Anda di halaman 1dari 17

PENGENALAN

Penggunaan Teknologi Komunikasi dan Maklumat atau ICT dalam Mata


Pelajaran Pendidikan Seni Visual adalah merentas kandungan kurikulum
Pendidikan Seni Visual itu sendiri. Penggunaan ICT mestilah dilihat sebagai
satu tambahan kepada alat Pengajaran dan Pembelajaran atau Teknologi
Pengajaran yang berkesan. Penggunaan ICT juga mampu menghasilkan
kerja seni yang diberi nilai tambah dan juga kerja seni digital bermutu dalam
komuniksai visual dan bukan dilihat sebagai alat untuk menggantikan
penggunaan
media

secara

manual

dalam

Pendidikan

Seni

Visual.

Pendekatan ICT yang terbaik apabila ICT digunakan secara bijak dan
terancang mampu meningkatkan proses keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Persoalan seperti kenapa, perisian apa
dan bila ICT perlu digunakan mestilah sesuai dengan keperluan sesuatu topik
pengajaran Pendidian Seni Visual supaya dapat membuahkan hasil kerja
seni

yang

dinamik

dan

memuaskan.

ICT dalam Pendidikan Seni Visual lebih merujuk kepada kemampuan


teknologi itu sendiri, yang berfungsi sebagai satu alat kemahiran yang
member i sokongan kepada mur id, guru, panitia serta organisasi sekolah
bagi menyempurnakan tugas serta kew ajipan yang ada kaitan dengan
pengajaran

dan

melaksanakan

pembelajaran

kegiatan

Seni

serta

Visual

sebagai

yang

salah

satu

kaedah

terancang

dan

menarik.

1. Untuk menyediakan w arga pendidik seni visual dalam menghadapi


perkembangan

ICT

masa

kini

dan

akan

datang.

2. Untuk menyediakan murid dengan pengetahuan seni digital yang telah


menjadi

salah

satu

diminati

serta

kompetitif

jurusan
di

yang
IPT.

3. Sebagai satu tar ikan serta salah satu cara penyelesaian masalah seni reka
dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual
yang lebih mudah, pantas dan berkesan.
ICT dalam Pendidikan Seni Visual
ICT

dalam

Pengajaran

dan

Pembelajaran

PSV

Penggunaan perisian multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual
adalah merupakan suatu strategi para panitia seni dalam usaha untuk mempelbagaikan kaedah
serta strategi dalam pengajaran seni dan seterusnya dapat mempastikan objekif pengajaran
yang dirancangkan dapat tercapai dengan sepenuhnya. Pengaplikasian persembahan
multimedia dalam pengajaran serta pembelajaran Pendidikan Seni Visual adalah suatu bentuk
persembahan yang dapat mengabungjalinkan unsur-unsur seperti teks, grafik, audio, video
serta elemen animasi.

Melalui penggunaan persembahan multimedia ini, segala kemahian, pengetahuan serta


maklumat yang disampaikan semasa pengajaran akan dapat disampaikan secara menarik serta
berkesan. Keadaan tersebut akan membantu para pelajar untuk menjalani pengajaran dan
pembelajaran secara efektif dan menyeronokkan.
Komputer digunakan secara meluas dalam kerja-kerja mereka bentuk grafik
oleh juru reka bentuk bangunan di samping dapat berfungsi untuk
menghasilkan ilustrasi dan animasi.Ilustrasi adalah suatu komponen reka
bentuk

grafik

yang

bertujuan

untuk

memberikan

gambaran

bagi

menjelaskan sesuatu keterangan serta mesej tentang sesuatu rekaan serta


objek.Sebagai

contohnya,

dalam

sesebuah

papan

iklan

yang

dihasilkan,ilustrasi berfungsi untuk memberi serta menyampaikan maklumat


kepada umum.Oleh yang demikian, penggunaan teks dalam iklan tersebut
adalah

tidak

memadai

serta

pengguna.Pengabungjalinan

kurang

unsur-unsur

memberi
atau

penjelasan

elemen

kepada

ilustrasi

yang

terdapat dalam papan iklan tersebut akan dapat menjadikan papan iklan
tersebut menarik dan dapat menyampaikan mesej secara tepat dan

berkesan.Jenis-jenis ilustrasi adalah seperti ilustrasi alam semula jadi, teknikal,


maklumat dan sebagainya.

Persembahan

Elektronik

dalam

Pengajaran

&

Pembelajaran

PSV.

Penggunaan perisian mutimedia (Power Point ) sebagai alat bantu mengajar dalam mata
pelajaran Pendidikan Seni Visual mampu mewujudkan suatu bentuk pembelajaran yang
berkesan serta bermutu. Perkara utama yang harus diberi tumpuan semasa membina perisian
persembahan elektronik adalah dengan mengabungkan unsur-unsur animasi, hyperlink, grafik
,audio, video dan juga teks. Usaha tersebut bukan sahaja bertujuan untuk menjadikan
persembahan menarik serta mencabar, tetapi juga mampu menarik perhatian pelajar.
1.0

PENDAHULUAN
Sedasarwasa

ini,

perkembangan

kurikulum

yang

semakin

kompleks

memerlukan kemahiran pemikiran dan penaakulan yang tinggi agar dapat


diproses dengan teknologi multimedia merentasi pelbagai displin ilmu yang
ada pada dewasa ini. Penggunaan perisian multimedia merupakan satu
medium dan juga cara penyampaian pengajaran konvensional kepada
model baharu pengajaran dan pembelajaran berasaskan pelajar. Menurut
Sharifah Maimunah (2003), Pengarah Pusat Perkembangan, menyatakan
bahawa bermula daripada tahun 2003, mata pelajaran Sains dan
Matematik telah diajar di dalam bahasa Inggeris. Justeru, dengan adanya
teknologi maklumat (ICT), ianya dapat memberikan satu kelebihan kepada
pelajar mendalami ilmu pengetahuan dan kemahiran kerana mereka dapat
membuat pencarian ilmu tersebut daripada pelbagai sumber yang
kebanyakannya ditulis di dalam Bahasa Inggeris.
Bidang pendidikan merupakan satu bidang yang paling penting ke arah
merealisasikan Wawasan 2020. Dalam konteks pendidikan negara pada
dewasa

ini,

ia

merupakan

suatu

usaha

berterusan

ke

arah

memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu

untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani. Pendidikan memainkan peranan penting bagi
menjana pertumbuhan ekonomi yang cergas, mempertingkatkan daya
saing negara dan menambah baik kualiti hidup penduduk sesebuah negara.
2.0

PERBINCANGAN UMUM APLIKASI PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN


DAN PEMBELAJARAN SUBJEK BAHASA MELAYU DI DALAM KELAS

Menurut Abd. Rahim (2000), menyatakan bahawa Malaysia sebagai pusat


kecemerlangan pendidikan memerlukan satu rombakan baharu dalam dasar
pendidikan tinggi khususnya dari segi liberalisasi, pendemokrasian dan reformasi
pendidikan tinggi. Justeru, guru hari ini perlu menguasai konsep pengajaran
berbantukan komputer agar pemahaman yang mantap terhadap konsep tersebut dapat
memberi kesan kepada mutu pengajaran dan pembelajaran guru. Ini disebabkan
terdapat pelbagai pemahaman terhadap konsep yang diberikan oleh guru-guru pada
hari ini. Tiga komponen utama yang perlu ada di dalam pengajaran
bahasa

berbantukan

komputer

iaitu

komputer,

bahasa

dan

pembelajaran (Finkbeiner, 2001). Guru pada peringkat awal perlu


memahami

konsep

dan

prosedur

pelaksanaan

pengajaran

menggunakan komputer agar memberikan kesan yang optimum


kepada pelajar. Penggunaan komputer dalam pengajaran bahasa
ada dilakukan oleh guru Bahasa Melayu. Namun, penggunaan yang
tidak menyeluruh dari segi keperluan perlu diberikan perhatian.
Contohnya,

penggunaan

komputer

dalam

kemahiran

menulis

menggunakan aplikasi perisisan Microsoft Word sepatutnya diberikan


perhatian kerana penggunaan komputer mampu membantu pelajar
dalam

menyusun

organisasi

teks

serta

dapat

memudahkan

penyuntingan dilakukan. Bagi memastikan keberkesanan pengajaran, bahan


bantu yang digunakan perlulah dapat membantu guru menyampaikan pengajaran
dengan lebih berkesan (Yahya Othman, 2007). Kesan penggunaan komputer dalam
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual juga didapati positif dengan

kebanyakan sampel menyatakan demikian. Antaranya ialah penggunaan komputer


dapat memupuk minat yang mendalam terhadap penghasilan karya seni .
Kajian

yang

penggunaan

dijalankan

oleh

Saad

komputer

dalam

Al

Kahtani

pengajaran

(1999)

menulis

menunjukkan

karangan

dapat

memberi kesan terhadap pencapaian pelajar. Kekangan yang dihadapi


oleh guru Bahasa Melayu dalam melaksanakan pengajaran berbantukan
komputer meliputi aspek kursus peningkatan, pelajar yang pelbagai
kecerdasan, teknologi komputer yang sering berubah, masa yang diperlukan
untuk membuat persediaan pengajaran, dan sebagainya boleh memberi
kesan terhadap pengajaran.

Stallard (1998) pula menghuraikan faktor

kebolehan guru dalam pengendalian komputer, penyediaan bahan


pengajaran dan strategi yang sesuai digunakan merupakan kekangan yang
sering dihadapi.
Dalam hal ini, perancangan dan persediaan pihak pentadbir sekolah dalam
menyediakan guru-guru agar benar-benar menguasai kemahiran tersebut
perlu dilakukan secara professional. Masalah dalam penggunaan komputer perlu
dihadapi dengan memberikan penekanan kepada penggunaan ICT dalam pengajaran
sebagaimana yang ditekankan oleh Kementerian Pelajaran. Sukatan pelajaran Bahasa
Melayu perlu dirujuk untuk melihat keperluan menggunakan komputer dalam pengajaran.
Selain itu, penekanan pengajaran secara integrasi dalam mata pelajaran yang lain juga
mampu untuk membantu pelajar mahir dalam sesuatu tajuk (Hokanson & Hooper, 2004).
Guru

sentiasa

mencari

pendekatan

baharu

bagi

mengajar

mata

pelajarannya yang dapat memotivasikan pelajar melakukan penyelidikan,


menelaah, menulis dan meransang pelajar mendapatkan maklumat yang
diperlukan. Kepercayaan kini perisian multimedia berbantukan komputer adalah cara
mentransformkan pendidikan yang paling efisien dan berkesan. Menurut Ismail (2002),
perisian multimedia boleh menjadi pemudah cara yang kuat bagi pengajaran dan
pembelajaran dengan sebab-sebab dan kebijaksanaan untuk berjaya. Sebagai contoh, seorang
guru boleh menggunakan aplikasi Microsoft PowerPoint dalam subjek seni visual untuk

menyatakan langkah- langkah bersama gambar- gambar abstrak berkenaan. Keadaan ini
bukan sahaja dapat memberi satu pendekatan pengajaran yang baharu tetapi memberi satu
nilai tambah kepada para pelajar terutamanya murid-murid di sekolah rendah bagi meminati
subjek seni visual.

2.1 KEBAIKAN PENGAJARAN BERBANTUKAN ICT KEPADA GURU

Proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan Power Point sememangnya dapat
membantu dan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dan juga
dapat mengurangkan beban tugas guru. Oleh itu, pembelajaran berbantu multimedia ini
dapat menjadi sumber rujukan dan motivasi kepada guru bagi membuat dan seterusnya
menghasilkan inovasi pada pengajaran agar proses pengajaran dan pembelajaran lebih
difahami dan diikuti oleh pelajar.
2.2 KEBAIKAN PENGAJARAN BERBANTUKAN ICT KEPADA MURID
Pembelajaran berbantu multimedia juga dapat meningkatkan prestasi murid-murid di
samping memberi pendedahan kepada guru dan pelajar terhadap
penggunaan

teknologi

multimedia

sebagai

bahan

bantu

mengajar. Dengan secara tidak langsung, ianya dapat meningkatkan imej


sekolah yang terlibat sebagai sebuah sekolah yang memenuhi hasrat
kerajaan untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dan gemilang serta
lengkap dengan nilai intelek, rohani, emosi dan jasmani (JERI).
kerana pembelajaran berbantu multimedia dapat mempelbagaikan bahan
rujukan pelajar kerana ia boleh diaplikasikan dengan pelbagai aktiviti
pembelajaran seperti teks, meneliti gambar, video, visual pembelajaran dan
sebagainya. Selain daripada itu pelajar tidak perlu terikat dengan sesuatu
gaya pembelajaran dan pembelajaran berbantu multimedia ini dapat
menangani
mengindividukan

masalah
pengajaran

perbezaan
mengikut

pelajar

kebolehan

mereka

dengan
(Sharifah

Alawiah , 1987).

Secara tidak langsung ianya akan meningkatkan

kefahaman pelajar dan seterusnya meningkatkan pencapaian pelajar

2.3 GAYA PEMBELAJARAN


Gaya

pembelajaran

merupakan

satu

set

ciri-ciri

peribadi

yang

mempengaruhi bagaimana seseorang itu menerima, mengumpul dan


memproses

maklumat.

Semasa

di

dalam

bilik

darjah,

murid-murid

mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza. Model Gaya Pembelajaran


Dunn & Dunn (1974) berfokuskan kepada 18 elemen yang mampu
mempengaruhi kebolehan belajar seseorang murid. Justeru, kesemua 18
elemen tersebut dapat diklasifikasikan kepada 4 kategori iaitu persekitaran,
Emosional,

Sosiologikal

dan

Fizikal.

Berikut merupakan

prinsip

Gaya

Pembelajaran Dunn & Dunn :

Kebanyakkan individu mampu dan boleh belajar;

Setiap individu mempunyai gaya pembelajaran tertentu;

Gaya pembelajaran individu bertindak balas dengan iklim, sumber dan


pendekatan pengajaran dan pembelajaran;

Dengan iklim, sumber dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang


bersesuaian

dengan

gaya

pembelajaran,

seseorang

dapat

mengoptimumkan proses pembelajarannya.


2.3.1 TEORI PEMBELAJARAN BERBANTUKAN ICT
Menurut Fox (2003), teori ini disebut oleh Cotton, J. (1995), selepas Taylor
1980, menyatakan bahawa komputer bertindak sebagai tutor, tutee dan
alat.

Komputer

merupakan

tutor

dalam

teori

behaviorisme

yang

dikemukakan oleh Skinner yang membantu pembentukan program ILS


(Integrated Learning Systems). Sebagai contohnya, penggunaan perisian

Microsoft Power Point dalam subjek sains di dalam kelas, kebanyakkan murid
seronok

dan

teknologi.
membantu

mudah

menerima

pembelajaran

dengan

berbantukan

Selain itu, komputer juga merupakan tutee dimana dapat


murid-murid

dalam

penggunaan

komputer

secara

lebih

efektif. Manakala menurut Teori Konstruktivisme, komputer dapat membantu


murid-murid bukan sahaja celik komputer, tetapi boleh membantu muridmurid dalam menguasai subjek yang lain. Dalam konteks ini, pengajaran
berbantukan komputer dengan menggunakan aplikasi Microsoft Word,
Power Point dan Excel semasa proses pengajaran berlangsung di dalam
kelas dianggap sebagai scaffolding yang membolehkan murid-murid
berkemahiran, membentuk idea dan memahami maklumat yang sukar
difahami secara tuntas.
2.4 KEGUNAAN DAN KEBAIKAN Microsoft Powerpoint
Dasawarsa, terdapat pelbagai perisian yang digunakan pada hari ini untuk
membangunkan persembahan elektronik untuk dijadikan bahan bantu
mengajar

kepada

murid-murid.

Antaranya

adalah

Microsoft

Powerpoint.

Merujuk kepada Shaifol (2004), penggunaan media unsur

animasi, grafik, audio, video dan teks dalam satu persembahan pengajaran
akan membuatkan sesuatu persembahan elektronik atau multimedia
tersebut menjadi lebih menarik minat murid, dapat memberi motivasi
kepada murid-murid dan juga guru dan mudah difahami oleh semua
kelompok di sekolah.
Persembahan Microsoft Powerpoint dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas dijalankan menerusi paparan slaid demi slaid
menjadikan persembahan multimedia boleh digunakan sebagai pelantar
dalam membuat gerakkan animasi tanpa rendering. Pada kebiasaannya,
persembahan elektronik ini biasanya digunakan sebagai preview di
peringkat awal sebelum animasi disusun. Tujuan gerakkan animasi ini adalah

bagi menilai gerakkan tanpa menggunakan proses rendering yang


mengambil masa yang lama.
Cara mengoperasikan Microsoft Powerpoint ini lebih kepada mesra
pengguna dimana butang arahan mudah difahami dan tidak perlu
menggunakan

pengaturcaraan.

Justeru,

oleh

kerana

sifat

perisian

persembahan multimedia yang menarik dimana boleh menggabungkan


lima elemen media iaitu video, animasi, grafik, audio dan teks, perisian ini
sangat sesuai digunakan dalam membentuk backdrop persembahan dalam
apa jua program atau majlis yang diadakan di sekolah mahupun di luar
sekolah.
Oleh yang demikian, penggunaan perisian persembahan elektronik
digunakan secara meluas dalam proses pengajaran dan pembelajaran
dalam kelas.

Persembahan multimedia menerusi Microsoft Powerpoint

dalam pengajaran di dalam kelas menjadikan proses pengajaran dan


pembelajaran lebih menarik serta berkeupayaan mengilustrasikan idea-idea
yang sukar dan dapat memotivasikan murid-murid secara keseluruhannya.
2.4.1

REKA LETAK DALAM PERISIAN MICROSOFT Powerpoint

Reka letak dalam perisian persembahan elektronik atau multimedia


merupakan ilmu atau kemahiran yang digunakan bagi meletakkan
menyusun media pada paparan untuk membentuk satu persembahan yang
menarik. Keupayaan meletak dan menyusun elemen media yang baik dan
berkesan memberi kesan yang positif terhadap persembahan.
2.4.1.1

Prinsip Reka Letak CASPER

Prinsip reka letak CASPER merupakan panduan menyusun media seperti teks,
grafik, animasi dan video pada sesuatu persembahan yang dapat

merangsang perhatian dan minat murid-murid di sekolah.

Skrin yang

diletakkan dengan media tanpa dirancang menyebabkan persembahan


multimedia yang kurang menarik.

Prinsip reka letak CASPER adalah

berdasarkan perkataan CASPER berikut :


i) Contrast (Perbezaan yang Ketara)
Bagi menunjukkan perbezaan antara dua objek, warna yang kontra bagi
membezakan

antara

unsur

dengan

latar

belakang

paparan

bagi

membezakan dua item yang berlainan. Perbezaan font, objek besar dan
kecil, garis halus dengan kasar, tekstur licin dengan kasar, unsur mendatar
dengan menegak, garis berjauhan dengan berdekatan dan grafik kecil dan
besar.

ii)

Alignment (Susunan Lurus)


Setiap item yang diletakkan dalam muka perisian harus seimbang dengan
muka perisisan agar kelihatan menarik.

iii)

Simplicity (Mudah)
Grafik dan animasi perlu ringkas dan dapat merangsang pengguna untuk
memahami maksud yang hendak disampaikan. Dengan kata lain, ianya
dapat memudahkan penerokaan dan merangsang pemikiran. Pemikiran
yang dipilih perlulah ringkas, bersesuaian dengan pengguna dan mudah
difahami.

iv)

Proximity (Berhampiran)

Item yang digunakan dalam muka perisian harus dikumpulkan pada satu
kawasan. Item-item yang berkaitan dilihat sebagai satu kumpulan dan tidak
terpisah-pisah.
v)

Emphasis (Penekanan)
Memberi penekanan terhadap perkara yang dirasakan penting. Tidak
digalakkan menggunakan terlalu banyak elemen sampingan. Ini kerana,
murid-murid akan lebih tertumpu kepada elemen sampingan tersebut.

vi)

Repetition (Pengulangan)
Pengulangan menggunakan persembahan media yang berlainan akan
membantu pemahaman dalam kalangan murid-murid semasa proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

2.6 MULTIMEDIA DALAM PENDIDIKAN


Multimedia merupakan integrasi elemen-elemen teks, audio, grafik, animasi,
dan video dengan menggunakan komputer sebagai alat persembahan
untuk membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung
secara signifikan. Reka bentuk pengajaran dan pembelajaran berbantukan multimedia
merupakan satu disiplin tentang kefahaman dan penambahbaikan proses pengajaran secara
sistematik bagi memperolehi nilai tambah dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang
dijalankan oleh seorang guru.
Menurut Jamaluddin dan Zaidatun (2003), penggunaan perisian multimedia sudah
semestinya mendatangkan kebaikan kepada pelajar di dalam pendidikan. Penggunaannya
dapat mengatasi kelemahan serta masaalah yang dihadapi di dalam proses pengajaran biasa di
dalam kelas yang dilaksanakan secara tradisi. Ia juga menjadi perangsang kepada guru serta
menjadi alat yang dapat membantu guru menyampaikan pengajaran dengan berkesan.

Antara beberapa feadah pembelajaran dengan menggunakan perisian


multimedia adalah:
i) Menyokong Pembelajaran Kendiri.
Penggunaan

teknologi

multimedia

membolehkan

pembelajaran

kendiri dilaksanakan dengan lebih berkesan. Murid-murid boleh memilih


masa, kandungan serta hala tuju pembelajaran mereka dengan kadar yang
cepat kerana program multimedia memberi peluang serta kebebasan
kepada pelajar untuk memilih maklumat yang digemari mengikut kebolehan
individu. Di samping itu, murid-murid berpeluang belajar tajuk yang susah
berulang kali sehingga pemahaman dicapai.
Pembelajaran berbantu multimedia sebagai salah satu media pembelajaran
dapat digunakan secara berkesan untuk memenuhi keperluan pelajar yang
berbeza

dari

segi

keupayaan,

intelek

dan

gaya

pembelajaran.

Pembelajaran individu merupakan satu sistem pelbagai dan prosedur


pembelajaran yang fleksibel dimana pelajar diberikan tanggungjawab untuk
merancang dan melaksanakan pembelajaran mereka.

ii)

Membantu Menyelesaikan Masalah Guru Dalam Pengajaran


Perisian multimedia telah membuka jalan baru dalam bidang pendidikan.
Ciri-ciri perisian Multimedia yang lebih mesra, tidak jemu, tidak penat, dan
tidak sakit hati menjadikan ia sangat sesuai bagi para pelajar terutamanya
bagi pelajar-pelajar yang kurang cerdas. Contohnya, strategi latih tubi di
mana beberapa percubaan perlu dilakukan oleh pelajar. Pembelajaran
menggunakan multmedia dapat memberikan tindak balas serta-merta
kepada pelajar. Secara tidak langsung ia dapat memberi peneguhan yang
sangat positif.

iii)

Membantu Imaginasi Terhadap Perkara Abstrak


Elemen-elemen media yang terdapat dalam pengajaran dan pembelajaran
berasaskan multimedia seperti warna, muzik, animasi dan visual boleh
menambahkan realisme dalam pembelajaran secara latih tubi, ujikaji dalam
makmal, permainan simulasi dan sebagainya.
Dengan hal ini, elemen multimedia dapat menerangkan sesuatu pengajaran
yang kompleks menjadi mudah untuk difahami dengan contoh-contoh yang
sebenar yang tidak dapat diterangkan dengan menggunakan teks.

iv)

Keseronokan Belajar dan Menjana Pemikiran Pelajar


Menerusi pengunaan multimedia, ianya berbeza dengan pengajaran dan
pembelajaran biasa yang memperlihatkan guru membaca teks di hadapan
sambil pelajar mendengar. Penggunaan perisian multimedia menjadikan
pelajar lebih seronok belajar apabila perisian tajuk yang digunakan
menyelitkan animasi dan watak-watak tertentu yang dilakonkan mengikut
tema kurikulum subjek itu. Selain itu, penggunaan multimedia ini mampu
melahirkan

pelajar

yang

mahir

berfikir,

kreatif

dan

kritis.

Secara

keseluruhannya, ciri-ciri inilah yang diharapkan oleh pihak kementerian


pendidikan dalam menyediakan pelajar yang cemerlang.
2.7 SARANAN DAN CADANGAN MASA HADAPAN
Penggunaan perisian multimedia sebagai modul pengajaran dalam mata
pelajaran adalah amat berkurangan. Hasil dari beberapa kajian lepas,
dapat membantu guru sebagai bahan bantu mengajar kerana ia dapat
meningkatkan motivasi dan pencapaian murid-murid tetapi ia tidaklah

secara

menyeluruh

kerana

peningkatan

prestasi

murid-murid

tidak

meningkat 100%. Masih terdapat banyak kekurangan yang boleh ditampung


pada masa hadapan terutamanya dari segi penyediaan modul multimedia
dengan lebih terperinci.
Bagi tujuan penambahbaikan, penggunaan perisian perlu diperluaskan agar
pelajar dapat memahami konsep dengan lebih jelas. Para guru juga
haruslah membuat lebih banyak penyelidikan bagi menyediakan bahan
pembelajaran berbantukan multimedia lebih menarik dan efisien. Guru-guru
tidak hanya mengharapkan kepada perisian yang sedia ada malah mampu
membina sendiri perisian multimedia dengan menggunakan perisian
pengarangan multimedia seperti Macromedia Director, Microsoft Power
Point dan sebagainya bagi membantu pelajar memperolehi keputusan yang
lebih cemerlang.
Dalam konteks pendidikan pada hari ini, guru perlu didedahkan kepada
idea baharu dan peluang dalam kerjaya profesion keguruan mereka seperti
menghadiri kursus ICT jangka pendek. Pihak sekolah juga perlu mengambil
inisiatif memajukan profesion keguruan dalam konteks penggunaan ICT
dalam pendidikan agar guru-guru yang berkhidmat di sekolah menerima
transformasi dan kemajuan dalam kerjaya profesion keguruan.
Program perkembangan staf yang melibatkan profesion keguruan di
sekolah-sekolah
kemudahan

haruslah

dirancang

dengan

sekolah

hendaklah

dipantau

di

baik.
bagi

Pasarana

dan

membolehkan

penggunaan komputer secara meluas dalam kalangan guru-guru. Pada


hari ini, masih banyak ruang kosong yang mampu diisi dan digunakan untuk
mempertingkatkan

lagi

pengajaran

dan

pembelajaran

dengan

menggunakan komputer terutama dalam era globalisasi di mana ilmu boleh


didapati hanya di hujung jari sahaja. Penggunaan komputer dan Internet
diyakini akan dapat membantu mewujudkan suasana pembelajaran bestari

yang menekankan tiga unsur penting iaitu, self access, selffaced, dan self
directed. Seterusnya gabungan pengajaran guru berasaskan teknologi
maklumat dan komunikasi serta penerapan nilai murni semasa pengajaran
terutamanya semasa penerokaan ledakan sumber maklumat melalui
Internet.
Pengajaran berbantukan komputer seperti penggunaan perisian multimedia
dalam sistem pembelajaran adalah berguna sebagai satu alternatif selain
pengajaran

tradisional.

Teknologi

Multimedia

adalah

teknik

untuk

meningkatkan kefahaman dan ingatan terutamanya pada murid-murid


khasnya, di samping memotivasikan mereka. Bahan pengajaran seperti
perisian multimedia tidak boleh menggantikan tempat guru tetapi boleh
digunakan sebagai satu cara menarik minat murid-murid untuk belajar
dengan lebih baik.
Kaedah

pengajaran

tradisional

chalk and

talk

perlu

diubah

untuk

disesuaikan dengan kaedah mengajar menggunakan peralatan ICT seperti


menggunakan

projektor

LCD,

komputer

dan

persembahan

PowerPoint. Teknologi maklumat menyediakan peluang kepada golongan


guru sekolah rendah untuk mempelajari sesuatu perkara dan kaedah baru
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Antara cabaran-cabaran yang dihadapi oleh pihak guru termasuklah
kekangan

menghabiskan

sukatan,

sikap

negatif

guru,

kekurangan

kemahiran, kekurangan prasarana dan bahan sokongan serta sumber


kewangan yang tidak mencukupi. Bagi mengatasi cabaran-cabaran yang
dihadapi oleh guru, pelbagai usaha perlu dilaksanakan supaya ICT dapat
digunakan dengan sepenuhya disekolah. Bagi melaksanakan pembaharuan
ini, guru harus bersedia mengambil cabaran baharu dan melaksanakannya
di sekolah.

