Anda di halaman 1dari 4

Virus komputer

Apakah virus komputer?

• Virus komputer adalah satu program komputer yang boleh mereplikasi sendiri dan menjangkiti sesebuah
komputer tanpa kebenaran atau pengetahuan pengguna.

• Sila klik disini untuk mengetahui virus komputer yang terkini.

Apakah itu ’phishing’ ?

• Serangan ’phishing’ menggunakan e-mel dan laman-laman web palsu direka untuk memperdayakan
penerima supaya mendedahkan data kewangan peribadi seperti nombor kad kredit, akaun usernames dan kata
laluan, nombor keselamatan sosial, dan sebagainya. Dengan berjaya melakukan ’phishing’ melalui bank-bank
terkenal dan syarikat-syarikat kad kredit, ’phishing’ berupaya meyakinkan penerima sehingga 5% untuk
memberikan maklumbalas kepada pihak yg melakukan serangan tersebut.

• Serangan phishing yg terkini disenaraikan oleh Antiphishing.org

Pusat ICT mengesyorkan pengguna rangkaian UniMAP untuk majukan email ’phishing’ yg telah diterima ke alamat
berikut:

aduan_ict@unimap.edu.my

Cara virus berjangkit

• Melalui rangkaian internet dan komputer


Kebolehan memuat turun pelbagai data dari laman web yang tidak diketahui keselamatannya, membolehkan
data yang dimuat turun berisiko diserang virus.
Email juga merupakan medium utama dalam pembiakan virus di dalam komputer.

• Melalui disk media


Penggunaan disket untuk perkongsian data terhadap komputer yang telah diserang virus akan menyebabkan
virus menyelinap masuk ke dalam disket bersama-sama data tersebut.
Oleh yang demikian disket tersebut telah diserang virus dan penggunaan disket tersebut terhadap komputer
lain akan menyebabkan komputer itu diserang virus.

Cara melindungi komputer dari diserang virus

• Memasukkan perisian anti virus di dalam komputer.

• Mengelakkan diri dari membuka atau melaksanakan email yang dicurigai keselamatannya.

• Memeriksa (scan) peranti simpanan data seperti disket, usb flash drive, memory stick dan sebagainya terlebih
dahulu sebelum menggunakannya.

Tanda-tanda komputer diserang virus.

• Operasi sistem komputer menjadi perlahan

• Aturcara biasa mengambil masa yang lama untuk dimulakan

• Jumlah sektor yang rosak bertambah

• Ruang memori berkurang dengan cepat

• Aturcara biasa dijalankan tiba-tiba terhenti dan rosak


• Mesej pelik dipaparkan

• Fail-fail tiba-tiba hilang

• Fail-fail digantikan dengan kandungan aneh

• Atribut fail bertukar

• Semakan menggunakan perisian anti-virus mengatakan ada virus

Apa itu SPAM?

• Spam dalam email bermaksud JUNK / BULK email atau dengan kata lain adalah sampah email. Ia akan
dihantar kepada alamat email yang diambil tanpa pengetahuan dan keizinan tuan punya email.

• Spam dalam forum bermaksud membuat JUNK post iaitu post yang tiada faedah yang sekadar mahu
menaikkan mata posting seperti post smile.

Tips Anti-Spam Penerangan

Sesetengah spammers menggunakan komputer program untuk


Gunakan alamat email yg meneka di alamat-alamat emel pengguna. Menggunakan alamat
luarbiasa emel yg luarbiasa mengandungi nombor dan perkataan boleh
menghalang taktik ini. cth: abc32@yahoo.com

Pendedahan alamat email ke dalam newsgroup, Internet Bulletin


Board, dan IM akan meningkatkan peratus serangan spam ke
Jangan letakkan alamat email
email anda.
pada IM

Jangan sesekali membalas jawapan untuk mesej-mesej spam


walaupun mereka meminta anda untuk menjawab/membalas
untuk "membuang" anda daripada pengeposan senarai mereka.
Jangan sesekali membalas Arahan-arahan selalunya adalah sama ada palsu, atau untuk
email spam mengumpul lebih alamat-alamat email pengguna. Apabila anda
memberikan maklumbalas kepada email spam, ia menunjukkan
email anda adalah aktif dan anda bakal menerima lebih banyak
email spam.

Pangkalan web yang menyediakan khidmat pendaftaran secara


online selalunya memerlukan satu alamat emel pengguna
disertakan. Jika anda tidak mahu menerima maklumbalas dari
Gunakan alamat email palsu
web tersebut (dan tidak perlu satu e-mel pengesahan atau
sokongan teknikal), anda tidak perlu memberi alamat emel yang
sebenar.

Apabila anda membeli sesuatu secara online dan anda perlu


sertakan satu alamat emel, ingat untuk ’opt out’ atau tidak
Opt out memilih apa-apa yang kamu tidak benar-benar pasti untuk
diterima melalui email anda.

Jangan sesekali sertakan Adalah dinasihatkan untuk tidak memberi maklumat peribadi
alamat email ke laman web anda seperti alamat email dan akaun kad kredit ke laman web
yg tidak diketahui tahap yang tidak diyakini tahap keselamatannya. Laman web yg
keselamatannya ’secure’ atau mempunyai tahap sekuriti yang tinggi akan
mempunyai satu ikon mangga berkunci bewarna kuning atau
muncul di dalam kotak bewarna kuning yang berada di dasar
borang di laman web tersebut.

Apakah anti virus?

• Anti virus merupakan perisian yang mengenal pasti data yang telah diserang virus komputer.

• Penggunaan anti virus di dalam komputer akan meminimakan risiko komputer diserang virus.

• Terdapat pelbagai perisian anti virus yang terdapat sekarang seperti Norton Symantec, AntiVir, NOD32,
Panda dsb.

Cara Menghadapi email SPAM

• Jangan jawab sebarang email sampah. Selain ia membantu mengesahkan bahawa alamat email anda adalah
sah, bukan sahaja ianya hanya membuang masa, kebanyakan email sampah dihantar melalui alamat email
palsu.

• Matikan fungsi muat turun imej dalam perisian email anda dan juga email yang anda gunakan di tapak laman
email percuma.

• Pelbagaikan alamat email. Jangan gunakan alamat email utama anda untuk pendaftaran di laman. Gunakan
alamat email daripada laman alamat email percuma. Antaranya adalah http://emailsempoi.iscool.net/

Elakkan daripada meninggalkan alamat email anda di muka laman. Salah satu cara bagaimana pengamal spam
mendapatkan alamat email adalah dengan menggunakan perisian tertentu yang dinamakan "robot" yang
melawat setiap laman di Internet dan mendapatkan alamat-alamat email

Apakah firewall ?

• Firewall ialah program atau alat perkakasan yang menapis (filters) maklumat-maklumat yang dipindahkan
diantara komputer. Secara umumnya, firewall dicipta untuk melindungi satu atau lebih komputer (komputer
anda) dari komputer-komputer lain (kebiasaannya dari internet) bagi mengelakkan data-data bahaya sampai
ke komputer anda

Windows security

Pengenalan

Meletakkan komputer anda di dalam keselamatan akan dapat melindunginya dari serangan virus, worm, spyware,
hacker attempts dan pencurian katalaluan. Window security seringkali diabaikan, tetapi meletakkan keselamatan
Windows komputer anda perlu mengikuti beberapa konsep:-

• Sentiasa mengemaskinikan Windows Security;

• Sentiasa mempunyai Virus Scanner bersama Update Definitions;

• Setiap akaun pada komputer mempunyai katalaluan;

• Sentiasa mengemaskini perisian Firewall;

• Elakkan diri dari klik pada mail atau attachment yang mencurigakan;

• Elakkan serta singkirkan Spyware.

Apakah akan terjadi jika saya tidak meletakkan komputer saya di dalam keselamatan?

Komputer yang tidak di pasang dengan sistem keselamatan mudah diserang. Biasanya ialah mengautomasikan hacking
attack yang dipanggil worm. Worm boleh memasuki komputer yang mempunyai sistem yang mudah diserang.
Mengemaskini Security

Security ialah satu proses yang proaktif. Ia satu cara mudah untuk memberikan keselamatan kepada komputer anda dan
mudah untuk dikemaskini dari membaik pulih kerosakan disebabkan oleh terdedah kepada ancaman serangan worm.

Anda boleh mengemaskini Windows secara automatik. Di dalam Windows XP berfungsi secara automatik.
Selain versi Windows, ianya telah tersedia untuk dikemaskini melalui Windows Update Website.

Untuk mengemaskini secara automatik boleh dijumpai di Control Panel. Dikebanyakan versi Windows,
terdapat simbol Automatic Updates. Jika anda mempunyai khidmat XP, Automatic Updates anda hendaklah
seperti gambar dibawah:-

Gunakan Perisian Firewall

Kebanyakan versi Windows yang mendapatkan khidmat server-level yang membenarkan rangkaian
pengguna untuk menghubungkan dan login kepada komputer. Kebanyakan pengguna tidak menggunakan
perkhidmatan ini, tetapi kebanyakan diantara mereka tidak menutupnya. Untuk melindungi komputer anda,
anda perlu menggunakan program firewall bagi melindungi dari capaian yang tidak dibenarkan.

Windows XP datang bersama dengan perisian firewall yang mudah. Untuk mengaktifkan firewall, dapatkan
Control Panel dan klik pada Wndows Firewall.

Jika anda menggunakan Windows XP tetapi tidak mempunyai simbol Windows Firewall Control Panel, anda
perlu memuat turun Service Pack 2.

Jika anda menggunakan versi Windows selain Window XP seperti Windows 2000, anda dinasihatkan untuk
menggunakan third-party firewall, contohnya Symantec Client Security, Symantec Personal Firewall, atau
Zone Alarm.

Lindungi Komputer Anda dari Spyware

Spyware ialah sejenis program virus yang biasa berada dalam keadaan tidak dapat dilihat dan maklumat
yang dikumpul tentang pengguna yang menggunakan komputer tersebut. Terdapat beberapa jenis perisian
yang biasa digunakan dan kesan yang sinonim dengan Spyware ialah Adware, Malware, dan sebagainya.
Kesan terhadap serangan Spyware adalah seperti kelajuan komputer semakin berkurangan, pengumpulan
katalaluan dan nombor kad kredit serta kerosakan komponen Windows.

Cara terbaik untuk melindungi komputer anda dari Spyware ialah mengelakannya. Elakkan dari memasang
perisian Spyware pada komputer anda, sekiranya anda telah memasangnya, Spyware sukar untuk di
buang, dan Spyware akan merosakkan komponen-komponen Windows. Dua sumber Spyware ialah Active
X/Install For the Web dan add-ons untuk program-program lain.

Install For the Web ialah perkhidmatan yang mana laman-laman web yang menawarkan perisian untuk
dipasang ke komputer anda secara automatik. Jika tidak program ini ditulis oleh well-known, reputable
vendors seperti Macromedia Flash atau Sun Java, elakkan dari memasang program ini. Install For the Web
spyware installer seperti gambar dibawah:-