Anda di halaman 1dari 17

1.

PENGENALAN

Kaunseling bukan satu nasihat walaupun ianya banyak memberi nasihat. Kaunseling
mempunyai banyak maksud, menurut kamus dewan, bermaksud nasihat dan pertukaran
mental. kaunseling adalah salah satu cabang psikologi. Perkhidmatan ini dijalankan oleh
kaunselor professional bagi membantu perkembangan dan penyesuian peribadi klien yang baik
dan menyeluruh.
Pertemuan antara klien dan kaunselor adalah secara sukarela dan berterusan
bergantung keperluan klien tersebut. Kaunselor tidak akan meberikan jawapan secara lansung
malah membuatkan klien berfikir dan memberikan mereka peluang untuk membuat keputusan
yang terbaik untuk mereka sendiri.
Oleh kerana kaunseling bukanlah satu nasihat, maka hubungan kaunseling adalah
berbentuk dua hala. Kaunselor cuba memahami dengan mendengar dan memberikan layanan
serta interaksi yang baik, manakala klien meluahkan masalah mereka dan kaunselor cuba
memahami dan mengambil tindakan menguruskan masalah klien itu.

2.0

TUGASAN 1 : KAJIAN KES

a)

Secara kesimpulannya, masalah yang dihadapi oleh Amira adalah beliau mahu berjaya

dalam bidang pelajaran agar beliau dapat mengubah nasib keluarganya yang kurang bernasib
baik. Namun, sejauhmana usaha yang beliau lakukan, beliau masih gagal dalam beberapa
matapelajaran. Antara punca kenapa Amira tidak boleh lulus dalam beberapa matapelajaran
adalah kerana cara belajarnya mungkin salah dan tidak sesuai dengan dirinya. Mungkin juga
Amira berasa tertekan dengan keadaan keluarganya sekarang sehinggakan tidak boleh fokus
dalam pelajaran.
b)

Jadi, teori yang sesuai digunakan untuk membantu Amira adalah Teori Humanis atau

berpusatan Klien. Pendekatan humanistik dalam kaunseling mempunyai banyak perbezaan dari
segi ideologi dengan pendekatan psikodinamik dan pendekatan tingkah laku. Ini adalah kerana
pendekatan humanistik mengutamakan kepercayaan bahawa potensi semulajadi diperoleh oleh
setiap individu. Personaliti ini dipandang sebagai unik kepada setiap individu yang masalahnya
timbul berlandaskan pengalaman unik yang dialami oleh individu berkenaan. Di samping itu,
pendekatan humanistik pula mengutamakan aktualisasi kendiri, suatu istilah yang merujuk
kepada motivasi manusia untuk menggunakan potensi masing-masing secara sepenuh.
Pengasas Teori Humanis adalah Carl Rogers dari Amerika Syarikat. Rogers percaya
bahawa setiap individu mempunyai sumber bakat untuk menguruskan diri secara berkesan
dalam kehidupan serta berupaya mengangani pelbagai masalah yang dikaburi, dilupai atau
dinafikan, tetapi ia selalu wujud bersama dengan potensi untuk perkembangan dan
pertumbuhan. Rogers percaya bahawa jika ada syarat dan peluang yang kondusif, individu itu
akan dapat menuju ke arah diri serta mencapai autonomi.
Pendekatan humanisme dalam pendidikan menekankan pada perkembangan positif.
Pendekatan yang berfokus pada potensi manusia untuk mencari dan menemukan kemampuan
yang mereka miliki dan mengembangkan kemampuan tersebut. Hal ini mencakup kemampuan
interpersonal sosial dan metod untuk pengembangan diri yang ditujukan untuk memperbaiki diri,
menikmati

keberadaan

hidup

dan

juga

masyarakat.

Ketrampilan

atau

kemampuan

membangunkan diri secara positif ini menjadi sangat penting dalam pendidikan kerana
kaitannya dengan kecemerlangan akademik.
Dalam teori belajar humanistik, belajar dianggap berhasil jika Amira memahami
lingkungannya dan dirinya sendiri. Amira dalam proses belajarnya perlu berusaha agar lambat
2

