Anda di halaman 1dari 18

Berdasarkan

pemerhatian dan temubual secara khusus kepada penggunaan program

penjagaan kanak-kanak yang menentukan kualiti perkembangan mereka di masa depan,


boleh dikatakan persesi ibubapa merupakan asas yang penting dalam membina keyakinan
bahawa perkembangan dan keselamatan anak-anak mereka terjamin dengan program yang
dipilih. Namun, maklumat dan huraian secara terperinci mengenainya telah dibahagikan
kepada beberapa bahagian seperti berikut;
A. Faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan pusat penjagaan tertentu oleh
ibubapa.
Berdasarkan temubual yang telah dijalankan, ramai ibu bapa beranggapan bahawa pusat
asuhan dan tadika yang mahal adalah lebih baik berbanding pusat asuhan dan tadika yang lebih
murah. Menghantar anak-anak ke pusat penjagaan kanak-kanak telah menjadi sesuatu yang penting
bagi kebanyakan keluarga. Ia juga memerlukan perbelanjaan yang tinggi terutamanya kepada
keluarga yang mempunyai ramai anak dan terpaksa menanggung kos-kos lain, lebih-lebih lagi jika ibu
bapa pula tidak berkesempatan untuk membantu menjaga anak-anak kecil bagi pasangan yang
bekerja.

Di negara ini, tidak ada subsidi dari kerajaan ke atas penjagaan anak. Oleh itu, anda haruslah
mengeluarkan lebih perbelanjaan untuk mendapatkan pusat penjagaan anak yang baik, iaitu yang
menitikberatkan perkembangan fizikal dan minda yang sihat. Pendapat pakar menegaskan bahawa
jumlah yuran bukanlah penentu bagi sesebuah pusat asuhan dan tadika itu melahirkan anak anak yang
aktif, bijak bersosial, berkemahiran dan berilmu.1

Ibubapa sering diajukan dengan satu soalan yang khusus ditujukan kepada mereka
oleh rakan sekerja yang juga memiliki anak kecil, "Siapakah yang menjaga anak-anak anda
ketika anda keluar bekerja?"
Lazimnya, suami-isteri yang bekerja akan memilih salah satu daripada bentuk
penjagaan anak yang berikut: (i) pusat jagaan yang berhampiran dengan rumah atau pejabat;
(ii) pengasuh yang terdiri dari mereka yang tiada pertalian darah yang mungkin terdiri dari
jiran berdekatan dengan rumah atau yang tinggal dalam perjalanan ke pejabat; (iii) pengasuh
yang terdiri dari saudara-mara seperti adik-beradik, makcik atau ibu pasangan suami-isteri
itu; dan, (iv) pembantu rumah.

Hajah Normah Hj. Hamzah, Exco Persatuan Tadika Malaysia, (2004)

Menurut ibubapa yang memilih pusat jagaan juga mengatakan bahawa mencari
sebuah pusat asuhan, tadika atau institusi boleh memakan masa yang agak lama di sebabkan
oleh ibubapa membuat pemilihan terperinci terhadap faktor-faktor seperti jenis, kaedah
pendidikan, kawasan malah perkhidmatan yang berbeza-beza mengikut situasi dan keperluan.
Hasil daripada kajian di Amerika, dinyatakan bahawa sejumlah 34% ibubapa
mengalami tekanan akibat kegagalan untuk mendapatkan sebuah pusat asuhan atau tadika
yang sesuai untuk anak mereka.

Dengan kata lain, Selaras dengan situasi itu, pemilihan

sebuah pusat asuhan atau tadika atau program asuhan tertentu, yang berkualiti boleh
membantu mengurangkan masalah tekanan fikiran di kalangan ibubapa yang bekerja. 3
Dalam konteks setempat, persepsi ibubapa iaitu dengan hanya menyakini bahawa
anak-anak mereka selamat dan terjaga dengan baik, mereka akan lebih tertumpu kepada tugas
mereka di tempat kerja tanpa tekanan. Para majikan yang memberi sokongan terhadap
keperluan ini pula sebenarnya boleh mendapat kebaikan dari segi peningkatan produktiviti di
kalangan para pekerjanya.
Sejajar dengan itu, penekanan terhadap keperluan sebuah pusat asuhan dan tadika di
dalam premis pekerjaan para ibubapa amatlah digalakkan dan menegaskan betapa perlunya
mewujudkan sebuah pusat asuhan dan tadika di dalam tempat kerja bagi membantu
meningkatkan produktiviti serta untuk memotivasikan para pekerja khususnya pekerja
wanita.
Ibubapa yang bekerja di Institusi Pengajian Awam (IPTA) setelah ditemubual pula
mengatakan bahawa mereka amatlah beruntung kerana hampir kesemua IPTA di Malaysia
telah menyediakan khidmat pusat asuhan dan tadika dalam kampus untuk kakitangannya.
Walau bagaimanapun hingga kini tiada satu pun penyelidikan khusus yang dilakukan untuk
mengenalpasti kualiti perkhidmatan pusat asuhan dan tadika tersebut.
Akan tetapi rata-rata ibubapa yang menghantar anak mereka ke pusat asuhan dan
tadika sering mengeluh tentang kualiti perkhidmatan yang sedia ada di dalam pusat asuhan
dan tadika. Pusat asuhan dan tadika sering di dapati gagal mewujudkan satuhubungan yang
baik antara pekerja (pengasuh), ibubapa dan anak-anak, ada sesetengahnya tidak
menyediakan ruang fizikal yang sepatutnya, ada pula tidak menyediakan kaedah pendidikan
yang tertentu yang sepatutnya untuk tumbesaran anak-anak khususnya dalam pembentukan
minda anak-anak.

2
3

AFL-CIO, 1992.
Edwards dan Harrison (1993) dan Rahim dan Senicka 1996).

