Anda di halaman 1dari 15

RUKUNEGARA

BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA

Mendukung cita-tcita hendak


Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh
Masyarakat;
Memelihara satu cara hidup demokratik;
Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran
Negara akan dapat dinikmati bersama secara asil
Dan saksama;
Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi
Kebudayaan yang kaya dan berbagai corak;
Membina satu masyarakat yang progresif yang akan
menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar untu menumpukan seluruh


tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan
atas prinsip-prinsip yang berikut:-

Kepercayaan Kepada Tuhan


Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia

Adalah suatu usaha berterusan

ke arah memperkembangkan lagi potensi

individu

secara menyeluruh dan bersepadu untuk

mewujudkan insan yang seimbang dan

harmonis dari segi intelek, rohani,

emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan

dan kepatuhan kepada Tuhan.

Usaha ini adalah bagi melahirka rakyat

Malaysia

yang berilmu pengetahuan, berktrampilan,

berakhlak mulia, bertanggungjawab dan


OBJEKTIF
KEMENTERIAN PELAJARAN

Melahirkan bangsa Malaysia yang


taat setia dan bersepadu.

Melahirkan insan yang beriman,


Berakhlak mulia, berilmu,
bertketrampilan dan sejahtera.

Menyediakan sumber tenaga manusia


untuk keperluan dan Kemajuan negara

Memberi peluang-peluang pendidikan


kepada semua wargenegara Malaysia.
TATASUSILA PROFESION KEGURUAN MALAYSIA

Kami, guru-guru Malaysia yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan
wargenegara yang berilmu, taat setia dan bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya
usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang, dan yang percaya demokrasi,
kebebasan perseorangan dan Prinsip-prinsip Rukunegara.

Melalui pendidikan masyarakat dapat membantu anak mudan memahami kebudayaan mereka, memperoleh
pengetahuan telah terkumpul sejak berzaman, dan menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran pada masa akan
datang.

Dengan menyedari bahawa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda mencapai kemajuan sepenuh-
penuhnya , maka dengan ini kami menerima Tatasusila berikut sebagai penduan untuk membolehkan kami
menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya.

I. TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJARAN

1. Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar-pelajar kami daripada hal-hal lain.
2. Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor jasmani, mental, emosi, politik,
ekonomi, keturunan dan agama.
3. Merahsiakan maklumat iktisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak
mengetahuinya.
4. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata pelajaran-
matapelajaran di dalam bilik darjah tanpa sebarang bayaran.
5. Menunjukkan satu cara pakaian, pertututan dan tingkahlaku yang dapat memberikan contoh yang
baik kepada pelajar.
6. Memelihara dan memperbaiki kecekapan iktisas melalui pengkajian, penyelidikan, lawatan dan
menghadiri kursus iktisas, persidangan, mesyaurat atau seminar supaya pengajaran kami mencapai
mutu yang setinggi-tingginya.

II. TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU BAPA


1. Mengharmati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anaknya.
2. berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan
dengan rumahtangga.
3. Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumahtangga dan
anak mereka yang berhak mengetahuinya.
4. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan
maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan dan bijaksana.
5. Mengelakkan diri dari mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan
kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.

III. TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA


1. Mengelakkan diri dari menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar,
masyarakat atau negara yang bertentangan dengan Rukunegara.
2. Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka
untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang yang lebih tua dan
menghormatinya adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.
3. Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai
seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.
4. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan
dengan masyarakat.
5. Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan kecerdikiawan
masyarakat.
6. Berpegang kepada tingkahlaku yang sopan yang diterima oleh masyaraat dan menjalani kehidupan
sehari-hari dengan baik.
IV. TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION KEGURUAN

1. Mengelakkan diri dari membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama
baik seseorang guru di hadapan pelajar / ibu bapa atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang
guru.
2. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru.
3. Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan
bersungguh-sungguh dan mengelakkannya sejajar dengan kemajuan iktisas dan sosial.
4. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang baharu dalam profesion
perguruan.
5. Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan.
6. Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.

..................................................................................................
(Catatan: Guru yang dimaksudkan dalam konteks Tatatsusila ini ialah orang yang menyebarkan
ilmu pengetahuan di sesebuah institusi pendidiakn peringkat, rendah, menengah dan tinggi,
termasuk gutu terlatih yang bertugas dalam pentadbiran, organisasi dan penyeliaan pendidikan)
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
DAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH

I. Pendahuluan
Perlaksanaan sistem pendidikan di Malaysia adalah berdasarkan kepada cadangan-
cadangan yang terkandung dalam Penyata Razak 1956 dan Penyata Rahman Talib 1960, seperti
yang termaktub dala Akta Pelajaran 1961. Dari masa ke semasa peranan dan matlamat pendidikan
tersebut disesuaikan mengikut keperluan rancangan-rancangan pembangunan lima tahun negara.

Bagi mencapai matlamat perpaduan negara dan penghasilan tenaga rakyat untuk
keperluan pembangunan negara, pelaksanaan sistem pendidikan ini telah ditumpukan kepada
keutamaan-keutamaan tertentu mengikut keadaan semasa. Dalam hubungan ini berbagai-bagai
kemajuan telah dicapai selaras dengan keperluan dan perkembangan pembangunan negara yang
sedang membangun.

Mulai tahun-tahun lapan puluhan, sistem pendidikan di Malaysia perlu melihat


peranannya dala mkonteks yang lebih luas dari segi pembentukan suatu bangsa Malaysia yang
lebih maju dan berjay dalam ertikata yang sebenarnya. Sebagai asas ke arah mencapai matlamat
tersebut adalah diperlukan suatu falsafah yang mencerminkan hasrat dan cita-cita pendidikan di
Malaysia bagi pembentukan insan yang sempurna serta memenuhi keperluan kecemerlangan
pendidikan.

II. Latar Belakang


Sistem pendidikan yang wujud dan diamalkan kini adalah lanjutan daripada sistem
pendidikan British. Setelah merdeka sistem ini telah diperluaskan, berdasarkan Penyata Tun Razak
(1956) dan laporan Rahman Talib (1960) yang menjadi asas kepada pembentukan sistem dan
Dasar Pelajaran Kebangsaan seperti yang termaktub dalam Akta Pelajaran 1961. Ketiga-tiga
dokumen ini menegas serta salah sebuah negara yang paling berjaya dalam memberikan
pendidikan kepada semua selaras dengan prinsip pendemokrasian pendidikan. Kini kita dapat
melihat, merasa dan menikmatisumbangan besar pendidikan ke arah pembangunan dan kemajuan
negara.

Di samping itu usaha-usaha juga mesti dilaksana untuk memajukan lagi aspek-aspek
pembangunan bangsa dan negara meliputi kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik. Kemajuan
dalam aspek-aspek ini bertujuan untuk mempercepatkan serta memperkukuhkan cita-
citamewujudkan perpaduan rakyat.

Dalam laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkali Pelaksanaan Dasr Pelajaran (1979),


matlamat perpaduan ditegaskan semula. Di samping itu Laporan ini juga meluaskan lagi matlamat
pendidikan negara meliputi :

”.................................matlamat negara ke arah melahirkan masyarakat yang bersatupadu,


berdisiplin dan terlatih”.

(Laporan Jawatankuasa Kabinet hal. 1)

Ringkasnya, matlamat pendidikan ialah untuk melahirkan warganegara yang baik yang
memiliki ciri-ciri bersatupadu, berdisiplin dan terlatih. Lebih lanjut lagi Laporan tersebut
menghuraikan ciri-ciri seorang warganegara yang baik. Ciri-ciri tersebut ialah ;
(a) Keazaman, kesanggupan dan kesediaan untuk kita hidup bersama dengan rukun dan
damai serta mempunyai kesedaran, keperibadian dan nilai-nilai sebagai rakyat Malaysia.
(b) Menghormati dan mematuhi undang-undang serta peraturan, bersedia bekerja atau
membuat sesuatu sehingga sempurna, menghormati hak-hak individu, mengamalkan
tingkahlaku yang baik dan tidak menjejaskan kepentingan orang lain, menghormati dan
mempunyai semangat memperbaiki keadaan secara membina, dan bersedia berkhidmat
untuk negara.
(c) Boleh menyertai dengan berkesan dalam kegiatan pembangunan negara.

Untuk memenuhi serta mencapai hasrat pembentukan seorang warganegara yang baik,
Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979) telah mengemukakan berbagai syor. Usaha-usaha untuk
menyemai semangat perpaduan diperukukuhkan melalui kurikulum yang sama bagi semua.
Bahasa Kebangsaan dipertingkatkan peranan sebagai bahasa komunikasi dalam bahasa ilmu.
Untuk menjayakan pembentukan supaya murid-murid bukan Islam diajar Pendidikan Moral dan
Etika. Pengajaran Pendidikan Islam pula diperbaiki serta diperkukuhkan. Ubahsuaian-ubahsuaian
juga dilakukan dalam kurikulum untuk memenuhi hasrat menghasilkan warganegara yang dapat
memberi sumbangan kepada negara.

Berikutan daripada syor-syor yang terkandung dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet,


Kementerian Pendidikan telah mengkaji semula kurikulum peringkat rendah. Pada tahun 1982,
Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) mulai dilaksnakan secara terhad atau percubaan di 305
buah sekolah. Pada tahun 1983 semua sekolah rendah di negara ini telah melaksanakan KBSR.
Sebagai lanjutan daripada KBSR, Kementerian Pendidikan pula akan memperkenalkan Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) bagi empat program bahas (Bahasa Malaysia, Bahasa
Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil) di Tingkatan Peralihan dan Tingkatan 1 pada tahun 1988
diseluruh negara. Pada tahun 1989, mata-mata pelajaran lain kecuali mata pelajaran
Kemahiran Hidup, akan juga dilaksanakan.

III. Cabaran Pendidikan Masa Kini dan Masa Akan Datang

Selaras dengan perkembangan masyarakat dunia, masyarakat Malaysia juga


mengalami proses perkembangan yang pesat dan mencabar. Oleh itu sistem pendidikan
negara mahu atau tidak, terpaksa menerima cabaran ini kerana seringkali proses
perkembangan sesuatu masyarakat dikaitkan secara langsung dengan sistem
pendidikannya.

Sebenarnya Laporan Jawatankuasa Kabinet telah pun meneliti dan mengkaji


seluruh sistem pendidikan dari peringkat rendah hingga ke peringkat maktab, meliputi
juga kurikulum, disiplin, pengurusan dan kemudahan serta perbekalan pelajaran.
Berkaiatan dengan disiplin , jawatankuasa kabinet sangat prihatin terhadap kemerosotan
disiplin yang berlaku di sekolah-sekolah. Kerajaan pula telah menyatakan kebimbangan
tehadap penylahgunaan dadah yang meningkat dengan hebatnya dikalangan remaja dan
belia. Malahan dadah dianggap sebagai musuh utama bagi negara ini. Untuk
membenteras wabak ini, Kementerian Pendidikan diminta melaksanakan program
Pndidikan Pencegah Dadah.

Kebimbangan serta keprihatinan kerajaan dan rakyat mempunyai bukti-bukti


yag kukuh. Setutnya perkembangan serta kemajuan bidang pendidikan, di samping
membawa kemajuan ekonomi serta pembanguanan negara, akan melahirkan
kewarganegaraan yan baik, bersepadu, berdisiplin dan terlatih. Malangnya negara ini
telah berjaya menghasilkan ramai rakyat yang celik huruf tetapi beberapa aspek lain perlu
diberi penekanan dan penegasan semula supaya mereka juga celik budaya, celik akhlak,
amanah dan memahami tujuan hidup serta tanggungjawab yang mesti dilaksanakan.
Dalam konteks pendidikan yang luas, matlamat pendidikan bukan sahaja
diorientasikan kepada masyarakat tetapi juga dituju kearah pembinaan tradisi keilmuan,
mencari kebenaran, keadilan dan kebersihan dalam masyarakat tetapi juga dituju kearah
pembinaan tradisi keilmuan, mencari kebenaran, keadilan dan kebersihan dalam
masyarakat. Inilah nilai-nilai hidup yang harus dibina menerusi pendidikan andainya kita
benar-benar mahu membina manusia. Nyatalah bahawa cabaran dan peranan pendidikan
masa akan datang adalah kearah melahirkan manusia yang yakin dan patuh kepada
agama, berilmu, berakhlak, bertnggungjawab dan memberi sumbangan kepada
masyarakat dan negara. Pelajar yang telah melalui sistem tersebut seharusnya memberi
sumbangan kepadamasyarakat dan negara. Pelajar yang telah melalui sistem tersebut
seharusnya mampu memahami diri serta menghayati nilai-nilai dan matlamat hidup yang
sebenarnya.

Pendidikan yang mampu menghadapi cabaran dan tuntutan ini seharusnya


mempunyai paksi atau teras yang kukuh. Satu-satunya paksi yang utuh dan mampu
memenuhi keperluan tersebut ialah keutuhan. Kepentingan menjadikan unsur ketuhanan
sebagai paksi dalam sistem pendidikan negara adalah perlu kerana pendidikan yang
menjauhkan diri daripada unsur ketuhanan akan memberi implikasi-implikasi yang berikut;

(a) Unsur-unsur nilai murni, jika tidak dinyatakan secara jelas dan sengaja akan
mengakibatkan ilmu pengetahuan yang diajar itu ketandusan nilai. Sebliknya, jika
semua ilmu adalah ”value-laden” maka nilai-nilai yang tidak berteraskan
ketuhanan akan memenuhi kekosongan tersebut. Akibatnya ilmu-ilmu tersebut
secara langsung atau tidak langsung memperkembangkan pula nilai-nilai ’babas
dan nisbi’.
(b) Pendidikan yang sangat menekankan kepada bidang ’kognitif’, perkembangan akal
dan fakulti rasional manusia akan menyebabkan unsur-unsur lain, seperti unsur
rohani, menjadi terbiar.
(c) Matlmat pendidikan hanya kan tertumpu kepada ’utiliti’ dan faedah kebendaan
yang boleh dicapai sahaja. Atau pendidikan yang diberi hanyalah sekadar kerana
ilmu untuk ilmu.
(d) Ilmu yang disampaikan, jesteru tidak memiliki teras dan nilai-nilai murni boleh
diserapkan dalam diri pelajar, maka ia tidak berjaya untuk meyampai serta
membawa kepada kebenaran.
(e) Para pelajar yang tidak dapat memperkembangkan watak dan sahsiah yang
seimbang serta mncapai kepada matlamat hidup yang sebenarnya.

Memandangkan kepada gejal-gejala diatas, adalah amat wajar bagi kita untuk
mlakukan perubahan di dalam sistem pendidikan agar pengubahsuaian serta pemantapan
dapat dilkukan demi untuk menyelamatkan agama, ummah dan negara.

IV. Falsafah dan Matlamat Pendidikan Negara

Dalam sistem Pendidikan Kebangsaan yang diamalkan sekarang, Falsafah


Pendidikan tidak dinyatakan secara tersurat. Walau bagaimanapun, hasrat dan matlamat
pendidikan negara telah dicerminkan dalam Penyata Tun Razak, Laporan Rahman Talib,
Akta Pelajaran 1961 dan Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979). Dalam konteks
pembangunan negara, sistem Pendidikan Kebangsaan ini dikaitkan pula dengan prinsip-
prinsip Rukun negara yang turut menegaskan prinsip Kepercaan Kepada Tuhan.
Keperluan untuk menyatakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan secara tersurat
telah lama disedari. Oleh itu langkah untuk mengubalkan Falsafah Pendidikan yang
menjadi cermin cita-cita dan idealisma yang hendak diperperjuangkan oleh rakyat negara
ini melalui proses pendidikan memang dinantikan. Maka dalam menggubalnya,
pertimbangan-pertimbangan yang diteliti perlu dilakukan dengan merujuk kepada perkara-
perkara berikut ;

(i)Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960


(ii) Akta Pelajaran 1961
(iii)Laporan Jawatan kuasa Mengkaji Semula Pelaksanaan Dasar Pelajaran
Kebagsaan 1979
(iv) Rukunegara
(v) Prinsip-prinsip Pendidikan dan
(vi) Matlamat Pendidikan

Selaras dengan hasrat dan cita-cita ini Falsafah Pendidikan Kebagsaan


dinyatakan seperti berikut:

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha ke arah memperkembangkan lagi


potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk menwujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab,
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran Masyarakat dan negara.

Penyataan falsafah ini menegaskan bahawa sistem pendidikan negara memberi


penekanan kepda perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu kearah
melahirkan insan yang baik, berdasrkan kepada kepercayaan, keyakinan serta kepatuhan
kepada tuhan. Ini bermakna falsafah pendidikan kebagsaan berhasrat untuk melahirkan
insan yang berpegang teguh kepada agama.

Berpandukan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan, matlamat pendidikan


ialah kearah melahirkan insan yang baik, Insan yang baik memiliki serta menghayati ciri-
ciri berikut;

... percaya dan Patuh kepada uhananggungjawab kepada diri


... berilmu pengetshuan
... berakhlak mulia
... bertanggungjawab kepada diri, mayarakat, agama dan negara
... berbakti dan memberi sumbangan kpda masyaraat dan negara dan
... memiliki sahsiah yang seimbang dan bersepadu

V. Huraian Falsafah Pendidikan Kebagsaan

Memperkembangkan potensi individu

Potensi ialah bakat dan kebolehan yang ada pada seseornag individu yang
dianugerahkan oleh tuhan. Bakat-bakat dan kebolehan ini meliputi aspek-aspek intelek,
rohani dan emosi dan jasmani yang perlu dicungkil, diperkembangkan dan
dipertingkatkan.

Menyeluruh dan bersepadu

Kesemua unsur yang ada pada diri manusia diperkembangkan secara optima dan
pengembangan itu dilakukan tidak secara berasingan tetapi sentiasa dikaitkan di antara
satu sama lain.
Insan Yang Seimbang

Manusia yang baik, sempurna serta memilik ciri-ciri berikut :


... kedamaian jiwa
... Sahsiah yang tidak bercanggah diantara akal, rohani dan jasmani
... boleh meseimbangkaan unsur-unsur akal, rohani dan emosi, dan
jasmani secara serentak selari dan sentiasa terikat kepada kepercayaan
serta kepatuhan kepada Tuhan.

Unsur Intelek

Unsur intelek ini mengambil kira aspek-aspek berikut;

...hikmat iaitu ilmu yang boleh membawa kepada kebenaran


...daya pemikiran yang logik, analitis, kreaif dan inovatif
...ilmu yang bermanafaaat

Unsur rohani dan emosi

Unsur rohani dan emosi ini mengambil kira aspek-aspek berikut;


... keyakinan kepda Tuhan
...Kepercayaan beragama
...Kemantapan jiwa
...penghyatan nilai-nilai murni dan noma masyarakat
...berbudi pekerti mulia
...berbakti dan berkorban

Unsur Jasmani
Ciri-ciri unsur Jasmiani ialah;
...kecergasan fizikal dan kesihatan diri;
...pemanfaatan anggota dan tenaga fizikal untuk berdikari dan hidup bermasyarakat.

Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan

Usaha kearah ini dapat melahirkan individu yan yakin bahawa manusia dan alam
tidak terjadi dengan sendiri tetpi ada penciptanya. Keyakinan ini pula menguatkan
epercayaan nahawa hukum-hukmu alam adalah hukum-hukum tuhan dan manusia
dianjurkan mengkaji fenomena alam. Manusia juga dituntutmemikul amanah dan
bertanggungjawab kepada tuhan dalam mentadbir dan memakmurkan alam.

Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan


Mayarakat malaysia yang berilmu pengetahuan seharusnya memiliki sifat cinta dan
sentiasa dahagakan ilmu, sukam membaca dan mengamalkan konsep pendidikan
sepanjang hayat. Manusian yang mmiliki sifa-sifat ini akan menggunakan ilmu tersebut
untuk manfaat diri dan orang lain.

Rakyat Malaysia yang Berakhlak mulia


Masyarakat malaysia yang memiliki tingkah laku dan budi pekerti yang baik berdisiplin,
mengamalkan prinsip-prinsip perpaduan, kesopanan dan kesusilaanyang didorong dari
dalam diri. Proses embentukan akhlak ini mestilah berterakan ilmu, keyakinan dan
amalan.

Rakyat Malaysia yang Bertanggungjawab


Mayarakat ysng beramaah tehadap Tuhan, negara, masyarakat dan diri. Mayarakat ini
adalah masyarakat produktif, bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas dengan
cekap, berkualiti tanpa pembaziran.

Rakyat malaysia yang berkeupayaan menikmati kesejahteraan diri


Masyarakat malaysia yang memilik kedamaian jiwa hasil daripada hubungan yang har
Rakyat malaysia yang berilmu pengetahuan
Harmonis di antara dirinya dengan tuhan, dengan alam dan sesama manusia.

Rakyat Malaysia yang dapat memberikan sumbangan


Masyarakat malaysian yang terlatih dalam pelbagai kemahiran bagi melahirkan tenaga
manusia yang produktif, berinisiatif, dan berinnovatif untyk mentabrkan sunber alam.
Mayarakat ini mampu menggunakan teknologi yang cekap bagi mempertingkatkan daya
pengeluaran ke arah pembangunan negara.

Keharmonian dan kemakmuran Masyarakat dan Negara


Masyarakat malaysian yang berbakt serta berkorban kearah mewujudkan perpaduan
kaum dengan mengamalkan sikap toleransi, bekerjasama, dn hormat-menghormati. Sikap
ini membantu kearah pembentukan satu bangsa Malaysia yang Maju dan makmur.

Dalam kata lain pendidikan yang disampaikan hendaklah dapat membina serta
menghidupkan kesedaran tentsng ketuhanan dan kesediaan untuk memauhinya,
Pendidika yang dirancang berhasratuntuk melahirkan rakyat malaysia yang dapat
memenuhi keperluan semasa serta mampu menghadapi cabaran masa depan.
KURIKULUM BERSEPAU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)
i. Pendahuluan

Kurikulum Bersepadu sekolah menengah (KBSM) digubal berdasarkan Falsafah Pendidikan


Negara. Matlamat KBSM adalah selaras dengan matlamaat pendidikan negara ke arah
menghasilkan insan yang seimbang berdasarkan kepda kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan.

Dalam rancangan KBSM, pendidikan bersepadu merupakan satu tratergi penting bagi
menjalinkan dan mengandunkan unsur-unsur ilmu dan kemahiran ; bahasa dan nilai-nilai dalam
semua mata pelajaran.

ii. Latar Belakang

Dari segi konsep , pendidikan bersepadu ditakrifkan ”sebagai proses pembentukan pelajar dari
segi pengusaan ilmu pengetahuan, pemupukan nilai-nilai murni dan perkembangan jasmani
yang dilakukan secara menyeluruh ke arah mewujudkan insan yang baik. Proses ini berlaku
serentak, selaras dan sentiasa terikat kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

iii. Pendekatan

Dari segi pendekatan, untuk menjayakan matlamat pendidikan serta kurikulum bersepadu,
perkara-perkara yang ditegaskan ialah ;
Aspek ilmu dan kemahiran
... mengelakkan disiplin pendidikan yang ada. Walau bagaimanpun setiap disiplin dirujuk dan
diselaraskan dengan falsafah dan matlamat Pendidikan Negara. Falsafah dan Matlamat ini
diterjemahkan ke dalam objektif mana-mana pelajaran.
... kandungan kurikulum hndaklah mempunyai perkaitan di antara diri dengan manusia, alam
dan Tuhan
... Kemahiran-kemahiran asas 3m yang telah dikuasai pada peringkat KBSR diperkukuhkan dan
diperkembangkan lagi. Usaha-usaha ini juga meliputi aspek kemhiran belajar, kemahiran sosial,
dan kemahiran psikomotor yang telah dimulakan di peringkat KBSR.

Aspek nilai
...unsur nilai merupakan komponen bersepadu yang penting dan dilaksanakan merentasi
kurikulum selain daripada yang diajar di dlam pendidikan Islam / Pendidikan Moral.
... Penerapan ninlai-nilai murni dilakukan secara sedar dan sengaja. Nilai-nilai murni yang
ditegaskan meliputi kerohanian, kemanusiaan dan kewarganegaraan (Lampiran 1)

Aspek bahasa
...dalam rancangan KBSM, unsur bahasa bersepadu dn unsur nilai, Bahasa Malaysia
dipertingkatkan Pengunaan dan penguasaaan untuk menghayati hasratnya sebagai bahasa ilmu,
bahasa perhubungan, dan bahasa pencermian akal budi rakyat;

...sebagai bahasa ilmu Bahasa Malayisan di perkukuhkan kedudukannya kerana peranannya


merentasi bidang ilmu/kurikulum. Keperluan untuk pelajar-pelajar meningkatkan penguasaan
dalam Bahasa Malaysia bertambah, dari segi bahasa ilmu pelajar-pelajar KBSM sehaarusnya
mempunyai pengusaan berbahasa dan bertepatan berkomunikasi, disaming fasih dan lancar
dalam pertuturan, cekap, kritis dan analitis dlam pembacaan serta kreatif dan produktif dalam
menghasilkan penulisan. Pelajr-pelajar KBSM akan dipupuk dengan kepekaan terhadapsistem
bahasa melaysia dan gaya bahasa yang indah kesedaran terhadap bahasa malaysia dalam
pelbagai situasi serta pemahaman unsur dan nilai kemanusiaan secara menyluruh.
... Penggunaaan bahasa-bahsa lain sebagai sumber pembinaan tamadun ilmu digalakkan.

Disamping tiga aspek penting yang dinyatakan di atas, bahan-bahan pegajaran pembelajaran
khasnya buku teks mesti menggarap dan mencerminkan hasrat falsafah dn memerlihatkan
kesepaduan. Dengan cara itu guru-guru dan murid-murid dapat panduan dan contoh.

iv. Operasi Pendidikan Bersepadu dalam KBSM

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) diasakan kepada konsep Pendidikan


Besepadu. Rancangan Pendidikan ini bertujjuan mempertingkatkan lagi perkembangan potensi
individu secara menyeluruh dan seimbang dari segi intelek, rohani, emsi dan jasmani kearah
melairkaninsan yang berilmu, berakhlak mulia dan berbudi serta sanggup berbakti kepada
masyarakat dan negara. Kesepaduan ini mempunyai hubungkait dan pertalian yang rapat
diantara falsafah dan matlamat pendidikan dengan matlamat KBSM dan Objektif sukatan
pelajaran. Pertalian ini juga mengambil kirabidang kognitif, afektif, dan spiko,otor melalui isi
kandungan yang terdapat dalam mata-mata pelajaran teras dan pilihan / tambahan. Operasi
pendidikan bersepadu dalam KBSM dijelaskan berpandukan model-modl berikut;

v. Kesimpulan

Pengubalan Kurikulum bersepadu Sekolah Menengah dilkukan ke atas kesedaran bahawa kita
mesti mempunyai tuju hala yang benar dn tepat di dalam pendidikan kita. Kita mesti memiliki
falsafah yang mengandngi hasrat, harapan dan idealisma yang hendak kita perjuangkan.
Perubahan yang dilakukan di dalam kurikulum menuntut perubahan di dlam sikap, semangat,
pendekatan dan budaya kerja para pendidik. Semua pihak sebenarya harus disedarkan serta
dididik untuk memahami dan menghayati Falsafah Pendidikan Negara.

SENARAI NILAI MURNI UNTU SEKOLAH MENENGAH

1. Baik Hati
Belas kasihan
Berimbang rasa
Murah hati
Saling faham memahami
Sedia memaafkan
2. Berdikari
Bertanggungjawab
Berupaya bertindak sendiri
Jaya diri
Yakin pada diri sendiri

3. Hormat Menghormati
Kesopanan
Mengakui keslahan sendiri
Ramah mesra
Hormat dan taat kepada ibubapa
Hormat kepada orang yang lebih tua, guru, rakan, jiran tetangga dan pemimpin
Hormat kepada raja dan negara
Hormat kepda hak asasi
Horma kepda kepercayaan dan adat resam pelbagai keturunan
Hormat kepda keperibadian individu
Patuh kepada undang-undang
Patuh kepada ketepatan masa
Menghargai kebijaksanaan, pengalaman dan jasa
Menghargai tenaga pekerja
Menghargai naruah diri

4. Kasih Sayang
Sayang keepasda nyawa
Sayang kepada alam sekitar
Cinta kepda negara
Cinta kepda keamanan dan keharmonian

5. Keadilan

Adil
Saksama

6. Kebebasan

Kebebasan disisi undang-undang


Kebebasan dalam sistem demokrasi

7. Keberanian
Keberanian dengan tidak membuta tuli
Berani kerana benar
Berani mempertahnkan pendirian
Berani bertanggungjawab

8. Kebersihan Fizikal dan Mental

Kebersihan diri
Kebersihan persekitaran
Pertuturan dan kelakuan yang sopan
Pemikiran yang sihat dan membina

9. Kejujuran

Amanah
Bercakap benar
Ikhlas

10. Kerajinan

Cekal
Daya usaha
Dedikasi
Gigih
Atekun

11. Kerjasama

Persaudaraan
Tanggungjawab bersama
Gotongroyong
Toleransi
Kebaikan bersama
Perpaduan
12. Kesederhanaan

Sederhana dalam menimbangkan kepentingan diri dan kepentingan orang lain


Tidak keterlaluan dala pertuturan dan tingkah laku

13. Kesyukuran

Berterim kasih
Mengenang budi
Penghargaan

14. Rasional

Boleh membuat pertimbangan


Boleh membuat penaakulan
Berfikiran logik dan terbuka

15. Semangat Bermasyarakat

Bermuafakat
Kerajinan
Peka kepada isu-isu sosial dalam masyarakat

16. Bersemangat Kewarganegaraan

Berbangga menjadi rakyat malaysia


Bersemangat patriotik
Berusaha dan produktif