laun beliau mampu mencapai aktualisasi diri dengan sebaik-baiknya. Teori humanis ini
berusaha memahami tingkah laku belajar dari sudut pandangan pelakunya, bukan dari sudut
pandangan pengamatnya. Tujuan utama para pendidik adalah untuk membantu untuk
mengembangkan dirinya, iaitu membantu individu untuk mengenali diri mereka sendiri sebagai
manusia yang unik dan membantu dalam mewujudkan potensi-potensi yang ada dalam diri
mereka.
Terdapat satu konsep penting dalam teori belajar humanisme iaitu murid harus mampu
untuk mengarahkan dirinya sendiri dalam kegiatan belajar mengajar, sehingga murid
mengetahui apa yang dipelajarinya serta mengetahui sejauh mana murid tersebut dapat
memahaminya. Murid juga dapat mengetahui di mana, bila, dan bagaimana mereka akan
belajar. Oleh itu, murid diharapkan mendapat manfaat dari hasil belajar bagi dirinya sendiri.
Aliran humanisme memandang belajar sebagai sebuah proses yang terjadi dalam individu yang
meliputi bahagian domain kognitif, afektif, dan psikomotor.
Dengan kata lain, pendekatan humanisme menekankan pentingnya emosi atau
perasaan, komunikasi terbuka, dan nilai-nilai yang dimiliki oleh setiap murid. Untuk itu, metod
pembelajaran humanistik mengarah pada upaya untuk mengasah nilai-nilai kemanusiaan siswa.
Sehingga para pendidik atau guru diharapkan dalam pembelajaran agar lebih menekankan
nilai-nilai kerjasama, saling membantu, dan menguntungkan, kejujuran dan kreativiti untuk
diaplikasikan dalam proses pembelajaran sehingga menghasilkan satu proses pembelajaran
yang diharapkan sesuai dengan tujuan dan hasil belajar yang dicapai murid.
Setiap murid mempunyai personaliti yang berbeza-beza. Cara belajar juga berbezabeza untuk setiap individu. Teori Humanis ini dapat membantu Amira mencari kaedah belajar
yang berkesan untuknya kerana teori ini menekankan aspek mengenali diri sendiri. Amira perlu
mengenali dirinya dan menganalisis kognitif serta perlakuannya agar beliau dapat mencari
kaedah yang sesuai dengan personaliti dirinya. Konsep penting dalam Teori Humanis juga
memerlukan seseorang itu untuk mempunyai motivasi yang tinggi dan berusaha bersungguh
untuk berjaya. Amira telah mempunyai sikap itu dimana beliau telah berazam untuk belajar
bersungguh-sungguh untuk mengubah nasib keluarganya.
Menurut Rogers lagi, perkembangan personaliti boleh dihayati dalam perkembangan
konsep kendiri. Konsep kendiri boleh diertikan sebagai penilaian, pandangan, tanggapan,
kepercayaan, termasuk kekuatan dan kelemaham diri sendiri. Ia dibentuk hasil daripada
interaksi dengan keluarga, guru, sekolah, rakan sebaya dan warga masyarakat, serta
3

pengalaman dan penyesuaian diri dengan persekitarannya. Konsep kendiri ini sememangnya
mempengaruhi segala tingkah laku seseorang individu. Cara interaksi seseorang individu dalam
persekitaran biasanya mencerminkan konsep kendirinya, yang merangkumi nilai positif dan
negatif. Amira telah mengalami konsep kendiri negatif disebabkan oleh persekitarannya. Beliau
bercita-cita tinggi namun telah diperlekehkan oleh jiran-jirannya yang tidak mementingkan
akademik dan mempunyai masalah sosial yang serius sehingga menyebabkan Amira berasa
rendah diri.
Teknik kaunseling yang paling sesuai untuk membantu Amira menyelesaikan masalah
adalah teknik transferens dan pentafsiran. Teknik transferens ini selalu digunakan dalam
pendekatan psikoanalisis. Trenferens digunakan oleh kaunselor bagi memberi galakan kepada
klien bahawa kaunselor sememangnya bersedia untuk memberikan bantuan. Konsep tranferens
meletakkan klien dalam satu keadaan minda bahawa kaunselor sebenarnya adalah ibubapa
atau orang yang penting dalam kehidupan masa lampau mereka. Dalam proses tranferens
seseorang klien itu akan menghidupkan semula tanpa disedari segala tingkahlaku lampaunya
kepada kaunselor. Keadaan ini sangat perlu difahami oleh kaunselor bagi menangani proses
analisis dan pentafsiran mekanisma bela diri klien.
Teknik transferens sesuai untuk membantu Amira kerana melalui teknik ini, Amira akan
berasa dihargai oleh seseorang sedangkan di rumahnya dia telah diperlekehkan oleh jiranjirannya. Oleh itu, apabila Amira berasa selesa , dekat dan selamat untuk bercakap dengan
kaunselor tersebut, dia akan berkongsi segala masalah yang dihadapinya. Kaunselor juga
dalam pada masa yang sama dapat merasai emosi yang dialami oleh Amira dan akan
menimbulkan rasa empati yang mendalam terhadap masalah yang dihadapi Amira serta
kaunselor akan berusaha untuk membantu Amira dan ini akan menjadikan sesi keunseling itu
berkesan.
Teknik yang kedua adalah teknik pentafsiran. Pentafsiran penting bagi menimbulkan
wawasan psikologikal kepada diri klien. Trenferens sahaja tidak mencukupi bagi menggerakkan
klien kearah kelegaan dan tingkahlaku yang baru. Analisis dan pentafsiran tentang mekanisma
bela diri klien akan memudahkan klien memahami kerumitan yang sedang dialaminya. Tugas
kaunselor adalah untuk menjelmakan satu katarsis atau kelegaan dalaman yang boleh dinikmati
klien. Pentafsiran dapat menggerakkan segala kefahaman superego yang lama kepada satu
tahap kesedaran baru. Pengalaman dan kefahaman baru ini selanjutnya akan diganti dengan

kesedaran ego baru dan bergerak ke arah penerimaan superego yang lebih sesuai dengan
keadaan semasa sealiran dengan klien.
Teknik ini sesuai untuk membantu Amira menyelesaikan masalah kerana teknik ini
dapat membantu Amira mencari satu idea atau langkah baru untuk mengatasi masalahnya.
Contohnya Amira mengalami masalah kegagalan dalam mata pelajaran walaupun beliau telah
belajar dengan bersungguh-sungguh. Melalui teknik ini, kaunselor boleh memberikan cadangan
atau pandangan kepada Amira agar mengubah cara belajar yang lebih berkesan untuk dirinya
sesuai dengan tingkah laku dan personalitinya.

c)

Kaunseling individu merupakan suatu pemusatan hal peribadi, hubungan bersemuka

antara dua manusia apabila seorang kaunselor dengan kemampuan yang ada padanya
menyediakan satu situasi pembelajaran yang membolehkan kliennya mengenali dirinya sendiri,
membuat keputusan dan pemilihan bagi memenuhi keperluan diri mereka sendiri. Kaunseling
individu ini sesuai untuk dijalankan untuk kes atau permasalahan yang dihadapi oleh Amira.
Terdapat empat tahap penting yang perlu dilaksanakan semasa proses kaunseling individu ini.
Tahap yang pertama adalah perhubungan. Peringkat utama dalam proses kaunseling
ialah peringkat untuk mewujudkan hubungan antara guru bimbingan dengan Amira . Hubungan
yang dibina ini haruslah dapat menimbulkan peluang dan suasana untuk berbincang. Pada
pringkat ini, guru bimbingan harus menolong Amira memahami tujuan hubungan kaunseling itu
dan menerangkan peranan masing-masing dalam hubungan tersebut. Hubungan yang
dimaksudkan disini bukannya untuk membina rapport yang baik sahaja tetapi harus juga
memperlihatkan tahap sokongan yang diberikan untuk membantu dalam perubahan tingkah
laku.
Oleh itu, apabila Amira datang, Amira harus diberitahu bahawa guru bimbingan sedia
membantu. Segala peraturan, terutama etika kerahsiaan harus dinyatakan untuk menimbulkan
keyakinan dan kefahaman Amira tentang proses kaunseling itu. Sebenarnya dalam situasi
kaunseling, kaedah bukanlah aspek yang sangat penting, tetapi hubungan yang terjalin itulah
yang lebih diutamakan. Hubungan yang baik dan meyakinkan akan menentukan perbincangan
dapat dibuat lebih selesa, jujur dan lebih terbuka.
Guru bimbingan yang berkesan akan berjaya memahami pelajar dan memahami ruang
rujuk mereka. Ini akan menimbulkan rasa empati. Guru bimbingan yang begini dapat
5

memahami bagaimana Amira memerhatikan sesuatu perkara. Guru bimbingan juga dapat
menyampaikan bagaimana mereka melihat pelajar itu dengan tepat. Mereka dapat memahami
dan menyampaikan sesuatu tingkah laku itu kepada pelajar. Mereka juga dapat mengenal pasti
petanda-petanda yang menunjukkan seseorang pelajar itu perlu kepada pertolongan dan
perubahan.
Tahap kedua adalah analisis dan penerokaan. Tujuan tahap ini ialah memahami konsep
kendiri Amira dan cara hidupnya. Ini boleh didapati dengan menggalakkan Amira meneroka ke
alam hidupnya sendiri seperti kehidupan di sekolah, di rumah, dan hubungan dengan temantemannya. Selepas berbincang dengan Amira, guru bimbingan dapat mengumpulkan maklumat
dan memahami pola-pola hidup Amira, kemudian mendapat beberapa pemahaman bersama
tentang erti sesuatu tingkah laku itu terhadap diri Amira. Hasil perundingan inilah yang
membolehkan guru bembingan membuat beberapa tanggapan tentang sikap konsep kendiri
Amira.
Tahap yang ketiga adalah organisasi semula. Pada peringkat ini, guru bimbingan cuba
menimbulkan kesedaran dan menggalakkan beberapa pembentukan langkah tindakan yang
bakal diambil. Guru bimbingan akan memusatkan usahanya merancang bersama Amira
mengenai siri pengalaman yang akan dapat memenuhi keperluan Amira pada waktu yang
sama. Perasaan empati yang ada pada kaunselor dapat menolong Amira menyedari akan
tujuan atau logik yang terdapat dalam pemikirannya tentang sesuatu tingkah laku itu. Perkara
yang penting dibincangkan pada peringkat ini ialah tujuan Amira melakukan sesuatu perbuatan
atau apabila dia mengalami sesuatu perasaan.
Pada peringkat ini, guru harus aktif. Kadangkala mereka harus berkonfrontasi terhadap
pelajar agar pelajar dapat menerima dan memahami diri mereka dan dapat menggunakan
pengetahuan sendiri untuk mengubah cara berfikir, cara menilai sesuatu, dan cara hidup
mereka. Guru juga boleh memberikan galakan supaya Amira dapat menerima diri mereka dan
mempunyai kekuatan untuk terus berfungsi. Cara yang boleh dibuat untuk memberikan galakan
ialah guru tersebut mestilah menunjukkan bahawa mereka sedia untuk mendengar dan
memahami perkara yang hendak disampaikan oleh Amira. Guru mestilah menunjukkan rasa
empati terhadap Amira.
Peringkat ini tidak berakhir dengan timbulnya pemahaman kepada masalah sahaja,
malah terus menggalakkan perubahan sikap dan tingkah laku. Kaunseling yang berbentuk
perkembangan ini harus menumpukan kepada perubahan tingkah laku luaran dan perubahan
6