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah mengariskan bahawa, setiap pusat asuhan
dan tadika perlu memiliki lesen yang diiktiraf dari JKM di samping dari pihak Bomba, Majlis
Perbandaran dan Jabatan Kesihatan Negeri. Dari aspek aktiviti pembelajaran untuk anak-anak
pula ia perlulah terancang dan teratur khususnya untuk kanak-kanak yang berusia empat
tahun ke bawah.
Faktor paling penting yang sering menjadi keutamaan oleh ibubapa terarah kepada
kebersihan iaitu berkaitan kesihatan dan keselamatan kanak-kanak tersebut semasa berada di
dalam premis pusat-pusat penjagaan yang dipilih tersebut. Pusat jagaan kanak-kanak bagi
ibu bapa adalah sahabat di dalam pembesaran dan perkembangan kanak-kanak. Pusat jagaan
kanak-kanak adalah sambungan daripada rumah di mana kanak-kanak berasa selamat, selesa
dan dikasihi disamping pelbagai bentuk pembelajaran yang menarik dan merangsang
pemikiran di dalam suasana ceria dan persekitaran yang luas dan cukup dengan peralatan
yang sewajarnya.
Pertimbangan yang sering dibuat ibubapa dan dianggap isu-isu pemilihan pusat
penjagaan seperti berikut:
1. Lokasi

Adakah pusat tersebut jauh dari rumah? Perjalanan yang jauh dari rumah ke pusat
penjagaan adalah tidak baik bagi kanak-kanak kecil.

Adakah persekitarannya telah tercemar?

Contohnya, adakah pusat penjagaan tersebut terletak berdekatan dengan kilang kayu?

Adakah ia bersebelahan dengan lebuhraya?

Ini tidak selamat bagi kanak-kanak.


2. Bangunan

Adakah bangunannya menepati tuntutan keselamatan bagi kanak-kanak kecil?

Adakah bilik-biliknya mempunyai pengudaraan yang baik?

Adakah keadaan tanahnya selamat?

Dapatkah pekerja atau penyelia pusat penjagaan itu mengawasi kanak-kanak di taman
permainan pada setiap masa?
3. Kemudahan-kemudahan

Adakah persekitarannya cerah dan ceria?


Adakah alat-alat permainan dan pembelajaran sesuai untuk peringkat umur yang
berlainan dan adakah ia dijaga rapi dan selamat untuk digunakan oleh kanak-kanak?

Adakah kawasannya cukup luas bagi kanak-kanak ini bermain?

Adakah terdapat kawasan berpasir dan berair untuk mereka bermain?

Adakah tandasnya bersih dan kering?

Berapakah nisbah kanak-kanak bagi seorang penjaga?

4. Penjaga Kanak-kanak

Adakah pusat tersebut menyediakan penjaga yang berkelayakan dan berpengalaman


bekerja dengan kanak-kanak kecil?

Adakah mereka terlatih dalam pertolongan cemas?

Semasa bercakap dengan kanak-kanak, adakah mereka tunduk supaya kedudukan


fizikal mereka setara dengan kanak-kanak ini?

Adakah mereka terlibat secara langsung dalam pendidikan?

Adakah mereka kelihatan bertanggungjawab, pengasih dan boleh diharap?

Adakah penguasaan bahasa mereka baik untuk berkomunikasi dengan kanak-kanak?

Adakah mereka menggunakan kaedah tidak menghukum apabila mendisiplinkan


kanak-kanak?

Adakah mereka mendapat latihan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat?


5. Program Perkembangan

Adakah program yang ditawarkan seimbang, iaitu yang menggalakkan pembelajaran


melalui permainan dan menggalakkan perkembangan menyeluruh kanak-kanak?

Adakah pihak pusat penjagaan itu percaya dengan cara pembelajaran yang
mengutamakan kanak-kanak dan adakah mereka bekerja dengan kanak-kanak berdasarkan
kepada keperluan dan keupayaan mereka?

Adakah bahan-bahan pembelajaran dan tempat bermain mencukupi?

Perhubungan di antara ibu bapa dan pusat penjagaan

Adakah ibu bapa sentiasa diberitahu mengenai aktiviti pusat penjagaan melalui surat
berita atau papan buletin?


Adakah penjaga atau pengetua pusat penjagaan itu sentiasa bersedia untuk menjawab
soalan-soalan anda?

Adakah mereka mengalu-alukan pendapat ibu bapa?

Adakah ibu bapa digalakkan terlibat dalam aktivi-aktivi pembelajaran dan acara-acara
istimewa?

Adakah pusat penjagaan itu membuat menu harian/mingguan untuk kanak-kanak?

Adakah mereka menyimpan, menyediakan dan menghidangkan makanan dengan cara


yang bersih?

Adakah mereka mengamalkan kebersihan diri dan membuang sampah dengan cara
yang betul?

Adakah mereka menyimpan rekod perubatan semasa kanak-kanak?

Adakah latihan kebakaran kecemasan dijalankan dengan kerap?

Jawapan kepada setiap soalan ini selalunya menjadi faktor-faktor yang meyakinkan mereka
membuat pemilihan yang tepat dan ada sahaja para ibubapa yang berkompromi pada
jawapan-jawapan tertentu kerana tiada pilihan lain selagi tidak menjejaskan kesihatan dan
keselamatan anak-anak.

B. Sejauh mana tahap perkembangan anak-anak mengikut pusat penjagaan yang


berbeza.
Sememangnya bentuk-bentuk jagaan ini pada asasnya bertujuan untuk memastikan anakanak kita berada dalam jagaan dan peliharaan orang dewasa ketika kita keluar bekerja. Ini
bermakna ketika dalam jagaan orang-orang ini, anak-anak kita akan terjaga makan, minum
dan pakainya serta selamat dari sebarang bentuk bahaya. Dalam kata-kata lain, penekanan
yang diberikan ia soal penjagaan anak-anak itu, bukan sangat soal didikannya.
Oleh itu, walau apapun bentuk jagaan yang dipilih, ibu bapa masih perlu memberi
perhatian kepada soal didikan anak-anak, baik dari segi kerohaniannya, mahupun akhlaknya.
Tambah pula bila agama Islam meletakkan tanggungjawab ini di bahu kedua ibu bapa
sebagaimana dalam maksud hadis berikut, "Setiap anak dilahirkan atas fitrah, maka kedua
ibubapanyalah yang meyahudikannya atau menasranikannya atau memajusikannya".4

Seminar "Institusi Keluarga Mendepani Cabaran Semasa" anjuran IKIM, Mei 2013.

