Anda di halaman 1dari 12

HBAE2103

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

JANUARI 2013

HBAE 2103
MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

NO. MATRIKULASI

700908035084001

NO. KAD PENGNEALAN

700908035084

NO. TELEFON

0199542303

E-MEL

malihanmustafa@yahoo.com.my

PUSAT PEMBELAJARAN

PETALING JAYA

HBAE2103

SOALAN TUGASAN /ASSIGNMENT QUESTION

Peranan guru Pendidikan Seni penting dalam menentukan pencapaian, aspirasi dan matlamat
sekolah seiring dengan matlamat terhadap pembentukan pelajar yang celik seni dan
menghargai budaya warisan bangsa. Tujuan membuat corak dan rekaan dalam kursus ini
dapat membentuk perlakuan, persepsi dan pengetahuan budaya murid selaras dengan
matlamat tersebut.
Teliti kenyataan di atas dan huraikan bagaimana perlakuan, persepsi dan pengetahuan budaya
murid dapat anda kesan dalam satu aktiviti membuat corak kepada 4 atau 5 orang murid yang
sebaya umurnya. Komunikasi dengan pelajar, pemerhatian yang dibuat dan corak yang
dihasilkan menjadi sumber rujukan yang menjelaskan jawapan anda. (Corak rekaan murid
dihantar bersama dengan tugasan)

HBAE2103

1.0

PENGENALAN

Pendidikan Seni Visual memainkan peranan yang penting dalam melahirkan insan yang
harmonis , kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual.Kandungan
kurikulumnya berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap tuhan,
menghargai keindahan alam sekitar , keindahan seni dan warisan bangsa . Pendidikan Seni
Visual adalah satu mata pelajaran yang dapat mencungkil dan menanam minat serta
memupuk kebolehan kanak - kanak dalam menghasilkan karya atau semasa berinteraksi
dengan sesuatu produk seni.Ianya merupakan satu matapelajaran yang mementingkan kaedah
dan proses.Aktiviti aktiviti yang dijalankan dalam pendidikan seni visual khasnya aktiviti
mencorak dapat mengembangkan aspek kognitif, aspek fizikal,aspek kreativiti, pespsi dan
sosial emosi kanak- kanak. Bidang ini membolehkan murid mengenali dan mengkaji pelbagai
corak dalam alam dan kehidupan seharian. Bahagian ini menegaskan kegiatan mengenal
motif dan olahannya untuk menghasilkan rekaan corak tertentu. Kegiatan ini memberi
peluang kepada murid membuat rekaan corak terancang, corak tidak terancang dan juga
corak tradisional dengan teknik tertentu. . Untuk mencapai matlamat ini guru pendidikan seni
visual harus memainkan peranan yang penting dalam memastikan kemajuan murid dan
sekolah khasnya.Guru pendidikan seni merupakan kumpulan yang terlibat secara langsung
dalam pelaksanaan kurikulum dan pengajaran aktiviti seni dalam bilik darjah Jesteru guru
pendidikan seni memainkan peranan penting dalam memastikan objektif dan matlamat
pendidikan seni dicapai..Coopes( 1988) berpendapat guru seni yang berkesan ialah guru
yang mempunyai ilmu pengetahuan , khususnya kemahiran mengajar dalam bidangnya dan
pengetahuan tentang psikologi kanak kanak yang berkaitan dengan seni.Guru perlu
mengetahui dan mempunyai ilmu pengetahuan yang lengkap dalam matapelajaran yang
diajar.Dalam mencorak khususnya guru itu sendiri perlu mengetahui dengan jelas teknik
teknik dalam penghasilan corak dan dapat menyampaikannya dengan baik kepada
murid.Guru seharusnya bijak dalam mencari alternatatif lain bagi alatan dan bahan yang akan
digunakan agar bersesuaian dengan tahap murid- murid.Seorang guru yang menguasai ilmu
seni dengan baik bukan bermakna beliau seorang guru seni yang cemerlang .Ianya
bergantung kepada kebolehan seorang guru untuk menyampaikan pengetahuan kepada murid
murid .Setiap guru seni berperanan memberi pengetahuan seni yang baru kepada kanak
kanak dan menambah baik pengalaman sedia ada mereka.
2

