Anda di halaman 1dari 6

KEREPEK POPIA SUCI DALAM DEBU

SOURCE: LIFE IS BEAUTIFUL

Bahan :
1 cawan nestum
1/2 cawan susu tepung/horlicks
1/2 cawan gula
Kulit popia secukupnya
*sedikit tepung gandum + air untuk dijadikan gam (dikacau pekat macam orang buat cekodok
tu)
minyak untuk menggoreng
Cara :
Tarik kulit popia selapis demi selapis (jangan sampai koyak pulak).
Gulung bermula dari bucu yang tajam sehingga hujungnya. Lekatkan bucu yang hujung
dengan air tepung gandum.
Panaskan minyak dalam kuali, gunting serong2 kulit popia gulung tadi ke dalam minyak
panas. Goreng sehingga garing dan toskan minyak.
Sementara itu, mesin gula, nestum, horlicks@susu tepung sehingga hancur. Masukkan ke
dalam bekas yang besar.
Gaulkan kulit popia garing ke dalam serbuk nestum gula tadi hingga rata.
Simpan kerepek di dalam bekas kedap udara supaya tahan lama.

KUAH KACANG
by: Dayang Jack
300 gm kacang tanah (digoreng/dibuang kulit(jika suka) dan dikisar)
5 biji bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1 batang serai*
1/2 inci halia *
3 cm lengkuas*
1/2 inci belacan bakar*
1 batang serai (diketuk)
5 sudu makan cili kering kisar (boleh tambah/kurang ikut suka)
2 sudu makan gula merah/gula melaka
garam dan gula pasir (mengikut citarasa)
air secukupnya
Kisar bahan2 bertanda *
Panaskan minyak secukupnya di dlm periuk. Tumis bahan2 kisar, cili kering
dan serai hingga wangi.
Masukkan kacang tanah sedikit demi sedikit diselang selikan dgn air. Masak
menggunakan api sederhana.
Masukkan gula merah/gula melaka, garam dan gula pasir secukupnya.
Hidangkan setelah masak.

AIR ASAM KERISIK


By: Chef Hanieliza
Bahan A

1 sudu makan asam jawa


2 biji cili merah
5 biji cili api
1/2 cwn air suam

1 biji tomato - dipotong dadu


1 inc belacan
1 sudu makan gula
1 sudu teh garam
Bahan B
2 biji tomato - diracik
1 labu bawang besar - dihiris halus
3 biji cili hijau - diracik halus
2 biji cili merah - diracik halus
5 biji limau kasturi
1 sudu makan kerisik

SAMBAL BELACAN
Rumah ita hari2 mesti ada sambal belacan. sambal belacan ni mmg fav
hubby ita. Klu makan mst nak sambal belacan. Klu ada sambal belacan mmg
bertambah2 la hubby ita makan... selera sangat...

MyKitchen's Recipe
5 biji cili merah
7 bijij cili api
3 cm belacan
2 ulas bawang putih
1 sudu teh asam jawa - klu boleh beli yg dah tak de biji supaya tak payah
bubuh air.
secubit garam
1 sudu teh gula
air limau kasturi

KUAH LODEH

Bahan dikisar
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inc halia
secekut udang kering
1 inc belacan - jika suka
1/2 inc kunyit
1 batang serai
1 biji santan
kacang panjang - dipotong
sengkuang - dihiris
carot - dihiris
timun - di hiris
kobis - dihiris
tauhu - dipotong dan di goreng
tempe - dipotong dan digoreng
garam dan serbuk perasa
Tumis bahan yg diblend hingga naik minyak dan garing. Masukkan sedikit air
dan biar dia masak dan didih. Masukkan santan dan kacau hingga masak.
Masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa biarkan didih. Selepas itu
masukkan kacang panjang, carot, timun, sengkuang, kobis, tauhu, dan
tempe. Siap! tutup api.
Lodeh di makan bersama ketupat dan lauk pauk di bawah.

SAMBAL TUMIS UDANG


1/2 kg udang - dibuang kepala dan ekor, dibasuh gaul dgn garam dan goreng
sebentar agak2 merah aje...jgn sampai garing tau..) angkat dan ketepikan
1/2 cwn air asam (1sudu makan asam yg tak de biji )
1 sudu teh garam
secubit pak aji
5 sudu makan gula
1/2 cawan minyak masak
Bahan dikisar
RM 1.00 lada kering - direndam hingga kembang basuh dan toskan
15 ulas bwg merah
6 ulas bwg putih
belacan sebesar duit 50 sen
semua bahan di atas diblend
Tumiskan bahan yg di blend hingga garing dan naik bau (jaga2 ia akan
merecik2 penatla... lps ni nak lap dapur..hihihi)
Masukkan air asam , gula , garam dan pak aji secukup rasa..... biarkan
merenih...
Akhir sekali masukkan Udang biarkan sebentar siap utk di hidangkan..

KUAH KACANG
by: Dayang Jack
300 gm kacang tanah (digoreng/dibuang kulit(jika suka) dan dikisar)
5 biji bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1 batang serai*
1/2 inci halia *
3 cm lengkuas*
1/2 inci belacan bakar*
1 batang serai (diketuk)
5 sudu makan cili kering kisar (boleh tambah/kurang ikut suka)
2 sudu makan gula merah/gula melaka
garam dan gula pasir (mengikut citarasa)
air secukupnya
Kisar bahan2 bertanda *
Panaskan minyak secukupnya di dlm periuk. Tumis bahan2 kisar, cili kering
dan serai hingga wangi.
Masukkan kacang tanah sedikit demi sedikit diselang selikan dgn air. Masak
menggunakan api sederhana.
Masukkan gula merah/gula melaka, garam dan gula pasir secukupnya.
Hidangkan setelah masak.
Untuk mengelak kuah menjadi pekat dan kembang, jgn memasukkan
kesemua kacang tanah pd satu masa.
kuah kacang ini sgt enak dimakan bersama nasi impit, sate, roti kosong, dsb.
untuk mencantikkan kuah, masaklah lama sedikit dgn api perlahan

RENDANG DAGING
1kg daging
2 cawan santan pekat - 1 biji kelapa
1/2 cawan kerisik
2 helai daun kunyit - mayang halus atau koyakkan
2 helai daun limau perut - di mayang halus atau dikoyakkan
garam dan gula - secukupnya
air asam jawa - secukupnya
1 buku gula melaka
rempah tumis (4 sekawan)
1 kiub daging
Bahan dikisar
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
5 batang serai - 2 batang di kisar 3 batang dititik
3 inci halia

1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
15 cili kering
25 biji cili api
2 helai daun limau perut dan sehelai daun kunyit di kisar bersama bahan
diatas
Daging dibersihkan dan potong kecil. Basuh dan toskan. Kemudian direbus
hingga empuk.
tumis rempah tumis. Masukkan semua bahan-bahan yg dikisar ke dalam kuali
besar dan tumis hingga garing dan harum. Masukkan daging dgn air rebusan
daging dan serai yg dititik kacau hingga sebati.
Masukkan santan. Masak dengan api sederhana sehingga ayam lembut dan
kuahnya pekat dan naik minyak.
Masukkan gula melaka biarkan ia cair pas tu masukkan air asam jawa,
kerisik, garam dan gula secukup rasa.
Rasakan garam dan bila telah pekat taburkan daun limau perut dan daun
kunyit yg dihiris dan boleh hidangkan.

AYAM ROS PANDAN


by: Che Mat Gebu
7 - 8 keping ayam (guna bahagian peha dan kepak, lagi sedap)
2 batang serai, dititik
2 helai daun limau purut
1 helai daun pandan, koyakkan dan simpul
1 cawan air
1 camca besar gula melaka
2 camca besar bawang goreng
Sedikit gula
Garam secukup rasa
1 batang kayu manis
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan.
Bahan dikisar
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 biji tomato merah
7 biji cili merah
2 biji buah keras
1/2 inci halia
1/3 inci lengkuas
1 camca besar sos tomato
Ayam dibersihkan, gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit, kemudian
goreng embal2 (lembap2 jangan garing sangat). Ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus bersama serai, daun
pandan, daun limau purut dan kulit kayu manis hingga wangi dan garing.

Tuang air dan kacau rata. Masukkan ayam tadi, gaul dan kecikkan api, Masak
hingga pekat.
Tambah gula melaka, garam secukup rasa dan bawang goreng, kacau rata
dan masak sekejap lagi hingga kelihatan sedikit kering. Rasa dan jika ok
boleh matikan api. Hidangkan dengan taburan daun bawang dan bawang
goreng..

ROTI JALA
By : Adnan Ibrahim
1 cawan tepung gandum
3/4 cawan air
1/2 cawan susu segar ~ optional, kalau tak nak susu, letak air
2-3 titik pewarna makanan kuning
1 biji telur
3 camca besar mentega air atau minyak zaitun
Secubit garam
Satukan semua bahan2 di atas kecuali sos pencicah.
Kacau rata dengan whisk dan tapis bancuhan tadi.
Ketepikan 10 minit.
Panaskan non-stick pan, mat guna saiz 10 inci.
Lenser dengan sedikit minyak zaitun (lap dengan paper towel bersih yang
dicelop sedikit minyak). Bila panas, paip kan adunan yang telah diisi dalam
acuan botol sos bermuncung tiga secara zig-zag. Kemudian buat kaedah
sama tapi kali ini bertentangan jaluran tadi.
Masak dengan api kecil, bila permukaan roti jala nampak pucat
Kemudian dari pangkal, gulung perlahan2 hingga ke hujung.
Kemaskan dan alih dalam pinggan.
Buat kaedah sama untuk baki adunan, hingga siap.
Hidangkan bersama sos kegemaran atau sambal tumis.
* Acuan popia ni ita beli di Daiso kat KL
Ita ada perasan ada org jual kat FB tapi masih tak dapat lagi tau siapa..
Kepada sesiapa yang jual boleh tinggalkan link utk ita masukkan dalam ni,
supaya bila ada kawan-kawan yang berkenan boleh dapatkan..
Kepada sesiapa yang ingin dapatkan acuan roti jala boleh hubungi kak Jee

Anda mungkin juga menyukai