3.0

KESIMPULAN

Howard Gardner (1983) menyatakan bahawa Teori Kecerdasan Manusia


sebagai satu medium untuk memupuk minda murid untuk mencapai
kecemerlangan dalam pelajaran. Teori ini menyokong bahawa pendidikan
seni mempunyai peranan yang penting dalam kurikulum yang ada. Oleh
yang demikian, seseorang guru itu haruslah memberi galakan kepada muridmurid untuk mengenal potensi diri masing-masing seterusnya menggunakan
kelebihan yang ada dalam diri mereka. Dalam konteks ini, guru harus
merancang aktiviti pembelajaran yang mempunyai variasi dan bersepadu
bagi memenuhi keperluan murid yang lebih mencabar ditambah lagi
dengan persekitaran yang memberikan inspirasi dan motivasi.

Pendidikan hari ini tidak lagi hanya mengunakan kapur tetapi lebih kepada teknologi
multimedia yang mampu meningkatkan kreativiti dan inovasi guru. Pendidikan tidak lagi
hanya berada di bilik darjah semata-mata tetapi guru dan pelajar boleh melangkah keluar bagi
melihat pengajaran dan pembelajaran yang serba baharu. Berdasarkan kepada Kementerian
Pendidikan Malaysia dalam bukunya Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006
menyatakan bahawa Misi Nasional dan Rancangan Malaysia ke Sembilan telah menetapkan
Pembagunan Minda insane kelas pertama sebagai salah satu teras utama ke arah mencapai
Wawasan 2020. Sistem pendidkan dan kurikulum sekolah telah menerapkan teknologi dan
maklumat ini dan berusaha maju serta memupuk minat di samping memupuk minat dan
mengukuhkan lagi sikap positif dalam kalangan murid dan pelajar serta pendidik terhadap
perkembangan teknologi maklumat ini. Teknologi dan perisian komputer ini bukan sahaja
membantu dalam pengurusan dan pentadbiran, tetapi memberi nilai tambah yang sangat
berguna dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara total.
Kesimpulannya, dunia pendidikan pada hari ini sedang mengalami zaman penuh cabaran
terutama dari segi pandangan umum terhadap kepentingannya dalam pengajaran (A. Aziz
Deraman, 2007). Walaupun demikian, aspek pengajaran perlu diberikan perhatian dengan
menekankan penguasaan kemahiran seni yang diajarkan. Penggunaan komputer dalam
pengajaran berupaya meningkatkan lagi keupayaan pelajar dalam menguasai semua subjek
dengan lebih baik. Oleh itu, aspek latihan dalam perkhidmatan, penyediaan

bahan pembelajaran interaktif, menggalakkan penggunaan internet dalam


pengajaran serta penyediaan teknologi yang sesuai dengan keperluan
semasa perlu diberikan perhatian.

RUJUKAN
A.Aziz Deraman (2007). Bahasa Melayu dan cabaran global.
Dewan Bahasa, 7(2), 26-30.
Cuban, L. (2001). Oversold and underused: Computers in the classroom.
Cambridge, Mass.:
Harvard University Press.
Ertmer, P. A. (1999). Addressing first- and second-order barriers to change:
Strategies for
technology integration. Educational Technology Research and
Development, 47 (4), 47-61.
Finkbeiner, C.(2001). One and all in CALL? Learner, moderator dan
researcher. Computer
Assisted Language Learning. 14 (3-4), 339-361 (54) 1st International Malaysian
Educational Technology Convention
Grove, K., Strudler, N., & Odell, S. (2004). Mentoring toward technology use:
Cooperating
teacher practice in supporting student teachers. Journal Of Research on
Technology in Education. 37(1), 85-110.
Hokanson, B., & Hooper, S. (2004). Integrating technology in classrooms: We
have met the enemy and he is us. Paper presented at the annual convention
of the Association for Educational Communications and Technology,
Chicago, IL, October 19-23. (ERIC Document Reproduction Service No.
ED485143)
Jeong-Bae Son (2006). Using online discussion groups in a CALL teacher
training course.
Regional Language Centre Journal. 37(1), 123-135
Saad Al Kahtani (1999). Electronic portfolios in ESL writing: An Alternative
Approach. Computer Assisted Language Learning. 12 (3), 261268
Yahya Othman (2007). Bahan bantu mengajar memperkukuh Bahasa
Melayu. 14
Dewan Bahasa

Anda mungkin juga menyukai