HBAE2103

Selain daripada mempunyai pengetahuan seni guru seni juga perlu mempunyai pengetahuan
tentang psikologi kanak kanak agar proses pembelajarran menjadi lebih berkesan..Murid
akan dapat menghasilkan karya yang lebih baik jika diberi ransangan dan peneguhan .
.Peneguhan bukan sahaja dalam bentuk kebendaan malahan pujian dan motivasi juga .Selain
itu guru perlu memastikan murid bersedia untuk belajar.Keadaan kelas atau studio seni
dimana pengajaran dan pembelajaran seni berlaku perlu tersusun dan kemas.Guru juga perlu
memberi penekanan tentang bahan pengajaran dan pembelajaran.Bahan bahan ini boleh
dijadikan ransangan

dan membolehkan murid melakukan aktiviti yang disarankan

( gerakbalas ) .Apabila gerak belas positif berlaku , guru perlu menghargai pencapaian murid
itu ( peneguhan ).Teori behaviorisme memberi penekanan pada ransangan dan gerak balas
yang mempunyai kesesuaian bagi diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
seni. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini, hubungan dua hala antara guru PSV dan
pelajar haruslah berlaku agar minat murid yang telah berjaya ditarik melalui set induksi dapat
dikekalkan. Dalam proses menyampaikan isi pelajaran, kemahiran guru dalam berinteraksi
amat perlu dan sebaik-baiknya, proses ini seharusnya berpusatkan pelajar dan bukan guru
semata-mata. Guru harus membuka ruang dan peluang kepada pelajar untuk melaksanakan
sesuatu kerja seni berdasarkan minat dan kreativiti mereka. Kebolehan guru pendidikan seni
menguasai sesuatu bidang-bidang lain juga akan menentukan mutu pengajaran yang
berkesan. Misalnya penggunaan Teknologi maklumat Dan Komunikasi ( TMK ) dalam
pengajaran dan pembelajaran mampu memberi era baru dalam pengajaran seni.TMK boleh
digunakan sebagai alat dalam menyampaikan pengajaran , penerokaan dan aplikasi.Sebagai
contoh guru boleh membantu murid menyediakan corak mengunakan perisian komputer.

HBAE2103

2.0

Perbincangan Corak dan Rekaan Yang Di hasil Oleh Murid

Corak ialah struktur susunan ulangan berdasarkan motif dibuat secara terancang atau bebas.
Motif ialah sama ada rupa atau bentuk asas dalam satu satu rekaan atau gubahan .Motif
motif boleh didapati dari pada pelbagai rupa dan bentuk alam ciptaan ilahi seperti bunga ,
kayu, seranga dan haiwan. ,Bahan buatan manusia seperti kerusi , meja , rumah dan pasu,
Geometri seperti empat segi,bulat, bujur dan segitiga dan rupa barangan kraf tradisional
seperti wau , gasing dan keris.Teknik dalam penghasilan corak adalah corak bebas dan
terancang. Corak yang dihasilkan secara tidak terancang dihasilkan secara bebas tanpa
mempunyai motif tertentu .Ianya boleh dihasilkan dengan merenjesi, meniup , mengolek ,
mengayak dan sebagainya.Corak terancang dibuat mengunakan motif yang disusun mengikut
grid dan disusun secara teratur mengikut susunan tertentu .Antara jenis susunan corak ialah
susunan penuh, turun separa, berulang , batu bata, berpusat , cerminan , sendeng, orgee,
berombak dan bertimbal .
Aktiviti membuat corak melibatkan proses latihan berfikir yang berhubung dengan asas
rekaan dan perinsip rekaan.Aktivi mencorak dikalangan murid juga dapat membentuk
perlakuan , pesepsi dan pengetahuan budaya dikalangan mereka.Untuk melihat bagaimana
aktiviti mencorak dapat membentuk kesemua ini , aktiviti mencorak dijalankan dikalangan
murid tahun 6 Jaya,

Sekolah Kebangsaan Jalan Kuantan 2.Mereka dikehendaki

menghasilkan corak terancang

menggunakan teknik resis menggunakan motif rupa dan

bentuk kraf tradisional iaitu wau.5 hasil karya dari murid dipilih sebagai bahan rujukan
disamping komunikasi yang dijalankan dengan murid bagi mendapatkan maklumat berkaitan
kajian ini. Perbincangkan ini meliputi perlakuan seni, pesepsi seni dan budaya yang hendak
dibentuk dan reaksi daripada corak dan rekaan yang dihasilkan mereka.
2.1

Perlakuan Seni

Salah satu daripada tujuan membuat corak ialah untuk membentuk perlakuan.Dalam hasil
karya seni warna memainkan peranan penting. kefahaman tentang warna dan kepandaian
menyesuaikan keadaan dalam menggunakan warna adalah yang paling penting untuk
mewujudkan mood agar corak yang dihasilkan nampak menarik.Kesan dari pemilihan warna
didapati hasil karya murid satu dapat menyesuai kan warna dengan corak yang dihasilkan
4

HBAE2103

dimana pelbagai warna asas seperti merah biru dan kuning serta warna sekunder , hijau,
merah jambu dan jingga. se.Pemilihan warna bagi hasil karya 2, dan 4 iaitu dengan
penggunaan warna agak kurang sesuai kerana warna motif yang digunakan harmoni dengan
warna latarbelakang dan ini tidak menampak kan kontra dari segi warna dan kesan corak
tidak begitu timbul Karya 1 dan menggunakan warna biru lembut pada latarbelakang dan
daripada komunikasi dengan muerka mereka memilih latarbelakang biru kerana biasanya wau
akan terapung dudara dan Nampak seperti berada di dada langit yang berwarna
biru.Pemilihan jenis wau untuk dijadikan motif adalah berbeza diantara murid karya 1
menggunakan , karya 2 menggunakan .Disin mereka dapat memilih bentuk wau yang berbeza
untyuk dijadikan motif untuk diojadikan bahan bagi menghasilkan gubahan seni mereka.dari
segi menyusun dan mengatur corak murid karya 1 mengunakan sususnan sending karya 2
menggunakan 3 dan karya tiga menggunakan .Dalam menyususn dan menyarna motif murid
mempunyai pengamatan yang tagam .Murid yang menghasilkan karya y=tidak menunjukan
pengamatan yang tajam kernan susunan motif yang tidak seragam

2.2

Pesepsi Seni

Melalui aktiviti membuat rekaan dan corak

, murid boleh mempertingkatkan dan

menajamkan penggunaan panca indera , deria serta sensitiviti . Proses mencorak

yang

menjurus kepada pengamatan terhadap objek melatih deria kanak kanak supaya menjadi
lebih peka dan meningkatkan daya persepsi mereka.Aktiviti seni ini membolehkan kanak
kanak membuat pemerhatian secara aktif yang merangkumi pemerhatian keseluruhan,
berfokus dan terperinci serta menajamkan persepsi murid. Selain memperkembangkan deria
penglihatan ia juga melibatkan pancaindera lain melalui kajian perbandingan. Kajian seperti
ini membantu perkembangan emosi dan imaginasi. Pemahaman tentang asas seni visual juga
turut diperkembangkan melalui kegiatan pemerhatian ini. Murid akan dilatih membuat
pemerhatian terhadap objek alam dan objek buatan manusia. Ini adalah untuk membolehkan
murid merasai secara konkrit bagi mendapatkan imej mental. Kegiatan-kegiatan ini akan
membantu ke arah perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak..Daripada karya yang
dihasilkan oleh murid didapati murid menunjukan pesepsi seni yang baik dalam penghasilan
jkarya mereka. Murid menyedari prinsip rekaan dari segi imbangan , hormone dan kontras
dalam penghasilan corak.Kelima lima hasil karya kelihatan seimbang , hormone dan
kesatuan.Imbangan jelas kelihatan dalam kelim,a lima karya seimabng dimana susunan ,motif
5

HBAE2103

sama berat dan sifatnya harmoni.Murid juga memahami cara penyususnan motif ,
berdasarkan daya pengamatan mereka beberapa penyususnan motif digunakan.Hasil Karya
saya mennerapkan penyususnan motif secara manaka hasilkaraya 23 sususnan motif nya
secara sendeng dan hasil karya sususnan batu bata Melalui mata pelajaran Pendidikan Seni
Visual, murid boleh mempertingkatkan
dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria. Pendidikan Seni Visual
menambahkan pengetahuan mengenai konsep pembuatan dan kronologi sesuatu
produk iaitu proses penghasilan dan hasilan seni, produk dan objek yang terdapat
di sekeliling mereka.

2.3

Pengetahuan Budaya

Melalui aktiviti mencorak betemakan rupa dan bentuk kraf traditionl iaitu wau guru dapat
mengesan pengetahuan budaya murid tentang kraf tradisional wau. Aktiviti ini dapat
memupuk perasaan sayang pada seni dan warisan budaya dikalangan nurid. Masyarakat kita
memang kaya dengan khazanah warisan budaya. Warisan seni ini sebenarnya semakin
terpinggir dan hampir dilupakan. Seni itu wajar dipertahankan daripada hilang terus atau
mengalami kepupusan. Dalam aktiviti mencorak ini guru memilih bentuk traditional,wau
untuk dijadikan motif oleh murid dalam menghasilkan corak.Daripada komunikasi guru dan
murid didapati murid mengetahui apakah itu wau .Guru berkomunikasi dengan murid dengan
bertanyakan mereka apakah wau.Murid dapat menyatakan bahawa wau merupakan
permainan tradsional yang dimainkan untuk mengisi masa lapang .Guru juga bertanya
bilakah masa wau ini dimainkan . Muruid dapat menyatakan dengan baik waktu permainan
ini dimainkan.Mereka juga dapat menyatakan dimanakan permainan ini dipopularkan
.Daripada komunikasi guru dan murid , guru mendapati murid mengetahui sekurang nya 2
jenis wau.Kesemua murid yang terlibat dalam kajian dapat menamakan satu jenis wau iaitu
wau bulan dan wau burung.Namun untuk menambah pengetahuan murid guru menunjukkan
contoh contoh wau selain daripada yang dinyatakan ( Rujuk lampiran ) sebagai rujukan
dan panduan dalam memilih motif jenis jenis wau untuk menghasilkan corak.Berdasarkan
komunikasi guru dan murid sewaktu aktiviti mencorak dijalankan murid dapat menyatakan
sekurang kurang nya 3 bahan yang digunakan dalam menghasilkan wau.Jadual 1
menunjukan soalan soalan yang diutarakan oleh guru bagi mengenalpasti pengetahuan
budaya murid disamping membuat pemerhatian keatas corak dan rekaan yang dihasilkan oleh
6

HBAE2103

mereka.Mereka juga dapat menyatakan jenis jenis rekaan corak yang digunakan untuk
menghias badan itu sendiri iaitu flora .Tetapi pada pendapat saya mereka tidak dapat
menghasilkan corak yang baik diatas motif yang mereka pilih kerana ia memerlukan daya
koordinasi seni yang tinggi dan teliti kerana motif wau yang dihasilkan kecil dan agak sukar
bagi mereka melakar corak yang pada motif dengan terperinci menggunakan krayon kerana
iannya menghasilkan garisan yang tebal.Disini krayon digunkana kerana murid mencorak
menggunakan teknik resis.Daripada hasil karya murid iaitu karya 1 dan 2 murid
menggunakan motif wau kucing, karya 3 wau burung dan karya 5 wau bulan.Daripada karya
dihasilkan jelas menunjukkan pengetahuan mereka tentang budaya traditional ini Mereka
juga meletakan corak di atas motif wau yang dihasilkan ini kerana pada pengalaman mereka
wau mempunyai rekaan corak pada badan mereka.Kesemua hasil karya menunjukkan murid
mengunakan lebih daripada satu warna, malah karya satu murid menggunakan pelbagai jenis
warna ini kerana pada pengetahuan mereka corak rekaan pada badan wau itu sendiri tersdiri
daripada pelbagai warna untuk menjadikan wau kelihatan menarik.Daripada komunikasi guru
dan murid serta hasil karya yang dihasilkan murid jelas menunjukan pengetahuan budaya
murid dimana murid mengenali kraf tradisional ini , menghargai serta mengembangkan
unsure unsur I ni dalam menghasilkan karya mereka.

