Anda di halaman 1dari 3

SEK. MEN.

AGAMA (SABK) AD-DINIAH PT SUBARI,


PEKAN BAHARU JALAN YUSOF,
83600 MUAR JOHOR

KERTAS KERJA
PEMBELIAN KAMUS DWIBAHASA
OLEH PANITIA BAHASA INGGERIS
SMA AD-DINIAH

SEKOLAH MENENGAH AGAMA AD-DINIAH PT. SUBARI (SMAAD)


PEKAN BARU PARIT YUSOF
83600 MUAR, JOHOR
KERTAS KERJA PEMBELIAN KAMUS OLEH PANITIA BAHASA INGGERIS

PENDAHULUAN
Selaras dengan Anjakan Ke-2 yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan (PPPM)
2013-2025 yang menekankan tentang penguasaan dwibahasa dalam kalangan pelajar, Panitia
Bahasa Inggeris SMA Ad-Diniah berhasrat mengoptimumkan penggunaan Peruntukan
Kewangan PCG menerusi pembelian Kamus Dwibahasa demi membantu pelajar menguasai
kemahiran berbahasa seperti yang dihasratkan oleh kerajaan.
RASIONAL
Memandangkan kebanyakan pelajar SMAAD adalah dari keluarga berpendapatan rendah,
pembelian kamus oleh Panitia B. Inggeris ini dilihat sebagai satu inisiatif untuk mengurangkan
beban mereka untuk memiliki kamus sendiri. Selain itu, kualiti kamus-kamus yang dibeli adalah
lebih terjamin dan dapat digunakan dengan cermat memandangkan prosedur penggunaannya
adalah di bawah tanggungjawab dan kawalan guru Panitia B. Inggeris sepenuhnya.
OBJEKTIF
1. Memupuk sikap suka rujuk kamus dalam kalangan pelajar sekaligus memperkayakan
kosa kata B. Melayu dan B. Inggeris.
2. Mengurangkan kebergantungan kepada guru tentang perkataan baru yang tidak difahami.
3. Sebagai alat bantu mengajar guru (ABM)
4. Menjamin penggunaan bahan rujukan dengan lebih cermat di bawah pengawasan guru
panitia (dapat digunakan dalam jangka masa panjang).

ANGGARAN KOS
(Sumber Kewangan: Peruntukan PCG Panitia B. Inggeris)
BIL.
1.

JUDUL BUKU

PENERBIT

BIL

Kamus Dwibahasa
Oxford Fajar Edisi
Kelima

Oxford Fajar Sdn. Bhd.

15
BUAH

HARGA
SEUNIT
RM 26

JUMLAH
RM 390

PENUTUP
Semoga usaha murni ini dapat menyumbang kepada peningkatan penguasaan pelajar dalam
Bahasa Inggeris di peringkat sekolah seterusnya mampu berdaya saing pada peringkat yang lebih
mencabar kelak.

Disediakan Oleh:

Disemak Oleh:

(SITI HAMIDAH ALI)


Ketua Panitia B. Inggeris,
SMA Ad-Diniah Pt. Subari.

(SHARIFAH AHMAD MOKHTAR)


Ketua Bidang Bahasa,
SMA Ad-Diniah Pt. Subari.

Diluluskan Oleh:

......
(YOHANAS B. MISUAN)
Pengetua,
SMA Ad-Diniah Pt. Subari.

Anda mungkin juga menyukai