Anda di halaman 1dari 7

! ..

Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan


sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama
meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya
dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 49 surah al-Maidah :



Maksudnya :Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa
yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu
mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu
hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling
(enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu
menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya
kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik.

Islam merupakan agama yang menjadi sistem hidup yang banyak menekankan
berkaitan keadilan dalam mengatur kehidupan sesuai dengan fitrah kejadian manusia
itu sendiri dan juga makhluk sejagat. Sistem Islam yang sempurna yang meliputi
seluruh aspek kehidupan tanpa terhad kepada ibadat khusus seperti solat, puasa, haji
sahaja malah merangkumi aspek sosial, politik, perundangan, ekonomi dan

sebagainya. Amat beruntung bagi umat Islam yang mampu melaksanakan tuntutan
agama dalam kehidupan seharian. Dalam masa yang sama amat rugi manusia yang
lebih rela bertuhankan hawa nafsu sehingga mengetepikan perintah dan larangan
Allah. Umat yang tunduk patuh kepada panduan al-Quran dan sunnah pasti Berjaya
dunia dan akhirat manakala manusia yang merasa dirinya lebih hebat daripada Allah
dan Rasul pasti hina dan terseksa dunia akhirat. Hamba Allah sanggup mengorbankan
keinginan nafsu demi memenuhi tuntutan wahyu sedangkan hamba Syaitan sanggup
melawan Allah demi memuaskan kehendak hawa nafsu.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 135 surah an-Nisa :



Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orangorang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan
kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan
kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka
janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran
disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada
keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak
menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun
enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui
dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.

Pada hari ini kita banyak bercakap berkaitan isu Aqidah termasuk masalah murtad dan
tidak ketinggalan umat Islam yang terlibat dengan ajaran sesat seperti rasul Melayu,
Tuhan Harun dan sebagainya. Begitu juga masalah zina di mana bulan lepas Timbalan
Menteri Dalam Negeri melaporkan di Parlimen bagaimana hampir 90 peratus kes
jenayah rogol membabitkan remaja bawah umur 16 tahun dengan majoriti
membabitkan orang Melayu untuk tahun 2012 dan 2013. Itu belum dikira dengan
puluhan ribu anak luar nikah dan sentiasa penuhnya pusat pemulihan. Begitu juga kes
pembunuhan, rompakan bersenjata, ragut dan seribu macam kes jenayah yang
berlaku bagaikan tidak mahu surut. Umat Islam sentiasa ditekan berkaitan dosa
pahala, halal haram, Syurga Neraka dan kehidupan dunia ini tidak berakhir setakat

lubang kubur malah akan dihisab serta menerima pembalasan di akhirat nanti. Oleh
itu dalam menghukumkan pesalah mestilah mengikut hukuman yang telah ditetapkan
oleh agama bukannya mengikut hawa nafsu kerana kita bukan pencipta manusia
sebaliknya kita hanya manusia yang lemah yang diciptakan oleh Allah yang wajib
menguruskan dunia berdasarkan agama bukannya menguruskan agama mengikut
hawa nafsu yang tamakkan dunia.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 38 surah al-Maidah :

Maksudnya : Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka
(hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang
mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan
(ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Akhir-akhir ini hampir setiap hari media massa melaporkan berkenaan isu hukum
Hudud sama ada menyokong atau menentang. Secara asasnya, hukuman jenayah
Islam terbahagi kepada 3 iaitu hudud, qisas dan takzir. Hudud berasal daripada
perkataan hadd yang bererti larangan. Hukuman hudud ditentukan oleh syarak yang
mana ia tidak boleh ditambah mahupun dikurangkan hukumannya.
Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 229.

Maksudnya: Itulah hukum-hukum yang telah ditentukan. Oleh itu janganlah kamu
mencabulnya, dan sesiapa yang mencabuli hukum-hukum Allah, maka mereka itulah
orang-orang yang zalim

Jenayah yang dikenakan hukuman hudud iaitu zina, tuduhan zina (Qazaf), mencuri,
meminum minuman memabukkan, merompak dan murtad. Bagaimanapun, perlu
difahami hukuman tidak dikenakan dengan sewenang-wenangnya kerana pemakaian
hukuman hudud berdasarkan pendakwaan dan pembuktian yang digariskan mengikut
setiap kesalahan jenayah. Pembuktian hudud sangat ketat dengan mengambil kira
kriteria saksi, bilangan saksi dan aspek lain sehingga boleh membuktikan sesuatu

jenayah itu berlaku. Jika pembuktian berjaya dilakukan tanpa sebarang keraguan dan
setelah disabitkan kesalahan, hukuman hendaklah dilaksanakan. Namun harus
diingat, pembuktian hendaklah melampaui keraguan yang munasabah bagi
mengelakkan sebarang kesilapan dalam menjatuhkan hukuman. Jika ada keraguan,
kemungkinan hukuman yang akan dijatuhkan bukan hudud tetapi hukuman takzir.
Rasulullah SAW telah bersabda bahawa: Hudud tertolak dengan ada syubhah atau
keraguan.

Perkara biasa bila orang Islam menyokong hudud, luar biasa bila orang kafir sokong
hudud dan amat luar biasa bila orang Islam sendiri tolak hudud. Alasan orang kafir
banyak berkisar tentang hudud bercanggah dengan perlembagaan Negara sedangkan
orang Islam sendiri lebih berani tolak Hudud antara alasan terbaru agak tidak adil
apabila pencuri Islam dikerat tangan sedangkan pencuri kafir hanya dipenjarakan
sahaja. Ini suatu kenyataan yang tidak berasas. Ketahuilah, hukuman dijatuhkan hanya
untuk penjenayah yang melakukan kejahatan dan kerosakan sahaja. Dengan kata
mudah hanya penzina, pencuri, perompak, peminum arak yang takut kepada hudud
dan hukum Islam. Mengapa kita yang tidak terlibat dengan perkara jenayah ini perlu
takut kepada Hudud. Hanya iman kepada keadilan hukum Allah yang mampu memberi
jawapan sama ada kita mahu atau tidak kepada Hudud.

Sidang Jumaat moga-moga dirahmati Allah,

Firman Allah pada ayat ke-2 dalam surah an-Nuur:


Maksudnya : Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat
tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi
oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama
Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah
disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari
orang-orang yang beriman.
Islam begitu mementingkan pemeliharaan terhadap zuriat keturunan dengan
mewajibkan kita menghalang dan menutup semua pintu yang membawa kepada
perzinaan termasuklah pergaulan bebas, cara berpakaian dan sebagainya. Kita begitu
bimbang apabila jenayah pembuangan bayi kembali menghantui masyarakat. Setiap

hari pasti akan ada kes-kes yang baru yang dilaporkan oleh media-media tempatan
tentang masalah ini seolah-olah ianya tidak ada kesudahan. Sayidina Umar Ibni AlKhattab pernah berpesan,

Didiklah anak-anak kamu, sesungguhnya mereka dilahirkan untuk zaman yang bukan
zaman kamu.

Kata penyair :

Sesungguhnya bangsa-bangsa akan kekal utuh selagi akhlaknya masih utuh, jika
akhlak mereka sudah lumpuh maka mereka pun akan lenyap.

Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,

Islam menyuruh kita supaya memelihara maruah serta melarang kita menjatuhkan
maruah orang lain termasuklah tuduhan zina tanpa bukti dan sebagainya. Islam juga
mewajibkan kita supaya menjaga akal daripada dirosakkan terutamanya dengan arak
dan dadah serta perbuatan yang lain yang membawa kepada hilangnya akal. Begitu
juga penjagaan syariat Islam terhadap harta supaya tidak dicerobohi sesuka hati
termasuk mengambil tindakan yang tegas terhadap kesalahan mencuri dan
merompak.
Bayangkanlah, tindakan penjenayah dalam membuat kerosakan dan kezaliman di
negara ini mengakibatkan banyak kerugian termasuklah harta benda, kehilangan
nyawa dan kemusnahan alam sekitar. Dalam hal ini Abu Hurairah RA telah
meriwayatkan sebuah hadith Rasulullah SAW :

Bermaksud: Demi di mana diriku di bawah kekuasaan-Nya, maka akan datang kepada

manusia suatu zaman di mana seorang pembunuh tidak tahu sebab mengapa ia
menjadi seorang pembunuh dan manakala orang yang dibunuh pula tidak tahu sebab
mengapa ia dibunuh.(Hadith Riwayat Muslim)

Namun pada hari ini keamanan serta ketenangan hidup semakin hari semakin hilang
dalam kehidupan kita. Siang dan malam hidup kita dihantui dan dibelenggu rasa takut.
Takut kepada pencuri, takut kepada perogol, takut kepada perompak, takut kepada
peragut, takut kepada pembunuh dan sebagainya. Manusia pada hari ini bukan
setakat berani mencuri atau merompak di rumah atau di premis -premis perniagaan,
bahkan mereka sudah sanggup dan berani mencuri di masjid-masjid yang merupakan
rumah Allah SWT. Tanya diri kita sendiri, siapa di kalangan kita yang berani
meninggalkan kenderaannya tanpa berkunci ketika datang ke masjid?. Siapa di
kalangan kita yang berani tidur pada malam hari dengan membiarkan pintu rumahnya
tidak berkunci?. Siapa di kalangan kita yang berani untuk membawa sejumlah wang
yang besar tanpa kawalan keselamatan?. Jelas kepada kita bahawa hukuman terhadap
jenayah yang ada pada hari ini belum cukup memberi pengajaran buat mereka bahkan
jenayah semakin menjadi-jadi. Bila kita renungi dengan penuh keimanan maka kita
akan merasai kehebatan Allah SWT dan keadilan hukumanNya di mana semuanya itu
adalah untuk kebaikan dan kebahagiaan kita di dunia dan juga di akhirat, bukannya
sebagai penyekat kebebasan atau penindasan yang menzalimi umat manusia
sebagaimana yang didakwa oleh mereka yang jahil agama. Allah SWT menjanjikan
keamanan serta ketenangan hidup apabila umat manusia menegakkan undang undangNya. Islamlah nescaya kita selamat di dunia dan juga di akhirat.

Ikhwanil muslimin rahimakumullah

Ketahuilah bahawa undang-undang Islam adalah lengkap dan menyeluruh dalam


semua aspek kehidupan manusia. Undang-undang Islam mengatur seluruh kehidupan
manusia baik secara individu, berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara, serta
mengatur hubungan sesama manusia, hubungan dengan Allah SWT hubungannya
dengan alam dan makhluk-makhluk yang lain. Lebih jauh lagi undang-undang Islam
juga mengatur hubungan antara rakyat dengan pemerintah, orang Islam dengan yang
bukan Islam, negara dengan negara dan dunia dengan akhirat.

Firman Allah SWT.



Maksudnya: Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah Kami
akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah
berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami
timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.

Surah Al-Araf ayat 96.

Anda mungkin juga menyukai