi kepada rakyatnya.
Oleh yang demikian, negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Australia
dan juga Belanda tidak meminggirkan pembangunan sektor pertanian di
negara mereka, malahan ia dimajukan sebagai satu entiti perniagaan yang
berdaya saing dan menguntungkan. Malaysia merupakan negara pengimport
makanan, bil imbangan dagangan makanan negara tidak pernah mencatatkan
nilai lebihan, walaupun negara kita dirahmati dengan tanah yang subur,
taburan hujan yang mencukupi serta iklim yang sesuai.
Menyedari peluang dan potensi untuk membangunkan sektor ini, Kementerian
ini telah diamanahkan untuk membangunkan sektor pengeluaran makanan
atau sektor agro-makanan agar ia berdaya saing dan boleh menyumbang
kepada pendapatan negara. Usaha untuk mentransformasikan sektor ini
merupakan satu cabaran yang amat besar memandangkan ia bukan sahaja
melibatkan perubahan gaya pelaksanaan aktiviti pertanian daripada
pendekatan tradisional kepada pengaplikasian teknologi terkini, malahan ia
turut memerlukan anjakan minda masyarakat untuk meninggalkan stigma
bahawa pertanian merupakan aktiviti yang mundur dan berkemahiran rendah.

Kementerian Perusahaan Perladangan Dan Komoditi


Ditubuhkan pada Mac 2004 adalah bertanggungjawab terhadap pembangunan
sektor komoditi utama negara.
Sektor perusahaan perladangan dan komoditi merangkumi penanaman dan
penghasilan minyak sawit, getah, kayu, koko lada dan tembakau. Pada tahun
2006, nilai eksport bagi komoditi dan produk berasaskan komoditi adalah
RM76.50 billion, menyumbang 12.91 peratus kepada jumlah eksport Malaysia
bagi tahun berkenaan. Sektor ini telah menyumbang lima peratus kepada
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara. Sektor perusahaan perladangan
dan komoditi terus berkembang menjadi sektor yang dinamik, kukuh dan
menjadi sektor asas kepada kekukuhan pertumbuhan ekonomi Malaysia. Ia
turut menyumbang kepada Produk Berasaskan Domestik (GDP), sektor
pekerjaan dan pendapatan eksport serta meningkatkan taraf hidup masyarakat
luar bandar. Selain daripada itu, sektor ini juga memberikan banyak peluang
dan telah berkembang bermula daripada proses pengeksportan bahan mentah
kepada penghasilan barangan separuh siap, barang telah diproses dan barang
siap, di samping menghasilkan lebih produk nilai tambah bagi meningkatkan
pasaran.
Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani
Kementerian Pertanian wujud sebagai sebuah Kementerian yang
bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pertanian (termasuk perikanan dan
ternakan) pada tahun 1978. Terdahulunya semua urusan atau aktiviti
pertanian dipertanggungjawabkan di bawah Jabatan Pertanian sejak tahun
1905. Selepas pembentukan kabinet pada 27 Mac 2004, Kementerian
Pertanian telah bertukar kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
(MOA). Dengan struktur organisasi yang mantap, MOA bersama sebelas (11)
Jabatan dan agensi di bawahnya iaitu Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan,
Jabatan Perkhidmatan Haiwan, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian
Malaysia (MARDI), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Lembaga
Pertubuhan Peladang (LPP), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan
(FAMA), Bank Pertanian Malaysia (BPM), Lembaga Kemajuan Pertanian
Kemubu (KADA), Lembaga kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan Lembaga
Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM), menggembleng seluruh pemikiran dan

tenaga organisasinya secara terancang dan bersepadu untuk merealisasikan


visi nya sebagai Peneraju Transformasi Pertanian dan ke arah pencapaian
matlamat utama Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) dan Rancangan
Malaysia ke Sembilan.
Mardi
Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI) telah
diluluskan penubuhannya oleh Parlimen pada tahun 1969. MARDI ditubuhkan
dengan matlamat memajukan dan megiatkan teknologi bersesuaian yang baru
dan yang berkait dalam industri pertanian di Malaysia. Teknologi ini bertujuan
meningkatkan penghasilan dan keberkesanan, dengan itu memodenkan sektor
pertanian selain meningkatkan pulangan petani. Akta Parliament 1969
membuka jalan untuk penubuhan MARDI pada 28 Oktober pada tahun yang
sama. Akta MARDI membenarkan MARDI berfunsi secara bebas bagi
menggalakkan penyelidikan produktiviti. MARDI mula beroperasi pada tahun
1971.
Risda
Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah ataupun RISDA Rubber Industry Smallholders Development Authority, adalah sebuah Badan
Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan
Wilayah (KKLW) Malaysia yang ditubuhkan pada 1 Januari 1973. Dengan
pelancaran RISDA, nyatalah bahawa Kerajaan memandang berat di atas
peranan yang dijalankan oleh Sektor Pekebun Kecil sebagai satu sektor
pengeluaran hasil yang penting pada ekonomi negara.
Felda
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (bahasa Inggeris: Federal Land
Development Authority (FELDA)) adalah satu agensi kerajaan Malaysia yang
menangani penempatan semula penduduk luar bandar yang miskin ke
kawasan-kawasan yang baru dibangun agar meningkatkan taraf ekonomi
mereka. Skim-skim FELDA hanya dikhaskan untuk orang Melayu yang
membentuk sebilangan besar penduduk Malaysia. Sehingga tahun 2000,
F E L D A m e n g u s a h a k a n t a n a h s e b a nya k 9 , 0 0 0 k i l o m e t e r p e r s e g i ,
kebanyakannya ladang kelapa sawit. Walaupun objektif utama FELDA adalah

untuk mengurangkan kemiskinan di luar bandar melalui petempatan semula, ia


dilaporkan juga memegang kepentingan minoriti dalam sebilangan bank utama
Malaysia.
Felcra
Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan atau FELCRA telah
ditubuhkan pada tahun 1966. Matlamatnya ialah untuk membangunkan sektor
luar bandar dengan membantu penduduk-penduduknya menyertai aktivitiaktiviti ekonomi negara Malaysia dan seterusnya meningkatkan taraf hidup dan
nilai kehidupan mereka. Mulai 1 September 1997, semasa dikorporatkan,
FELCRA telah ditukar nama kepada FELCRA Berhad dan statusnya telah
bertukar dari sebuah Badan Berkanun kepada sebuah Syarikat milik penuh
Kerajaan. FELCRA Berhad kini sedang mempelbagaikan bidang kegiatannya
bagi menyertai sektor perindustrian dan perkhidmatan serta bidang
perniagaan yang sedang berkembang.
MAHA 2006
Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia 2006 (MAHA
2006) merupakan pameran pertanian yang diadakan di Taman Ekspo Pertanian
Malaysia (MAEPS), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia di
(MARDI) Serdang, Selangor. Lebih 100 jenis orkid dipamerkan pada pameran
pertanian itu termasuk dua spesies hibrid orkid baru yang akan dilancarkan
iaitu Dendrobium Abdullah Badawi dan Ascorahnis Datuk Seri Najib. Kerajaan
Malaysia akan menarik lebih banyak penyertaan sektor pertanian berteknologi
tinggi dari luar negara pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro
Pelancongan Malaysia (MAHA) 2008 yang bakal dilengkapkan dengan tapak
dan dewan ekspo yang lebih luas dan canggih.
MPOB
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) adalah sebuah agensi utama kerajaan
yang dipertanggunjawabkan meneraju dan membangunkan industri sawit
negara. MPOB berperanan penting dalam mewujudkan objektif, polisi dan
keutamaan negara bagi memastikan perkembangan industri ini dengan
sempurna dan teratur.

MPOB mempunyai pelbagai kemudahan penyelidikan terdapat di ibu pejabat


MPOB dan di luar kompleks penyelidikan di Bangi seperti Pusat Teknologi
Minyak dan Lelemak, Pusat Kemajuan Bioteknologi dan Biakbaka, Pusat
Maklumat Sawit, Loji Rintis Penggorengan, Loji Rintis Biodiesel, Loji Rintis
Alpha SME dan Loji Rintis High Oleic. Bahagian Penyelidikan Teknologi
Oleokimia, Pusat Kejenteraan Ladang, Pusat Teknologi Biojisim, Pusat
Teknologi Metharizium dan Pusat Teknologi Kilang Sawit. Pelbagai penemuan
teknologi dan inovasi baru telah dikomersialkan termasuk bahan tanaman,
penjenteraan ladang, integrasi tanaman dan ternakan, kawalan serangga dan
penyakit, kegunaan makanan dan bukan makanan, pengilangan dan
pemprosesan, penggunaan biojisim dan biodiesel.

Anda mungkin juga menyukai