Anda di halaman 1dari 20

PENGENALAN

Krisis merupakan satu titik tolak kehidupan seseorang sama ada mampu untuk
menanganinya dan meneruskan hidup ke tahap seterusnya atau sebaliknya. Krisis terhasil dari
stress dan tekanan dalam kehidupan peribadi seseorang. Stress adalah elemen utama dalam
pembangunan krisis. Manusia mempunyai tindak balas yang berbeza terhadap stres dan
situasi krisis berdasarkan kemahiran atau tingkah laku tersendiri, keupayaan untuk
menangani, tahap kematangan dan personaliti.
Seseorang yang berada dalam keadaan krisis adalah apabila seseorang itu tidak dapat
menentukan matlamat hidup dengan cara yang biasa disebabkan ada halangan yang besar dan
berat ( Caplan ,1961 ). Intervensi krisis dilakukan apabila berlaku sesuatu keadaan yang
menggugugat kebajikan diri atau kebajikan orang lain dan satu langkah segera perlu diambil.
Krisis boleh dibahagikan kepada dua iaitu krisi yang boleh diramal dan krisis yang tidak
boleh diramal.
Krisis yang boleh diramal adalah peristiwa atau proses biasa yang berlaku dalam
kehidupan seperti perkahwinan, kehamilan dan persaraan. Krisis yang tidak boleh diramal
adalah peristiwa atau proses yang terjadi secara mengejut dan tiba-tiba. Contohnya krisis yang
tidak boleh diramal adalah jenayah seperti tekanan yang ditunjukkan oleh mangsa jenayah
rogol, pembunuhan dan rompakan bersenjata. Selain itu, malapetaka semula jadi dan berita
mengejut seperti ahli keluarga terlibat dalam kemalangan adalah contoh krisis yang tidak
boleh diramal. Sejarah krisis secara keseluruhannya dapat dilihat pada empat tahap iaitu suatu
keadaan kritikal terjadi dimana penentuan dibuat sama ada seseorang itu mempunyai
keupayaan untuk menangani krisis tersebut atau tidak. Seterusnya, peningkatan ketegangan
dan persekitaran yang tidak terurus akan menambah kebolehupayaan seseorang dan
melahirkan satu tuntutan untuk sumber tambahan untuk menyelesaikan acara adalah
diperlukan. Akhir sekali, petunjuk mungkin diperlukan bagi menyelesaikan masalah
ketidaktentuan personaliti yang besar.
Intervensi pula membawa maksud campur tangan yang boleh digambarkan sebagai apa
yang kaunselor lakukan atau boleh lakukan dalam program bimbingan dan kaunseling yang
komperehensif. Contoh- contoh intervensi adalah perkhidmatan sesi kaunseling sama ada
secara individu, kelompok kecil atau kelompok besar. Pemilihan intervensi kaunseling yang
berkesan melibatkan bilangan faktor yang berbeza, termasuklah bilangan faktor yang berbeza,
penilaian ke atas masalah klien, matlamat yang diinginkan, pemilihan klien, ciri-ciri personal
dan gaya pembelajaran. Pentingnya intervensi krisis masa kini dalam kaunseling juga
dikaitkan dengan meningkatnya kejadian-kejadian yang boleh menyebabkan berlakunya
krisis. Ini adalah kerana peredaran zaman yang dilalui turut dilimpahi dengan pelbagai
masalah seperti peperangan dan bencana dunia, sebagaimana yang diucap oleh Caplan ( 1964
) dalam J & G ( 2001 ) apabila sesuatu kejadian dipersepsikan oleh seseorang itu sebagai satu
ancaman kepada keselamatan dirinya untuk memenuhi sesuatu keperluan atau untuk
kehidupan yang bermakna.

PUNCA-PUNCA KRISIS
Antara punca-punca krisis ialah kekecewaan. Kekecewaan berlaku apabila sesuatu yang
diingini tidak tercapai contohnya kematian seseorang yang dikasihi dan disayangi, akibat
kegagalan dalam mencapai cita-cita atau keinginan terhadap sesuatu, kemiskinan hidup dan
kegagalan dalam hidup. Konflik juga merupakan salah satu punca berlakunya krisis. Konflik
antara individu berlaku kerana setiap individu mempunyai nilai pegangan masing-masing
yang kadang kala tidak sama. Apabila berlaku percanggahan dengan nilai yang dipegang
dengan individu lain maka akan berlakulah konflik sekiranya mereka tidak dapat bertolak
ansur antara satu sama lain. Tekanan hidup yang dilalui oleh individu tersebut merupakan satu
lagi punca berlakunya krisis. Keadaan emosi yang tidak stabil dan negatif serta tindak balas
fisiologi yang berlaku dalam situasi individu menerima ancaman terhadap tujuan dan
matlamat yang penting tidak tercapai.
Selain itu, kelesuan juga merupakan antara punca berlakunya krisis. Kelesuaan akan
mengakibatkan individu kurang bergaul dengan masyarakat dan tidak berdaya maju. Hal ini
kerana kurangnya pergaulan dengan masyarakat luar dan pemikiran individu itu sempit
menyebabkan ia mudah menghadapi krisis dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Kelesuaan
berlaku adalah disebabkan sahsiah, sikap, persekitaran, situasi dan peristiwa dalam hidup.
Pengalaman trauma yang dilalui oleh seseorang juga menyebabkan krisis berlaku.
Pendedahan yang keterlaluan yang dialami oleh individu kepada kejadian-kejadian yang
pahit, ngeri dan mengejutkan serta pengalaman-pengalaman yang boleh mengancam
kehidupan individu tersebut adalah antara punca trauma yang akan mengakibatkan krisis
berlaku.
Contohnya individu yang pernah terlibat dalam kemalangan yang dahsyat sehingga
membabitkan nyawa keluarga dan orang tersayang, dia akan berasa takut untuk memandu
seorang diri dan berada di jalan raya. Peristiwa pahit yang pernah berlaku dalam dirinya
menyebabkan dia trauma dan tidak dapat mengawal dirinya dengan baik. Selain itu, individu
yang pernah dirogol dengan sadis akan berasa takut dan berjaga-jaga dengan lelaki kerana dia
sentiasa memikirkan kejadian yang pernah meragut maruahnya. Dia akan berasa kurang yakin
dengan individu yang ingin mendekatinya dan pengalaman lepas masih tidak dapat dilupakan.
Individu yang trauma ini perlu dibantu agar dapat membentuk keyakinan semula dalam
dirinya bagi meneruskan hidup ini.

JENIS KRISIS
i) Krisis Perkembangan
Krisis perkembangan seiring berlaku melalui perkembangan normal seseorang dalam
kehidupannya. Contohnya ialah waktu seseorang masuk ke sekolah. Ia boleh digambarkan
sebagai peristiwa yang biasanya dialami dalam pertumbuhan dan kematangan (Aguilera,1994)
dalam Myer (2000). Konsep perkembangan normal yang penting bermaksud perubahan
individu sepanjang masa dalam cara yang diramalkan dengan normal merujuk kepada apa
yang biasa bagi kebanyakan orang dalam satu kumpulan umur tertentu sama ada kumpulan
umur bayi, remaja atau lebih daripada umur 60 tahun. Ahli teori perkembangan juga membuat
pemerhatian bahawa kebolehan manusia untuk tumbuh dan berubah dengan cara yang
dijangkakan adalah satu hasil interaksi di antara keperluan psikologi individu dengan
kebolehan, jangkaan sosial, tuntutan, sumber dan peluang (Bronfrenbrenner, 1979, 1989)
dalam Myer (2000).
Krisis Perkembangan merujuk kepada situasi yang mana individu diselubungi (perasaan
sedih, derita dan sebagainya), tidak dapat untuk mengendalikannya, dan tidak dapat berfungsi
dengan sesuai dalam memberi respon terhadap peralihan peranan perkembangan. Secara
semula jadinya dalam semua tahap perkembangan berlaku ketegangan atau tekanan khusus
dan berpotensi untuk menghadapi konflik. Bagaimana individu mengendalikannya bergantung
kepada faktor-faktor lain (kewangan, personal, sokongan sosial). Jika individu tidak dapat
mengendalikan semua ketegangan dan menyelesaikan semua konflik dengan berjaya, krisis
perkembangan akan terhasil. Sebagai contoh, tugas perkembangan seorang kanak-kanak
termasuklah belajar untuk berhubungan dengan rakan sebaya dan guru.
Kanak-kanak mungkin mengalami konflik dengan rakan sebaya dan guru. Kesukaran ini
berpotensi untuk membentuk krisis kepada kanak-kanak tersebut kerana penguasaaan
kejayaan peranan rakan sebaya dan pelajar adalah asas kepada jangkaan budaya pada
peringkat remaja untuk membentuk kesedaran kendiri dan identiti. Krisis Perkembangan
mungkin juga muncul dalam pertengahan kehidupan seperti sesetengah individu mengalami
kerisauan, kesedihan atau takut menjadi tua. Individu kemungkinan menjadi sangat tertekan
dengan peralihan perkembangan di mana mereka terpaksa menyesuaikan diri dengan
perubahan peranan apabila bersara dan mula untuk berdepan secara terus dengan kematian
mereka di mana mereka melihat diri mereka dan orang yang sama umur seolah-olah menolak
kesihatan.
Krisis perkembangan juga merujuk kepada situasi yang mana individu diselubungi
perasaan sedih, derita dan lain-lain yang mana individu tersebut gagal untuk mengendalikan
dan tidak dapat berfungsi dengan sesuai dalam memberi respon terhadap peralihan peranan
yang berlaku. Kebiasaannya, dalam semua tahap perkembangan akan terjadi ketegangan dan
tekanan khusus untuk menghadapi konflik dan untuk mengendalikan sesuatu konflik adalah
bergantung kepada faktor lain seperti kewangan, personal dan sokongan sosial. Jika individu
3

tidak dapat mengendalikan semua ketegangan dan tidak dapat menyelesaikan masalah atau
konflik yang dialami maka krisis perkembangan akan terhasil.

ii) Krisis Situasi


Krisis Situasi adalah peristiwa yang berlaku tanpa dijangka sepanjang kehidupan
seseorang. Ciri-ciri atau tanda krisis situasi adalah jelas pada peristiwa luaran. Krisis situasi
berlaku dengan tidak dijangkakan dan boleh berlaku pada mana-mana tahap dalam kehidupan
individu. Tiga ciri Krisis Situasi ialah Sudden onset (Permulaan tiba-tiba) adalah apabila
peristiwa yang melanda tanpa memberi amaran awal dan unexpectedness (tidak dijangkakan)
di mana apabila peristiwa berlaku individu tidak pernah menimbangkannya secara serius. Ciri
ketiga ialah emergency (kecemasan) bermaksud apabila diancam di dalam cara yang
kemungkinan (fizikal, emosi), ia memerlukan tindakan secara tiba-tiba untuk mengelakkan
sebarang kecederaan.
Contoh Krisis Situasi yang sesetengahnya mempunyai potensi yang tinggi menyebabkan
trauma termasuklah kemalangan kereta, diagnosis kesakitan yang kronik, kematian orang
tersayang, menjadi mangsa penjenayah, keganasan rumahtangga, rogol atau penderaan
seksual pada zaman kanak-kanak. Krisis situasi termasuklah juga peristiwa yang boleh
memberi kesan kepada lebih daripada seorang pada satu masa iaitu mungkin memberi kesan
kepada keseluruhan komuniti. Contohnya ialah bencana alam seperti banjir kilat dan taufan
yang berpotensi menyebabkan Krisis Situasi.
Krisis situasi berlaku dengan tidak dijangkakan dan boleh berlaku pada mana-mana tahap
dalam kehidupan individu. Tiga ciri krisis situasi ialah Sudden Onset (permulaan tiba-tiba)
adalah peristiwa yang melanda tanpa memeberi amaran awal dan tidak dijangkakan dan
apabila berlaku individu tidak pernah menimbangkannya secara serius. Selain itu, krisis
situasi juga bersifat kecemasan yang bermaksud apabila diancam dalam cara fizikal dan emosi
ia memerlukan tindakan secara tiba-tiba untuk mengelakkan sebarang kecederaan.Antara
contoh krisis situasi yang mempunyai potensi yang tinggi akan menyebabkan trauma
termasuklah kemalangan kereta, sakit yang kronik, kematian orang yang disayang, menjadi
mangsa penjenayah, keganasan rumah tangga, rogol atau penderaan seksual semasa kanakkanak.
Krisis situasi juga termasuklah peristiwa yang boleh memberi kesan kepada lebih daripada
seorang pada satu masa iaitu memeberi kesan kepada keseluruhan komuniti seperti bencana
alam seperti banjir kilat dan taufan.Pengetahuan asas tentang peristiwa krisis situasi adalah
satu langkah pertama kepada kaunselor dalam membentuk kemahiran yang diperlukan untuk
menolong individu yang berada dalam krisis. Pengetahuan ini termasuklah memahami definisi
intervensi krisis. Untuk membezakan antara krisis situasi dengan krisis yang lain adalah krisis
ini berlaku secara tiba-tiba, mengejut dan mendesak.

iii) Krisis Kewujudan


4

Krisis kewujudan berlaku apabila seseorang menunjukkan konflik dan perasaan risau
apabila berhadapan dengan isu-isu kemanusiaan yang penting. Krisis kewujudan merujuk
kepada konflik dalaman dan kerisauan yang mengiringi isu penting dalam kemanusiaan,
tanggungjawab, kebebasan, tidak bergantung dan komitmen. Krisis kewujudan mungkin akan
mengiringi kesedaran pada umur 40-an. Perkara tersebut tidak akan menjadi signifikan dan
jelas kepada profesian atau organisasi, contohnya individu yang menyesal pada umur 50 tahun
memilih untuk tidak berkahwin atau meninggalkan ibu bapa di rumah, dan tidak pernah hidup
berasingan dan sekarang telah kehilangan semua kemungkinan untuk hidup bahagia
sepenuhnya dan menjadi orang yang berfaedah atau perasaan merebak dan berterusan pada
umur 60an di mana peringkat individu merasa hidup sudah tidak bermakna, dan mereka
mengelak untuk memenuhkan hidup mereka dengan perkara yang bermakna.
Krisis Kewujudan berlaku apabila seseorang berada dalam situasi seperti saya seorang
yang gagal, saya hampir lulus, tetapi saya belum dapat bayangkan apa yang akan saya
lakukan nanti, saya tidak akan pernah berjaya dalam kerjaya saya. Krisis ini berlaku apabila
individu itu tidak dapat menerima realiti dan perkara yang terjadi kepada dirinya dan
pemikiran-pemikiran yang negatif dan tidak rasional yang telah mengganggu kehidupan.

TEORI INTERVENSI KRISIS

Salah satu kesan sampingan proses pembangunan yang pesat dalam sesebuah Negara adalah
kemunculan masalah sosial dan psikologikal seperti tekanan, penyakit mental dan bunuh diri.
Untuk menangani masalah tersebut maka intervensi krisis amat diperlukan. Krisis intervensi
melibatkan suatu pengurusan situasi krisis yang diakibatkan sesuatu keadaan atau peristiwa
tertentu. Perkhidmatan intervensi adalah bantuan kecemasan yang bersifat sementara atau
hanya untuk jangka masa yang pendek.
i) Teori Krisis Asas
Kajian, penulisan dan ajaran yang di berikan oleh Linderman (1944, 1956) memberikan
pemahaman baru yang profesional tentang krisis. Linderman membantu kaunselor
memberikan intervensi krisis kepada orang yang menderitakan kerana kehilangan di mana
mereka tidak mempunyai diagnosis pathalogi yang spesifik tetapi menunjukkan simptom
pathologi. Teori krisis asas Linderman dan kerja beliau memberikan sumbangan yang
substansif kepada kita dalam memahami tingkah laku klien yang mengalami kesedihan yang
amat sangat akibat mengalami kehilangan sesuatu yang amat berharga di dalam hidup. Beliau
membantu untuk mengenal pasti respons tingkah laku seperti kesedihan yang amat sangat
adalah normal, bersifat sementara, dan boleh berkurang melalui penggunaan intervensi jangka
pendek. Contoh tingkah laku yang biasa kepada orang yang mengalami krisis termasuklah
terlalu leka dengan kehilangan, identifikasi kepada kehilangan, mengespretasikan rasa
bersalah dan permusuhan, rutin harian yang tidak tersusun, dan bukti terhadap rungutan
somatik.( Jasonik, 1984). Linderman menyangkal persepsi lazim yang menyatakan bahawa
klien yang menunjukkan respons krisis patut dirawat sebagai seorang yang abnormal atau
bermasalah pathalogi.
Linderman memfokuskan kepada resolusi segera untuk kesedihan selepas kehilangan,
Caplan (1940) pula memperkembangkan idea yang di bina oleh Linderman kepada
keseluruhan faktor dalam kejadian yang traumatik. Caplan melihat krisis sebagai sesuatu
perkara yang terhasil daripada halangan yang wujud kepada matlamat hidup di mana ia tidak
boleh di atasi oleh tingkah laku yang biasa. Halangan ini boleh muncul dalam perkembangan
hidup seseorang dan situasi tertentu. Linderman dan Caplan menguruskan intervensi krisis ini
mengikut trauma psikologi yang menggunakan paradigma keseimbangan dan
ketidakseimbangan. Peringkat dalam paradigma Linderman adalah, keseimbagan yang
terganggu, terapi ringkas atau tugas kesedihan, tugas klien dalam melalui masalah dan
kesedihan, dan keseimbangan (Jasonik, 1984). Caplan menghubungkan konsep dn peringkat
yang di perkenalkan oleh Linderman kepada semua perkara dalam perkembangan dan situasi
dan memperkembangan intervensi krisis kepada menghapuskan herotan dalam kognitif,
emosi, dan tingkah laku yang menjadi punca utama kepada trauma psikologi.

ii) Teori Humanistik


6

Teori humanistik adalah dibina berdasarkan pelbagai dimensi. Cormier dan Hackney
(1987) memerihalkan sebagai peningkatan estim kendiri iaitu keterbukaan, kepercayaan,
perkongsian, keselamatan, penerimaan tanpa syarat, empati yang tepat, dan ketulenan. Intipati
dalam teori humanistik ini adalah manusia tidak mampu menyimpan krisis masalah peribadi
ini selamanya sekiranya mereka percaya terhadap diri mereka dan orang lain serta mempunyai
keyakinan yang mereka mampu untuk mencapai kesempurnaan kendiri dan dapat
menyelesaikan masalah.
Psikologi humanistik mencoba untuk melihat kehidupan manusia sebagaimana manusia
melihat kehidupan mereka. Mereka cenderung untuk berpegang pada prespektif optimistik
tentang sifat alamiah manusia. Mereka berfokus pada kemampuan manusia untuk berfikir
secara sadar dan rasional untuk dalam mengendalikan hasrat biologisnya, serta dalam meraih
potensi maksimal mereka. Dalam pandangan humanistik, manusia bertanggung jawab
terhadap hidup dan perbuatannya serta mempunyai kebebasan dan kemampuan untuk
mengubah sikap dan perilaku mereka
Apabila seseorang berunding tentang penilaian kendiri dengan orang lain, mereka akan
lebih bergantung kepada orang lain untuk mengesahkan siapa diri mereka. Oleh sebab itu
selagi individu mengekalkan lokus kawalan luaran, krisis akan muncul. Matlamat akhir dalam
teori humanistik adalah membawa kuasa penilaian kendiri balik kepada individu tersebut,
membolehkan dia berupaya untuk kembali mengawal kehendak diri dan membina kebolehan
untuk mengambil apa saja tindakan yang diperlukan untuk mengatasi situasi krisis.
iii) Teori Kewujudan
Teori kewujudan berfokus kepada krisis klien yang merasa keseorangan di dalam dunia
serta merasa bimbang di dalam keseorangan ini. Penteori Kewujudan melihat manusia sebagai
berupaya mencapai kesedaran kendiri yang membolehkan mereka berfikir dan membuat
keputusan. Lebih tinggi kesedaran mereka kemungkinan mereka mencapai kebebasan juga
lebih tinggi. Kebebasan untuk memilih daripada alternatif adalah menjadi satu
tanggungjawab. Hal ini memberi implikasi bahawa seseorang itu bertanggungjawab ke atas
kewujudannya dan destinasinya, dia bukan hasil dari kuasa pelaziman yang ditentukan.
Kesedaran untuk kebebasan dan bertanggungjawab menyebabkan bimbang tentang
kewujudan seseorang yang menjadi asas sifat semulajadi manusia lalu menimbulkan krisis.
Mengetahui bahawa seseorang itu perlu memilih tanpa mengira kesannya, menyebabkan
krisis kebimbangan. Krisis kebimbangan tentang kewujudan juga adalah hasil daripada
kesedaran tentang kematian kerana sedar bahawa manusia mempunyai masa terhad untuk
merealisasikan potensi diri.

AGRESIF
Kelakuan Agresif merujuk kepada tingkah laku fizikal dimana pesakit dengan niat ingin
melakukan keganasan yang boleh menyebabkan kesakitan.
Sifat agresif boleh terjadi samaada dalam bentuk kelakuan fizikal ataupun secara percakapan.
Punca agresif
Fizikal
1)

Kesesakan dalam wad (overcrowding)

2)

Kekurangan tidur

3)

Kebosanan ( Boredom)- Kurang aktiviti yang memberangsangkan.

4)

Halangan kebebasan sebagai contoh: pintu-pintu wad terkunci.

5)

Sikap buruk staff terhadap pesakit.

6)
Perhubungan yang tidak harmoni antara staff dengan pesakit mania yang menggangu
pesakit lain.

Psikologikal
1)
Kerisauan dan ketakutan apabila pesakit bersemuka dengan ancaman fizikal atau
mental kepada keselamatan pesakit.
2)

Kekecewaan atau kegiatan yang berlebihan seperti dalam keadaan mania

3)

Halusinasi seperti suara-suara yang menyuruh pesakit menyerang orang lain

Tanda dan gejala


1)

Pesakit melakukan keganasan- kepada pesakit lain/ staff/pelawat.

2)

Keganasan yang boleh merosakkan harta benda hospital.

3)

Gangguan seksual

4)

Mempamerkan emosi yang tidak baik kepada staff.

5)

Menyerang sesiapa sahaja yang berhampiranCara menangani

Semasa kejadian agresif:


1)

Menilai dulu keadaan sebelum mengambil tindakan.


8

2)

Jururawat tidak boleh menghampiri pesakit sendirian- minta bantuan staff lain.

3)

Panggil nama pesakit- supaya pesakit sedar dari halusinasinya.

4)

Suara yang digunakan mestilah lemah lembut.

5)
Sekiranya pesakit tiada tindak balas, baringkan pesakti diatas lantai dengan
melemparkan selimut ke atas kepalanya. Dilakukan oleh empat orang, dengan teknik yang
betul.
6)

Doktor memberikan suntikan stat atau prn.

7)

Jururawat mesti berada di sisi pesakit sehingga kesan suntikan berlaku.

Selepas kejadian agresif


1)
Selepas pesakit bangun/sedar dari kesan suntikan, berikan pesakit makanan dan
minuman suam.
2)
Bercakap dengan pesakit dan cuba Tanya sebab-sebab pesakit menjadi agresif- Jangan
marah pesakit, terangkan sebab suntikan diberi.
3)

Jika pesakit tidak jadi tenang selepas suntikan, asingkan pesakit atas kebenaran doktor.

4)
Semasa pengasingan, sentiasa pantau perkembangan pesakit-makanan,minuman,
kesihatan dan elakkan kejadian berlaku semula

INSOMNIA
Insomnia adalah keadaan dimana individu tidak mampu untuk tidur apabila tiba masa untuk
tidur dan ketidakmampuan untuk initiate atau mengekalkan lena tidur.Insomnia juga
diklasifikasikan berdasarkan tempoh belakunya gejala dan insomnia bertukar menjadi
transient, kronik, short term. Transient insomnia biasanya berlaku kurang dari tujuh hari, short
term insomnia biasanya berlaku selama satu hingga tiga minggu, dan insomnia kronik
berlangsung lebih dari tiga minggu.
Etiologi
Dari segi fizikal

Waktu kerja yang lama

Suhu bilik tak kondusif (terlalu panas atau terlalu sejuk)

Situasi dalam kehidupan (ujian persiapan, perceraian, pengangguran, atau berpisah


dengan orang yang dicintai)

Mempunyai penyakit atau masalah kesihatan

Faktor usia:Umur meningkat tua.

Suasana bising dan tidak selesa.

Mengalami masalah dan gejala kesihatan yang tidak terkawal(sakit, demam , masalah
pernafasan, hidung tersumbat, batuk , dan diarrhea) juga boleh menyebabkan seseorang untuk
menderita insomnia.Gejala ini perlu dikawal kerana ianya boleh menyebabkan resolusi
insomnia.

Common stimulant seperti kafein dan nikotin

Gangguan daripada pasangan tidur seperti bunyi dengkuran yang kuat dan gerakan
anggota badan.
Dari segi psikologikal

Dalam keadaan yang cemas atau ketakutan

Kemurungan(depression)

Stress yang menyebabkan penyakit mental seperti

Mania ( gangguan bipolar )

10

Kaedah pengurusan dan rawatan


1.
Menyediakan persekitaran yang selesa seperti kosongkan bladder sebelum
tidur,persekitaran yang kondusif seperti pencahayaan,bunyi-bunyi dan sebagainya,memakai
pakaian yang longgar dan lakukan aktiviti rekreasi

2.
Galakkan pesakit berbincang mengenai masalah untuk tidur seperti bincangkan
tentang kemungkinan yang menyumbang kepada kesukaran,reassurance peakit tentang
keselamatan dan terangkan kepada pesakit tentang kepentingan /keperluan tidur

3.
Galakkan pesakit libatkan diri dalam aktiviti yang sesuai untuk galakkan tidur malam
seperti tingkatkan aktiviti siang hari pesakit,kurangkan masa tidur siang dan ajar pesakit
teknik-teknik relaksasi yang sesuai.

4.
Kekalkan pemerhatian seperti perhatikan sleep-wake pattern,perhatikan tingkah laku
pesakit ketika beliau terjaga

5.
Berikan ubatan seperti yang diarahkan,perhatikan kesan ubatan dan terangkan
keperluan mengambil ubat kepada pesakit.

11

KEMURUNGAN(DEPRESSION)
Kemurungan (depression) adalah salah satu penyakit mental yang melibatkan tekanan
perasaan yang serius kepada individu samada lelaki atau wanita, kanak-kanak, remaja, dewasa
dan warga emas. Ia melibatkan perasaan dan emosi seperti kesedihan, kepiluan, kecewa, putus
asa, hilang semangat untuk meneruskan kehidupan yang bermakna dan gembira.

Tanda dan gejala


1)
Mengalami gangguan emosi iaitu kemurungan(depression) dalam jangkamasa yang
lama dalam satu hari.Contoh gangguan emosi ini ialah sedih dan hampa dan air muka
kelihatan seperti ingin menangis.
2)
Kehilangan minat atau nikmat terhadap semua perkara atau aktiviti yang dilakukan
dalam sehari.
3)
Hilangnya berat badan yang mendadak walaupun tidak melakukan diet atau
bertambahnya berat badan secara mendadak iaitu 5% daripada berat badan sebelumnya dalam
masa satu bulan
4)

Insomnia atau hipersomnia setiap hari

5)

Perasaan letih atau kehilangan semangat dan kekuatan diri setiap hari

6)
lain

Perasaan bahawa diri ini tidak berguna dan sentiasa membawa masalah kepada orang

7)
Kemampuan untuk berfikir atau memberi tumpuan semakin berkurangan dan sukar
untuk membuat keputusan berlaku hampir setiap hari
8)
Berulang-kali muncul idea dan fikiran tentang kematian (bukan hanya takut mati)
tanpa tujuan yang jelas, atau mempunyai usaha untuk bunuh diri atau tujuan tertentu untuk
mengakhiri nyawa sendiri

Etiologi kemurungan(depression)
a)
Harmon.Perubahan keseimbangan hormone tubuh menjadi punca berlakunya
kemurungan (depression).Perubahan hormone berlaku akibat tiroid yang bermasalah,
menopause dan beberapa keadaan yang lain.
b)
Faktor keturunan.Kemurungan(depression) biasanya berlaku jika salah seorang
daripada ahli keluarga mempunyai masalah yang sama
c)
Peristiwa-peristiwa yang berlaku didalam hidup.Peristiwa seperti kematian atau
kehilangan orang yang dicintai, masalah kewangan dan tekanan stress yang melampau boleh
mengakibatkan kemurungan kepada seseorang.
12

d)
Trauma semasa kecil. Kejadian trauma yang berlaku semasa kecil dapat menyebabkan
perubahan kekal pada otak yang membuat kita lebih mudah mendapat
kemurungan(depression).
e)

Kehilangan maruah diri tanpa kerelaan hati (mangsa perkosaan / sumbang mahram)

f)
Mengalami masalah berat yang tidak mampu diatasi dan ia menjadi bebanan
kehidupan (contoh : kegagalan dalam kerjaya/ kegagalan dalam rumahtangga)
g)
Bagi sebilangan wanita, kedatangan haid, awal kehamilan, selepas melahirkan, dan
pre-monopous juga boleh menyebabkan kemurungan berlaku. Walaupun tidak serius tetapi
jika berlaku sesuatu yang mengganggu emosi berlarutan, individu ini lebih terdedah kepada
kemurungan.

Faktor risiko
Walaupun punca kemurungan (depression) belum diketahui secara jelas,tetapi terdapat
beberapa faktor risiko yang boleh menggalakkan lagi penyakit-penyakit tersebut.

Memiliki hubungan kekeluargaan dengan orang yang memiliki kemurungan


(depression)

Wanita lebih rentan terkena kemurungan (depression) berbanding lelaki

Mengalami trauma ketika masih kecil

Mempunyai pengalaman hidup yang memberikan tekanan seperti kematian orang


yang disayangi,ahli keluarga atau kehilangan pasangan hidup.

Memiliki sifat-sifat tertentu seperti kurang keyakinan diri dan kebergantungan yang
berlebihan kepada orang lain dan suka mengkritik diri sendiri.

Penyalahgunaan ubatan seperti nikotin atau ubat-ubatan terlarang

Mengalami penyakit berat dan berpanjangan yang menyebabkan pesakit hilang


keupayaan diri seperti kanser, serangan jantung,Alzheimers atau HIV/AID.Ini menyebabkan
fungsi diri terbatas dan tidak boleh menjalankan peranan kehidupan yang sewajarnya (peranan
sebagai isteri/suami/ahli keluarga)

13

Cara Mencegah kemurungan (depression)


1.
Dapatkan bantuan segera apabila sedar berlaku salah satu simpton di atas. Jangan
tunggu sehingga semua simpton tersebut berlaku. Keadaan mungkin akan lebih sukar untuk
dipulihkan. Bertemu dengan pakar perubatan, psikoterapi , kaunselor atau orang-orang yang
berkebolehan membantu.
2.
Sentiasa hargai, sayangi, dan jaga diri sendiri. Bantulah diri sebaik mungkin dengan
mendekatkan diri kepada Allah, pasrahkan diri dan redha dengan ketentuanNya. Keredhaan
dan keikhlasan itu adalah penawar. Allah yang terbaik, selagi kita memohon kepadaNya.
hikmah disebalik sesuatu yang berlaku. Yakinkan diri kita.
3.
Elakkan bersendirian. Berhubunglah dengan rakan taulan dan saudara-mara yang
boleh kita harapkan.Jika harus bersendiri banyakkan ibadat dan mengingati Allah dengan
berzikir
4.
Jika terasa ingin menagis, menangislah untuk menghilangkan sebak di dada.
Menangis adalah fitrah manusia. Apa yang perlu dielakkan adalah menangis dengan ratapan.
Ratapan akan didengar oleh perasaan kita. Ia boleh melemahkan perasaan.
5.
Kuatkan semangat dengan mengingatkan diri terhadap tanggungjawab kita kepada
orang lain. Pada keluarga, rakan taulan, rakan sekerja, dan orang orang lain yang
memerlukan kita. Jika kita terperangkap dengan kemurungan, ia akan memberi kesan kepada
mereka.
6.

Membaca buku-buku yang boleh membina semangat dan motivasi diri

7.

Jangan menyalahkan diri dan menghukum diri kerana kelemahan yang berlaku

8.

Libatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang membuatkan anda rasa selesa dan tenang.

9.

Tingkatkan kesihatan diri dengan mengambil makanan yang sihat dan seimbang.

14

WITHDRAWAL(PENGASINGAN DIRI)
Pengasingan diri merupakan suatu tingkahlaku atau sikap menjauhkan diri dari hubungan
interpersonal dengan persekitaran atau individu lain
Etiologi
1)

Kesukaran untuk mewujudkan hubungan/pertalian dengan orang lain

2)

Rasa disingkirkan,tidak berguna dan tertekan

3)

Sikap/rasa tak percaya,pemikiran delusi

4)

Takut akan kegagalan/kekecewaan

5)

Halusinasi

6)

Kecacatan fizikal individu

Kaedah pengurusan dan rawatan


Adakan rapport perawat-pesakit yang baik dengan mengekalkan eye-contact,perkenalkan
diri,terangkan tujuan interaksi,bantu keperluan fizikal jika perlu,nyatakan rasa prihatin
terhadap sikap pesakit dan bersabar dengan kerenah pesakit.
Menyediakan persekitaran yang kondusif iaitu persekitaran ceria,merangsang dan
menggembirakan,galakkan pesakit melahirkan pemikiran beliau tanpa prasangka dan elakkan
soalan-soalan yang tidak perlu untuk mengurangkan anxiety pesakit.
Explore maksud pengasingan dengan pesakit iaitu melihat bagaimana pesakit melihat diri
sendiri,bincangkan situasi,keadaan yang menyebabkan pesakit mengasingkan diri dan
terangkan kepada pesakit kesan sikap beliau.
Meningkatkan interaksi dengan pesakit iaitu memulakan interaksi one-to-one kepada
kumpulan kecil dan kemudian kepada kumpulan besar.
Memberi pendidikan kesihatan kepada pesakit dengan mengajarkan pesakit skill-skill
komunikasi,asertif dan skill social,terangkan keperluan dan kepentingan social dan
kepentingan ubatan untuk membantu tingkahlaku pesakit.

15

SUICIDAL PATIENT
Keinginan,percubaan atau tingkahlaku yang secara sengaja,sukarela untuk mengambil nyawa
sendiri.
Cara membunuh diri
1)

Drug overdose

2)

self-poisoning

3)

wrist-slashing

4)

Gantung diri

5)

jump dari ketinggian atau kenderaan bergerak

6)

Asphyxiation dan sebagainya

Etiologi
1)

Kemiskinan-desakan hidup

2)

Kehilangan kematian,kerja

3)

loneliness,kesunyian

4)

Tekanan hidup/kerja

5)

Masalah diri,rumah tangga

6)

Ketagihan dadah

7)

Penderaan fizikal,mental,seksual iaitu trauma

8)

Penyakit mental,seperti depression,puerperal psychosis dan schizophrenia

9)

Penyakit fizikal yang serius dan tiada harapan sembuh

Faktor risiko
1)

Terdapat ideation atau percubaan untuk bunuh diri

2)

Berkeinginan untuk mati-rasa hidup tidak berguna,hopelessness

3)

Diagnosis seperti major depression,psychotic disorder,antisocial personality disorder

4)
Sejarah perubatan seperti penyakit-penyakit kronik,tiada harapan sembuh,kesakitan
yang amat
5)

recent stressor-kehilangan pasangan hidup

6)

Sejarah keluarga-suicide,kehilangan ibubapa,keadaan keluarga yang chaotic


16

Tanda dan gejala


a)

Kemurungan kesedihan yang amat,teary

b)

withdrawal-mengasingkan diri

c)

Putus asa dalam kehidupan

d)

Perasaan tidak mahu membebankan orang lain

e)

Memberi barangan kesayangan kepada rakan atau individu terdekat

f)

Menulis surat wasiat

g)

Seringkali meminta maaf tanpa sebab

Pengurusan
1.

Stabilkan pesakit/tenangkan pesakit-restrain jika perlu

2.

Hospitalisasi

3.
Persekitaran yang kondusif dengan keadaan wad yang tenang,dan simpan perkakasan
yang merbahaya
4.

Letakkan pesakit dekat dengan kaunter

5.
Lakukan pemerhatian rapi terhadap suicidal caution chart(scc) dan pemerhatian
terhadap mental state examination (MSE) yang berterusan.
6.

Pemberian ubatan sekiranya pesakit agresif

7.

Lakukan psikoterapi seperti diversional terapi

Pencegahan
1.

Mempunyai pegangan agama yang kuat

2.

Hubungan kekeluargaanyang rapat /mempunyai kawan karib

3.

self-esteem yang baik dan sihat

4.

Sokongan sosial yang baik

5.

Berfikiran positif tentang hidup

17

FOOD REFUSAL
Enggan mengambil sebarang makanan yang sepatutnya,yang diberikan kepada pesakit dan
merupakan satu keadaan multi-factoral.
Etiologi
Faktor-faktor umum:
1.

Makanan yang tidak sesuai/tidak gemar

2.

Persekitaran yang tidak kondusif seperti sesak,bising,berbau

3.

Makanan terlalu panas/sejuk

4.

Berbau busuk,rasa loya

Faktor-faktor fizikal:
1.

Penyakit-eg:sakit gigi,oral thrush

2.

Presentasi makanan

3.

Faktor sosiobudaya seperti pantang,ugama

4.

Dementia/confusion-forgetfullness

Faktor-faktor psikologikal:
1.

pre-occupied-pesakit terlalu memikirkan sesuatu/leka

2.

Delusi-makanan diracun/tidak setaraf

3.

Halusinasi seperti visual/auditori

4.

Cubaan membunuh diri-staving to death

5.

Pesakit hiperaktif-manic

6.

Pesakit dalam keadaan delirium/amnesia iaitu dalam kebingungan

7.

aneroxia nervosa-enggan makan sebab takut gemuk

Kaedah pengurusan dan rawatan


1.

Adakan rapport dengan menerima pesakit seadanya,jujur dan sikap konsisten

2.
Galakkan pesakit berbincang tentang keengganan beliau untuk makan seperti
bincangkan sebab-sebab,kenali individu yang boleh pesakit berinteraksi dan kenalpasti
aktiviti yang sebabkan pesakit bersikap demikian
3.
Tingkatkan selera pesakit seperti hidangkan makanan kegemaran,galakkan homecooked,jika boleh
18

4.

Pastikan makanan menyelerakan

5.

Perbualan yang menyenangkan ketika makan

6.

Persekitaran yang kondusif

7.

Berikan vitamin tambahan untuk meningkatkan selera

19

RUMUSAN
Sebagai rumusan,bagi mengatasi krisis didalam penyakit mental kita hendaklah mengenal
pasti jenis-jenis krisis yang boleh berlaku seperti krisis dengan diri
sendiri,keluarga,masyarakat,ubatan yang diambil,pekerjaan dan sebagainya.Sebagai contoh
krisis yang berlaku adalah perasaan marah dan bertindak ganas secara tibatiba(agresif),tekanan perasaan yang melampau(depression),masalah tidur (insomnia),enggan
makan,ingin bunuh diri,dementia,delirium,alcoholic,penyalahgunaan dadah dan
mengasingkan diri.Intervensi bagi mengatasi krisis ini adalah dengan memberikan
psychoeducation,psikoterapi,occupational therapy(cara pulih kerja),recreational therapy (cara
pulih hiburan dan permainan),rawatan ubatan dan rehabilitasi bagi mengurangkan masalah
dan menenangkan emosi pesakit.Tanggungjawab ini hendaklah dilaksanakan anggota-anggota
kesihatan yang terlibat seperti pegawai perubatan,penolong pegawai perubatan,jururawat dan
pembantu perawatan kesihatan di unit-unit psikiatri.

20

Anda mungkin juga menyukai