Anda di halaman 1dari 11

Kisah Pengajaran Daripada Kisah Nabi Daud a.s.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad
SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,


Nabi Daud adalah nabi daripada keturunan Bani Israil. Kisah baginda banyak diceritakan dalam al-Quran.

Secara ringkasnya adalah seperti berikut :

1. Nabi Daud a.s.dapat membunuh Jalut dan mengalahkan tenteranya dalam usia remaja. Baginda
mengantikan Talut menjadi raja untuk Bani Israil.

2. Menerima Kitab Zabur.

3. Berkemampuan melembutkan besi melalui tangannya sendiri.

4. Mencari nafkah melalui usaha tangannya sendiri.

5. Memastikan setiap ahli keluarga baginda beribadah sepanjang malam berganti-ganti diantara
mereka).

6. Mempunyai suara yg merdu sehinggakan burung-burung berhenti terbang kerana mendengar


kemerduan suara baginda.

7. Memahami bahasa binatang.

Nabi Muhammad SAW ada menyatakan dalam hadis sahih bahawa sebaik-baik puasa adalah puasa Nabi
Daud, sehari puasa dan sehari berbuka dan sebaik-baik solat adalah solat Nabi Daud a.s.

Daripada Abdullah bin 'Amru ibnu al-'As katanya, telah bersabda Rasullullah SAW. bermaksud: "Puasa
yang paling disukai oleh Allah SWT. ialah puasa Nabi Daud dan solat yang paling disukai Allah SWT. ialah
solat Nabi Daud, baginda tidur separuh malam dan bangun beribadah sepertiga malam dan tidur
seperempat malam dan baginda berpuasa sehari dan berbuka sehari." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sahabat yang dimuliakan,


Terdapat beberapa kisah pengajaran daripada kehidupan Nabi Daud a.s .

Kisah Pertama : Malaikat maut bersama Nabi Daud a.s.

Allah panjangkan usia seseorang kerana menyambungkan silaturahim yang terputus :

Mengikut riwayat, pada suatu ketika malaikat maut datang kepada Nabi Daud. Pada masa itu kelihatan
seorang lelaki duduk di depannya.

Malaikat maut berkata "Enam hari lagi, orang ini akan dicabut nyawanya".

Bagaimanapun, selepas beberapa hari, Nabi Daud menjenguk lelaki itu yang ternyata dia masih hidup.
Bahkan keadaannya bertambah sihat. Lelaki itu juga kelihatan bertambah muda berbanding
sebelumnya.

Nabi Daud pun bertanya kepada malaikat maut,"Mengapakah demikian (dia masih hidup) sedangkan
katamu tinggal enam hari saja lagi lelaki itu akan dicabut nyawanya?".

Malaikat maut pun menjawab. "Ketika itu, selepas beredar dari hadapanmu, dia sudah menyambung
silaturahimnya yang sudah lama terputus, maka Allah menambahkan umurnya hingga 20 tahun lagi."

Kisah Kedua : Kisah Nabi Daud a.s dengan ulat merah.

Dalam sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika tatkala Nabi Daud a.s sedang
duduk dalam suraunya sambil membaca kitab az-Zabur, dengan tiba-tiba dia terpandang seekor ulat
merah pada debu.

Lalu Nabi Daud a.s. berkata pada dirinya, Apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini?

Sebaik sahaja Nabi Daud a.s selesai berkata begitu, maka Allah pun mengizinkan ulat merah itu berkatakata.

Lalu ulat merah itu pun mula berkata-kata kepada Nabi Daud a.s : Wahai Nabi Allah! Allah SWT telah
mengilhamkan kepadaku untuk membaca Subhanallahi walhamdulillahi wala ilaha illallahu wallahu
akbar setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada malamnya Allah mengilhamkan kepadaku supaya
membaca Allahumma solli ala Muhammadin annabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi wa sallim
setiap malam sebanyak 1000 kali.

Setelah ulat merah itu berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada Nabi Daud a.s.
Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku dapat faedah darimu?

Akhirnya Nabi Daud menyedari akan kesilapannya kerana memandang remeh akan ulat tersebut, dan
dia sangat takut kepada Allah SWT. maka Nabi Daud a.s. pun bertaubat dan menyerah diri kepada Allah
SWT.

Begitulah sikap para Nabi a.s. apabila mereka menyedari kesilapan yang telah dilakukan maka dengan
segera mereka akan bertaubat dan menyerah diri kepada Allah SWT.

Sahabat yang dikasihi,

Pengajaran yang dapat kita ambil daripada kisah-kisah di atas adalah :

1. Allah SWT sangat kasih kepada para hamba-Nya yang memulihkan hubungan silaturahim yang
terputus sehinggakan Dia memanjangkan usia seseorang kerana Sifat Maha Pengasih dan Maha
Penyayang Allah SWT.

Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud, "Barangsiapa menjamin untukku satu perkara, aku jamin
untuknya empat perkara. Hendaklah dia bersilaturahim (menjalinkan hubungan baik) nescaya
keluarganya akan mencintainya, diperluas baginya rezeki, ditambah umurnya dan Allah SWT.
memasukkan ke dalam Syurga."(Hadis Riwayat Ar-Rabii)

2. Kisah-kisah yang berlaku pada zaman para nabi bukanlah untuk kita ingat sebagai bahan sejarah,
tetapi hendaklah kita jadikan sebagai teladan supaya kita tidak memandang rendah kepada apa sahaja
makhluk Allah yang berada di bumi yang sama-sama kita tumpangi ini.

3. Sifat sentiasa bertaubat kepada Allah SWT jika melakukan kesalahan dan dosa adalah satu sifat yang
mulia , Allah SWT suka kepada hamba-hamba-Nya yang bertaubat kepada-Nya.

Allah SWT. berfirman yang bermaksud, " Sesungguhnya Allah amat menyukai orang-orang bertaubat
dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri."
(Surah Al-Baqarah ayat 222)

Persiapkan Lima Amalan Yang Dapat Membantu Ketika Berada di Hari Akhirat

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad
S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari
kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,


Di dalam peristiwa Israk dan Mikraj Rasulullah SAW telah di pelihatkan oleh Allah SWT seorang
perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah SAW berhenti.

Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Lalu berkata Jibrail kepada baginda : "Itulah orang yang
mensesiakan umurnya sampai ke tua."

Alangkah ruginya kita apabila masa hidup di dunia telah diberikan peluang oleh Allah SWT kita mensiasiakan umur kita berlalu begitu sahaja sedangkan kita tidak menggunakan sepenuhnya untuk menfaat
kehidupan dihari akhirat nanti.

Sebagaimana di dalam hadis Nabi SAW yang bermaksud: Tidak berganjak kedua-dua kaki seorang
hamba pada hari kiamat sehingga ia disoal mengenai umurnya pada perkara apakah ia habiskan,
ilmunya untuk apakah ia gunakan, harta bendanya dari manakah ia peroleh dan pada apakah ia
belanjakan, mengenai tentang tubuh badannya pada perkara apakah ia susutkan kemudaan serta
kecergasannya.
(Hadis Riwayat Tarmizi).

Nabi SAW mengajarkan kepada kita doa : "Allaahummajal khayra umrii aakhirahu wa khayra amalii
khawaatiimahu wa khayra ayyaamii yawma lliqaaika"

Maksudnya, Ya Allah jadikanlah sebaik-baik umurku pada ujungnya dan sebaik-baik amalku pada akhir
hayatku, dan (jadikanlah) sebaik-baik hariku iaitu hari ketika aku bertemu dengan-Mu (di hari kiamat).
(Hadis riwayat Ibnus Sunny)

Perbanyakkan 5 amalan sebagai bekalan sebelum kita dijemput oleh Allah SWT sebagai ikhtiar kita
semasa hidup di dunia ini .

Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : Memberi sumbangan untuk jihad fisabilillah dan sedekah jariah.

Firman Allah SWT yang bermaksud :


Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum
seorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu
dengan katanya : Wahai Tuhanku!Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matikuke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari
orang-orang soleh. (Surah al-Munafiqqun ayat 10)

Orang mukmin akan mengambil kesempatan semasa hidup di dunia yang sementara ini untuk membuat
pelaburan untuk hari akhirat. Harta yang dimiliki akan dilaburkan untuk jihad fisabilillah, bersedekah,
amal jariah dan membantu fakir miskin dan anak-anak yatim. Allah SWT akan menggandakan sedekah
kita sehingga 700 kali ganda atau lebih.

Semasa Israk dan Mikraj baginda diperlihatkan : "Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil
tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal
ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah SAW dibertahu oleh Jibrail : 'Itulah kaum yang berjihad
"Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang
lebih banyak.' ."

Kedua : Menuntut ilmu, mengajarkannya dan mengamalkan ilmu tersebut.

Firman Allah SWT dalam Al-Quran surat Al-Mujaadalah ayat 11 : Allah akan meninggikan orang-orang
yang beriman diantaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. Orangorang yang berilmu akan pula dimudahkan jalannya ke syurga oleh Allah SWT dan senantiasa didoakan
oleh para malaikat.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Barangsiapa menginginkan soal-soal yang berhubungan dengan
dunia, wajiblah ia memiliki ilmunya; dan barangsiapa yang ingin (selamat dan berbahagia) di akhirat,
wajiblah ia mengetahui ilmunya pula; dan barangsiapa yang menginginkan kedua-duanya, wajiblah ia
memiliki ilmu kedua-duannya pula." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Islam mewajibkan kita menuntut ilmu fardu kifayah yang memberi manfaat dan berguna untuk kita
dalam hal-hal yang berhubungan dengan kehidupan kita di dunia, agar tiap-tiap muslim tidak
dikategorikan sebagai terkebelakang dan agar setiap muslim dapat mengikuti perkembangan ilmu
pengetahuan yang dapat membawa kemajuan bagi penghuni dunia ini dalam batas-batas yang diredai
Allah SWT. Demikian pula Islam mewajibkan kita menuntut fardu ain iaitu ilmu-ilmu deenul Islam agar
menghasilkan natijah yang sempurna, amalan yang dilakukan sesuai dan selaras dengan perintahperintah syarak.

Ilmu yang dimiliki perlu disampaikan dan disebarkan kepada semua manusia supaya dapat dimanfaatkan
dan sebagai saham dan pahala yang berterusan.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Apabila seorang anak Adam itu meninggal dunia, maka terputuslah
amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanafaat dan doa anak soleh yang
mendoakannya" (Hadith Riwayat Muslim)

Istiqamah secara umumnya bermaksud menumpukan komitmen untuk melaksanakan sesuatu perkara
dengan penuh konsisten dan kesungguhan. Istiqamah adalah sikap terpuji yang perlu diamalkan oleh
setiap individu muslim terhadap ilmu yang dimilikinya. Firman-Nya yang tafsirnya: "Dan juga supaya
orang-orang yang beroleh ilmu mengetahui bahawa ayat-ayat keterangan itu benar dari Tuhanmu, lalu
mereka beriman kepada-Nya, sehingga tunduk taatlah hati mereka mematuhi-Nya; dan sesungguhnya
Allah sentiasa memimpin orang-orang yang beriman ke jalan yang lurus."(Surah Al Hajj ayat 54).

Ketiga : Memperbanykkan berzikir kepada Allah SWT.

Orang-orang mukmin, menganggap bahawa hidup didunia ini hanya sementara dan diakhiratlah tempat
yang kekal abadi. Mereka akan sentiasa mengingati Allah SWT dan sentiasa berzikir supaya hati mereka
akan menjadi tenang dan tenteram dan sentiasa reda dengan qadak dan qadar dari Allah SWT

Firman Allah SWT. yang bermaksud :


Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan zikrullah. Ingatlah hanya
dengan mengingati Allah (zikrullah) hati menjadi tenteram.
(Surah Ar-Rad ayat 28).

Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud :


Tidak duduk satu jemaah mengucap zikrullah, melainkan (di tempat itu) telah di kelilingi malaikatmalaikat yang dipenuhi rahmat dan diturunkan kepada mereka sakinah (ketenangan).
(Hadis Riwayat Muslim)

Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang mengucapkan la ilaha
illallah wahdahu la syarika lah. Lahu-l-mulku wa lahulhamdu wa huwa 'ala kulli syay'in qadir sebanyak
100 kali dalam sehari, dia akan mendapat pahala memerdekakan 10 hamba, ditulis baginya 100
kebajikan, dihapuskan daripada 100 kejahatan, dan dia dilindungi daripada godaan syaitan sejak hari itu
hingga petang. Tidak seorang pun yang datang membawa hasil yang lebih baik daripada yang
diperolehnya, kecuali dia melakukan lebih banyak daripada itu." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

Semasa Mikraj Nabi SAW naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi
Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Makmur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada
Rasulullah SAW , Nabi Ibrahim a.s. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini.
Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dhaif, maka berdoalah untuk umatmu.

Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH . Mengikut
riwayat lain, Nabi Ibahim a.s. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka,
syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WALHAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA

BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon
pokok dalam syurga".

Dalam sebuah hadis menyebut daripada Abu Zar, beliau berkata: Aku berjalan di belakang Rasulullah
SAW, lalu baginda berkata kepadaku: Wahai Abu Zar, mahukah aku tunjukkan kepada kamu satu
perbendaharaan daripada beberapa perbendaharaan syurga? Aku berkata: "Mahu ya Rasulullah".
Baginda bersabda: La Haula wala Quwwata illa billah.

Keempat : Banyakkan bertaubat dan beristighfar kepada Allah SWT.

Bertaubat dan beristighfarlah setiap hari kerana Nabi SAW beristighfar 100 kali sehari. Sesiapa yang
sentiasa bertaubat kepada Allah SWT dia akan bersih daripada dosa-dosa.

Allah SWT berfirman yang bermaksud, " Sesungguhnya Allah amat menyukai orang-orang bertaubat dan
menyukai orang-orang yang mensucikan diri." (Surah Al-Baqarah ayat 222)

Dari Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah SAW bersabda maksudnya : Allah Yang Maha Mulia dan Maha
Besar berfirman : Aku menurut dugaan hambaKu kepadaKu, dan Aku bersamanya ketika ia ingat
kepadaKu. Demi Allah, sungguh Allah lebih suka kepada taubat hambaNya dari pada salah seorang di
antaramu yang menemukan barangnya yang hilang di padang. Barangsiapa yang mendekatkan diri
kepadaKu sejengkal maka Aku mendekatkan diri kepadanya sehasta. Dan barangsiapa yang
mendekatkan diri kepadaKu sehasta, maka Aku mendekatkan diri kepadanya satu depa. Apabila ia
datang kepadaKu dengan berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari kecil. (Hadis Riwayat
Muslim).

Dari Anas bin Malik ra., ia berkata : Saya mendengar Rasulullah SAW. bersabda : Allah berfirman
maksudnya : Wahai anak Adam ( manusia ), sesungguhnya selama kamu berdoa dan mengaharap
kepadaKu, Aku memberi keampunan kepadamu terhadap apa (dosa ) yang ada padamu dan Aku tidak
memperdulikannya. Wahai anak Adam seandainya dosamu sampai ke langit kemudian kamu minta
ampun kepadaKu maka Aku memberi ampun kepadamu dan Aku tidak memperdulikannya. Wahai anak
Adaml, sesungguhnya apabila kamu datang kepadaKu dengan kesalahan sepenuh bumi kemudian kamu
menjumpai Aku dengan tidak mensekutukan Aku dengan sesuatu nescaya Aku datang kepadamu
dengan ampunan sepenuh bumi. (Hadits Riwayat Turmudzi).

Kelima : Perbanyakkan membuat kebaikan dan solat tahajud dan kepada Allah SWT.

Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah SAW bersada yang maksudnya, "Siapa yang melapangkan satu
kesusahan orang yang beriman daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah akan melapangkan orang itu
satu kerumitan dari kerumitan akhirat. Dan siapa yang memudahkan orang yang susah, Allah akan
memudahkannya didunia dan diakhirat. Siapa yang menutup keaiban orang Islam, Allah akan menutup
keaibannya didunia dan diakhirat. Dan Allah sentiasa menolong hamba itu selagi hamba itu mahu
menolong saudaranya."
(Hadis Riwayat Muslim).

Allah SWT menceritakan bahawa ahli syurga adalah mereka yang ketika di dunia ini banyak membuat
kebaikan dan mengerjakan solat tahajjud.

Firman Allah SWT maksudnya :


Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah solat Tahajjud padanya,
sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat
di tempat yang terpuji.
(Surah al-Israa ayat 79)

Firman Allah SWT maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa adalah ditempatkan di dalam
beberapa taman syurga, dengan matair-matair terpancar padanya. (Keadaan mereka di sana) sentiasa
menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di
dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja
masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka
selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun). (Surah al-Dzaariyaat ayat15-18)

Sahabat yang dikasihi Allah,


Marilah sama-sama kita beramal dengan beramal dengan amalan yang diwajibkan oleh Allah SWT dan
meninggalkan segala dosa dan larangan-Nya, dan perbanyakkan 5 amalan yang dinyatakan di atas
sebagai bekalan dan persiapan kita menghadapi hari yang tidak ada sesiapa yang boleh membantu kita
ketika itu melainkan amalan yang kita bawa bersama dengan ikhlas semata-mata kerana Allah SWT.

Amalkanlah doa yang sering di amalkan oleh Sayyidina Umar al-Khattab. Beliau pernah berdoa kepada
Allah SWT : "Wahai Tuhanku, peliharalah aku dengan Islam sewaktu aku berdiri, peliharalah aku dengan
Islam waktu aku duduk, peliharalah aku dengan Islam waktu aku tidor. Janganlah Engkau biarkan
terhadap diriku musuh dan orang-orang yang dengki terhadap diriku"

Anda mungkin juga menyukai