sikap dalaman. Matlamat utama peringkat ini ialah membantu Amira agar berkemampuan untuk
mengendalikan diri sendiri dan membantunya mencari penyelesaian kepada masalahnya iaitu
kegagalan dalam beberapa matapelajaran.
Tahap yang terakhir adalah orientasi semula. Pada peringkat ini, Amira akan
bekerjasama dengan kaunselor untuk menilai sesuatu situasi itu. Kaunselor akan menolong
Amira membuat pilihan, sikap dan tingkah laku yang dapat mengubah situasi. Rangsangan dan
galakan juga merupakan teknik yang penting pada peringkat ini untuk menimbulkan keyakinan
diri. Pada tahap ini, kaunselor akan memperlihatkan bagaimana Amira berfungsi sehingga
menyebabkan beliau gagal dalam peperiksaan. Aktiviti utama pada peringkat ini adalah
pemilihan. Dalam hubungan kaunseling ini, Amira mula mendapat pengalaman membuat pilihan
dan merasai bagaimana proses itu dibuat dan menilai akibat-akibat daripada pemilihan yang
dibuat. Amira juga perlu meneliti nilai yang ada pada diri sendiri agar timbul kefahaman diri dan
perancangan untuk sesuatu tindakan yang akan beliau ambil pada masa akan datang.

d)

Terdapat beberapa kemahiran asas bimbingan dan kaunseling. Kemahiran yang

pertama adalah kemahiran menyoal. Menyoal di sini bermaksud keupayaan kaunselor untuk
mengemukakan sesuatu soalan yang bertujuan memudahkan kefahaman klien terhadap
tajuk atau isu yang sedang dibincangkan. Kesesuaian soalan yangdikemukakan amat penting
agar maklum balas yang diperoleh boleh membantu proses bimbingan yang sedang
berlangsung. Contohnya :Kaunselor : Cuba Amira terangkan apakah tindakan yang Amira boleh lakukan untuk
mengatasi masalah ini?.

Kemahiran asas kaunseling yang kedua adalah kemahiran parafrasa atau menyatukan
semula. Dalam keadaan tertentu, kaunselor perlu membuat penegasan tentang sesuatu
perkara yang sedang dibincangkan. Ketika ini kaunselor bolehlah membuat parafrasa, iaitu
menyatakan semula isi cerita secara ringkas supaya mudah difahami. Contohnya :Amira : saya berasa kehidupan ini tidak adil terhadap diri saya.
Kaunselor : Jadi, Amira berasa kehidupan Amira tidak adil?

Kemahiran

asas

kaunseling

yang

ketiga

adalah

kemahiran

meminta

penjelasan.Kaunselor akan meminta penjelasan daripada Amira untuk memberi keterangan


yang lebih lanjut mengenai masalah yang dihadapi oleh Amira. Keadaan ini berlaku apabila
masalah yang cuba dibincangkan oleh Amira menjadi semakin kabur dan sukar difahami oleh
kaunselor. Contohnya :Kaunselor : Saya kurang faham tentang apa yang Amira cuba cakapkan, bolehkah
Amira menerangkan dengan lebih lanjut satu persatu ?

Kemahiran asas kaunseling yang keempat adalah kemahiran berempati. Empati


bermaksud memahami orang lain melalui kendiri dalaman orang itu yang dujasikan sebagai
asas bagi memahami dirinya dan untuk berkomunikasi dengannya. Sebagai kaunselor,
kemahiran berempati amat penting untuk menunjukkan bahawa kaunselor betul-betul berada di
sisi Amira. Maksudnya di sini, Amira akan berasa dia betul-betul sedang dibantu dari segi
jasmani, emosi, perasaan serta mental ketika itu.
Empati adalah kebolehan untuk memahami idea yang disampaikan oleh Amira dan
perasaan-perasaan yang berkaitan dengan masalah Amira. Suasana hubungan yang mesra
hasil dari sifat empati tadi membolehkan Amira berasa lebih yakin untuk berada di hadapan
kaunselor. Dengan ini, Amira akan berasa selamat dan selesa untuk meneruska sesi
kaunselingnya. Contohnya :Amira : Saya tidak tahu apa yang hendak dilakukan lagi. Saya sering memikirkan
masalah ini. Saya berasa sangat kecewa dengan pandangan jiran-jiran terhadap saya.
Kaunselor : Saya dapat merasakan kekecewaan yang Amira alami.

Kemahiran asas kaunseling yang kelima adalah kemahiran refleksi. Kemahiran ini
memperlihatkan sejauh mana kaunselor boleh membaca mesej atau maklumat yang
hendak disampaikan oleh Amira. Pada waktu yang sama kaunselor dengan menggunakan
kemahiran refleksi cuba menyatakan kembali mesej tersebut kepada kliennya. Dengan cara ini,
kaunselor boleh membuktikan kepada Amira bahawa kaunselor sedang berusaha menerokai
serta melihat alam Amira sebagaimana apa yang sedang dilihat oleh Amira sendiri ketika itu.

Kemahiran asas kaunseling yang seterusnya adalah kemahiran konfrontasi. Ia hanya


dilaksanakan setelah terbentuk hubungan yang baik antara klien dengan kaunselor. Semasa
kemahiran konfrontasi dijalankan, kaunselor menggunakan nada yang lembut yang
mengandungi unsur- unsur ambil berat agar mesej yang disampaikan tidak tersalah tafsir oleh
klien. Biasanya kemahiran konfrontasi akan digunakan oleh kaunselor kepada klien dalam
keadaan keadaan berikutnya :a) Terdapat percanggahan antara apa yang dikatakan oleh klien tentang

dirinya

dengan

apa yang dilakukannya.


b) Apabila terdapat percanggahan di antara apa yang dikatakan pada satu masa apa yang
dikatakan pada masa yang lain.
c) Tingkah laku bertentangan dengan apa yang dikatakan.
d) Pengalaman kaunselor dengan klien bertentangan dengan apa yang

dikatakan

oleh

klien mengenai dirinya .


Contoh :"Tadi Amira kata anda ingin berjaya dan mahu mengubah nasib keluarga, tetapi nampaknya
Amira langsung tiada persediaan untuk berjaya".

3.0

TUGASAN 2 (B)

Laporan Analisis Data Inventori Personaliti Sidek.


Pada 20 Januari 2014 yang lalu, unit J telah menjalankan ujian Inventori Personaliti
Sidek kepada unit N4. kumpulan kami seramai 5 orang telah membuat analisis kepada seorang
responden perempuuan unit N4. perkara pertama yang kami lihat untuk memastikan kesahan
ujian ini adalah peratus penipuan iaitu pada kolum yang terakhir.

Responden ini telah memperoleh jumpah peratus penipuan sebanyak 40%. ini
membuatkan ujian IPS responden boleh dianalisis. Hasil yang kami perolehi adalah seperti
dalam jadual berikut :

Analisis Ujian Inventori Sidek


Penipuan
Pencapaian
Struktur
Sokongan
Menolong
Mengawal
Kritik Diri
Ketahanan
Kepelbagaian
Introvert
Intelektual
Ekstrovert
Bersandar
Autonomi
Analitikal
Agresif
0

10

Pertama sekali laporan menunjukkan keputusan pada trait agresif. Trait agresif ialah trait
personaliti yang menunjukkan individu terlalu kritikal terhadap orang lain, tegas, berani dan
tidak suka dimanipulasi. Menurut keputusan ujian ini, responden hanya memiliki skor 20 peratus
sahaja iaitu kategori pasif. Perkara ini menunjukkan bahawa responden adalah seorang yang
pasif. dalam kebanyakan hal, responden membenarkan orang memanipulasi diri dan
perasaanya.

10

Seterusnya, keputusan untuk trait analitikal yang diperolehi responden ialah sebanyak
99.99% peratus. Skor sebanyak 99.99% ini menunjukkan responden adalah seorang yang
sensitif kepada persekitaran, suka menganalisis orang lain, diri sendiri mahupun situasi.
responden suka membuat pemerhatian, penyelidikan dan analisis.
Trait yang seterusnya ialah trait autonomi. Keputusan ujian menunjukkan bahawa
responden mendapat keputusan sebanyak 90% peratus. Skor ini termasuk dalam kategori skor
tinggi. Perkara ini menunjukkan bahawa responden sukakan kebebasan sepenuhnya dalam
segala tindakan serta dapat mengawal dan menentukan aktiviti-aktiviti seharian.
Seterusnya ialah trait bersandar. Keputusan ujian menunjukkan bahawa responden
hanya mendapat keputusan sebanyak 70 peratus sahaja. Skor ini termasuk dalam kategori
yang tinggi. Perkara ini menunjukkan bahawa responden suka bergantung kepada orang lain.
Dalam membuat sesuatu keputusan, individu selalunya mengharapkan pendapat dan nasihat
daripada orang lain terutama individu yang mempunyai autoriti. Individu ini selalu meminta
orang lain menunjukkan arah yang harus ianya tuju.
Seterusnya ialah trait intelektual.Keputusan ujian menunjukkan bahawa responden
hanya mendapat keputusan sebanyak 70 peratus. Skor ini termasuk dalam kategori yang tinggi.
Perkara ini menunjukkan bahawa responden sukakan aktiviti yang memberi cabaran dari segi
intelektual.responden merasa puas dengan aktiviti-aktiviti keilmuan tetapi tidak puas dengan
aktiviti yang berulang-ulang.
Trait yang seterusnya ialah trait introvert. Trait introvert bermaksud trait personaliti yang
menunjukkan