Selain cabaran dari segi menyediakan penjagaan anak yang baik, institusi keluarga juga
berhadapan dengan cabaran yang dibawa oleh perkembangan teknologi terkini serta kesannya
kepada anak-anak kita yang terdedah padanya. persoalan bagaimana untuk memperkasakan
anak-anak kita untuk berhadapan dengan cabaran di luar rumah, baik berkaitan dengan rakan
sebaya, mahupun aktiviti luar rumah yang tidak sihat serta "Piagam Keluarga" sebagai asas
pembinaan keluarga sejahtera.
Oleh yang demikian, umur kanak-kanak merupakan satu ukuran sama ada mereka melalui
proses pertumbuhan dan peringkat perkembangan dari sudut fizikal, kognitif, sosial dan
emosi. Bergantung pula kepada jenis program perkhidmatan jagaan, perkembangan kanakkanak juga berbeza kerana kandungan dan persekitaran serta pusat-pusat perkhidmatan
tersebut selain ciri-ciri pengasuh, kualiti program dan keperibadian atau akhlak kanak-kanak.
Pertama, penjagaan di rumah oleh pembantu rumah dari agensi pekerjaan tempatan dan
pengasuhan anak berlaku sepanjang masa di rumah sendiri. Dapatan dari temubual
menunjukkan bahawa walaupun kanak-kanak selesa dan lebih selamat dalam persekitaran
begitu, namun perkembangan bahasa dan perilaku mereka terjejas dalam kes-kes pengasuhan
oleh warga asing yang berlainan bahasa dan budaya. Selain menjimatkan kos menghantar ke
tempat lain, ibubapa juga menyatakan aktiviti pembelajaran dan sosialisasi yang terhad
membimbangkan mereka jika perkembangan kanak-kanak dari segi kognitif dan sosial pula
yang terjejas. Kanak-kanak yang sering kali bermain sendirian dan menonton televisyen
kurang menggalakkan perkembangan kognitif dan sosial mereka kerana aktiviti-aktiviti
kearah perkembangan itu terhad atau dihadkan atau tidak diaturkan secara berkesan.
Kedua, penjagaan tumpang atau penjagaan sementara dan tidak tetap. Tempoh jangka
masa penjagaan dan persekitaran pusat penjagaan yang tidak menentu hanya boleh
menyelesaikan masalah penjagaan secara sementara sehingga punca masalah data
diselesaikan ibubapa. Selalunya penjagaan jenis ini bersifat penyelesian kecemasan yang
dihadapi dan kesannya kepada kanak-kanak juga tidak data dikecualikan.
Gangguan emosi kanak-kanak berlaku kerana ketidakselesaan dengan persekitaran dan
kebosanan jika tiada langsung aktiviti yang boleh membantu perkembangan mereka dan
kekerapan penyesuaian sosialisasi boleh juga mengganggu keyakinan dan tahap
perkembangan kognitif mereka kerana selalunya design penjagaan jenis ini tidak
menitikberatkan pembelajaran kerana bergantung kelapangan pengasuh dan pengetahuan

mendidik pengasuh tersebut. Tekanan seperti kegagalan menyesuaikan diri kanak-kanak


dengan rakan-rakan yang baru dikenali sering dinyatakan ibubapa dalam masalah penjagaan
tumpang ini.
Ketiga, penjagaan di institusi yang mempunyai sistem yang memenuhi keperluan ibubapa
yang berkerja dan ianya berdaftar dan mematuhi syarat yang diperuntukkan melalui Akta
Taman Asuhan Kanak-Kanak (308) dan Akta Pendidikan (550) atau dikenali penjagaan di
Taska atau Tadika iaitu Taman Asuhan / Didikan kanak-kanak dibawah kawalselian Jabatan
Kebajikan Masyarakat atau Jabatan Pelajaran Negeri.
Melalui persekitaran penjagaan jenis ini, kanak-kanak berpeluang menjalani aktiviti
dirancang untuk merangsang dan menggalakkan perkembangan fizikal, kognitif, sosio-emosi
dan kreativiti mereka, selain kemudahan alatan dan bahan-bahan sesuai perkembangan
kognitif mereka disediakan serta pemupukan nilai-nilai murni dalam diri kanak-kanak.
Interaksi dan komunikasi langsung dengan rakan-rakan lain juga positif apabila ibubapa
meletak tanggapan pusat jagaan sebagai langkah pertama persekolahan kepada anak-anak
seusia tiga hingga emat tahun sebagai contoh.
Berdasarkan temubual, didapati juga terdaat kekurangan seperti focus kepada kemahiran
akademik sahaja dan paling ketara ialah pengurusan yang kurang cekap terutama penjadualan
aktiviti-aktiviti kepada kanak-kanak, contohnya kepelbagaian bahan dan cara serta kaedah
yang lebih berkesan kepada kebersediaan kanak-kanak tersebut. Namun begitu, ibubapa
menyatakan program perkhidmatan penjagaan jenis ini merupakan yang aling seimbang jika
penambahbaikan faktor kesihatan dan keselamatan dipertingkatkan padatahap maksimum.
C. Perbandingan kelebihan dan kelemahan setiap bentuk perkhidmatan penjagaan
kanak-kanak.

DEWASA ini, jika dilihat ramai golongan ibu khasnya merupakan tulang belakang
dalam sesebuah syarikat dalam erti kata lain wanita bekerjaya.

Meskipun memegang gelaran wanita bekerjaya, ianya tidak menghalang seorang


wanita itu untuk memastikan anak yang dikandung selama 9 bulan terabai begitu
sahaja kerana sudah pasti, mereka akan memastikan anak-anak di jaga dengan
cukup sempurna.
Namun jika dilihat senario sekarang, adakah golongan ibu masih bersedia untuk
membiarkan anak-anak mereka di jaga oleh insan yang bergelar pengasuh atau
orang gaji, memandangkan terlalu banyak kes yang melibatkan penderaan kanakkanak menjadikan penulis sedikit meragui kewibawaan seorang pengasuh.
Negara sering dikejutkan dengan kematian bayi yang dipaparkan di dada-dada
akhbar dan terbaharu melibatkan kematian bayi dipusat asuhan akibat tersedak
susu. Kejadian menyayat hati ini berlaku ketika bayi masih lagi bawah penjagaan
pusat asuhan yang sepatutnya disedari oleh pengasuh yang bertanggungjawab
menjaga bayi tersebut.
Ekoran senario ini, kebimbangan ibu bapa khususnya kaum ibu semestinya
memuncak terutama melibatkan keselamatan anak-anak mereka.
Jadi, apa penyelesaian anda?
Kajian yang dilaporkan oleh media antarabangsa, The Telegraph menunjukkan
bahawa wanita yang bekerjaya akan memusnahkan kareer mereka selepas
mempunyai anak.
Laporan tersebut turut menyatakan, sudah tiba masanya untuk semua pihak
menyokong penglibatan wanita dalam dunia pekerjaan dengan menawarkan
penjagaan kanak-kanak yang lebih bersubsidi dan memahami konsep penjagaan di
tempat kerja.
Memetik kenyataan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai
berkata, lebih banyak pusat jagaan kanak-kanak di tempat kerja akan memberi
peluang kepada lebih ramai wanita meneruskan kerjaya mereka.
Wanita Akan Lebih Produktif
Cadangan agar majikan menyediakan pusat asuhan di tempat kerja bagi
memudahkan ibu bapa menghantar anak-anak mereka pada waktu kerja adalah
sudah lama dicetuskan.
Malah kerajaan juga menyediakan insentif dan memberikan pengecualian cukai
kepada majikan sekiranya menubuhkan pusat asuhan di tempat kerja.
Malangnya, saranan ini hanya diambil sambil lewa disebabkan tiada
penguatkuasaan, kurang pertimbangan kemanusian dan lebih mementingkan
keuntungan.

Timbalan Yang Dipertua Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita


Malaysia (NCWO), Datuk Faridah Khalid/Pic:website NCWO
Timbalan Yang Dipertua Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita
Malaysia (NCWO), Datuk Faridah Khalid ketika dihubungi oleh Malaysian Digest
berkata, setiap syarikat samada sektor kerajaan mahupun swasta perlu mewujudkan
pusat asuhan kanak-kanak memandangkan perkembangan kerjaya wanita kian
meningkat kini.
Beliau berkata, penubuhan pusat asuhan ditempat kerja akan memastikan golongan
wanita bekerjaya lebih aktif melibatkan diri dalam dunia pekerjaan disamping
menjamin bahawa wanita akan lebih produktif dalam menjalankan tugas.
Ini akan membantu memberi sokongan kepada golongan ibu yang bekerja untuk
terus berada dalam dunia pekerjaaan.
Disamping tanggungjawab sebagai seorang pekerja, majikan seharusnya
menyokong golongan wanita yang bergelar ibu dengan menyediakn mereka
kemudahan sebegini, jelasnya.
Menurut beliau, pengecualian cukai yang telah diberikan oleh kerajaan seharusnya
menjadikan setiap syarikat dan majikan untuk menyahut seruan ini sebagai suatu
kebaikan kepada setiap kakitangan mereka.
Namun hakikatnya, ini semua tidak terjadi kerana hanya segelintir syarikat sahaja
termasuk sector kerajaan sendiri yang meenubuhkan pusat asuhan ini.
Antara punca lain mungkin disebabkan oleh kurangnya suara majority wanita
ditempat kerja amnya yang betul-betul melontarkan hasrat agar majikan
menyediakan kemudahan sebegini.
Oleh kerana itulah, kita perlukan ramai wanita yang bekerjaya memegang jawatan
tertinggi dalam sesebuah syarikat agar kuasa untuk membuat keputusan kuat,
ujarnya kepada mD.
Wanita Berhenti Kerja

Suasana tradisional yang ideal sesebuah keluarga ialah apabila si ayah keluar
bekerja manakala si ibu mengasuh anak-anak di rumah. Namun, perkembangan
yang berlaku dalam persekitaran dunia hari ini menyebabkan wanita bekerja demi
menambah pendapatan keluarga, membayar pinjaman pendidikan, memenuhi citacita dan kerana kepakaran dan kemahiran wanita tersebut diperlukan oleh
masyarakat.
Faridah juga berkata kepada mD, jika dilihat situasi sekarang, antara punca yang
menyebabkan wanita berhenti daripada dunia pekerjaan adalah kerana kesukaran
untuk mendapatkan pengasuh dan orang gaji.
Setiap anak yang baharu dilahirkan memerlukan tumpuan sepenuhnya oleh
seorang ibu terutamanya dalam proses penyusuan dan pusat asuhan ditempat kerja
akan memastikan golongan ibu dapat meluangkan masa semasa waktu rehat.
Ramai golongan wanita kini yang bijaksana, namun apabila diteliti kembali melalui
borang pekerjaan, kita sebenarnya kehilangan golongan wanita, jelasnya lagi yang
beranggapan golongan wanita sangat berwibawa dalam menjalankan tugas.
Laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri setakat tahun 2013
mendapati, Malaysia kehilangan pendapatan RM13 bilion setahun akibat kurang
penyertaan wanita dalam sumber tenaga buruh.
Kekurangan penyertaan wanita juga menjadikan Malaysia ketinggalan jauh dari segi
pendapatan berbanding negara jiran seperti Thailand, (70 peratus); Brunei
Darussalam (61.2 peratus) dan Singapura (60.2 peratus).
Statistik yang dikeluarkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat pada 2010, mendapati 66.9 peratus wanita meninggalkan sektor
pekerjaan atas sebab utama untuk menumpukan perhatian kepada keluarga.
Pengetua Pusat Asuhan Suruhanjaya Sekuriti, Datin Kim Arif-Nun berkongsi
pengalaman dan pandangan tentang penubuhan pusat asuhan di tempat kerja.
Beliau yang berpengalaman selama 22 tahun dalam penglibatan dunia asuhan
kanak-kanak merasakan penubuhan pusat asuhan ini suatu kemudahan kepada ibu
bapa yang bekerja untuk terlibat sama dalam penjagaan anak mereka disamping
mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Masa untuk berjumpa dengan anak-anak lebih panjang memandangkan anak-anak
dekat dengan ibu bapa. Ibu bapa tidak perlu untuk menghabiskan masa menghantar
anak-anak ke tempat asuhan, katanya.
Prosedur Penubuhan Pusat Asuhan
Ditanya mengenai prosedur penubuhan pusat asuhan, beliau menjawab kepada mD,
Kursus Asuhan PERMATA merupakan kursus yang diwajibkan ke atas pengusaha,
pengurus, penyelia dan pengasuh bagi memastikan segalanya terkawal dan
disahkan.

Pusat asuhan yang mempunyai bilangan pengasuh seramai 10 orang itu


dikendalikan oleh pengasuh-pengasuh yang cukup berkemahiran dan berkaliber
dalam penjagaan awal kanak-kanak.

Pengetua Pusat Asuhan Suruhanjaya Sekuriti, Datin Kim Arif-Nun/Pic:mD oleh


Faisol Mustafa
Latihan berkaitan asuhan dan didikan awal kanak-kanak amat penting untuk
menentukan kualiti pengasuhan dan penjagaan kanak-kanak di pusat asuhan
dipatuhi. Usaha ini bertujuan untuk memenuhi keperluan perkembangan
menyeluruh, keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak.
Pengasuh atau kini dipanggil Early childhood educator perlu menjalani kursus yang
disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyrakat (JKM) dan sekurang-kurangnya mesti
mempunyai diploma dalam pendidikan awal kanak-kanak, jelasnya yang mesra
disapa Datin Kim.
Beliau menambah, beberapa prosedur lain perlu diluluskan sebelum menubuhkan
sesebuah pusat asuhan antaranya perlu disokong oleh; Pihak Berkuasa Tempatan,
Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Kesihatan.
Selain itu, Kim juga berkata, aspek utama dalam penubuhan pusat asuhan kanakkanak adalah perlu mengikut Standard Operating Procedure (SOP) dan antaranya
ialah aspek keselamatan.
Sebagai seorang pengasuh, mereka perlu mementingkan keselamatan kanakkanak seperti dalam penyedian perabot, peralatan permainan, pembekalan nutrisi
dan juga proses memandikan bayi, ujarnya.
Kebaikan Kepada Ibu Bapa
Eksekutif Kanan Bahagian Sumber Manusia di sebuah syarikat, Zul Affendi Arshad,
27 ketika ditemubual oleh mD tidak menafikan faedah yang akan diterima oleh
pekerja adalah sangat tinggi sekiranya sesebuah syarikat bermurah hati untuk
menyediakan pusat asuhan di pejabat.
Hal ini demikian menurutnya, beban wanita sebagai seorang ibu dan juga wanita
moden yang bekerjaya akan dapat dikurangkan terutamanya apabila memikirkan

penjagaan dan keselamatan anak-anak yang ditinggal dirumah bersama orang gaji
mahupun di pusat asuhan berbayar.
Ini secara tidak langsung membenarkan ibu bapa untuk sama-sama memantau
kebajikan dan keselamatan anak-anak mereka. Misalnya, jika berlaku perkara yang
tidak diingini, ibu bapa boleh dihubungi segera dan bertindak pantas memberi
bantuan kecemasan ataupun menghantar anak ke hospital.
Pada masa yang sama, masalah yang melibatkan kaum wanita amnya dapat
dikurangkan seperti masalah disiplin yang meliputi kelewatan ke tempat kerja,
ketidakhadiran dan kadar ambil alih (turnover)kerja. Jadi, penubuhan pusat asuhan
di tempat kerja sangat-sangat efisen jika dikaji oleh semua majikan, jelasnya.
Tambah graduan kelas pertama dalam bidang pengurusan perniagaan itu juga,
selaku seorang yang dipertanggungjawabkan menjaga kebajikan pekerja, beliau
menyokong sekiranya syarikatnya sendiri bersetuju untuk menubuhkan pusat
asuhan ditempat kerja
Teori-teori
JENIS-JENIS PROGRAM PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
oleh: Zailani Zakaria, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2013.

2.0

1.0
PENGENALAN
Kanak-kanak merupakan sebahagian daripada masyarakat yang amat penting dan menjadi
aset negara serta penyambung nadi pembangunan negara pada masa hadapan. Setiap kanakkanak perlu mendapat pendidikan yang sewajarnya selaras dengan keupayaan dan tahap
perkembangan mereka. Pusat-pusat perkembangan kanak-kanak yang wujud haruslah
menyediakan asas kepada pembangunan potensi yang seimbang dan optimum berlandaskan
acuan tersendiri dengan mengambil kira nilai-nilai tempatan dan amalan bijak antarabangsa.
Menurut Hearron dan Hildebrand (2006), antara persamaan yang biasanya dilihat pada pusatpusat perkembangan kanak-kanak ialah menyediakan perkhidmatan kepada kanak-kanak di
luar rumah kurang daripada 24 jam sehari, dan pusat tersebut hendaklah dikendalikan oleh
seorang pengetua yang sesuai bertujuan melindungi kanak-kanak dan menyediakan
perkhidmatan yang berkualiti.
Jenis-jenis Program Perkembangan Kanak-kanak
Terdapat 5 jenis program perkembangan kanak-kanak yang disediakan kepada ibu
bapa untuk anak-anak mereka iaitu:
1.
Pelaburan Modal Insan
2.
Tambahan kepada Penjagaan dan Pendidikan yang disediakan Keluarga
3.
Perkhidmatan Kebajikan dan Pemulihan
4.
Pusat Penyediaan Guru dan Penyelidikan
5.
Perkhidmatan Pengguna kepada Ibu Bapa Bekerja

2.1

Jenis 1: Pelaburan Modal Insan

Kemahiran, bakat, pengetahuan, dan kebolehan adalah merupakan modal insan bagi
setiap manusia. Apabila ibu bapa mendaftarkan anak-anak mereka ke pusat perkembangan

kanak-kanak dengan matlamat dapat meningkatkan kebolehan atau modal insan kanak-kanak,
mereka juga mengharapkan dengan pelaburan yang telah dibuat agar anak-anak mereka
dapat menunjukkan prestasi yang lebih baik semasa di sekolah dan mendapat pekerjaan yang
baik apabila tamat persekolahan. Program-program kanak-kanak di kebanyakan sekolahsekolah awam seperti tadika dan prasekolah telah mendapat sokongan kerana dipercayai
bahawa pelaburan dalam pendidikan kanak-kanak memberi ganjaran pada masa depan.
Salah satu contoh pelaburan kepada modal insan kanak-kanak ialah Program Head
Start yang diperkenalkan oleh Kerajaan Amerika Syarikat pada tahun 1965. Head Start
dibentuk untuk kanak-kanak yang kurang bernasib baik sebagai sebahagian daripada program
membasmi kemiskinan oleh Presiden Lyndon Johnson. Penekanan yang diberikan dalam
Program Head Start ini adalah untuk memastikan kanak-kanak yang kurang bernasib baik
mendapat pendidikan yang sama seperti kanak-kanak bernasib baik. Projek Head Start ini
bermula dari peringkat prasekolah dengan berorientasikan pendidikan serta dapat
mengurangkan kadar keciciran kanak-kanak dan seterusnya mengurangkan bilangan kanakkanak yang memasuki pendidikan khas.
Menurut Ryan (1974), hasil kajian ke atas Program Head Start menunjukkan bahawa
harapan yang ingin dicapai oleh pengasas program tidak menjadi kenyataan. Hasil daripada
analisis kajian yang dijalankan dari masa ke semasa mendapati bahawa kanak-kanak dari
keluarga berpendapatan rendah dan mendapat pengalaman di peringkat awal sekolah rendah
kemungkinan untuk mereka ditempatkan dalam kumpulan pendidikan khas adalah lebih
rendah berbanding dengan kanak-kanak daripada latar belakang yang sama tetapi tidak
mempunyai pendidikan awal. Lantaran itu, dalam usaha untuk menjayakan program ini,
pengurus-pengurus pusat perkembangan Head Start akan mendapatkan sokongan daripada
agensi-agensi awam, organisasi swasta, ibu bapa dan orang awam ini.

2.2

Jenis 2: Tambahan kepada Pendidikan dan Penjagaan yang disediakan Keluarga

Hearron dan Hildebrand (2006) berpendapat bahawa semua penjagaan dan pendidikan awal
kanak-kanak boleh dianggap sebagai perkhidmatan sokongan untuk keluarga. Pusat
penjagaan tambahan ini dilihat dapat mengasuh dan mendidik anak-anak yang ditinggalkan
ibu bapa sepanjang mereka berada di tempat kerja. Jika penyedia pusat jagaan kanak-kanak
betul-betul memahami dan memberi asuhan sebagaimana yang dilakukan ibu bapa di rumah
kepada anak-anak mereka, maka sudah tentulah mereka akan sedaya upaya bertindak sebagai
badan yang menyokong sistem kekeluargaan.
Sumber: America's Children: Key National Indicators of Well-Being 2005,
http://www.childstats.gov/americaschildren/tables/pop8b.asp
Rajah di atas menunjukkan kadar penyertaan kanak-kanak berusia 0-4 tahun dalam
program penjagaan kanak-kanak. Berdasarkan petunjuk, jelas menunjukkan keperluan kepada
penjagaan tambahan kepada kanak-kanak mula wujud semenjak beberapa dekad yang lalu
seiring dengan pertambahan golongan wanita dalam bidang pekerjaan. Antara tahun 1977
hingga 1985, kanak-kanak berusia di bawah 5 tahun yang dijaga oleh pusat asuhan meningkat
secara berganda daripada 13% ke 23%.
Pusat-pusat jagaan kanak-kanak dibina di Amerika Syarikat dan Eropah bermula awal
tahun 1800 sebelum masihi untuk melindungi kanak-kanak semasa ibu dan saudara-mara
mereka bekerja di kilang-kilang. Pusat jagaan ini hanya terhad kepada penjagaan fizikal
sahaja. Kanak-kanak menghabiskan masa sehingga 10 jam sehari dan 260-300 hari setahun di

pusat-pusat jagaan berbanding lebih kurang 3 jam setiap hari selama 80 hari setahun di tadika
atau program prasekolah.
Sebagai perkhidmatan tambahan kepada keluarga, pusat-pusat jagaan kanak-kanak
terus berkembang untuk memenuhi keperluan keluarga, termasuklah memanjangkan masa
operasi kepada golongan pekerja yang bekerja mengikut 'shift' sebagai tempat untuk
meninggalkan anak-anak mereka dalam tempoh masa tertentu sahaja (drop-in), atau bila-bila
masa apabila perlu keluar bekerja (irregular). Terdapat juga pusat jagaan yang menyediakan
penjagaan kepada kanak-kanak sekolah seperti penjagaan separuh hari iaitu penjagaan
selepas waktu sekolah, semasa cuti musim panas dan semasa cuti musim sejuk.
Selain itu, terdapat juga perkhidmatan bagi menjaga anak-anak yang sakit kerana ibu
bapa mereka perlu keluar bekerja. Akta Cuti Sakit dan Keluarga 1993 yang dilaksanakan di
Amerika Syarikat boleh mengurangkan keperluan terhadap penjagaan jenis tambahan ini dan
ia juga melibatkan penjagaan bayi. Di bawah akta ini, seseorang pekerja boleh mengambil
cuti tapa gaji sehingga 12 minggu setahun untuk menjaga anak-anak yang sakit, yang baru
lahir, atau mengambil bayi angkat dan mereka tetap di bawah perlindungan insurans dan
faedah sebagai pekerja masih diambil kira (Hildebrand et al., 2000).
Satu lagi penjagaan kanak-kanak yang popular dalam kalangan bu bapa di Amerika
Syarikat ialah 'Family Child-Care Homes' iaitu pusat jagaan yang beroperasi di rumah.
Selalunya, pusat jagaan di rumah berada dalam lingkungan kejiranan di mana sesebuah
keluarga itu tinggal. Jenis penjagaan ini menjadi pilihan kerana ada antara ibu bapa lebih
suka anak-anak mereka dijaga dalam kelompok bilangan kanak-kanak yang kecil, dalam
suasana seperti di rumah dan boleh memberi keselesaan kepada kanak-kanak.

2.3

Jenis 3: Perkhidmatan Kebajikan dan Pemulihan

Terdapat sesetengah pusat jagaan mengambil kanak-kanak untuk tujuan kebajikan dan
pemulihan bergantung pada tahap kesukaran yang dimiliki kanak-kanak itu. Program ini
asalnya bermula daripada sekolah-sekolah khas untuk kanak-kanak pekak, bisu, atau
mengalami kecacatan fizikal pada abad ke-19 (Bailey & Wolery, 1984). Program ini juga
dikhaskan kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik dari segi ekonomi semasa perang
ke atas kemiskinan yang dijalankan pada tahun 1960-an.
2.4

Jenis 4: Penyelidikan dan Latihan Guru

Terdapat juga pusat-pusat jagaan yang dijadikan makmal penyelidikan untuk


mengkaji perkembangan, psikologi dan pendidikan awal kepada sekumpulan kanakkanak.Dalam masa yang sama pusat-pusat ini juga menyediakan program persediaan guru
kepada pelajar-pelajar universiti mempelajari pelbagai kemahiran yang sesuai untuk
berinteraksi dengan kanak-kanak. Walaupun pusat-pusat ini memberi perkhidmatan kepada
kanak-kanak dan keluarga mereka, matlamat asasnya adalah penyelidikan dan penyediaan
guru. Perkhidmatan ini mewujudkan beberapa implikasi yang boleh memberi kebaikan dan
keburukan kepada keluarga yang mendapatkan perkhidmatan ini ( McBride & Hicks, 1999).
2.5

Jenis 5: Perkhidmatan Pengguna

Jenis pusat jagaan ini lebih merujuk kepada perkhidmatan yang disediakan oleh pihak
swasta atau persendirian. Oleh sebab keluarga merupakan pelanggan kepada pusat jagaan
kanak-kanak persendirian, maka amatlah wajar ia dikenali sebagai satu perkhidmatan
pengguna. Sebagai contoh, ibu bapa membayar perkhidmatan kepada tadika dan prasekolah
swasta digunakan sebagai pusat jagaan dan pendidikan anak-anak mereka. Rata-rata ibu bapa
dari kalangan golongan pertengahan melihat program persekolahan sebagai satu pelaburan
untuk anak-anak mereka berjaya dalam pelajaran pada masa hadapan. Mereka berasa seronok
untuk melibatkan diri dan memberikan kerjasama dalam kelas dan lembaga pengarah
sekolah.
3.0

Pembiayaan Program Perkembangan Kanak-kanak

Sumber kewangan merupakan suatu perkara yang penting dalam pengurusan sesebuah
pusat program perkembangan kanak-kanak. Kebanyakan program perkembangan kanakkanak dibiayai melalui pelbagai kaedah pembiayaan. Secara asasnya perkhidmatan
perkembangan kanak-kanak boleh dibiayai melalui tiga cara iaitu:
3.1
Sokongan kewangan ditanggung sepenuhnya oleh keluarga kanak-kanak yang
menggunakan perkhidmatan.
3.2
Melalui perkongsian dengan agensi-agensi sosial selaku penaja program dan
badan-badan korporat yang berminat untuk memberi sumbangan.
3.3
Sokongan kewangan daripada persatuan-persatuan melalui cukai yang
dikenakan
oleh kerajaan.
Lally (2005) menyatakan bahawa pelbagai kaedah pembiayaan mencerminkan
perbezaan pandangan mengenai tanggungjawab sosial dan hak ke atas kanak-kanak. Beliau
menggunakan istilah rasionalisme ekonomi untuk melihat beberapa ciri yang terdapat pada
ibu bapa yang memikul tanggungjawab terhadap anak-anak mereka. Pandangan lain pula
ialah instrumentalism di mana terdapat persatuan-persatuan tertentu turut berminat
menyumbang kepada program penjagaan kanak-kanak untuk menangani kemungkinan
terdapat kanak-kanak yang didera atau kanak-kanak miskin yang akan membesar sehingga
menjadi beban dalam masyarakat. Berdasarkan pandangan-pandangan yang dikemukakan
Lally dalam perspektif pengayaan sosial, telah menjadi garis panduan kepada beberapa
negara seperti Eropah, Australia dan New Zealand dalam membentuk polisi penjagaan kanakkanak.
3.1

Bayaran oleh Keluarga Sebagai Upah Penjagaan Kanak-kanak

Boleh dikatakan logik sekiranya program perkembangan kanak-kanak memperolehi


sumber kewangan daripada bayaran atau caj yang dikenakan ke atas perkhidmatan penjagaan
kanak-kanak daripada keluarga yang menggunakan perkhidmatan ini. Oleh sebab itu, adalah
wajar program perkembangan kanak-kanak untuk mengenakan yuran perkhidmatan yang
agak tinggi bagi menyokong kos sara hidup kakitangannya.
3.2
Program-program Tajaan
Hakikat menunjukkan bahawa dalam mengiktiraf keperluan untuk perkhidmatan
kanak-kanak didapati bahawa terdapat sesetengah keluarga terutamanya keluarga miskin
tidak mampu untuk menanggung sepenuhnya kos perkhidmatan tersebut. Maka, terdapat
pertubuhan agama dan sivik yang akan menyediakan atau menanggung kos program (Rose,
1999). Antaranya ialah Program-program berasaskan keagamaan yang dibiayai oleh gereja,

Program-program penjagaan kanak-kanak yang disokong oleh badan-badan korporat,


universiti dan kolej, hospital, dan tentera Amerika Syarikat.
Semenjak tahun 1830-an lagi, institusi kebajikan telah menyediakan banyak pusat
penjagaan kanak-kanak di Amerika Syarikat (Neugebauer, 2006). Pusat ini biasanya ditaja
oleh individu-individu dan pertubuhan perniagaan. Pada tahun 1907, sekumpulan usahawan
Rome telah menaja pusat jagaan kanak-kanak yang diasaskan Maria Montessori iaitu pelopor
awal dalam bidang pendidikan kanak-kanak di Rome, Itali dan dikenali sebagai Casa dei
Bambini (Rumah Kanak-kanak) bertujuan untuk melindungi kanak-kanak yang kurang
bernasib baik. Sehingga kini, Casa dei Bambini (Rumah Kanak-kanak) telah menjadi model
kepada ribuan sekolah di seluruh dunia (Goffin & Wilson, 2001). Penajaan daripada syarikatsyarikat korporat dilihat bukn sahaja memberi faedah dan kebaikan kepada syarikat terbabit
malahan turut memberi kebaikan kepada perkhidmatan keluarga dan kanak-kanak.
3.2.1 Penajaan Program Berasaskan Keagamaan oleh Gereja
Dalam tahun 1997 sehinggalah tahun 2000, bilangan program penjagaan kanak-kanak
di gereja bertambah sebanyak 26 peratus iaitu menunjukkan kadar pertumbuhan melebihi
keperluan (14%). Bagi menggalakkan pertumbuhan pusat-pusat yang mengendalikan
program-program perkembangan kanak-kanak, kerajaan persekutuan membuat dasar-dasar
baru dengan memberi dana inisiatif kepada gereja-gereja untuk membuka pusat-pusat jagaan
kanak-kanak. Beberapa negeri telah memberi pengecualian daripada peraturan-peraturan
perlesenan bagi menggalakkan program-program agama bergabung mengendalikan pusatpusat jagaan ini dan seterusnya meningkatkan keyakinan ibu bapa terhadap program yang
disarankan kerajaan.
Pada tahun 2001, Presiden Amerika Syarikat ketika itu iaitu George W. Bush telah
menubuhkan pejabat pengurusan di White House yang mengendalikan program-program
berasaskan keagamaan dan memberi inisiatif komuniti bertujuan menggalakkan pertumbuhan
program perkembangan kanak-kanak.
3.2.2 Sokongan Badan-badan Korporat kepada Program Penjagaan Kanak-kanak
Badan-badan korporat telah lama menunjukkan sokongan kepada program-program
penjagaan kanak-kanak iaitu semenjak Perang Dunia Kedua lagi apabila undang-undang
persekutuan melalui Akta Lanham, membiayai pusat yang menyediakan perkhidmatan
penjagaan anak-anak kepada wanita yang diperlukan dalam industri perang. Pusat-pusat ini
kebanyakannya dikenali sebagai 'Lanham Act Nursery School'. Penasihat-penasihat bagi
pihak kerajaan kepada sekolah-sekolah ini adalah dalam kalangan mereka yang berkemahiran
dalam bidang tersebut.
Inisiatif kerajaan dalam penjagaan kanak-kanak kepada majikan mula berkembang
semula pada sekitar tahun 1970-an dan 1980-an apabila berlaku ledakan kelahiran bayi dan
sebilangan besar kaum wanita yang melahirkan anak terlibat dengan sektor pekerjaan.
Kebanyakan program-program penjagaan ini melibatkan kerjasama antara kesatuan pekerja
dan pekerja daripada sektor awam dan swasta (Hildebrand, 1993). Terdapat beberapa faktor
yang mendorong kerajaan memperkenalkan inisitif ini kepada golongan pekerja iaitu:
3.2.2.1 Pengekalan-

Memastikan pekerja-pekerja yang penting dapat dikekalkan, terutamanya pengurusan


tertinggi, para saintis, wanita yang merupakan golongan minoriti juga merupakan matlamat
utama untuk dikekalkan dalam perkhidmatan oleh pihak majikan.

3.2.2.2 Perhubungan AwamSyarikat mendapati bahawa keluarga kakitangan mereka menunjukkan gambaran imej
yang baik kepada syarikat mereka. Justeru itu, peruntukan-peruntukan untuk program
penjagaan kanak-kanak yang ditawarkan boleh menarik minat media terhadap syarikat
mereka dan dalam masa yang sama dapat meningkatkan imej syarikat di mata masyarkat.
3.2.2.3 ProduktivitiSatu kajian yang dijalankan oleh Lowa State University pada tahun 2005
menunjukkan bahawa Dasar Pusat Keluarga memberi manfaat kepada ekonomi negara
dengan menyumbang produktiviti kepada kedua-dua tenaga kerja semasa dan masa akan
datang sekiranya majikan dapat menyediakan pusat penjagaan kanak-kanak yang berkualiti
tinggi. Dalam tempoh jangka masa pendek, kebimbangan berkaitan tempat penjagaan anak
dikaitkan dengan tekanan, kurang tumpuan dan tidak semangat dalam kalangan ibu bapa
semasa berada di tempat kerja. Dalam tempoh jangka panjang pula, penjagaan yang tidak
berkualiti akan menyebabkan perkembangan kognitif dan emosi kanak-kanak terjejas dan
memberi kesan kesan kepada mereka apabila mereka pula menjadi pekerja. Dengan kata lain,
majikan hendaklah mengambil berat dengan menyediakan pusat penjagaan kanak-kanak yang
berkualiti tinggi kepada pekerja-pekerja mereka.
3.2.2.4 PerolehanPekerja yang dilatih untuk sesebuah syarikat merupakan aset yang mampu memberi
pulangan kewangan. Oleh itu, amat wajar bagi majikan untk mengekalkan pekerjanya yang
telah dilatih dan mampu memberi keuntungan kepada syarikat.
3.2.2.5 Ponteng/Ketidakhadiran BekerjaPonteng atau ketidakhadiran bekerja dapat dikurangkan dengan bantuan program
jagaan kanak-kanak. Penjagaan di tempat kerja, penjagaan untuk kanak-kanak yang sakit, dan
lain-lain adalah sangat membantu ibu bapa yang bekerja. Sekiranya tidak terdapat
perkhidmatan penjagaan kanak-kanak sebelum dan selepas waktu persekolahan, ibu bapa
perlu mencari alternatif lain sama ada anak-anak dijaga oleh jiran atau adik-beradik yang
lebih besar malahan akan lebih teruk lagi jika kanak-kanak itu terpaksa dibiarkan
bersendirian di rumah. Tempoh antara pukul 3 hingga 6 petang merupakan masa yang
menimbulkan kebimbangan kepada ibu bapa sekiranya anak-anak ditinggalkan bersendirian
di rumah.
3.2.2.6 SemangatPekerja dan majikan menyatakan bahawa semangat semasa berada di tempat kerja
memberikan lebih kemesraan kepada ibu bapa dan anak-anak. Kajian menunjukkan

kesukaran mengurus penjagaan anak-anak menyebabkan pekerja mengalami tekanan


akan memberi kesan kepada kesihatan dan pekerjaannya.
3.3

dan

Sokongan Kerajaan untuk Program Penjagaan Kanak-kanak

Kerajaan di Amerika Syarikat memberikan subsidi kepada kos penjagaan kanakkanak dengan memberi pengurangan cukai yang dikenakan ke atas keluarga yang bekerja.
Selain itu, kerajaan turut menyediakan pembiayaan kepada program-program perkembangan
kanak-kanak melalui Tabung Perkembangan dan Penjagaan Kanak-kanak melalui grant
berjumlah $750 juta pada tahun 1991. Pada Tahun 2003, jumlah ini bertambah kepada $4.8
billion. Melalui dana ini, kanak-kanak berusia di bawah 5 tahun mendapat makanan tengah
hari secara percuma.
4.0

Kerjasama antara Institusi

Kebanyakan perkhidmatan awal kanak-kanak bekerjasama untuk mengurangkan


pertindihan dan memberi pulangan yang maksimum kepada pelaburan masyrakat. Zigler dan
Lang (1991) mencadangkan agar menjadikan model kolaborasi Sekolah abad ke-21 sebagai
pusat sekolah awam di seluruh awam. Sekolah pertama dalam abad ke-21 mula ditubuhkan di
Missouri pada tahun 1988. Sejak itu, lebih daripada 500 program ini ditubuhkan di seluruh
negara bagi memastikan program-program pendidikan awal ini berkembang dan seterusnya
memberi manfaat yang besar kepada masyarakat.
5.0

Kesimpulan
Bab ini menggariskan beberapa jenis pusat perkembangan kanak-kanak termasuklah
pelaburan modal insan, penjagaan tambahan, kebajikan dan pemulihan, penyelidikan dan
penyediaan guru, serta perkhidmatan pengguna.Program persendirian biasanya akan
menyediakan dua atau lebih jenis perkhidmatan yang tersebut. Model pembiayaan kepada
program-program perkembangan kanak-kanak bergantung semata-mata dengan yuran
daripada ibu bapa yang membayar perkhidmatan sehinggalah sumbangan daripada badanbadan korporat dan subsidi daripada kerajaan. Kesimpulannya, dengan adanya sokongan
daripada pelbagai pihak diharapkan program perkembangan kanak-kanak akan terus
berkembang maju dan berkualiti.

RUJUKAN
Hearron, F. & Hildebrand, V. 2006. Management of Child Development Centers. Edisi ke-6.
New York: Pearson Merill/Prentice Hall.

Anda mungkin juga menyukai