Anda di halaman 1dari 3

Kanak-kanak sejak dilahirkan suka bergerak bebas.

Ingin melahirkan perasaan dan idea


serta ingin tahu tentang sesuatu demi mempelajari dan memahami konsep, isu dan masalah
persekitaran mereka. Mereka gemar mencipta dan tidak keberatan untuk memberi
penghargaan atau berasa bangga terhadap hasil ciptaan sendiri atau kelompok sebaya.
Kanak-kanak mempunyai naluri terhadap rentak dan irama, pergerakan yang berirama dan
kemampuan kreativiti yang semulajadi. Kanak-kanak dikenali sebagai individu yang suka
bermain. Naluri suka bermain ini boleh disalurkan kepada bentuk pengalaman yang kreatif
yang dapat membina situasi dan persekitaran yang sesuai untuk pertumbuhan fizikal, mental
dan sosial yang sihat. Oleh itu aktiviti pergerakan kreatif hendaklah disusun berdasarkan
ciri-ciri suka bermain, kreatif, ritma dan kebebasan mencurahkan perasaan dan idea untuk
memberikan keseronokan dan kepuasan. Mengikut pendapat Dauer dan Prangrazi (1983),
Pergerakan kreatif mempertajamkan imaginasi dan sensitiviti. Apabila kanak-kanak
melakukan aktiviti pergerakan kreatif, mereka akan secara tidak langsung dapat
mempertajamkan imiginasi mereka. Pergerakan kreatif mengurangkan ketegangan emosi.
Kanak-kanak akan dapat melepaskan perasaan atau emosi mereka dalam pergerakan
mereka lakukan dalam aktiviti yang dijalankan. Pergerakan kreatif menolong memberi
makna kepada pelbagai aspek iaitu melalui pengalaman dalam mengaplikasikan prinsipnya.
Selain itu juga, pergerakan kreatif menolong membina keyakinan dan kepastian di dalam
diri. Terdapat banyak nilai-nilai positif yang boleh diterapkan agar boleh diaplikasi dalam
kehidupan seharian. Antaranya yang perlu ditegaskan adalah keyakinan diri dalam
melakukan pergerakan, keseronokan dan kepuasan, kebebasan mencurahkan perasaan,
idea dan emosi, menghormati orang lain, bekerjasama, kebebasan dan berdikari
Menurut Pan (1994) melalui peningkatan umur, kanak-kanak akan belajar berkomunikasi
dan bekerjasama dalam aktiviti yang berbentuk permainan. Teori ini jelas menunjukkan
bahawa perkembangan sosial kanak-kanak perlu dibentuk dalam aktiviti yang mampu
memberangsangkan mereka untuk bersosialisasi disamping dapat memberi keseimbangan
dalam perkembangan emosi kanak-kanak. Jelaslah pergerakan kreatif merupakan suatu
pergerakan yang dapat mewujudkan suatu aktiviti-aktiviti yang menarik seperti tarian, drama
dan muzik.
88888888888888888888888888888888888888888
Betul cikgu, kanak-kanak akan belajar berkomunikasi dan bekerjasama dalam aktiviti yang
berbentuk permainan. Teori ini jelas menunjukkan bahawa perkembangan sosial kanakkanak perlu dibentuk dalam aktiviti yang mampu memberangsangkan mereka untuk
bersosialisasi disamping dapat memberi keseimbangan dalam perkembangan emosi kanakkanak. Jelaslah pergerakan kreatif merupakan suatu pergerakan yang dapat mewujudkan
suatu aktiviti-aktiviti yang menarik seperti tarian, drama dan muzik.
Semasa menjalankan aktiviti yang berunsurkan pergerakan kreatif, ianya dapat membentuk
personaliti yang unggul seperti sifat berani berhadapan dengan orang ramai, berkeyakinan,
berdisiplin dan lain-lain lagi.Ciri seperti ini dapat diketengahkan dalam melakukan aktiviti
pergerakan kreatif. Ciri-ciri yang kedua adalah keriangan belajar. Ianya dapat dilihat apabila
sesuatu aktiviti dijalankan. Apabila kanak-kanak mengambil bahagian dalam aktiviti yang
dijalankan secara tidak langsung kita dapat melihat keriangan antara mereka dalam
melaksanakan aktiviti tersebut.
Pergerakan kreatif merupakan usaha kerjasama, menjalin rasa saling mempercayai dan
memikul tanggungjawab menghadapi cabaran-cabaran, maka ia sewajarnya menjadi satu
seni pergaulan (socialization) suatu perlakuan sosial yang mengembelingkan individu
dalam dinamik berkumpulan. Murid-murid sangat sesuai melakukan aktiviti ini kerana
mereka begitu sukar untuk bergaul , menerima arahan dan kurang motivasi.Fokus konsepsi

sosialisasi dalam pergerakan kreatif dengan menghubungkannya dengan ciri-ciri dan


maksud-maksud kerjasama, persaingan, ketertiban, kebertanggungjawaban, saling
mempercayai dan menghormati persahabatan dan kepimpinan yang unggul untuk keduaduanya iaitu diri sendiri dan orang lain.
8888888888888888888888888888888888
Ya. Pergerakan kreatif merupakan satu bentuk penyataan kendiri yang unit. Dengan lain
perkataan setiap peserta mengggunakan pergerakan berirama untuk melahirkan pemikiran,
idea atau perasaannya. Komponem-komponem peergerakan kreatif terdiri daripada badan,
runag, masa dan daya adalah asas untuk menghuraikan pergerakan dalam pergerakan
kreatif. Pergerakan kreatif merupakan bentuk penyataan kendiri yang unit dan membolehkan
setiap pelajar memilih pergerakan-pergerakan yang sesuai untuk melahir pemikiran idea
atau perasaan.
Maka, guru memainkan peranan utama dalam membimbing pelajar dalam
memperkembangan potensi kreatif mereka.Peranan guru dalam pergerakan kreatif ialah
untuk membimbing pelajar dan membantu pelajar dalam pelbagai pengalaman pergerakan.
Dalam pergerakan kreatif guru tidak mengajar sebarang gerak langkah untuk dihafalkan
tetapi dalam peregerakan kreatif guru membantu dan membimbing pelajar meneroka
berbagai-bagai jenis pergerakan dalam pelbagai cara yang kreatif.
Guru tidak memerlukan latihan yang khusus untuk melaksanakan pengajaran
pergerakan kreatif, apa yang diperlukan semnagat yang cekal.keberanian, dan sikap yang
positif dan initiatif dalam pengajaran pergerakan kreatif. Peranan guru membimbing pelajar
meneroka, mencuba dan menemui cara bergerak berdasarkan pergerakan pelajar sebagai
sifat semulajadi mereka.
8888888888888888888888888888888888888888888
Saya bersetuju denagan pandangan cikgu, pergerakan kreatif adalah interpretasi idea,
perasaan serta tanggapan idea yang dilahirkan secara simbolik melalui pergerakan.Melalui
aktiviti pergerakan kreatif kanak-kanak dapat meningkatkan potensi mereka seperti
kebebasan menyatakan perasaan melalui pergerakan, ritma dan kreativiti.Kanak-kanak
boleh berkomunikasi sesama ahli dalam kumpulan dan dapat mempertajamkan imaginasi
kanak-kanak melalui aktiviti yang dilakukan.
Kanak-kanak akan dapat melahirkan perasaan gembira dan seronok ketika melaksanakan
aktiviti pergerakan kreatif.Pengalaman yang dilalui oleh kanak-kanak ketika bermain akan
dapat meningkatkan potensi daya cipta pergerakan baru yang lebih unik melibatkan
pergerakan tubuh badan .Penggunaan ruang akan dapat memberi peluang kepada kanakkanak untuk melahirkan mud atau perasaan.Guru akan sentiasa membimbing dan
membantu kanak-kanak dalam menguasai kemahiran pergerakan kreativiti untuk melahirkan
pelajar yang berkeyakinan dalam melakukan pergerakan, gembira dan seronok,
menghormati orang lain, sikap bekerjasama, kesyukuran, menyedari keperluan orang lain,
semangat cintakan keindahan alam sekitar, kreativiti, berdisiplin, perasaan kasih sayang
kejujuran dan kebebasan mencurahkan perasaan, idea dan emosi
8888888888888888888888888
Pergerakan kreatif merupakan kombinasi antara pergerakan anggota badan, irama dan
daya kreativiti untuk melahirkan insan yang kreatif dan mempunyai daya ekspresi
pergerakan kreatif. Ia melibatkan suatu tafsiran idea, perasaan atau tanggapan deria yang
dapat dilahirkan secara simbolik melakukan pergerakan. Pergerakan kreatif ialah bentuk

ekspresi diri yang unik untuk menyampaikan pemikiran, idea atau perasaan di mana ia
menggalakkan perkembangan kebolehan untuk bekerja dengan memuaskan dan mahir di
dalam sesuatu kelompok, berkongsi dan bekerjasama untuk menyelesaikan sesuatu
masalah yang diberikan.
Sebenarnya, aktiviti pergerakan kreatif turut menghubungkan ciri-ciri dan maksud-maksud
kerjasama, persaingan, ketertiban, kebertanggungjawaban, saling mempercayai dan
menghormati persahabatan dan kepimpinan yang unggul untuk diri sendiri dan orang lain.
Lazimnya, penerapan nilai bekerjasama dalam kumpulan dapat memberi pengalaman yang
menyeronokkan kepada murid-murid bersama rakan mereka semasa aktiviti dijalankan.
Selain itu, guru juga dapat menyemaikan perasaan kasih sayang dan cinta akan alam
persekitaran dengan membawa murid-murid menjalankan aktiviti pergerakan kreatif di
sebuah taman bunga atau padang sekolah. Contohnya tarik nafas hidu bunga, berlari anak
menunjukkan kegembiraan, melompat meniru rakan sepasangan dan sebagainya.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai