Anda di halaman 1dari 1

https://www.scribd.

com/doc/48270205/DEFINISI-KEMAHIRAN-BERFIKIR
DEFINISI KEMAHIRAN BERFIKIR
Menurut kamus dewan, fikir bermaksud akal atau keupayaan untuk berfikir.
Manakala berfikir mengikut terjemahan kamus dewan pula bererti menggunakan akal
untuk menyelesaikan sesuatu. Jadi dapatlah disimpulkan bahawa kemahiran berfikir
ialah kemahiran menggunakan akal untuk menyelesaikan sesuatu.
Menurut John Dewey, berfikir ialah satu operasi yang menggunakan fakta-fakta yang
sedia ada untuk mencadangkan fakta-fakta yang lain supaya fakta dapat dipercayai
berdasarkan fakta yang sedia ada. Selain itu, menurut Beyer pula, beliau
mendefinisikan berfikir sebagai memanipulasi input deria dan persepsi yang diingat
kembali secara mental untuk membentuk pemikiran, sebab, atau keputusan.
Berfikir melibatkan tiga komponen, iaitu operasi mental, pengetahuan dan sikap.
Operasi mental dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu kognitif dan metakognitif.
Operasi kognitif digunakan untuk mencari makna dan meliputi kemahiran yang
ringkas dan strategi atau proses yang kompleks. Operasi metakognitif pula ialah
operasi yang mengarahkan dan mengawal kemahiran dan proses kognitif.
Metakognisi selalunya diertikan sebagai berfikir tentang pemikiran dan melibatkan
operasi memandu usaha seseorang demi mencari makna, khususnya operasi
merancang, mengarah dan menilai pemikirannya.
Kemahiran berfikir boleh dikelaskan kepada dua kategori utama, iaitu kemahiran
berfikir secara kritis dan kemahiran berfikir secara kreatif. Kemahiran berfikir secara
kritis dapat dibahagikan kepada dua sub-kategori, iaitu kemahiran menganalisis
secara kritis dan kemahiran menilai secara kritis. Kemahiran menganalisis secara
kritis dapat meningkatkan pemahaman dan kebolehan menggunakan maklumat yang
sedia ada. Kemahiran berfikir secara kritis bermaksud penggunaan operasi berfikir
yang asas untuk menganalisis, mentafsir dan menilai sesuatu hujah dengan mendalam.
Kemahiran berfikir secara kreatif pula bererti penggunaan operasi berfikir yang asas
untuk mengembangkan atau mencipta idea atau hasil yang baru, estetik dan membina.
Empat ciri kemahiran berfikir secara kritis ialah reaktif, penilaian, analisis dan logik.
Kemahiran berfikir secara kreatif pula dibahagikan kepada empat ciri iaitu
keberanian, imaginative, perkembangan idea dan reka cipta.

Anda mungkin juga menyukai