individu

suka

mengelak

situasi-situasi

yang

akan

memaksa

mereka

berkomunikasi di samping suka bersendirian menyelesaikan sesuatu tugas. Keputusan ujian


menunjukkan bahawa responden mendapat keputusan sebanyak 99.99%. Skor ini termasuk
dalam kategori yang tinggi. Perkara ini menunjukkan bahawa responden adalah individu yang
tidak sosial dan suka mengelak situasi-situasi yang memaksa responden berkomunikasi.
Responden lebih selesa dengan setting kerja bersendirian.
Seterusnya ialah trait kepelbagaian. Keputusan ujian menunjukkan bahawa responden
hanya mendapat keputusan sebanyak 90 peratus sahaja. Skor ini termasuk dalam kategori
yang tinggi. Perkara ini menunjukkan bahawa responden dapat menghayati situasi-situasi yang
dapat memberikannya peluang untuk pengalaman-pengalaman baru. Individu suka kepada

11

perubahan dan selalunya suka mencuba sesuatu yang baru. Individu adalah seorang yang
adventures.
Trait yang seterusnya ialah trait ketahanan. Keputusan ujian menunjukkan bahawa
responden hanya mendapat keputusan sebanyak 60 peratus sahaja. Skor ini termasuk dalam
kategori yang tinggi. Perkara ini menunjukkan bahawa menunjukkan ciri-ciri ketahanan
responden adalah pada tahap sederhana sahaja. Maksudnya, responden mampu untuk
bertahan dari segi mental dalam menghadapi situasi-situasi yang menimpanya dan ada juga
sesetengah waktu responden tidak mampu untuk menghadapinya.
Seterusnya ialah trait kritik diri. Keputusan ujian menunjukkan bahawa responden hanya
mendapat keputusan sebanyak 99.99% peratus sahaja. Skor ini termasuk dalam kategori yang
tinggi. Skor yang tinggi ini selalunya dikaitkan dengan individu yang selalu merasa rendah diri,
bimbang, rasa bersalah terhadap apa yang telah dilakukan atau tidak percaya yang ia telah
mencapai sesuatu dengan jayanya. Maksudnya, responden telah mengalami satu masalah
besar.
Trait yang seterusnya ialah trait mengawal. Keputusan ujian menunjukkan bahawa
responden hanya mendapat keputusan sebanyak 10 peratus sahaja. Skor ini termasuk dalam
kategori yang rendah. Skor ini menunjukkan responden lebih selesa dipimpin daripada
memimpin. kerjaya utama yang berkaitan ialah setiausaha, pramugari, akauntan, ahli biologi
dan lain-lain.
Seterusnya ialah trait menolong. Keputusan ujian menunjukkan bahawa responden
hanya mendapat keputusan sebanyak 90 peratus sahaja. Skor ini termasuk dalam kategori
yang tinggi. Skor ini menunjukkan bahawa responden adalah individu yang mempunyai
keinginan untuk mencurahkan simpati, kasih sayang, memberi bantuan serta membuat
kebaikan dan kebajikan kepada orang lain. Maksudnya, responden mempunyai ciri-ciri seorang
insan yang baik hati dan tahap belas kasihan yang tinggi. Responden suka meringankan tulang
untuk membantu individu yang memerlukan bantuannya.
Seterusnya ialah trait sokongan. Keputusan ujian menunjukkan bahawa responden
hanya mendapat keputusan sebanyak 60 peratus sahaja. Skor ini termasuk dalam kategori
yang sederhana. Skor ini menunjukkan ciri-ciri sokongan individu berada pada tahap
sederhana. Maksudnya, kadangkala responden mahukan satu sokongan yang kuat untuk

12

membantunya mencapai sesuatu objektif dan kadangkala responden boleh melakukannya


sendiri tanpa meminta bantuan dan sokongan daripada pihak yang lain.
Trait yang seterusnya ialah struktur. Keputusan ujian menunjukkan bahawa responden
hanya mendapat keputusan sebanyak 80 peratus sahaja. Skor ini termasuk dalam kategori
yang tinggi. Skor ini menunjukkan individu adalah seorang yang suka kepada perkara-perkara
berstruktur, rutin, dan terperinci. Individu lebih gemarkan kepada aktiviti atau kerja-kerja yang
memerlukan kekemasan, peraturan, ketelitian dan berulang-ulang.
Trait yang seterusnya ialah pencapaian. Maksud trait pencapaian ialah trait personaliti
yang menunjukkan individu bermotivasi, mahukan status yang tinggi dan suka persaingan.
Keputusan ujian menunjukkan bahawa responden hanya mendapat keputusan sebanyak 90
peratus sahaja. Skor ini termasuk dalam kategori yang tinggi. Skor tinggi menunjukkan individu
adalah seorang yang bermotivasi tinggi dan suka bersaing dalam mencapai sesuatu matlamat.
Maksunya, responden ini adalah seorang yang pandai membina semangat untuk dirinya bagi
mencapai sesuatu matlamat. Responden gemar akan sesuatu yang memerlukan daya saing
untuk mencapai sesuatu objektif yang tersendiri.
Perkara yang terakhir untuk ujian ini dikaji ialah penipuan. Skala ini adalah skala yang
khusus untuk mengesan kejujuran responden dalam menjawab item ujian. Responden hanya
memiliki sebanyak 40 peratus sahaja. Perkara ini menunjukkan bahawa responden adalah
individu yang jujur dalam menjawab kesemua soalan ujian ini. Responden mungkin adalah
individu yang kita boleh percayai berdasarkan kesahihan keputusan yang responden telah
perolehi.
Secara keseluruhannya, ujian ini membantu kita mengetahui tahap keyakinan diri serta
kecenderungan diri seseorang terhadap sesuatu. berdasarkan responden yang dijalankan
kajian keatasnya ini, beliau merupakan seorang yang pasif, intovert, tidak suka dipimpin serta
lebih selesa bekerja bukan sebagai ketua.
Oleh yang demikian, responden ini boleh memperbaiki tahap keyakinan dirinya yang
rendah supaya lebih berani dan yakin.

13

4.0

TUGASAN 3 (REFLEKSI)
Alhamdulillah bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana dapat juga saya menyiapkan

tugasan Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak ini pada masa yang telah ditetapkan.
Tugasan ini telah banyak memberikan pengalaman yang baru kepada saya. Sebelum ini, saya
tidak mempunyai pengalaman ataupun berminat dengan bidang kaunseling. Tetapi setelah
mempelajari subjek Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak pada semester kali ini, saya
mendapati bahawa bidang kaunseling merupakan satu bidang yang menyeronokkan.
Saya dapat menimba ilmu yang baru terutamanya dalam menyelesaikan masalah yang
dihadapi oleh seseorang individu. Tugasan ini sangat mencabar kepada saya. Soalan-soalan
yang terdapat di dalam tugasan ini juga memerlukan kemahiran berfikir yang tinggi. Soalan 1
amat menguji saya. Pada mulanya saya keliru dan kurang faham mengenai kehendak soalan
tersebut. Namun, selepas diterangkan oleh pensyarah pembimbing saya akhirnya faham untuk
menjawab soalan 1.
Soalan kedua pula memerlukan saya dan rakan-rakan untuk menjalankan satu Ujian
Iventori Sidek kepada untuk mengenalpasti ciri-ciri atau tret-tret personaliti individu. Ini
merupakan kali pertama saya menjalankan ujian seperti ini. Ini merupakan pengalaman yang
baru kepada saya. Sebelum ini saya dan rakan-rakan telah mengambil ujian ini terlebih dahulu.
Saya dapat mengenalpasti warna dan ciri-ciri personality saya sendiri.
Kemudian, saya juga perlu menganalisis seorang daripada responden dari unit N
tersebut. Untuk menganalisis data-data tersebut, saya perlu merujuk semula kepada nota-nota
yang telah diberikan kepada saya sebelum ini. Selepas ini, saya sudah boleh menjalankan ujian
Iventori Sidek ini pada anak murid saya pada masa akan datang. Ujian ini penting kerana
melalui ujian ini, saya dapat mengenali personaliti pelajar-pelajar saya dan memudahkan saya
untuk mencari kaedah pembelajaran yang sesuai dengan personaliti mereka.
Saya juga telah menghadapi beberapa masalah semasa dalam proses menyiapkan
tugasan ini. Antaranya adalah masalah pengurusan masa. Oleh kerana tempoh penghasilan
tugasan ini adalah pada waktu saya dan rakan-rakan menjalani program Praktikum, jadi saya
agak sibuk dengan kerja-kerja Praktikum dan saya terpaksa mencuri-curi waktu untuk
menyiapkan tugasan ini. Pada masa akan datang, saya perlu lebih bijak dalam pengurusan
masa agar semua kerja saya dapat disiapkan dengan cepat dan saya juga ada masa untuk
berehat.
14

Selain itu, saya juga menghadapi masalah untuk menjawab soalan 1(a). Saya bukanlah
seorang yang bijak dalam berkata-kata dan saya juga bukan seorang yang kreatif. Jadi, saya
menghadapi masalah untuk menjadi seorang kaunselor kepada masalah yang dihadapi oleh
Amira. Malah, saya juga tidak ada pengalaman kaunseling sebelum ini. Namun, rakan-rakan
banyak membantu saya dengan berkongsi maklumat dan pendapat mereka dengan saya dan
akhirnya saya dapat menjawab soalan tersebut.
Akhir sekali, saya berasa bersyukur kerana tugasan kali ini banyak memberikan input yang
berguna kepada saya sebagai seorang bakal guru. Ilmu ini amat penting kepada saya apabila
saya sudah bergelar seorang guru kelak. Saya berharap dengan ilmu yang saya ada ini saya
dapat membantu murid-murid yang menghadapi masalah dan dapat memberikan mereka
kelegaan dan ketenangan agar mereka dapat belajar dengan seronok dan selesa.

5.0

KESIMPULAN

Sering kali kita dapat lihat daripada keratan akhbar yang sentiasa memaparkan berita mengenai
pelajar-pelajar

yang

terlibat

dalam

masalah

sosial

seperti

vandalism,

ponteng

sekolah, pergaduhan, pembunuhan diri dan sebagainya. Ini amat menakutkan dan dibimbang
oleh masyarakat kini. Dari situ, kita dapat lihatkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
amat diperlukan dan memainkan peranan yang penting.
Melalui bimbingan dan kaunseling ia dapat menolong seseorang lebih memahami diri
dan situasinya. Ini adalah kerana semua murid berasal dari latar belakang yang berbeza maka
pemikiran mereka akan berbeza oleh itu semasa manghadapi masalah mereka hanya melihat
dari satu sudut jadi sengan ada bantuan bimbingan dan kaunseling ia akan menolong pelajar
memahami , melihat dari pelbagai sudut dan membentuk tingkah laku yang sesuai semasa
menyelesaikan masalah .
Selain itu, melalui bimbingan dan kaunseling kaunselor akan memberikan khidmat
pencegahan iaitu menghindarkan pelajar terlibat dalam perbuatan salah laku seperti tingkah
laku tidak ber disiplin, merokok, vandalisme dan tingkah laku sosial yang lain. Tujuan ini adalah
menolong individu memahami tentang dunia jenayah dan memberi pandaun atau nasihat

15

kepada mereka supaya mereka dapat menjauhkan diri daripada kegiatan sosial yang tidak
baik.
Di samping itu, melalui bimbingan dan kaunseling ia akan membantu pelajar melihat
siapa sebenar dirinya, apa yang dimilikinya dan menolong individu-individu memahami diri agar
menyedari kekuatan-kekuatan dan kelemahan-kelemahan diri. Melalui cara ini, individu dapat
mengembangkan

kebolehannya

ke

satu

tahap

yang

maksimum

serta

memperoleh

kesejahteraan hidup. Jadi, kaunselor dan guru bimbingan menggunakan data pshikologi dan
sosiologi untuk memahami setiap pelajar untuk meningkatkan keyakinan diri .
Kesimpulannya, sebagai guru kaunselor, guru bimbingan dan guru-guru perlu memiliki
tahap profesionalisme yang tinggi dalam melaksanakan tugas mereka. Oleh itu, peningkatan
ilmu pengetahuan dalam profesionalisme keguruan dalam kalangan guru-guru amat penting.
Peningkatan profesionalisme keguruan dapat dilakukan dalam tiga kaedah, yakni peningkatan
Kendiri, penyertaan Kursus peningkatan Profesionalisme keguruan dan kerjasama profesional.
Sebagai guru yang berprofesionalisme, kita sentiasa harus mengetahui kemahiran-kemahiran
asas seperti kaunseling dan bimbingan. Ini adalah kerana melalui kaunseling ialah bantuan
yang diberi kepada murid-murid biasa yang sedang dalam perkembangan dan pertumbuhan
mental, sosial, intelek , fizikal, emosi, kejiwaan dan kerohanian

16

BIBLIOGRAFI

Mok Soon Sang. (2011). Bimbingan dan Kuanseling Kanak-Kanak. Selangor. Penerbitan
Multimedia Sdn Bhd.
Abdul Rashid Hj. Mohamad. (2000). Bimbingan dan Kaunseling 1, Longman, Petaling
Jaya.
Amir Awang. (1984). Pengantar Bimbingan dan Kaunseling di Malaysia, Pulau Pinang,
Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Ibrahim Ahmad . (2002). Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah Rendah.
Utusan Publication, Kuala Lumpur.
Mok Moon Sang. (2008). Pengurusan Bimbingan dan Kaunseling. Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd. Puchong, Selangor.

Internet :http://books.google.com.my/books?id=N3zgAnO9SvMC&pg=PA82&lpg=PA82&dq=prosedur+p
elaksanaan+kaunseling+individu&source=bl&ots=EYL7wQSOdC&sig=kjO7Z1GaHrWDflnfvSzp
kgu7x34&hl=en&sa=X&ei=xBAGU4TgO4fkkgWB14B4&redir_esc=y#v=onepage&q=prosedur%
20pelaksanaan%20kaunseling%20individu&f=false

17