Soalan Guru

Jawapan murid

Apakah yang kamu tahu tentang Wau ?

Permainan tradisional yang dimainkan pada


masa lapang
Permainan traditional yang dimainkan
dikampung kampung
Alat perhiasan rumah
Kraf Traditional

Dimanakan permainan wau dipeloporkan

Kelantan, Trengganu dan Pahang

Bilakan masa wau dimainkan

Selepas musim menuai


7

HBAE2103

Pada Waktu lapang


Waktu petang
Namakan saya jenis atau nama wau yang

Wau Bulan , Wau Burung

kamu tahu ?
Apakah bahan dan alatan yang digunakan

Buluh, kertas warna ,gam dan gunting

dalam menghasilkkan wau


Apakah corak yang terdapat pada wau

Corak bunga dan daun.


Jadual 1

4.0

PENUTUP

Mata pelajaran PSV sebenarnya mampu membentuk individu-individu yang terbina emosi,
jasmani, rohani dan intelek mereka kerana pelbagai kemahiran dapat diasah melalui mata
pelajaran ini khasnya dalam bidang membuat rekaan dan corak. Peranan dan tanggungjawab
guru PSV untuk melahirkan individu-individu yang berdisiplin dan berbakat dapat
dilaksanakan dengan baik dan berkesan andai guru PSV terlebih dahulu peka terhadap minat
dan bakat pelajar agar potensi mereka dapat digilap. Antara perkara paling penting, guru PSV
perlu bijak mengendalikan emosi diri sendiri dan emosi pelajar agar mereka sentiasa diberi
galakan dan teguran positif kerana perkara itu lebih berkesan sedangkan hukuman dan
dendaan tanpa hikmah mampu mematahkan semangat pelajar dalam melaksanakan kerjakerja seni. Kesimpulannya, aktiviti seni merupakan satu pengalaman kepada kanak kanak.
Fungsi Pendidikan Seni adalah untuk memimpin kanak kanak ke arah suatu fahaman
8

HBAE2103

tentang seni sebagai cara penyusunan pengalaman. Melalui aktiviti mencorak dan
rekaan,guru memberi peluang kepada pelajar untuk memahami pelbagai cara untuk
menghasilkan corak dan mengaplikasikanya menjadi rekaan lain mengikut kreativiti mereka
sendiri.Dalam konteks psikologi pendidikan guru diangap sebagai pendidik dan sekali gus
membuat justifikasi pada diri mereka dalam mengajar pendidikan seni di sekolah.Guru
Pendidikan Seni tidak sekadar melihat potensi murid tetapi juga melihat potensi kendiri dari
segi motivasi , personaliti dan kreativiti.Guru

pendidikan seni perlu mengenalpasti

kebolehan sendiri samaada daripada sudut kognatif mahupun kreativiti .Guru pendidikan
seni yang mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam bidangnya dapat
melahirkan individu yang kreatif serta mampu menpunyai kesedaran estetika yang tinggi
dalam masyarakat.Guru pendidikan seni perlu memberikan penekanan ketrampilan terhadap
pendekatan dan kaedah mengajar disamping menghayati kesedaran fitrah kanak kanak dan
remaja dalam mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan .Seteursnya
memperkayakan semangat patriotism melaui proses penghayatan warisan bangsa.
.

HBAE2103

APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI

Rujukan
Mohd Zaihidee Hj Arshad (2007 ) Corak dan Rekaan. Selangor:Meteor Doc Sdn Bhd
Md Nasir Ibrahim Dan Prof Madya Iberahim Hassan (2003) .Pendidikan Seni Untuk Maktab
dan Universiti.Kuala Lumpur:PTS Publications and Distributor Sdn Bhd.
Profesor Hj Shukur @all (2007) Perkembangan Seni Kanak Kanak.Selangor:Meteor Doc
Sdn Bhd.
Pusat Perkembangan Kurikulum (1998 ) Buku Sumber Guru,Pendidikan Seni
KBSR.Kemeterian Pelajaran Malaysia.
Rousliluddin@all (2006) Pengenalan Pendidikan Seni Visual.z Selangor:Meteor Doc Sdn
Bhd.

10

HBAE2103

11

Anda mungkin juga menyukai