Anda di halaman 1dari 8

PEMARKAHAN

RIS
SEMESTER 1 SESI 2010/2011
KOD & NAMA KURSUS

PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2012/2013


KPD 3026: PENGAJARAN TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2
TAJUK

PENILAIAN VIDEO
MIKRO
PENGAJARAN
DISEDIAKAN OLEH
NAMA
WAN MOHD ADNAN BIN WAN YUSOF

NO. MATRIK
D20112056169

019 2861006
PUSAT PEMBELAJARAN: EL-B02(A121PJJ)
NAMA TUTOR E-LEARNING:_DR MD NASIR BIN MASRAN
TARIKH SERAH: 29 NOVEMBER 2012

Pengenalan

Konsep Pengajaran Mikro


Pengajaran Mikro merupakan satu daripada perkembangan yang paling penting dalam
bidang pengajaran praktik. Pengajaran ini bermula di Universiti Stanford, pada tahun 1963.
Pegawai-pegawai yang diketuai oleh Dwight Allen di Pusat Penyelidikan dan Perkembangan
dan Pengajaran telah mencipta satu pendekatan bagi latihan perguruan praktik dengan
mengguakan teknik-teknik seperti amalan kumpulan, kawalan yang rapi, kaedah yang lebih
analitikal dan satu pendekatan yang baru untuk mendapatkan maklumat balik. Sejak itu, teknikteknik ini telah digunakan meluas di Britain dan Amerika Syarikat. Pengajaran Mikro dilakukan
iaitu 10 hingga 15 minit kepada kumpulan kecil murid-murid.
Pengajaran Mikro menitikberatkan cara-cara guru pelatih, diberikan pengalaman dan
kemahiran yang hampir sama dengan yang diperlukan dalam situasi-situasi yang sebenar.
Pengajaran Mikro ini menggunakan teknik-teknik simulasi yang melibatkan situasi-situasi
pengajaran yang dipermudahkan. Situasi-situasi ini dapat memberikan lebih banyak peluang
kepada guru-guru pelatih untuk mengawal, memeriksa dan mendapatkan maklumat balik
tentang pengajarannya sendiri.
Jenis-jenis Kemahiran Pengajaran Mikro
Tardapat 10 jenis kemahiran Pengajaran Mikro seperti:
1. Kemahiran Permulaan
2. Kemahiran pelbagai rangsangan
3. Kemahiran pengukuhan
4. Kemahiran mengemukakan soalan
5. Kemahiran menggunakan contoh
6. Kemahiran menerang
7. Kemahiran menggunakan papan hitam
8. Kemahiran menggunakan alat bantu mengajar
9. Kemahiran mempelbagaikan gerak-geri guru dan interaksi guru dan murid
10. Kemahiran Penutup

Salah satu Kemahiran Mikro yang saya pilih untuk di buat penilaian berdasarkan rakaman video
sesi pengajaran ialah Kemahiran Set Induksi
Kemahiran Set Induksi atau Kemahiran Permulaan

Kemahiran set induksi merupakan kemahiran awal atau permulaan yang bertujuan untuk
membina aliran fikiran dan menimbulkan minat kepada murid-murid. Masa yang diperuntukkan
adalah 5-10 minit sahaja. Menurut Shafiah Alwiah 1983 seorang pakar Kemahiran Mikro
menyatakan Kemahiran Mikro ini memerlukan tindakan permulaan murid-murid untuk
memperkenalkan sesuatu.

Saiz Gambar
Berdasarkan video yang saya saksikan semasa langkah set induksi guru telah
menayangkan gambar-gambar mengenai air. Namun komen daripada pengamatan saya ialah,
ukuran gambar yang digunakan terlalu kecil dan kurang jelas serta kurang menarik.Guru pula
menjalankan pengajarannya dalam keadaan berdiri statik di hadapan tanpa membawa gambar
itu ke arah yang lebih dekat lagi khususnya kepada murid-murid yang duduk di bahagian
belakang.
Saya berpendapat kebaikan teknik menggunakan gambar adalah kerana teknik ini
mudah dilaksanakan dan mampu membuka minda murid-murid untuk mencungkil pengetahuan
sedia ada mereka mengenai sesuatu isu yang ditimbulkan oleh guru dimana setiap jenis air
jelas kelihatan namun gambarnya agak kecil dan mungkin bagi pelajar yang berada dibarisan
belakang tidak dapat melihat dengan jelas. Kelemahannya pula apabila gambar yang
ditayangkan atau digunakan oleh guru bersaiz kecil dan tidak menarik. Ianya sudah pasti akan
kurang menimbulkan minat kepada murid-murid dan kurang memberi cabaran kepada mereka
untuk menggunakan mindanya supaya aktif dalam melaksanakan proses pembelajaran.
Gambar jenis-jenis air yang digunakan oleh guru sebaik-baiknya adalah bersaiz besar dan
berwarna untuk memberi daya tarikan yang lebih kepada murid-murid agar murid-murid
terangsang mindanya untuk aktif berfikir.
Kedudukan Guru
Semasa langkah set induksi dijalankan dengan memaparkan gambar kepada muridmurid dengan cara guru tersebut hanya memegang sahaja gambar dalam kedudukan guru

yang statik berdiri di hadapan. Situasi ini sebenarnya akan menyebabkan murid-murid yang
duduk di bahagian belakang tidak dapat melihat dengan jelas,lalu mereka akan mengambil
kesempatan dan kurang memberi penumpuan semasa menjalani proses pengajaran dan
pembelajaran.

Kelemahannya objektif set induksi pengajaran dan pembelajaran tidak

mencapai objektif yang maksimum. Oleh itu pada pandangan saya gambar tersebut hendaklah
ditampal di papan tulis di hadapan dan meminta murid-murid melihat sendiri serta menerangkan
kepada guru apakah jenis-jenis air dan punca air itu diperolehi. Sementara itu guru juga perlu
berjalan kearah belakang untuk memperlihatkan kepada murid-murid yang duduk di barisan
belakang. Seterusnya guru ke hadapan semula untuk menerangkan beberapa isi pelajaran
yang berkaitan dengan gambar yang dipaparkan dengan cara menunjuk sama ada dengan
menggunakan pembaris atau objek lain agar tumpuan mata murid-murid hanya bertumpu
kepada yang diterangkan mengenai gambar yang ditunjuk oleh guru itu sahaja. Situasi ini perlu
diberi perhatian kerana langkah set induksi sebenarnya akan dikaitkan dengan pengetahuan
sedia ada murid atau pelajaran yang lepas supaya murid-murid boleh mengaitkannya pula
dengan isi-isi pelajaran yang baru.
Taburan Soalan
Cara guru mengajukan soalan kepada murid-murid semasa menayangkan gambar juga
kurang sesuai dan akan menimbulkan pelbagai masalah bukan sahaja kepada pihak guru
malah yang paling jelas adalah terhadap murid-murid itu sendiri. Komen saya guru dalam video
yang saya saksikan menggunakan teknik penyoalan sacara tidak berfokus. Ini dapat dilihat
ketika guru tersebut mengajukan beberapa soalan mengenai jenis-jenis air yang terdapat dalam
gambar. Guru membiarkan sahaja murid-muridnya menjawab secara beramai-ramai sehingga
menyebabkan suasana kelas menjadi riuh. Kebaikan yang saya lihat situasi ini menjadikan
murid-murid aktif khususnya kapada murid-murid yang sememangnya mempunyai IQ yang
tinggi tetapi kelemahannya bagaimana pula murid-murid yang lembam dan duduk pula di
barisan belakang. Pastinya golongan murid-murid sebegini tidak memberikan tumpuan dan
membiarkan apa sahaja maklumat yang akan diterima tanpa berfikir. Saranan saya guru perlu
menggunakan teknik menyoal bentuk berfokus terlebih dahulu supaya kelas mampu dikawal
dan boleh memberi ruang kepada murid-murid kurang aktif dalam menyuarakan pendapatnya.
Secara tidak langsung guru dapat membuat penilaian mengenai jawapan-jawapan murid
tentang maklumat yang ada dalam gambar tersebut dengan jelas serta dapat difahami oleh

semua murid termasuk golongan murid-murid yang pasif atau mempunyai IQ yang kurang
tinggi.
Tiada Penghargaan
Ketika guru tersebut menunjukkan gambar sambil bertanya beberapa soalan kepada
murid-murid dan murid-murid memberi jawapan yang sangat memberangsangkan. Komen saya
guru tersebut tidak mengucapkan ucapan penghargaan seperti pujian kepada murid-murid yang
telah memberikan jawapan yang tepat. Ianya akan menyebabkan murid-murid kurang
bermotivasi untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya dan
mengalami kebosanan sekiranya tidak medapat suntikan motivasi melalui tanda penghargaan
seperti ucapan terima kasih, bagus, pandai, sangat bijak, jawapan yang tepat dan sebagainya
daripada guru. Kebaikannya, secara tidak langsung cara guru mengendalikan pengajaran dan
pembelajaran dengan memberi penghargaan ini, murid-murid sentiasa berdisiplin, minat
mengikuti pengajaran dan pembelajaran, sentiasa peka kepada arahan dan seterusnya
sentiasa berusaha untuk meningkatkan prestasi pencapaian kemahiran terhadap mata
pelajaran yang sedang dipelajari. Saya berpendapat penghargaan sangat perlu diberi perhatian
oleh setiap guru agar proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan objektif
yang diharapkan dapat dicapai ke tahap yang memuaskan. Oleh itu sebagai seorang guru
diharapkan janganlah terlalu kedekut untuk memberi penghargaan walaupun bukan berbentuk
hadiah memandailah hanya dengan ucapan atau kata-kata pujian.
Penggunaan Sukukata Dalam Perkataan.
Penggunaan ayat semasa guru menyampaikan proses pengajaran sebenarnya juga
mudah untuk dinilai oleh murid-murid dan boleh menjadi ikutan malah boleh menyebabkan
wujudnya istilah tertentu kepada guru-guru yang mempunyai kelainan yang dianggap unik dan
istimewa pada pandangan mereka seperti panggilan cikgu ok,bagi cikgu yang banyak
menggunakan sukukata ok dan sebagainya.
Komen daripada video Pengajaran Mikro yang saya saksikan guru tersebut telah
menggunakan teknik menyebut sukukata perkataan dengan cara meminta murid-murid
menyambungya supaya perkataan yang digunakan menjadi lengkap. Kebaikannya boleh
menimbulkan rasa seronok kepada murid-murid apabila menjalani proses pembelajaran namun

kelemahannya guru perlu sedar penggunaan bahasa khususnya dalam pertuturan bahasa
Melayu .
Oleh itu, pada pendapat saya semua guru perlu juga menggunakan bahasa penghantar
yang betul hukum tatabahasanya sama ada dalam pertuturan yang menggunakan bahasa
Melayu mahupun dalam bahasa Inggeris. Sebagai warga guru kita juga perlu sedar golongan
guru merupakan Role Model yang bukan sahaja terhadap murid-murid malah melibatkan pihak
masyarakat juga.

Mimik Muka
Mimik muka membawa kebaikan yang boleh merangsang murid-murid untuk
bermotivasi mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dengan lancar dan sesuatu yang
disampaikan oleh guru mudah untuk difahami oleh murid-murid.
Merujuk kepada video yang saya saksikan guru tersebut tidak memaparkan mimik muka
atau apa sahaja bahasa badan untuk menarik minat murid semasa langkah set induksinya.
Walaupun kelebihan guru tersebut mempunyai suara yang kuat dan nyaring mimik muka dan
bahasa badan juga merupakn sesuatu yang perlu diambil perhatian.
Pada pandangan saya ketika gambar itu dipamerkan kepada murid-murid ,guru tersebut
perlu memaparkan mimik muka seperti melihat semua wajah-wajah anak murid-murid di
hadapannya dan tidak tertumpu kepada melihat gambar yang sedang dipamerkan. Situasi ini
boleh dijadikan sebagai pemerhatian dan pemantauan secara sepintas lalu untuk melihat
keadaan murid-murid yang kurang atau tidak memberi penumpuan semasa proses set induksi
berlangsung. Cara ini sangat perlu diberi perhatian kerana melalui langkah set induksi akan
memudahkan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran murid sebagai langkah permulaan
untuk mencungkil pengalaman dan pengetahuan sedia ada murid untuk dikaitkan dengan isi
pelajaran berikutnya. Walau bagaimanapun kelemahan mimik muka ketika yang digunakan oleh
guru ini boleh menyebabkan guru-guru menjadi bahan ajukan atau bahan bualan murid-murid
terutama terhadap guru-guru yang keterlaluan menggunakan gaya dan mimik muka semasa
menjalankan proses pengajarannya.

Kesimpulan
Secara ringkasnya dapat disimpulkan Kemahiran Set Induksi atau istilah lainnya
kemahiran awal atau kemahiran permulaan mestilah menarik minat murid-murid supaya
kemahiran seterusnnya berjalan dengan lancar dan murid-murid memberi kerjasama dalam
membina kemahiran-kemahiran lain yang perlu ada dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.

Bibliografi

1. Harchand Singh Thandi (1982), Interaksi di Bilik Darjah, Kertas program orientasi
Pensyarah-pensyarah Baru, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran
Malaysia, Kuala Lumpur.
2. Kementerian Pelajaran Malaysia (1985), Buku Pandun Pengajaran Mikro, Kuala Lumpur.
3. Kementerian Pelajaran Malaysia (1981) Buku Panduan Am KBSR, Dewan Bahasa Dan
Pustaka, Kuala Lumpur.
4. Bahan Seri Rakaman Pengajaran dan Pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai